Sunday, August 21, 2011

Karipap-Karipap Cinta ?


Buku Karipap-Karipap
Cinta terbitan Pts publications ..
Sinopsis Filem Karipap Karipap Cinta yang mengisahkan Ali, seorang pemuda yang bersopan santun tetapi tidak memiliki cita-cita dan motivasi. Dia bekerja di sebuah syarikat akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya mengambil gambar kawasan yang kelihatan seram dan mengubahsuainya menjadi gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Ali jatuh hati kepada seorang kartunis, Sarah. Dalam satu kejadian ragut, Ali cuba menjadi hero tetapi akhirnya Sarah yang menyelamatkannya kerana mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan.
Ali mendapat tahu Sarah pernah menuntut di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai ustazah. Dalam usaha memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong dirinya juga pernah menuntut di universiti sama, tetapi akhirnya pembohongannya terbongkar.


Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terbabit dalam satu pertelingkahan sengit dengan rakan politiknya, Datuk Zaidan. Dia mendapat dokumen sulit dan ingin mendedahkannya dalam akhbar politik miliknya. Ali beranggapan dokumen itu akan merumitkan hubungannya dengan Sarah.
Imbas kembali :

Ali  mendapat tahu Sarah pernah menuntut di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai "ustazah" .
     Ustazah ?,Tengok gambar di atas ..pakai tudung macam apa entah.


Di sini saya sediakan Karipap-Karipap Cinta Trailer Official(HQ)


Top komen :-from You Tube=

1.kalau ikut novel betul2 kan bagus. graduan al-azhar knp pakai tudung camtu lak? pelakon x study & x buat research la ni.
fazura, ayu raudhah yg x brtudung pun boleh je berlakon watak bertudung dgn jayanya.
sayang betul~ novel sgt best. tp jd filem, imej heroin spoil.

2.novel dan best, dah sangat menarik dah.
bila dapat tau ada movie, dah sangat excited,
tapi, bila dah tengok trailer,emmmm,
disappointed sangat,
bukan pasal gambit,
but pasal watak sarah rose qistina tu....
sangat tak kena....

p/s :bile tengok trailer ..hmmm~rase malas nk tengok walau rase seronok bile dapat tahu dari station radio-radio ...korang nk tengok ke ?ermmm ..suka hatilah ,tp citer ni mmg best !
tepuk dada ,tanya iman !
wassalam~

Wednesday, August 17, 2011

Nak tahu tak ?jom la bace ..


Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma
masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi
betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa
cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa
atau sholat, tapi bertapa mudahnya cari bahan bersembang bila
bertemu dengan kawan-kawan / pakwe / makwe.

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu
pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila
imam sholat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah
hiburan dan novel best-seller 100 halamanpun habis dilahap.

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola
ata konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang
Jumuaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya
untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk
acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual
kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi
mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail
layang di internet, tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus
beriman,berpikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat
berantai melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering
mesti berpikir dua-kali.

LUCU TAK?
( Tepuk dada, tanyalah hati & imann........)

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mu'min
bahw sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah." (QS33:47)

~>> renungan bersama

Monday, August 15, 2011

Muhasabah : Tiba-tiba ...



Ahlan wa sahlan Ramadan .Bergema ucapan alu-aluan daripada Muslim yang rindu akan bulan pesta ibadah ini .Kesabaran menunggun selama ini yang kini menjelma di depan mata disambut dengan lafaz syukur serentak dengan sujud syukur . Alhamdulillah ya Allah !Engkau ketemukan aku lagi dengan Ramadan ,yang padanya ada sesuatu yang didamba kekasih-Mu .

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Jika bulan Ramadan tiba ,pintu-pintu syurga dibuka ,sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu ."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
       Mungkin berkat syaitan yang dirantai ,maka ramai manusia berwajah iman .Topeng syaitan ditinggalkan seketika .Apabila mereka berwajahkan iman sepanjang Ramadan ,maka apa yang terjadi ialah ibadah mengejut .



Tiba-tiba ibadah digandakan.
Tiba-tiba bangun qiamullail.
Tiba-tiba tahap kesabaran meningkat.
Tiba-tiba segala yang lagha itu semua ditinggalkan.
Dan macam-macam lagi.
      Okey ,tidak mengapa seandainya ibadah sepanjang bulan Ramadan dilakukan dengan mengejut .Tidak mengapa jika malaikat Raqib sibuk sedikit dan Atid pula tidak disibukkan untuk merekodkan amalan buruk seseorang .Alhamdulillah jika itu berlaku sepanjang Ramadan .
      Namun ,jangan ulangi kejutan berupa "tiba-tiba" itu seawal hari pertama graduate madrasah Ramadan .


Tiba-tiba makan banyak.
Tiba-tiba mendedahkan aurat.
Tiba-tiba terlupa di mana al-Quran.
Tiba-tiba meninggalkan amalan solat-solat sunat yang sepanjang Ramadan dikerjaklan seolah-olah wajib.
Tiba-tiba memuliakan kembali semua agenda lagha. 

   Apakah semua ini ?Adakah ini satu perbuatan membalas dendam ?Balas dendam kepada siapa pula ini ?
   Tidak mengapa jika tidak mengerjakan ibadah seolah-olah esok sudah tiada .Namun adalah sesuatu yang tidak patut jika tiba-tiba "bertanduk" sebaik takbir syawal bergema .Koreksilah diri .Apa niat utama kita berpuasa sebulan ?Adakah sekadar ingin berpuasa dan fokus kepada ibadah hanya dalam tempoh sebulan sahaja ?Apakah ibadah sepanjang bulan Ramadan dapat menebus semua kealpaan kita daripada mengingati Allah selama 11 bulan berbaki ?

p/s:muhasabah untuk diriku juga ...semoga saya dan anda menjadi lebih baik dari sebelumnya~

Friday, August 12, 2011

Perginya Seorang Da'ie ..

Bismillahirrahmanirrahim~


Allah ..
tadi ana ziarah satu blog nie .. SINI  sedih bila dapat tahu sahabat blogger kita pergi meninggalkan kita 
semua ...
dan dia meninggalkan dunia ini pada hari Jumaat dalam bulan Ramadan di penghulu segala hari dan bulan yang penuh barakah 
ini ...sayu hati ini bila sahabat kita meninggalkan kita tanpa kita duga ...bila pula diri kita ? Astaghfirullah~ ana juga dapat tahu dari sahabat blogger seIslam klik SINI  



Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah roh dia dan tempatkanlah dia di tempat yang mulia (Syurga) serta luaskan kuburannya. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, peliharalah dia dari seksa kubur dan nerakaMu. Allahuma amiin.

Sungguh.. berita ini peringatan dariNya ini untuk ana dan anda juga.


Blog arwah = Cinta Seorang Da'ie
           = Pusat Ilmuan Islam


Wassalam ...