Friday, September 30, 2011

Ketenangan Hakiki

"Ketahuilah dengan mengingati Allah itu ,hati-hati akan menjadi tenang."
Surah Ar-Ra'd ayat 28 .

Wednesday, September 28, 2011

Apa itu cinta ?

Maha suci Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan kepada sekalian hamba-Nya. Allah Maha Mengetahui yang mengurniakan cinta kepada kalangan manusia. Hidup manusia tidak terasa lengkap tanpa kehadiran cinta. Itu satu hakikat dengan fitrah insan yang sentiasa ingin disayangi dan menyayangi.


Allah tidak melarang hamba-Nya bercinta. Malah, Dia yang mengurniakan perasaan itu dalam hati setiap manusia. Beruntunglah bagi sesiapa yang menyucikan cinta. Cinta nikmat bagi hati setiap insan. Tanpa cinta, manusia akan terus hidup dalam kesakitan dan kesukaran. Tanpa cinta, manusia akan saling benci membenci. Manusia akan hilang perikemanusiaan. Manusia akan sanggup menyakiti insan lain demi mencapai kepentingan diri. Justeru, sucikanlah cinta dan suburkanlah perasaan itu dengan takwa kepada Yang Maha Esa.


Cinta yang ditafsir sebagai kasih dan sayang, dianugerahkan sejak awal penciptaan manusia. Ketika Nabi Adam di dalam syurga yang penuh kenikmatan, masih terasa �kekosongan� di hatinya. Lantas, Allah Yang Maha Mengetahui, segera menciptakan seorang perempuan, Hawa bagi mengisi kekosongan tersebut. Maka, terisilah keresahan dan kekosongan yang sebelum ini membelenggu jiwa Adam. Jelaslah, cinta sudah bermula sejak di syurga. Tanpa cinta, pasti akan ada kekosongan dalam jiwa manusia.


Syurga adalah matlamat setiap manusia yang beriman. Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang mengamalkan segala perintah-Nya dan meninggalkan apa dilarang. Orang yang layak menghuni syurga adalah mereka dalam kalangan yang baik-baik iaitu para rasul, nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Pahala adalah mahar untuk memasuki syurga. Justeru, cinta juga boleh dijadikan alat untuk mencapai hasrat itu. Jadilah kita insan yang baik-baik agar tergolong dalam kalangan penghuni syurga.


Cinta dilahirkan di tempat baik (syurga), dianugerahkan Yang Maha Baik (Allah), dinikmati kali pertama oleh orang yang baik (Nabi Adam AS) dan diwariskan kepada orang-orang yang baik (para solihin). Cinta lahirnya di syurga dan akan berakhir di syurga.


Bercinta kerana Allah


Cinta sesama manusia hanya alat untuk mencapai cinta Allah. Untuk menjaga kesucian cinta, jadikan cinta Allah sebagai dasar untuk mencintai manusia. Cinta adalah �hadiah� daripada Tuhan. Maka, kita perlu menghargai cinta dengan mendahulukan �pemberi�. Cinta bukanlah pendahulu bagi segala-galanya. Jangan taasub dengan cinta hingga merana jiwa dan lupa daratan.


Peliharalah cinta kerana Allah. Sucikan cinta dengan perkara-perkara disukai Allah. Berkasih sayang sesama manusia kerana Allah. Bagaimanapun, jangan biarkan cinta pada manusia mendahului cinta pada Allah.


Sayangnya, dunia hari ini terlalu disemai dengan cinta abadi sesama manusia. Manusia yang sanggup lupakan keluarga dan sanggup mati kerana cinta. Manusia yang lumpuh seluruh jiwa kerana cinta. Sedangkan, Allah sepatutnya menjadi yang pertama dalam meraih cinta. Cinta sekadar alat pelengkap kekosongan jiwa, namun ia bukanlah segala-galanya.


Jangan biarkan jiwa terus hanyut kerana kekecewaan dalam cinta. Bacalah al-Quran kerana anugerah ketenangan jiwa dengan mengamalkannya adalah cinta daripada Allah. Seperti mana firman Allah:



"Kami turunkan daripada al-Quran penawar-penawar dan rahmat bagi orang mukmin"
(al-Isra�: 82)



Begitu juga dengan amal ibadat lain. Jangan diabaikan kerana kita perlu cintai Allah melebihi segala-galanya. Ini termasuk mendirikan solat kerana menerusinya, kita mampu menghindarkan diri kita daripada ingkar terhadap ketentuan Allah dan dikurniakan ketenangan dalam hati.



Sentiasa menjaga peraturan cinta



Sebagaimana kurniaan lain, cinta dicetuskan dengan beberapa peraturan. Peraturan inilah yang mendorong manusia agar berada di landasan yang benar. Tanpa landasan ini, manusia akan tersasar kerana mengejar cinta. Ia adalah syariat. Hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus.


Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Jauhilah yang haram kerana yang kemanisan dengan menempuh yang haram, maka akan berakhir dengan kepahitan. Bagi yang makruh dan harus, gunakanlah pertimbangan yang waras untuk melakukan atau meninggalkannya.


Pelihara cinta dalam rumah tangga

Cinta adalah �warisan� Nabi Adam AS pada orang baik pada kemudian hari. Justeru, jadikanlah cinta sebagai alat untuk melakukan perkara yang baik-baik dalam rumah tangga. Sabar, reda dan mujahadah semasa menjalankan tanggungjawab dan peranan dalam melayari bahtera rumah tangga.


Tiada rumah tangga yang tidak dilanda badai. Maka, tempuhilah ujian itu dengan penuh sabar dan ketenangan. Ingatlah, ujian datang tanda kasih sayang Tuhan kepada hamba-Nya. Semakin sayang Tuhan kepada kita, maka semakin hebat ujian diberi. Semuanya menuntut kesabaran dan ketakwaan.


Malah kecewa dalam bercinta di alam rumah tangga ujian kepada umat Islam selepas mengakui beriman kepada Allah. Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta." (al-Angkabut: 2-3).


Contohilah Ummu Sulaim yang mengingatkan suaminya bahawa anaknya adalah �pinjaman� daripada Allah dan apabila anak itu kembali ke rahmatullah, ertinya ia dikembalikan kepada pemiliknya (Allah).


Mungkin contoh itu terlalu sukar untuk diteladani, namun contohilah ketabahan mereka dengan memaniskan wajah, menahan kata-kata yang buruk dan bertindak sebaiknya ketika ujian melanda rumah tangga. Justeru, hadapilah setiap ujian dalam percintaan itu dengan tenang kerana yang terbaik sudah tentulah datangnya daripada Allah.

Tuesday, September 27, 2011

JOM SENYUM SAMBIL HADIAHKAN AL-FATIHAH

eheeee~join apa pulak kali nie ye ? wokeyh ! husna join segmen yang lain dari yang lain ... bagus ! dan sebenarnye al-Fatihah nie sangat penting dalam kehidupan seharian kita ..  cnthnya :- time solat ,orang meninggal dunia ..eh ,time belajar pun lah~teringat kt Puan Wahidah mengajar sains ,sebelum belajar kene baca al-fatihah supaya Allah melapangkan dada kita dan supaya pljrn itu masuk ke dalam otak kita .. kita cuma berusaha ,Allah yang memberi .. InsyaAllah 

dan sebenarnye ...(agak aje tau)tujuan tuan blogger buat segmen nie juga adalah ntk kita melancarkan lagi sebutan kita membacanya ye tak ?sekiranya di dalam solat kita tak lancar sah ke solat kita ? itu yang kita kene tanya jujur dalam hati kita ,selain itu semua blogger sekalian juga akan dihadiahkan al-fatihah~ (dun't worry kay)

^
^
korang yang baik hati ... silalah klik gmbr kt atas nih ye ?eheee~ =D
shbt yang dudi sedekahkan al-fatihah ;-

Monday, September 26, 2011

Wardah alisya; Pencarian bermula !

