Monday, June 16, 2014

No title! Boleh?

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah.
Assalamualaikum!

Entry kedua ambe untuk hari ini :(

Uwaaaaaaa! Sedihnyaaaa! Geram dengan cikgu. Asyik nak salahkan ambe jew! Tengok salah orang jew! Sedangkan ramai lagi yang buat kesalahan yang serupa dengan aku. 

Salah aku sendiri yang asyik tidur dalam kelas. Tapi, aada jugak yang buat benda yang sama macam aku. Kejam! Tau tak kejam! Tak payah ah nak kejam sangat sampai nak fotostat karangan pastu bagi kat guru besar dengan mak kesayangan ambe. Tak payah boleh tak? Tak tau apa-apa jangan nak bising. 

Ambe bukannya sengaja tak nak tulis karangan. Tapi, masalahnya otak ni dah tepu! Tak boleh nak mikir. Cuba bayangkan. Cuba fahami. Cuba selami dengan hati nurani? Tak boleh ea? 

Sedangkan ramai lagi yang lagi teruk dari ambe. Kenapa tak marah dorang? Hah! Kenapa? Mak ambe okay je! Mung jange nak lebey-lebey. Kaki ni tak lama lagi boleh hinggap kat muka mung! Huh.

Sedih okay. Bukan nak kurang ajor kepe. Aku ni dah terlebih diajar. Cuma, jangan lah nak annoying sangat. Kesian lah sikit kat student mung yang comeyy ni. Sikit pun tak apa lah. Walaupun sekecil kuman! Hmm. Cuba bagi peluang sikit pun jadi lah.. 

Allah, macam-macam ujian yang datang. Tak apa. Pengalaman. Pengalaman yang menyakitkan dan memedihkan. Ringan mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Ye dop? Huhu. Tak apa Husna. Allah uji sebab Allah SAYANG Husna. Tapi, lain kali jangan buat lagi tau. *senyum* 

Remember what? Allah loves you! Okay? Okay tak ni? Hehe. 
Kepada cikgu, mohon ampun dan maaf.  Rasa tidak puas hati ini masih berbekas di hati. Saya hanya manusia biasa sama juga macam kau, kau dan engkau! Maaf sekali lagi. Chiaw!

Wassalam...

No comments: