Monday, June 16, 2014

Kerana Dia aku mesti kuat!

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah...
Assalamualaikum! :)

Huhu, geram pulak tengok Anna frozen ni :D comel kan? :)
Entah kenapa diri ini terasa ingin menulis. Diri ini terasa sedih, sebak, geram. Entahlah. Bercampur-baur. Tak terasa happy? Kenapa? Soalan yang aku sendiri tak tahu apa jawapannya. Hmm. 

Sebab kau dengan aku dah tak sama kelas ke sampai kita jadi macam ni? Kecil jugak lah hati aku bila kau tak letak nama aku dalam projek Akaun. Tapi, aku pun tak letak nama kau. Sebab bersebab lah aku tak letak nama kau.Tak siapa yang tahu. Allah je yang tahu. Hmm. Tapi, kau letak nama dia je. Tak aci ah macam ni. Hmm.  Kenapa dengan kau ni Husna? Entahlah, masakan tak cemburu? Dia kawan aku lah. Dah tu? Yelah, sebab aku cemburu lah aku cakap cemburu. Aku usik dia sikit pun dia tak suka. Salah ke? Aku nak gedik-gedik dengan dia pun macam layan tak layan. Salah ke? Nak gedik-gedik dengan kawan sendiri? Tak salahkan? Tapi, ada batas lah jugak nak gedik-gedik tu en? 

Dengan siapa lagi aku nak mengadu sebagai kawan kalau bukan pada kau? Siapa lagi? Cuba jawab! 

Ya Allah, aku tak layak ke nak dapat seorang sahabat yang boleh bagi semangat kat aku bila aku terjatuh. Yang bisikkan aku kata-kata hikmah dengan sabar. Yang ikhlas betul-betul nak kaawan dengan aku. Kenapa dia jugak yang kau pilih. Aku bukan siapa-siapa. Aku tahu. Tapi... 

Okay Husna. Now, tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Bertenang. Jangan telalu emosi okay? Kau dah lupa? Kau kan ada Allah. Ada mak. Ada abah. Ada Haziqah. Ada Sayyidah. Ada Umar. Kan? Kan? Dah dah. Tak mau menangis macam ni. Macam budak-budak. Nah, ambik handkerchief ni. Lap air mata tu. Kau lupa? Ramai yang sayang kau kan? 

*Angguk*

Tapi, aku tak kuat... Husna! Wake up  please? Tolong lah. Fighting! Kawal perasaan tu. Aku faham perasaan kau. Aku pun manusia okay. Sama macam kau. InsyaAllah one day kau akan dapat jugak kawan yang macam mana kau impikan tu. Kan Allah takkan memungkiri janjiNya. Yang penting Hablumminallah, Hablumminannas.

Tak apa Husna. Aku tau kau boleh. Kau tak perlu berpura-pura untuk kuat. Kau mesti kuat. Kau boleh Husna. InsyaAllah! Qowiy! Kerana Allah kau harus kuat! Kau kuat! Sekuat tiger! Awummmm! 

Wassalam.

No comments: