Friday, April 14, 2017

Tingkatan 6 lebih baik daripada Diploma!

Assalamualaikum. 
Since aku rasa entry pasal stpm ni agak popular dekat blog aku. So, aku repost balik entry ni. Ada lah edit-edit sikit. Btw, untuk adik-adik yang nak ambil stpm,   semoga berjaya! 


Ramai dalam kalangan lepasan SPM memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi selepas tamat SPM. Ramai yang tidak sabar hendak menjejakkan kaki ke Menara Gading. Tetapi, tahukah anda, walaupun telah ke Menara Gading belum tentu anda dapat menggenggam Segulung Ijazah!

Tahukah anda, kebanyakan lepasan SPM yang ke IPT hanya mengambil kursus peringkat DIPLOMA? Setelah berjaya ke menara gading dan telah belajar selama 3 tahun, apakah anda akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah? Mampukah anda , setelah membelanjakan wang ringgit termasuk membuat pinjaman PTPTN hanya untuk mendapatkan DIPLOMA?


Apakah anda ingin menggenggam segulung IJAZAH, atau segulung DIPLOMA?


Mengapa Tingkata Enam lebih baik daripada Diploma?


1. Pendidikan percuma.

Tidak perlu membayar yuran pendaftaran RM1k, yuran pengajian RM15k-20k. Tidak perlu membuat pinjaman PTPTN yang mana bermaksud, anda perlu membayar semula pinjaman selepas tama t pengajian peringkat Diploma.


2. Setaraf Diploma

STPM adalah setaraf dengan program matrikulasi dan diploma bagi syarat melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti. Perkara ini dijelaskan dalam persidangan Dewan Negara oleh Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching  di sini Sijil STPM adalah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam manakala matrikulasi tidak diiktiraf  untuk pekerjaan dalam JPA.

3. Masa Pengajian Lebih Singkat

Pengajian peringkat Diploma memakan masa 3 tahun manakala STPM hanya 1 tahun 6 bulan!

4. Peperiksaan mengikut Penggal

STPM telah mula menjalankan sistem berpenggal mulai tahun 2012 bermaksud sistem peperiksaan  sama seperti peringkat Diploma iaitu 6 bulan sekali. Bezanya, dalam sistem Diploma, anda perlu mengambil 6 kali peperiksaan manakala sistem STPM, anda hanya ambil 3 kali peperiksaan       sahaja! Anda juga boleh mengulang subjek peperiksaan bagi menambah baik keputusan peperiksaan manakala anda tidak boleh berbuat demikian dalam matrikulasi


5. Tidak Memakai Uniform Sekolah

Beberapa perubahan telah diaplikasi dalam pengajian Tingkatan Enam iaitu penjenamaan semulaTingkatan Enam kepada Prauniversiti. Begitu juga, pelajar tidak lagi memakai uniform ke sekolah     tetapi berpakaian kemas seperti pelajar Diploma dan Matrikulasi.

6. Berikut adalah penerangan lanjut berkaitan STPM oleh CEO Majlis Peperiksaan Malaysia.

SMKA Simpang Lima, i'm coming!

Assalamualaikum. 
Since aku rasa entry pasal stpm ni agak popular dekat blog aku. So, aku repost balik entry ni. Ada lah edit-edit sikit. Btw, untuk adik-adik yang nak ambil stpm,  semoga berjaya! 

klik gambar untuk tumbesaran!

Alhamdulillah, permohonan ke Tingkatan 6 diterima dan berjalan dengan lancar! Alhamdulillah! Allah bantuuu. 1st pergi  PPD dulu. Lepastu PPD suruh pergi JPN. Kesian mak kena mendaki tangga. Jauh nak ke sektor pendidikan Islam tu. Huhu. Mujurlah ada lif. Tak adalah mak penat sangat. Huhu. Dalam sejam ke dua jam macam tu semua dah selesai merayu dalam sehari je. Tak ulang alik dah. Terus mak call sekolah mana yang ada kekosongan lagi. Huhu. At 1st mak nak mohon sekolah SAMTISH (Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin, Klang) sebab dekat dengan rumah tapi dah penuh! Full.. Tapi, takpe. Ada sekolah lagi yang dekat area Selangor. Dekat dengan kampung aku kat Sabak Bernam.  
Sebab apa pilih ambil form 6? Macam reason yang aku cakap kat entry petang tadi yang permohonan upu tak dapat dalam Sedih; terlewat lapor diri untuk Tingkatan 6. 


klik gambar untuk tumbesaran!

Aku check application by sms je tau. Korang boleh ziarah laman web MPM  untuk semak status pendaftaran or kemasukan STPM.

Dalam kes aku ni. Cehh. Korang akan dapat surat tawaran tau. Disebabkan aku sekolah menengah kebangsaan biasa aliran agama, bukan sekolah SAM or SMKA. Dalam surat tu tertulis TAHNIAH anda berjaya melanjutkan pelajaran dalam STPM jurusan agama. TIDAK dinyatakan sekolah dekat mana. Kena mohon kat JPN. Pasal jurusan tu memang akan dinyatakan. Kalau korang nak tukar aliran pun boleh tau! Contoh macam aliran sains. Oceyy?

Kalau korang dari sekolah SAM or SMKA ada dinyatakan sekali sekolah mana yang korang dapat. So, korang boleh terus pergi sekolah tu pada hari pendaftaran yang dinyatakan tanpa perlu berurusan di JPN. Faham tak? 

Btw, nama sekolah yang aku pilih tu SMKA Simpang Lima Sungai Besar, Sabak Bernam. Btw, Simpang Lima ni nama asal sekolah tu since 1988. Lepastu, kerajaan kot upgrade nama sekolah jadi SMKA Sabak Bernam sebab jadi sekolah kluster kecemerlangan. Lepastu, from SMKA Sabak Bernam, dorang upgrade lagi tukar nama jadi SMKA Tun Rahah sebab yang sama jugak kot. Tapi, waktu tu timbalan perdana menteri datang sekolah sebab nak rasmikan nama Tun Rahah tu. Sepanjang aku dekat sana, aku dah macam berpindah sekolah tapi tak. Walaupun nama sekolah berubah, tapi sekolah tetap tak berubah. You get it? Hahaha.

Bittaufiqiwannajah! 

Tulusly, 
Husna comeyy..

Sedih; terlewat lapor diri untuk Tingkatan 6.

Assalamualaikum. 
Since aku rasa entry pasal stpm ni agak popular dekat blog aku. So, aku repost balik entry ni. Ada lah edit-edit sikit. Btw, untuk adik-adik yang nak ambil stpm,  semoga berjaya! 

(story from 2015)
Nak dijadikan cerita, semalam mak dok ceghita pum pang pum pang pasal tingkatan 6 ni sebab permohonan upu aku tak dapat. Tup-tup mak cakap, dah lepas dah tarikh lapor diri tu. The actual date; 5/5/2015. Aih.. punya lah semangat nak sambung belajar lepas spm ni mak cakap dah lepas. Tapi, hari ni 7/5/2015 nak pergi PPD/JPN untuk rayuan permohonan. 

Its okay adik-adik. Kalau terlewat or tak dapat nak masuk STPM ke boleh mohon dekat JPN. 
Tulusly,
Husna comeyy..

Saturday, April 1, 2017

Prolog: Seluruh Cinta

Hanis merenung ke luar jendela. Sudah lima tahun perkara yang memedihkan hati dan perasaanya itu berlalu. Hatinya sudah tertutup untuk menerima sesiapa pun lelaki yang hadir dalam hiudpnya, Dah penat. Penat dengan sandiwara sedang hati ikhlas. Ahhh, itu dulu ketika di alam persekolahan. Masing-masing masih belum bersedia memikul tanggungjawab sedang cinta itu rupaya besar tanggungjawabnya. Masing-masing bodoh mengatakan dan mengiakannya. Ya, bila bercinta kata-kata janji manis dituturkan sang teruna. Si gadis pula teruja dengan kata-kata nista. Tapi, tetap sama kalau niatnya hanya untuk berseronok dan bukan untuk menikahi. Sudah, cukup! Walau berjuta lelaki yang datang menemui abah untuk meminangnya hatinya tetap tak akan terima kerana seribu yang datang tak sama dengan satu yang pergi. Aku tak harap dia kembali menagih kasih. Biar, luka itu yang membuatkan aku menjadi kuat dan setabah ini. Sampai bila nak begini? Mungkin, dia dah pun bahagia. Aku akan move on. Tapi, untuk menerima lelaki dalam hidup itu tidak mungkin akan berlaku. Biarlah masa yang menentukan. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Tiba masa, Allah akan hadirkan jua insan yang sudi menerima kekurangan dan melengkapkan kekurangan diri aku.

Hanis berbicara sendirian di dalam hati sambil melihat pemandangan indah malam dipenuhi bintang di langit. Subhanallah. Hatinya memuji kekuasaan dan kebesaran Allah. Telefon bimbit berdering. Langkah di atur menuju ke bilik lalu duduk di birai katil menjawab panggilan. Unknown number. Private pula tu. Nak angkat ke tak? Hanis berkira sama ada hendak menjawab panggilan ataupun tidak. Sudah lima kali telefonnya dibiarkan berdering tanpa berjawab. Panggilan keenam muncul tidak sampai pula hati Hanis. Mungkin ada perkara penting dari pemanggil.

"Bismillahirrahmanirrahim..." Hanis menjawab panggilan dengan basmalah.

Hanis berdiam. Pemanggil di talian juga turut berdiam.
Selang dua minit,

"Assalamualaikum Nurul..." Hanis terkejut. Wajahnya pucat. Tiada seorang pun yang memanggil Hanis dengan panggilan Nurul kecuali dia. Ya Allah, apakah yang engkau ingin tunjukkan pada diri ku?

"Waalaikumsalam.. siapa ni?" digagahkan juga diri untuk menjawab bertanya siapa gerangan di sana. Perasaan yang hadir cuba di usir.

"Saya Zarif. Nurul.. saya dah bersedia!" tuturnya yakin.

Hanis pelik.

"What? Bersedia?" soal Hanis pelik. Suara dinaikkan sedikit. Fuhh, bengang lah pula.

"Ya Nurul, saya dah bersedia. Izinkan saya jumpa ibu dan ayah awak untuk kita bincang supaya dapat membina hubungan yang halal. Saya dah bincang dengan ayah saya tentang perkara ni. Saya pernah berjanji kan?' tuturnya panjang lebar.

"Zarif! Jangan cakap tentang janji. Saya benci. Jangan pernah kembali dalam hidup saya. Dan, saya langsung tak pernah berharap awak kembali dalam hidup saya. Sebab saya benci awak Zarif! Benci! Pergi jauh-jauh dalam hidup saya dan jangan pernah kembali. Jangan buat hati saya sakit untuk sekali lagi. Saya dah penat! Assalamualaikum" Hanis mencampak telefon bimbitnya di katil lalu membaluti tubuh dengan air mata yang masih bersisa. Cukuplah untuk hari ini.

Zarif merenung telefon bimbitnya. Air mata yang di tahan selama ini akhirnya jatuh jua. Lima tahun dia menahan perasaannya. Menahan perasaan rindu yang mendalam pada Nurul Hanis Athirah. Bukan dia sengaja. Tapi, dia tidak sanggup bergelumang dengan dosa yang pernah dilakukan dulu. Sampai bila-bila pun kalau Allah kata haram tetap haram. Dia terpaksa meninggalkan Hanis untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Pengalaman inilah yang membuatkan Zarif berhati-hati untuk tidak melukai hati wanita. Melihat Nurul bersedih sudah cukup membuatkan hati Zarif terseksa. Mana mungkin, melihat satu-satunya wanita yang dia cintai dari alam persekolahan hingga kini bersedih kerana dirinya.

Salahnya juga dulu, menabur segala harapan padanya. Sungguh, dia berniat! Kau bodoh Zarif! Zarif mengutuk dirinya sendiri. Biar masa yang menentukan segalanya. Zarif memang layak dibenci kerana telah menyakiti hati seorang wanita.