Saturday, April 25, 2015

Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick

Bismillah, Assalamualaikum!

Hanya mampu cakap,
Satu yang pergi takkan sama dengan seribu yang hadir. 
Sungguh aku rindu..
Mungkin ini yang terbaik.
Berpisah. 
Tetapi, bertemu dalam Doa. 
Biarpun tidak menjadi kenyataan. 
Pasti, Allah ingin tunjukkan aku sesuatu. 
Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. 
Allah ingin ajar aku bahawa Takdir itu tetap milik Dia walau impian itu milik kita. 
Senyumlah.
Redhalah. 
Sabarlah.

Perbualan antara hayati dan zainuddin ketika mereka hendak berpisah yang agak menyentuh hati aku dan buat aku sebak. Sedih!

hayati; walaupun awak pergi, jiwa awak akan sentiasa dekat dengan jiwa saya. Jangan sekali kali bersedih. Jangan putus asa. Cinta bukan melemahkan hati.
bukan membawa tangis, bukan membuat kita putus asa. Sebaliknya ia menguatkan hati. Pergilah awak. Semoga Allah memberi perlindungan kepada kita berdua.

zainuddin; hayati, sama ada saya putus asa atau memiiki harapan.. dalam hidup yang belum tentu arah tujuannya ini, ia tidak bergantung pada diri saya. Bukan juga bergantung pada orang lain. ia bergantung pada awak, hayati. Awak saja yang boleh jadikan saya orang yang gagah berani. Malah, awak juga orang yang boleh membuat saya sengsara selamanya. Awak boleh putuskan harapan saya. Awak juga boleh membunuh saya. 

hayati; jika tidak di dunia ini, awaklah suami saya di akhirat. Sama ada awak merantau jauh atau dekat, sama ada awak akan balik dalam masa setahun, dua tahun atau sepuluh tahun, atau sudah musnah kampung ini, sebelum awak pulang saya akan tetap menunggu awak carilah kebahagiaan kita ke mana saja awak pergi, saya akan tetap jadi milik awak. Sekiranya kita bertemu nanti, saya akan tetap bersih dan suci, untukmu, kekasihku. 

zainuddin; melalui doa, kita lebih bebas meluahkan perasaan, jangan sedih lagi hayati. Awak mesti bangkit semula! Amati dunia yang luas ini dan menghayatinya. Masih ada banyak lagi kebahagiaan dan ketenangan di dalamnya, awak boleh lakukannya..dan kecapi nikmat kebahagiaan dan kejayaan.


Pesan muluk pada zainuddin bila zainuddin mula give up dalam hidup lepas dia dan hayati putus kerana hayati akan berkahwin dengan aziz.

muluk pesan; cinta bukan mengajar kita untuk jadi lemah, sebaliknya ia membangkitkan kekuatan! Cinta bukan melemahkan semangat tapi membangkitkan semangat. Ramai orang hebat yang gagal dalam percintaaan, akibatnya mereka ambil jalan lain yang lebih baik.

Tenggelamnya kapal van der wjick movie Indonesia yang banyak memberi kesan pada aku sebenarnya. Yelah, dah nak dekat dua bulan masih belum dapat melupakannya dan tak mungkin aku lupa kan dia. kadang-kadang, tetiba sensetif dengar nama Syed di sebut walaupun sebenaqnya nama keturunan Syed dan Sharifah ni manyak! Huhu.
Sabar sayang, sabar! Allah tahu apa yang terbaik. Jangan sedih lagi. Jangan gali lagi kenangan yang pernah kau lalui dengan dia. Semua orang ada masa silam. Perjalanan kau baru bermula husna! Bangkitlah kerana Allah. Jadi macam Zainuddin hero dalam movie ni. Zainuddin bangkit. Takkan sebab seorang wanita dia nak kalah dan putus asa sehingga biarkan diri dia sakit? Tak! Kena bangkit. Akhirnya, Zainuddin bangkit. Dia bangkit atas sokongan seorang kawannya dengan izin Allah. Kau ada ramai kawan husna. Ramai yang bagi kau semangat. Cubalah bangkit kerana Allah. Jadi berjaya macam Zainuddin. Kau pun boleh husna. Percayalah.

So, kuat husna! Ingat apa yang muluk pesan. Ingat Allah. Bangkit! Pasti ini yang terbaik. Dah, jangan sedih. Mungkin, dia lagi sedih bila harus meninggalkan orang yang dia sayang. Sabar sayang. Lap air mata tu.
Sabar. Allah ada. Ujian besar pasti ganjarannya pun besar. Terus berdoa. Kuatkan hati.

Dah, jangan fikir lagi. Ada hikmah. Setiap orang yang kau jumpa ada something Allah nak ajar. YaAllah, mohon supaya dikuatkan hati. Mohon, supaya diberi kekuatan untuk melupakan. Perpisahan ini tanda Allah sayang padaku. Sampai bila nak harapkan orang lain sedangkan tempat kau bersandar hanyalah pada Allah? Sudah, biarkan ia pergi dan terus berlalu. Dia nak jadikan aku wanita yang terbaik. Tak nak terus hanyut. Dan, Allah masih nak dengar rintihan taubat hambanya. Sabarlah. Setiap ujian hebat yang Allah datangkan pada kita pasti ganjarannya pun hebat. Moga, ia menjadi pengajaran untukku. Move on husna sayang! Husna boleh! Yosh! ☺☺☺

Sentiasalah berdoa. Jangan putus asa! Allah dengar. Selagi mampu, sebutlah nama dia dalam doa walaupun sebenarnya kau tak mampu. Tapi, aku tahu kau mampu! . .
Jalan cerita hidup kau memang tak akan sama dengan orang di sekelilingmu. Namun, takdir boleh diubah dengan doa. Ya, dengan Doa. Hanya Doa.

Wassalam'alaik..
Tulusly,
Husna comeyy