Monday, February 23, 2015

Nagai Aida-Kiroro with lyrics (Japan, English and Malay)


Hello!
Ehem! Hari ni nak berjiwang melayan perasaan boleh? Huwaaaa! Rinduu. Rindu sesangat kat awak. It hurts when you miss someone that doesn't miss you. Takpe takpe, aku cuba positifkan fikiran. Huhu. Positif! Positif! Yosh! Mestilah dia rindu jugak! Bak kata Miza, mungkin phone dia jatuh dalam longkang, ada orang pinjam phone dia, sim card rosak dan mungkin tertinggal phone kat rumah time balik kampung. Huhh. Positif tak? Hehe. Hmm. 
 Awak, nagai aida means "masa yang panjang".  Lagu ni indah. Seolah-olah macam cerita kita. Ya, cerita kita. The word the you've said to me. How can i forget? Hmm? (",)  Now, listen to this song and internalize the lyrics. Lagu ni untuk awak! 

Japan
Nagai aida matasete gomen 
Mata kyuu ni shigoto ga haitta 
Itsumo issho ni irarenakute 
Sabishii omoi wo saseta ne
Aenai toki juwaki kara kikoeru 
Kimi no koe ga kasureteru 
Hisashiburi ni atta toki no 
Kimi no egao ga mune wo saratte iku
Kizuita no anata ga konna ni mune no naka ni iru koto 
Aishiteru masaka ne sonna koto ienai
Anata no sono kotoba dake wo shinjite 
Kyou made matte ita watashi 
Egao dake wa wasurenai you ni 
Anata no soba ni itai kara
Untuk awak...

English 
I'm sorry for making you wait for a long time.
Work came up suddenly again.
Always being unable to be together
I know I've made you feel lonely.
At times when we can't meet
your voice cracks over the telephone.
The smile on your face when we meet after so long
Tugs at my chest.
I've realized that you are deep within my heart.
"I love you"-- I can't imagine myself saying those words!
Trusting only in that thing you say.
I've been waiting until today.
I pray I won't forget how to smile,
Because I want to be with you
Because when I am with you, laughing, I can open up.
"I love you"-- even so, I can't imagine saying those words aloud!
I've realized that you are deep within my heart.
"I love you"-- I just can't say it!

Malay
Maafkan aku kerana membuatmu lama tertunggu.
Kerja muncul sekali lagi.
Selalu tak dapat bersama.
Ku tahu... akulah penyebab dirimu menjadi sunyi..
Pada saatnya kita tak dapat berjumpa..
Terdengar suaramu di telefonku...
Senyumanmu di wajah... selepas sekian lama.
Sedalamnya dirimu menyentuh jiwaku.
Kini ku sedar, dirimulah yang di dalam hatiku ini..
"Aku sayangkanmu" tak tergambar diriku untuk menyebutnya...
Aku yakin apa saja yang kau katakan.
Ku terus menunggu hingga hari ini.
Ku berdoa semoga ku tak lupa tersenyum.
Kerana aku terlalu ingin bersamamu.
Kerana bila bersamamu, tertawa.. hatiku rasa lapang..
"Aku sayangkanmu" tak tergambar diriku untuk menyebutnya...
Kini ku sedar, dirimulah yang di dalam hatiku ini.."Aku sayangkanmu" tak tergambar diriku untuk menyebutnya...

Monday, February 16, 2015

Secangkir Memori Di PLKN [BHR] Raub, Pahang

Hello everyone!
Alhamdulillah... aku baru balik dari kem PLKN [BHR] Raub, Pahang. Hari ahad 15/2. Baru malam ni sempat update sementara idea dan mood nak menulis tu datang. Huhu. Err.  What? BHR? Hehe. Meh aku nak jelaskan. BHR tu sebenarnya singkatan bagi Benum Hill Resort. My first sight bila dapat dekat kem BHR ni aku ingat tempatnya jauh. I taught malam baru sampai. Tapi, dekat je sebenaqnya. Alhamdulillah. So, tak dak lah penat sangat dalam perjalanan duduk dekat dalam bas lama-lama. Sakit pinggang woooo! Hehe. 
Snap picture infront of the bus pun boleh... Hehe. Time ni sebelum nak bertolak ke BHR. *senyum kelip-kelip mata*
Mesti uols nak tengok keindahan BHR ni kan? Ouh, sekejap! BHR ni tempat PLKN yang tercantik tau. Tenang je hati dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Huhu. Kau hado? Keh3. :D


With adik-adik tersayang! Lawatan keluarga setiap hari ahad je tau setiap minggu. Huhu. And, family aku datang sekali je. Huhu. Okaylah, daripada tak melawat langsung. Itupun lepas mengadu kat mak yang aku cemburu tengok family orang lain datang. *lap air mata* sob sob. Sedih kot. Cemburu jugak dengan si dia yang family dia setiap minggu datang. Untunglaaa tempat dekat. Kesayangan lah katakan. Dia satu-satunya harapan keluarga. Satu-satunya anak tunggal dalam keluarga daripada 2 orang adik dan kakak. 
Peace! Ngehehe. Kesian haziqah tengah demam time tu. I love you sayang! Thanks to wak idi yang sudi bawak family kte datang BHR.

Nombor bilik aku. CA17! Setiap bilik ada 6 katil. Ada bilik yang ada 7 dengan 8 katil. Itupun sebab penghuni bertambah. Bilik aku ada 7 katil. Sebab, ada gewe klate masuk. Hehe. Pelatih dari kem PLKN kat Kelantan pindah kat BHR sebab.. faham-faham je lah. Dalam bulan 12 atau bulan 1 kalau tak silap Kelantan kan banjir. Tempat kem dorang pun terkena tempias banjir. Huhu. 




Laluan ke DM (Dewan Makan)
So, dah lalu jalan tadi *tengok gambar atas* pastu kena pulak mendaki tangga ke DM. Huhu. Memang kalau gini hari-hari boleh kurus kot! Eh, berat badan aku dah turun dalam 2kg okay! Hehe
Dekat sebelah DM tu ada satu villa. Entah lah. Macam villa. Villa ni atas bukit. Cantik tempat ni. Tapi, tak berpenghuni. Entahlah, maybe villa tu untuk orang yang baru membina mahligai cinta. Honeymoon maybe? 
Haaa! Depan tu kalau korang perasan itulah DM. Hehe.
Okay, ni laluan ke dorm wirawati. Pergh! Wirawati beb! Mahal kot nak dapat gelaran tu. Bangga sekejap. Hehe. Astaghfirullah. Sudah cukup-cukup sudah! Btw, nampak macam jauh tak? Mestilah jauh. Dekat bukit Benum beb! Hehe. Tapi, memang lenguh kaki nak mendaki tangga-tangga ni. Camne tak turun berat badan. Hoho. Alhamdulillah. Memang berharap sangat bila pergi PLKN ni berat boleh turun. So, tercapai jugak impian walau turun 2kg. Bersyukur okay? *senyum* Boleh berusaha lagi. *sengih*
Cantik kan laluan ni? Kiri kanan ada pokok. Huhu. Err, dorm wira tak ada pun berbukit-bukit nak mendaki bagai. Jalan mendatar je untuk ke dorm wira. Untunglah depa kan! Tapi, benefit dekat wirawati lagi best okay! Sambil-sambil berjalan tu bolehla exercise. Boleh kurus! Bhahaha. Tak habis-habis dengan kurus dia tu. *jelir lidah* 
**********
Enough! Now, nak share gambaq dengan kawan-kawan pulak! Yosh!



With roomate! Mane lagi comel kat situ? Hehe. Seronok kan waktu kita bersama-sama dulu. Susah senang bersama. Tapi, ada sesuatu yang buat kita tak sehaluan. Berpisah. Hmm. Pedih hati ini. Tapi, tak mengapa lah. Yang buruk tu kita buang jauh-jauh campak dekat dalam tasik BHR  jadikan as pengajaran. Yang baik-baik je kita ambil. Huhu. Maafkan kte. Hmm. I love you. Mmuah!


With Pieja, Li Mean, Alyaa and Atul!

With Najla and Miza! Miza! Thank you sebab bagi kte kata-kata semangat. Thank you sebab sudi tumpangkan bahu awak untuk kte time kte sedih. Thank you sebab bagi kte kata-kata positif yang boleh buat kte ketawa! Kte sayang awak Miza! Harap awak sentiasa sihat dan ceria di samping keluarga tercinta selalu. Kte rindu awak sangat-sangat Miza! Jangan lupa kan kte. Lepas ni dah tak boleh dah nak betulkan tudung Miza! Nak gayakan tudung Miza cantik-cantik. Huhu. Rindunyaaaaa! Awak rindu tak? *senyum kelip-kelip mata*

With Alia Amira and Siti Hajar. Wooot woooot!We are cute girls! Meowww~
With Najla cantik! Thanks sudi tumpangkan bahu awak time kte sedang menangis. You're a great friend! I miss you!
Dekat surau. Solat maghrib dan isyak.
With Syahira. Kawan pertama dalam bas dari Shah Alam ke BHR.


Sebahagian daripada Charlie yang balik 15/2 dengan Cikgu Kudis aka cikgu disiplin. Err, aku tak tau nama cikgu tu. But, semua orang panggil cikgu tu cikgu kudis. Walaupun dia cikgu disiplin. Tapi, dia sporting! Mula-mula kitaorang mintak kat cikgu nak tangkap gambar sama-sama tapi cikgu menolak permintaan kitaorang. Tapi, entah tiba-tiba dia datang cakap. 'Haa, meh tangkap gambar cepat! Bas dah nak sampai ni' So sweet! Aummmm! Keh3.
With Liza, Atul and Mas! Depa semua orang Pahang. Aku jah dok tersesat kat tengah-tengah tu belum balik. Huhu. Actually, pelatih Pahang dengan pelatih Shah Alam je balik 15 haribulan 2. Yang lain semua dah balik! And, hari sabtu 14 haribulan aku bermalam di dorm CB11 teman Liza. Hoho. Kesian dia sorang-sorang. Kawan sebilik dia semua dah balik. Aku tinggal 3 orang lagi dekat bilik CA17. Tapi, tetap nak pindah bilik sebab boring tak ada kawan yang sekepala nak bersembang sama. Rindu awak Liza! Terima kasih jugak sudi share makanan time kte tengah lapar. Huhu. Nanti dah ada lesen kte berjumpa sekali dengan Aisyah Mahirah. *kenyit mata*
With Siti Hajar. Huhu. Cantik orangnya. Walaupun awak Delta saya Charlie tapi kita tetap kawan kan awak? Rindu awak! Hope, kalau ada jodoh kita berjumpa. InsyaAllah.. ;)
With Humaira. Juara da'ie harapan kategori wirawati. Kecik je Humaira ni. Comel. Sekecil-kecil dia, dia berani bercakap kat depan. Tapi, aku pun boleh dikategorikan sebagai seorang yang berani lah sebab bercakap depan orang ramai walaupun terketaq-ketaq lutut ni. Adeh. Senyum je lah. Masing-masing ada kelebihan dan rezeki masing-masing. Bersyukur. Aku dapat tempat ketiga. Itupun nasib je sebab peserta wirawati ada 3 orang je sebab yang lagi sorang cancel. Kalau ada 4 peserta memang confirm aku tak dapat apa-apa. Huhu. Gugup weyh bercakap depan orang ramai. Tapi tak apa! Pengalaman mematangkan usia. Betul tak? *sila angguk*

Maafkan kte eh awak-awak semua! Kte memang tak boleh nak puaskan hati semua orang. Cumanya, tolonglah beradab bila nak selesaikan sesuatu masalah tu. Jangan nak terus melenting tak tentu hala. Tak adil. so, time dekat PLKN ni aku belajar manyak erti kehidupan secara langsung mahupun secara tak langsung. Bersyukur. Ada hikmah. Walaupun ada jugak terkena tempias. Menangis tiap-tiap hari. Tapi, aku harap sangat menda ni takkan berulang lagi suatu hari nanti. Penat dan sedih nak melayan perasaan. Dan sebenarnya, kesepian itu adalah suatu nikmat bagi pendoa. Hmm.  Miss uols! Awummm.

Ouh, lagi satu. This year, PLKN dah tak ada dah. Sebab, Bajet kerajaan tak cukup. Yelah, kerajaan banyak keluarkan duit untuk bagi sumbangan pada mangsa banjir. So, telah tamatnya Kumpulan 1 Siri 12/2015 untuk tahun 2015. So, kumpulan 2, 3 and so on tu tertangguh insyaAllah untuk tahun 2016 pula.. 

Okay, dah penat menulis. Katil dah memanggil-manggil. Mintak diri dulu. Assalamualaikum!
12.00am done updating blog!

Salam sayang,
Kakak Hensem aka Husna Comey.