Nak join !nak jugak join ... eheee~ =D untuk semua jugak ..kalau nak join klik je gmbar kat bawah nie yer ?? 
*blog dia comel ..warna pink gituh~ jeles nih .. huhuhu~
owh ..disebabkan segmen nie nk cukupkan 50 orang jer .. husna siap kira lagi berapa yang join ... setakat husna kira 29 yg dah join ! *ade peluang nih ... 
yahooo~
(terase syok sendiri la pulak)
^
^
Nak join ? Klik aje gmbr kt atas nih ye ... ;) 

Sunday, September 25, 2011

ADAKAH AKU SEORANG DAIE'..??


Kitakah Pendakwah?.. 

Satu Muhasabah Jujur....


Seorang Daie bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah dikumandangkan.

Sedangkan kita selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam salam

Seorang Dai'e mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit.

Kita sering terlupa membaca Al-Quran dengan beralasan sibuk dan membacanya sesekali setelah berlalu berhari-hari

 Seorang Daie amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia
melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat.

Kita kurang memberi perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan

Seorang dai'e selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Kita sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta kerap menangguh-nangguh amal dan taubat .

Seorang Daie suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencintai ilmu dan Ulama serta berlapang dada dengan teguran atau nasihat sebagai proses peningkatan diri.


Kita cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain

Seorang Daie rumahtangganya dihiasi dengan biah solehah, persekitaran tarbiyah, hidup dengan sunnah dan ibadah serta meriah dengan hiburan Al-Quran atau nasyid-nasyid Islami.

Kita rumah menjadi sarang syaitan, kosong dari gema Al-Quran, hambar dari ruh ibadat dan sunnah, penuh dengan maksiat, hiburan, tayangan-tayangan televisyen yang merosakkan akhlak.

Seorang dai'e menguasai diri, rasional, berlaku adil terhadap sesiapa pun dan menetapkan sesuatu dengan benar.

Kita sering dikuasai emosi dan marah sehingga membelakangkan keadilan, kebenaran atau kebaikan orang lain.

Seorang Daie jiwanya dipenuhi cinta dan kasih sayang, mudah memaafkan, berjiwa besar dan tidak pendendam.

Kita jiwa dirajai dengan benci, suka bermusuhan, sukar memaafkan, keras, kasar .

Seorang Daie menjauhi riba, berusaha seupaya mungkin memastikan setiap urusan muamalat terpelihara dari unsur haram dan syubhat.

Kita mencari-cari alasan bagi mengharuskan terjerumus dalam riba, memandang remeh dan tidak sensitive dengan perkara yang haram maupun syubhat dalam muamalat .

Seorang Daie memperuntukkan sebahagian harta yang dimilikinya walaupun sedikit untuk dana dakwah.

Kita tidak rasa pentingnya infak, tiada peruntukan untuk dana dakwah kecuali sekali sekala malah zakat (selain zakat fitrah)pun sering terabai.

Seorang Daie tahu menguruskan kewangan dan sentiasa menyimpan di masa senang sebagai persiapan di masa kesusahan mendadak.

Kita boros, tidak membudayakan tabungan, suka membuat pinjaman dan tidak mengurus kewangan secara berhemah.

Seorang Daie sentiasa berfikir, bangun, berdiri dan bergerak mengusahakan strategi demi strategi untuk menjayakan dakwah Islam.

Kita menunggu, menanti, mengharap keajaiban dan kebetulan dalam usaha menjayakan dakwah .


Medan berbicara berbeza dengan medan berfikir, medan amal berbeza dengan medan berbicara, medan jihad berbeza dengan medan beramal, medan jihad yang benar berbeza dengan medan jihad yang salah.

Sangatlah mudah bagi sebahagian besar manusia untuk berfikir. Namun tidak semua yang terdetik dalam benak fikiran mampu terungkap dengan kata-kata yang keluar dari lisan. Banyak orang yang boleh berbicara, tetapi amat sedikit di antara kata-kata ucapan itu tercermin dalam bentuk perbuatan. Masih banyak orang yang mampu berbuat amal, tetapi hanya sedikit yang mampu menanggung beban jihad yang begitu berat. Ada orang yang sanggup menanggung beban jihad, tetapi tidak ramai yang mampu berjihad dengan istiqamah!

Kesimpulannya, pendakwahkah kita?
Renungkanlah wahai hamba ALLAH yg lemah.. 

Astagfirullahalazim....

Saturday, September 24, 2011

Lelaki soleh idaman wanita ..


Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpanya.
Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :
1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudup aku?                          
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?
6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaan aku?
11. Adakah aku bertawakkal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang pemaaf?
Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!

Thursday, September 22, 2011

Azab bagi "WANITA" ..

Entry kali ini husna tegaskan sedikit Azab bagi "WANITA" ..takut tak ?takut kan ?maka dengan takut inilah akan membuktikan lagi rasa cinta kita kepada Allah ..(InsyaAllah~)



Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg kamu kenal)Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri…..


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’-
kan, aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. 
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergan! tang kedua kakinya dengan terikat 
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, 
dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk 
karena penyakit sopak dan kusta.Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu 
kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”kata Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukan! g umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Tuesday, September 20, 2011

Awek's zaman sekarang ..


Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat 'awek'. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, 'confirm' dah boleh dapat.
Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat 'awek muslimah'. Mungkin tidak semudah petik jari tetapi kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang nampak alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah 'confirm' dah boleh dapat.
Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat.
Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita 'alim'?  Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar Mesir yang ditunjukkan dalam sebuah drama pergi melancong berempat (dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting)
Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta 'cintun' menganggap bahawa 'couple' itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal.
Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati Muslimah Mujahidah Solehah, kerana mereka ini bukan sebarang wanita.
Mereka ialah wanita-wanita yang berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik) terhadap kaum adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka!
Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.

Saturday, September 17, 2011

Perkongsian Motivasi: Engkau Tidak Pernah Sunyi.



Stress? Rasa tiada siapa bersama-sama? Tekanan belajar@kerja bertimbun dan merasakan diri sudah sampai ke limitnya? Akhirnya semua itu membuatkan diri rasa tersepit dan terhimpit? Rasa sunyi?
Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan.
Sesungguhnya, kita tidak pernah sunyi.
Mari kita lihat kehidupan yang lebih besar daripada diri kita ini.
Sesungguhnya Allah SWT menemani.

Melihat Alam Yang Luas


Mari kita lihat pokok-pokok yang berada di dalam hutan. Yang tidak disiram atau dibaja manusia. Bukankah mereka itu hidup mekar dan tumbuh melata?
Mari kita lihat pula ikan-ikan di laut yang tidak diberi makan jauh sekali dijaga oleh manusia. Bukan mereka itu hidup segar dan aktif sentiasa?
Mari kita lihat pula semut-semut yang tidak diternak atau disuap oleh manusia. Bukankah tiada antara mereka itu mampu bergerak dan meneruskan kehidupan mereka?
Mari kita kembali ke laut dan melihat seekor haiwan bernama Paus. Saiznya yang besar, pastinya memerlukan makanan yang banyak. Tetapi apakah manusia menyediakan? Tidak. Namun Ikan Paus tidak pernah mati kebuluran di tengah laut sekiranya ekosistemnya tidak terganggu.
Kita lihat ke awanan, berkepul-kepul gebu putihnya. Mengapa dia tidak jatuh? Apakah manusia yang menjaganya?
Kita lihat ke angkasa raya, bumi dan planet-planet lain bergerak mengikut orbit masing-masing, dan matahari pula kekal di tempatnya berpusing. Apakah manusia yang mengawalnya?
Dan kita kembali kepada diri kita saat kita masih berada di dalam rahim ibu.
Siapakah yang memberikan kita makan dan minum di dalam perut Ibu itu? Apakah seorang Ibu mampu menukarkan makanan yang dimakannya kepada khasiat-khasiat khas untuk bayi? Tidak. Jadi siapakah yang menjaga kita ketika itu sebenarnya?
Itulah dia Allah SWT.


Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): “Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? “(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: “Allah jualah yang menguasai segala-galanya! “Oleh itu, katakanlah: “(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa? [Surah Yunus ayat 31]

Dan Allah yang menjaga semua itu, wujud di sisi kita sentiasa.


Allah yang memberikan rezeki, yang menjaga dan mengawal semua itu tadi, berada di sisi kita sentiasa.


Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat [Surah Al-Baqarah ayat 214]
Sesungguhnya Aku amat dekat [Surah Al-Baqarah ayat 186]
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. [Surah Qaaf ayat 16]


Tidakkah kita merasa selamat dan tenteram bila mengetahui hal ini?
Cuma persoalannya, apakah kita berhubungan denganNya?

Punca tekanan dan kesunyian yang sebenar
Dunia ini akan hancur. Harta akan habis. Anak dan isteri akan membesar dan menua, juga mustahil untuk mereka memberikan masa 24 jam penuh kepada kita. Rakan-rakan juga datang dan pergi, dan masing-masing ada urusan masing-masing.
Sekiranya kita meletakkan pergantungan utama kita kepada perkara-perkara yang fana ini, semestinya kita akan menghadapi tekanan dan merasa kesunyian. Kita akan diserang ketakutan. Takut ‘kehilangan’.
Itulah masalah kita sebenar. Tidak mempunyai hubungan dengan Allah SWT. Tidak bergantung dengan Dia, yang sebenarnya merupakan solusi kepada permasalahan kita. Kita tidak taat kepadaNya, kita melanggar perintah-perintahNya.
Ketiadaan hubungan dengan Allah SWT, adalah punca permasalahan kita.

Penutup: Kita Tidak Pernah Sunyi


Sesungguhnya rezeki itu ada. Bagi yang berusaha dan taat. Sesungguhnya bahagia itu ada. Bagi yang mendekatiNya dan merapat.
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan memberikannya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. [Surah At-Talaq ayat 2-3]
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwatentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. [Surah Al-A’raf ayat 96]
Jadi apa lagi?
Mari lihat semula kehidupan kita. Muhasabah hubungan kita dengan Ilahi.
Sungguh, melihat alam itu sahaja sudah memberikan kita motivasi.
Inilah dia motivasi daripada Ilahi.



Sumber:langitilahi.com

Sunday, September 11, 2011

Ini yang kita selalu minta kan ?kan ?



Doa itu lah sumber kekuatan, doa itu pengaduan, doa itu curahan hati, doa itu perbualan dengan Rab, bercerita, teresak di sisi Nya.

Doa itu, tempat mencurah isi hati. Tempat memberitahu apa-apa yang kita tidak mahu manusia lain tahu. Tempat mengadu segala cerita yang mungkin manusia takkan faham.



Kita minta menjadi seorang yang kuat
Lalu Allah uji dengan bencana
Kita menangis
Kita rasa Allah tak sayang kita
Aduhai sayang
Bukankah kekuatan itu yang kamu minta?
Maka Allah kabulkan permintaanmu


Kita minta menjadi sabar
Lalu Allah uji kita
Kita lembik dan putus asa
Kita terasa itu ujian itu di luar kemampuan kita
Alahai sayang
Bukankah itu jawapan doamu?
Bukankah kesabaran itu yang kamu minta?



Kita memohon menjadi orang yang berlapang dada
Lalu Allah datangkan seseorang yang sangat suka berbuat masalah
Kita rasa kita tak suka
Kita benci perangai dia
Wahai sayangku
Itu kan peluang pahala berlapang dadamu?
Bukankah berlapang dada itu yang kamu minta?


Kita memohon menjadi orang yang ikhlas
Lalu didatangkan ujian dengan ahli rumah yang suka buat sepah
Kita pun tak puas hati
Kenapa asyik kita je yang kena kemas?
Hai sayang
Bukankah keikhlasan itu yang kamu minta?


Kita berdoa untuk menjadi orang yang bersyukur
Lalu Allah hadirkan pada kita kelemahan
Kita merasa sedih
Kenapa orang lain lebih?
Aduhai sayang
Bukankah rasa syukur itu yang kamu minta?


Kita minta untuk jadi orang yang bertawakal
Lalu Allah uji dengan soalan peperiksaan yang susah
Kita balik menangis-nangis telefon mak
Kita rasa tak yakin
Alahai sayang
Bukankah tawakal itu yang kamu minta?



Sayangku
Semua yang berlaku pada kita
Telah tertulis, telah kering penanya
Apa yang hadir pada kita
Tidaklah sia-sia
Kerana bukan standard Allah
Untuk buat sesuatu yang tak berguna


Ujian dan dugaan itu adalah latihan
Dan jawapan yang kepada doa
Sama ada kita muhasabah
Atau tidak


Nota Hamba : Seringkali doa yang kita pinta pada Allah itu, akan diujiNYA kita terlebih dahulu sebelum Dia memakbulkan.

Thursday, September 8, 2011

Renungan:Mengutamakan Sahabat


Ibnu al-Mubarak dalam laporannya menyebutkan:
Suatu hari, Umar Al Khattab RA mengambil sejumlah 400 dinar wang dan dimasukkan ke dalam uncang. Dia berkata kepada pelayannya, “Pergilah dan berikan wang ini kepada Abu Ubaidah bin Jarrah!”
Pelayan itu pun pergi menemui Abu Ubaidah Ibnu Jarrah RA dan berkata, “Amirul Mukminin berpesan kepadamu agar menggunakan wang ini untuk memenuhi keperluanmu.”
“Semoga Allah menjalinkan hubungannya dan merahmatinya!” kata Abu Ubaidah.
Pelayan itu menunggu beberapa ketika untuk mengetahui apa yang akan diperbuat Abu Ubaidah dengan wang tersebut.
Abu Ubaidah memanggil hamba perempuannya lalu berkata, “Berikan 7 dinar ini kepada si polan, dan 5 dinar ini kepada si polan, kemudian si polan ini…!” (dan seterusnya sehingga habis kesemua wang tersebut).
Pelayan Umar kembali dan memberitahu apa yang baru dilihatnya kepada Umar. Pada saat kepulangannya itu, kelihatan Umar sedang mempersiapkan wang dengan jumlah yang sama untuk diberikan kepada sahabat yang lain, Muadz bin Jabal RA.
Pelayan itu pun pergi menemui Muadz bin Jabal RA dan berkata, “Amirul Mukminin berpesan kepadamu agar menggunakan wang ini untuk memenuhi keperluanmu.”
“Semoga Allah menjalinkan hubungannya dan merahmatinya!” kata Muadz.
Pelayan itu menunggu beberapa ketika untuk mengetahui apa yang akan diperbuat Muadz dengan wang tersebut.
Ternyata Muadz membahagikan harta pemberian Amirul Mukminin tersebut kepada fakir miskin, hingga hampir habis wang tersebut. Tiba-tiba muncul isteri Muadz dan berkata, “Demi Allah, kami semua ini miskin, berikanlah sedikit kepada kami!”
Ternyata dalam uncang tersebut masih tinggal 2 dinar, lantas diberikan Muadz kepada isterinya. Yang lain telah habis diberikan kepada fakir miskin.
Pelayan itu kembali kepada Umar memberitahunya apa yang dilihatnya di rumah Muadz dengan wang tersebut.
Umar tersenyum gembira lalu berkata, “Mereka semua, antara satu sama lain adalah benar-benar saudara!”
Pesanan kami: Apakah kita sudah mencapai tahap ini dalam bersahabat? Mari kita sama-sama hayati dan  amalkannya…