Saturday, August 24, 2013

Cara Membersihkan Otak Dan Hati Dari Kekotoran

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum!
Kekotoran adalah satu benda yang berlawanan dengan fitrah manusia. Kita sendiri, kalau terpaksa memakai pakaian yang kotor ataupun berbau untuk ke mana-mana pasti sekali akan merasa tidak selesa. Sebenarnya fitrah manusia bukan hanya berlawanan dengan kekotoran luaran, bahkan juga berlawanan dengan kekotoran dalaman.

Kotor secara luaran, banyak cara untuk mengatasinya. Di pasaran terdapat pelbagai bentuk cecair mahupun serbuk pencuci yang ditawarkan. Kalau kekotoran yang terlalu degil, boleh disental dengan Clorox.

Tetapi kotor dalaman,  iaitu kotor hati, cara membersihkannya tidak sama. Kalau rasa hati tercemar, jangan pula diminum Clorox untuk membersihkannya.

mengarut! mana ada orang minum klorox nak bersihkan hati..

Betulkah tiada? Pernah anda dengar orang minum racun untuk bunuh diri? Terjun bangunan? Jerut leher dengan tali?

itu kes lain bhai. itu putus cinta, frust…

Benar. Tetapi itu hanya simptom. Sebab utamanya adalah ; si pelaku gagal untuk menemui ketenangan hati yang berpunca dari kegagalannya membersihkan kotoran-kotoran yang melekat pada hatinya sendiri.

Apa Persamaan Kotor Luar Dan Kotor Dalam?

Ada persamaannya. Pertama ; dalam kedua-dua situasi, manusia berasa tidak selesa. Kedua ; kedua-dua jenis perlu disental, diberus sehingga bersih untuk menghilangkan segala kekotoran.

Dalil situasi pertama adalah ; fitrah manusia itu bersih dan dia sentiasa mahukan perkara yang bersih.

Sebab itu kita sendiri, kalau kerap kali melakukan dosa, atau terasa ada melakukan salah dengan Tuhan, kita akan rasa tidak senang duduk, hati berdebar-debar dan terasa diri seperti sangat kotor. Walhal, luaran nampak bersih, kemas dan mungkin berbau wangi.

Ini adalah hakikat yang dirasai oleh semua manusia. Kenapa? Jawapannya adalah kerana fitrah manusia itu adalah bersih dan suci. Lalu dia akan sentiasa mahu kembali kepada fitrah yang suci tersebut.
Sabda Nabi s.a.w : كل مولود يولد على الفطرة –> setiap anak yang lahir itu dilahirkan dalam fitrahnya, yakni bersih dan suci.
Sebab itu orang melayu kata, anak yang baru lahir ibarat kain putih.

Lama apabila besar, banyak terpalit dosa, hati kita akan meronta-ronta untuk kembali menjadi putih bersih dari sebarang dosa.

Kedua : Proses menyental

Kadang-kadang, kotoran yang biasa boleh dihilangkan dengan cucian yang biasa. Tetapi kotoran yang lama, sukar untuk hilang perlu disental dan diberus dengan kuat, barulah kotoran tersebut hilang.

Hati juga begitu.

Kalau dosa kecil, istighfar memadai. Sebab itu Nabi s.a.w ajar kita supaya banyakkan istighfar. Sabda Baginda s.a.w : Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah tidak kurang dari 70 kali sehari. Dalam sebahagian riwayat lain disebut ; tidak kurang dari 100 kali.

Tetapi dosa-dosa besar perlu disusuli dengan taubat.
Firman Allah ta’ala : Wahai orang-orang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha.
Taubat nasuha adalah taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh pelaku yang melakukan dosa-dosa besar. Tangisan dalam sujudnya di malam hari dengan benar-benar menyesali dosa-dosa silamnya akan meraih keampunan daripada Allah. Itulah namanya menyental. Bukan sekadar biasa-biasa, tetapi perlu ditekan, diraih keinsafan tersebut.

Sudah tentu, ia bukan perkara mudah. Ramai orang malas membasuh baju yang terlekat kotoran degil, kerana malasnya untuk mengeluarkan tenaga menyental dan memberus. Akhirnya semakin lama, kotoran semakin sukar hilang.

Hati juga begitu. Lama dibiarkan dosa-dosa tanpa disusuli dengan taubat, akhirnya membuatkan dosa tersebut menyeliputi hati, sehinggalah hati tidak lagi ada ruang untuk merasa insaf. Itulah namanya hati yang mati.
Sebab itu, bukan calang-calang orang yang berjaya membersihkan hati mereka terutama dari kotoran degil. Lalu sabda Nabi s.a.w : التاءب عن الذنوب كمن لا ذنب له –> orang yang bertaubat dari dosa, umpama orang yang tiada dosa.
Justeru ada berbagai cara untuk membersihkan hati ( dan otak ) dari kotoran :

1- Banyakkan membaca Al-Quran bersama tadabbur.

Baca Al-Quran sahaja, tanpa tadabbur maknanya sukar mendatangkan keinsafan pada manusia. Memahami makna-makna Al-Quran, peringatan-peringatan Allah di dalamnya akan berupaya meraih kelembutan dari dalam jiwa manusia.

2- Torture hati sendiri

Banyakkan berhujah dengan hati dan jangan sekadar mengikut setiap bisikannya. Boleh jadi ketika terdorong melakukan maksiat, kita jarang menentang sebaliknya kerap mengikut. Ubah tabiat tersebut kepada menentang. Marah kepada setiap bisikan tersebut dan torture hati sendiri supaya bisikan tersebut kalah.

3- Usaha untuk menangis

Tangisan adalah satu perkara yang sukar bagi manusia. Betul, memang payah hendak menangis kecuali dengan hal yang remeh temeh. Putus cinta, hilang barang, terasa hati dan sebagainya. Hendak menangis mengenang dosa sangat payah. Tetapi payah tak bermakna tak boleh. Cuma perlu diusahakan. Antara caranya adalah mencari suasana yang mendorong, bangun tengah malam umpamanya. Memejam mata sambil mengingati kesalahan-kesalahan yang pernah dibuat, insyaAllah akan menangis. Tangisan ini bukan calang-calang, kerana powernya boleh memadamkan api neraka.

4- Banyakkan ingat mati

Nabi s.a.w mengingatkan , bahawa antara cara membersihkan hati adalah dengan membaca Al-Quran dan banyak ingat mati. Kalau boleh, selalu hadiri solat jenazah jika berlaku kematian. Tolong usung keranda. Ikut ke tanah perkuburan. Tengok jenazah masuk dalam lahad. Semua ini boleh mematikan keseronokan berlebihan kita kepada dunia.

5- Bergaul dengan orang soleh

Dalam hadis ada disebut tentang aspek pergaulan. Seseorang yang berkawan dengan penjual minyak wangi pasti akan terlekat sama wangian tersebut. Berkawan dengan orang-orang yang baik, yang soleh, yang tekun pada agama, boleh melembutkan hati kita untuk menjadi baik. Dalam masa yang sama, proses mensucikan antara akan menjadi lebih mudah.

Jadi, jaga-jagalah dalam memilih kawan. Very important.

Semoga ada manfaatnya untuk peringatan bersama.

Sekian.

Tuesday, August 13, 2013

Hujan Meteor Perseids Di Langit Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap kejadian Allah SWT di seluruh alam pasti ada penjelasannya daripada sudut Islam dan juga sains. Setiap tahun ada sahaja kejadian hujan meteor di langit dunia termasuk Malaysia. Tertarik dengan menjelasa yang dibuat oleh Ustaz Rahim Nasir sahabat yang selalu menjawab soalan #TanyaUstaz di FB Denaihati. Ustaz Rahim menjelaskan apa itu hujan meteor perseids yang boleh dilihat dengan mata kasar di langit Malaysia pada malam 12/8/13 sehingga pagi 13/8/13 dari sudut yang berbeza yang jarang-jarang kita didedahkan. Jom kita hayati bersama ..

Malam nih jangan lupa tengok langit..

Meteor itu Panah Api Pelempar Syaitan yang Mencuri Berita Langit..

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseids antara paling menarikkerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

“Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.”Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

“Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar,” katanya.

Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. – Bernama

Hujan Meteor Perseids Di Malaysia Malam Isnin 12.8.2013


Meteor itu Panah Api Pelempar Syaitan yang Mencuri Berita Langit?

Ada beberapa ayat Al-Quran yang menyebutkan tentang hujan meteor, berikut diantaranya,

1. Firman Allah,

وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ * وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ * إِلَّا مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ مُبِينٌ
“Sesungguhnya Aku telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Aku telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang(nya), ( ) Aku menjaganya dari setiap syaitan yang terkutuk, ( ) kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.” (QS. Al-Hijr: 16 – 18).

2. Firman Allah,

إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ * وَحِفْظًا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَارِدٍ * لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ * دُحُورًا وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ * إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ
“Sesungguhnya Aku telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka,syaitan syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk mengusir mereka dan bagi mereka siksaan yang kekal, Akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang terang.” (QS. As-Shaffat: 6 – 10).

3. Firman Allah, yang menjelaskan kebiasaan jin mencuri berita dari langit

وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا * وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا
“Sesungguhnya kami telah mencoba mengetahui (rahasia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).” (QS. Al-Jin: 8 – 9)

4. Firman Allah menjelaskan fungsi bintang

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.(QS. Al-Mulk: 5)

Keterangan Hadis Hujan Meteor

Beberapa ayat di atas memberikan kesimpulan kepada kita bahwa hujan meteor atau bintang jatuh, yang kita saksikan sebagai fenomena langit itu, sejatinya adalah benda langit yang digunakan untuk melempar setan, yang mencoba mencuri berita dari langit.

Semuga kita mengambil iktibar daripada kejadian  dan sentiasa mengingati kebesaran Tuhan sambil melihat keindahan hujan meteor. Tiada apa yang berlaku di alam maya ini melainkan dengan kehendak Allah SWT.

Thursday, August 1, 2013

Macam-macam

Assalamualaikum..

Tukar baju blog. Tukar header blog. Tukar nama blog. Alhamdulillah. Done! Ekcelly sis tak tau lah sama ada sis ada atau tak yang minat baca blog sis yang super duper simple ni. But, nak bagitau jelah yang sis dah tukar nama bloh daripada Abah'slittledarling kepada Sis Nawwal. Okay, watever is it. Memacam citer sis nak citer. Lepaskan rindu. *peluk bantal*

*campak batu dalam air*

Tetiba sis terfikir adakah puasa sis selama ni diterima oleh Allah atau tidak. Wallahualam. Dia lebih tahu. Tapi, sis berharap Allah terima. And yeah.. semua orang ada harapan yang sama macam sis kan? Hmm. Moga Allah perkenankan doa sis dan sahabat di bulan yang mulia ini. InsyaAllah.

Semalam ada majlis khatam quran kat sekolah sis. Hmm. Sis nak menang tadarus quran. Then, bila tanya kawan. She said, sebab kumpulan kita, kita dengan awak je yang penuh kedatangan yang lain tu tak datang that's why lah kita tak dapat. Okay. *muka muncung* Yah. It's okay. Sekurang-kurangnya sis dengan kawan dapat pahala. Kan-kan? *senyum*

Err, uolls dah beli baju raya? Kasut raya? Tudung raya? Hmm. Sis semua dah. Alhamdulillah. Wait! Ada satu dialog antara sis dengan abah sis yang membuatkan sis terasa. "Abah tak bali kasut raya?" sis tanya. Then, he replied. "Kasut abah elok lagi. Kasut tak raya. Orang yang raya". Okay, masa tu dah lah mak sis tengah pilihkan kasut untuk sis. Terus water face sis berubah. "Abahhhhh..." Hmm. but, its a sunnah right? So, tak salah. Yang salah bila membazir. So, jangan bazir. :')

Anyway, selama bulan puasa ni cuma 2 kali je sis pergi berterawih di masjid. Thanks to kakak atikah. Yang sudi tumpangkan kereta sesama pergi masjid. Hhoho. InsyaAllah kalau ada rezeki hari ini pun sis pergi lagi. Ahhh! Tak sabar! Rindu masjid. Hehe. Siyes, sis rindu sesangat nak pergi masjid. Btw, apa uolls kesah enn? Haha.

Okay-okay. Last but not least lah. Sorii eh kengkawan kalau ada sakit kan hati uolls. Selamat hari raya sis ucapkan untuk para bloggers and kengkawan kat sekolah SMK USJ 4. Hehati di jalan raya. Okay ha? Lepas raya ni. Cuba istiqomah apa yang telah kita buat di bulan Ramadhan. Jangan tinggalkan quran. Okay? *note to self* *letup-letupkan jari*

Assalamualaikum! Tata. Awummmm~ SELAMAT HARI RAYA.
 

*lari kejar rama-rama*

Futur


Chad duduk luar masjid. Jemaah semua dah makin kurang, perkarangan masjid pun semakin lapang. Dia tarik nafas dalam-dalam.

Kuis-kuis batu kecil guna kaki yang bersarung selipar jenama Adidas warna hitam putih. Jubah dah ditanggalkan awal-awal. Panas. Tinggal tshirt hitam fit dengan kain pelikat warna hijau. Letak jubah dekat tepi, tak dilipat kemas pun.

"Assalamualaikum. Brother, kau ni.... Seiv ke?"

Suara tu perlahan. Tapi rasa macam boleh hancurkan gegendang telinga. Irsyad pusingkan badan, pandang pemilik suara.

Allahuakbar. Jed of Path.

"Waalaikumussalam." Irsyad bangun. Menghadap Jed.

"Haseef. Nik Haseef Irsyad." Dia hulur tangan.

"Seiv.... of Zedus?"

Angguk perlahan.

"Wow! Aku jumpa legend of Zedus dekat sini lah. Kau dah kenapa pakai macam orang stok agama ni?"

Sengih. "Past is past. Zedus tu past aku. Yknow aite?"

Jed angguk. "Mimpi apa balik Malaysia tak bagitahu aku?"

"Mimpi indah." Selamba tanpa nada.

"Banyaklah kau punya mimpi indah," Pecah tawa Jed.

Memang. Memang budak-budak Path ni agungkan sangat budak-budak Zedus. Cuma sekarang, Zedus dah berpecah. Semua bawa hala masing-masing. Lepas tragedi masa Street Skate  Tournament 2005 yang meragut nyawa D'joe of Zedus.

"Kau jadi imam tadi?"

Angguk. "Why?" Angkat kening sebelah.

"Awesome overload sia."

Tarik senyum segaris. Senyuman tawar yang dah tak mampu nak jadi manis.

"Assalamualaikum."

"Er. Waalaikumussalam." Serentak Jed dan Irsyad.

Meek pandang Jed. Mata mereka bertembung.

"Well, I introduce you, Jed, ni Meek. Meek, ni Jed."

"Jed of Path?" Meek sengih. Tangan dihulurkan.

Jed tak jawab. Tak tunjuk reaksi. Terkejut.

"Let bygone be bygone." Meek tepuk bahu Jed. Lepas tu terus blah.

Irsyad senyum. "Assalamualaikum Jed. Aku blah dulu."

"Waalaikumussalam."


............................................................................



Lagu Nothing Else Matters by Metallica terdengar jelas dari earphone Irsyad. Rantai besi yang terukir perkataan Zedus, bertalikan tali hitam ditenung lama.

Asal boleh budak ni nak dengar sekuat hati. Meek mengomel dalam hati. Geram pun ada. Meek without mercy tarik earphone yang tersumbat dekat telinga Irsyad.


"Kau nak apa?" Irsyad separa menjerit.

"Chad, aku ni usrahmate kau. Sebelum aku back for good dulu. Kau ni adik aku. Kau, Qiden, adik aku. Sama macam Naufal, abang Qiden. Dah anggap kau macam adik kami dah." Meek mula nak tembak telinga Irsyad dengan butir-butir perkataan.


Qiden...


"Sejak Qiden dah takde, kau makin jauh. Makin lemah. Langkah kau tak gagah. Bicara kau lemah. Usrah kau perlahan. Dakwah kau tak jalan. Tarbiyah untuk diri sendiri pun aku tengok takde kesan."


Senyap. Dengar jelah Mikhail ni nak cakap apa.


"Chad. Aku sayang kau. Aku taknak tengok pemuda yang dah habiskan masa mudanya untuk Islam, jatuh hanya sebab kehilangan kawan."

"I'm sorry but, dia bukan kawan."

"Yes I know. Kau tak anggap dia kawan. Kau anggap dia tuhan." Mikhail provoke.

Chad pandang. "The heck is wrong with you huh?"

Meek senyum. "Marah?"

Senyap.

Sebab dah selalu diingatkan, berkata-kata masa marah cuma akan buat kita menyesal je nanti.


"Kalau betul kau tak anggap dia tuhan, kau mesti takkan jatuh hanya sebab dia dijemput dulu. Kan?"

"Dia banyak bantu aku."

"Kau banyak bergantung pada dia."

"Dia selalu ada masa aku susah senang."

"Allah selalu ada setiap masa."

"Meek. Kau senyap. Kau tak faham. Aku hilang kawan. Kawan aku sejak tadika. Aku bukan hilang kawan yang baru kenal setahun dua."

"Aku tahu."

"And then?"

"Kau nak terus jatuh? Weh, kalau Qiden nampak kau macam ni, confirm dia kecewa. Penat dia bekalkan kau dengan macam-macam nasihat dan pesanan, ingatkan kau supaya jangan lupa Quran walau susah mana pun ujian."

"Aku penat."

"Kau penat sebab kau buat sesuatu nak harap ganjaran."

"Aku tak harap ganjaran."

"And then what? Pujian?"

"Kau dah kenapa?"

"Orang yang susah terima teguran tu orang yang keras hatinya."

"So, kau nak kata hati aku keras. Cemtu?"

"I'd never say so."


Meek ni main pusing-pusing ayat pulak. Aku dah panas ni.


"Irsyad, pandang aku."

Chad pandang Meek. Muka merah, bengang punya pasal.

"Aku tak sanggup tengok kau futur. Ramadhan dah nak habis. Tapi kau masih terus jatuh. Jauh. Aku sayang kau."

"No need to be so kasarlah kalau macam tu." Perlahan suara Chad antara dengar dan tak.

Meek peluk Irsyad erat. "Aku minta maaf," bisik Meek tenang.

Pelukan dilepaskan.

"Aku taknak kau futur ( give up) dengan apa yang berlaku. Aku taknak kau jatuh. Aku taknak kau jauh. Aku taknak kau balik pada life kau dulu..

Irsyad, aku sayang kau."

Chad diam. Matanya ditala ke arah lain.


Qiden, aku rindu kau.



"Irsyad, jasad Naqiuddin mungkin dah takde. Tapi semangat ukhuwah tu terus ada. Dekat dalam ni." Meek tepuk dada Chad beberapa kali.

"Bangunlah, jadi manusia yang hebat. Teruskan perjuangan kau kat dunia ni. Sampai masa nanti, kau pun akan pergi, sambut seruan Dia macam Lee dan Qiden."

Pejam mata.

"Please, jadi manusia baru. Manusia yang tak jatuh sebab manusia dah. Sekalipun kau jatuh sebab manusia, bangunlah sebab Allah. Sebab kau nak berubah. Jadi manusia yang hebat dakwah tarbiyah."

Suara Meek masih tenang. Dia abang. Dia senior. Dia sahabat.

"Thanks Meek, ingatkan aku." Lemah suara Irsyad.

Meek senyum. "No biggie lah kiddo."

Bahu Irsyad ditepuk beberapa kali.

"Bangun, ummah perlukan kau."

budak-tomato