Wednesday, June 18, 2014

I Am Not Single. Saya Ada Allah!


Duhai Muslimah Remaja,

Yang rupanya manis jelita,

Yang bijak akal dan minda,

Yang berbudi bahasa,

Yang daku kasihi jiwa dan raga.

Usah kalian merasa cemburu,

Dengan mana mana manusia yang jumlahnya beribu.

Usah kalian izinkan hasad memburu,

Kepada mana mana manusia yang sama sakit dibaling batu.

Usah kalian biarkan dengki datang membelenggu,

Untuk menjadikan diri Sang Nombor Satu.


Mereka sudah bernikah,

maka biarkanlah mereka memuatnaikkan status berkenaan Si Suami.

Mereka sudah berzuriat,

maka berhaknya mereka bercerita tentang Si Buah Hati.

Mereka sudah berharta,

maka jangan dipertikai setiap apa yang mereka miliki.


Kita yang belum bergelar Si Zaujah,

tidak perlu berpenat lelah,

mencari idea untuk diperah,

demi berkongsi semua kisah,

berkenaan Si ‘Encik’ yang belum SAH.


Kita yang masih bermuda darah,

tidak perlu mencungkil tanah,

mencari isi untuk di ke tengah,

demi melunaskan segala masalah,

berkenaan cinta dunia yang akan musnah.

I Am Not Single


Janganlah sekali merasa diri itu sunyi,

Kerana sebenarnya kita sudah dikelilingi

KEKASIH HATI yang nyata lagi hakiki.
♥ ALLAH yang sentiasa WAJIB kita jadikan Cinta Pertama,
♥ RASULULLAH yang sentiasa WAJIB dirindui setiap masa,
♥ ISLAM yang sentiasa WAJIB disebar kongsi ke seluruh dunia,
♥ IBU BAPA yang sentiasa WAJIB disanjung taat dan setia hingga hujung nyawa,
♥ Kerabat KELUARGA yang sentiasa WAJIB dikasihi sedalam jiwa,
♥ SAHABAT handai yang sentiasa WAJIB disayangi sesama kita,
♥ ILMU yang sentiasa WAJIB dicari demi tuntutan agama,
♥ PEKERJAAN yang sentiasa WAJIB dilaksana Lillahi Ta`ala.
Semua itu adalah bukti bahawa kita tidak dilahirkan untuk menempuh kehidupan seorang cuma.

Lapangkan dada, bukakan minda, celikkan mata, luaskan telinga, kurangkan suara dan bersihkan jiwa.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Andai ingin Allah tunaikan apa yang kita ingini, maka janganlah kita abaikan apa yang Allah tuntuti.

Doa, Doa dan Doa. Berdoalah, jangan kita putus bicara. Subahanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar..

I Am Not Single!

Sumber: akuislam.com/

No comments: