Thursday, June 19, 2014

Family ties

Bismillah.. Alhamdulillah.
Assalamualaikum!:D

Err, do you wanna build a snowman? Huh? (",)

Huhu, sedih. Nak menangis buleh dop? Huaaaaaaaaaaaaaa......! Why? Why should I? Huhu. It's okay Husna. Bila lagi kau nak dapat pengalaman manis cenni en? Manis ke? Errr. Okay, abaikan. Cerita dia sebenaqnya cenni. Ambe terpilih utuk buat ULBS sekali lagi. Okay lagi. Tapi, tapi! Dengan pentaksir sekolah yang datang pulak tu! Whatta? That's why i said, why should me? Hah, why? 
*merepek, tak habis-habis dengan WHY dia tu -..-*

Cenni lah muka ambe bila cikgu cakap yang ambe terpilih. Err, lebih kuranglah...

Okay, straight to the point, ambe nak share karangan yang ambe karang bersama teman ambe tadi di sekolah. Huhu. Sempat dia pesan. Hafal tau! Huhu, baik betulkan teman ambe tuu. Maklumlah, English ambe dop berapa nak terer macam teman ambe. Bak kata pepatah, sambil menyelam, minum air. Hehe. Minum lah air tu manyak mana pung, dop luak. Hehe. Terharuuu tau. Ngeee :D
Okay, ambe cuba untuk tak tengok tau karangan yang ambe karang tu. InsyaAllah ambe cuba. Fighting! 

FAMILY TIES

Today, i am going to talk about family ties. I have four siblings and I am the eldest among them. I have two sisters and one brother. My brother is studying in Kedah. I don't always see him because he live far away. I am not as close to him. Whenever he is at home, we argue on little things. But, when he is at Kedah I start to miss him. Mostly our little arguments.

My sister who is a few years younger than me studies here in this school. I am not close with her as well. Our personalities are not compatible. She is rough person. But I am not afraid of her. Only at times when she is not in a good mood. Sometimes we joke around and talk about our interests like sinetrons and cartoons.

My youngest sister name is Haziqah. I'm close with her since she was a baby. I fed her. I made her milk. I play with her. We like the same colours too! Eventhough she is naughty, she is very cute and playful. I love her a lot because she is there for me when I'm down and likewise.

Eventhough my siblings have different personalities, I love them all equally because blood is thicker than water. I am always advising them to be better people. At the same time, I reflect upon the advices myself.

Thank you!

Simple je en? En? En? Hmm. Dop gapo lah kalau gitu. serahkan pada Allah jeee. Ambe dah berusaha. Semoga Allah pemudahkan urusan ambe. InsyaAllah. Huhu. 

p/s: Semoga ambe tabah menebalkan muka ambe yang dop berapa nop cantik ni, tapi comeyy actually okay. Haha. *abaikan* 

Tata, wassalam..

Wednesday, June 18, 2014

Bila Kita Harus Ikhlas?


Ikhlas

Banyak diantara kita menyangka bahawa yang dinamakan keikhlasan itu, hanyalah  ada dalam perkara-perkara ibadah semata – semata  seperti solat, puasa, zakat, membaca al – Quran , haji dan amal-amal ibadah lain.

Namun ketahuilah bahawa keikhlasan juga harus ada dalam amalan – amalan yang lain.

Apabila kita senyum, kita harus ikhlas. Ketika kita mengunjungi saudara kita, kita harus ikhlas. Ketika kita meminjamkan sahabat kita barang yang dia perlukan, itu juga harus ikhlas.

Adakah kita lakukan itu semua kecuali semata-mata kerana Allah?

kita tersenyum kepada dia bukan kerana  agar dia berbuat baik kepada kita. Kita juga tidak membantu orang lain kerana takut dikatakan sebagai orang yang kedekut.

Tidak wahai saudaraku, jadikanlah semua amal tersebut kerana Allah.

Rasulullah bersabda: “Ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di kota lain, maka Allah mengutus malaikat didalam  perjalanannya, ketika malaikat itu bertemu dengannya, malaikat itu bertanya, “Hendak ke mana engkau?”

maka dia pun berkata “Aku ingin mengunjungi saudaraku yang tinggal di kota ini.”

Maka malaikat itu kembali bertanya “Apakah engkau memiliki suatu kepentingan yang menguntungkanmu dengannya ?”

orang itu pun menjawab: “Tidak, aku mengunjunginya sebab aku mencintainya kerana Allah,

Malaikat itu pun berkata “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah untuk mengkhabarkan kepadamu bahawa sesungguhnya Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana-Nya.” (HR. Muslim)

Tidaklah orang ini mengunjungi saudaranya kecuali hanya kerana Allah, maka sebagai balasannya, Allah juga mencintai orang tersebut. Tidakkah kita ingin dicintai oleh Allah wahai saudaraku?

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda,

“Tidaklah engkau menafkahi keluargamu yang dengan perbuatan tersebut engkau mengharapkan wajah Allah, maka perbuatanmu itu akan diberi pahala oleh Allah, bahkan sampai sesuap makanan yang engkau letakkan di mulut isterimu.” (HR Bukhari Muslim)

Renungkanlah sabda baginda ini, “hanya” dengan sesuap makanan yang seorang suami yang diletakkan di mulut isterinya, apabila dilakukan ikhlas kerana Allah, maka Allah akan memberinya pahala.

Sesungguhnya merupakan suatu keberuntungan yang amat sangat besar seandainya kita dapat menghadirkan keikhlasan dalam seluruh gerak-gerik kita.

Wahai saudara – saudariku yang dicintai oleh Allah, sesungguhnya yang diwajibkan dalam amal perbuatan kita bukanlah banyaknya amal, tetapi keikhlasan.

Amal yang dinilai kecil di mata manusia, apabila kita melakukannya ikhlas kerana Allah, maka Allah akan menerima dan melipat gandakan pahala dari amal perbuatan tersebut.

Abdullah bin Mubarak berkata: “Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar kerana niat, dan betapa banyak pula amal yang besar menjadi kecil hanya kerana niat.”

Rasulullah bersabda: “Seorang lelaki melihat dahan pohon di tengah jalan, dia berkata: Demi Allah aku akan singkirkan dahan pohon ini agar tidak mengganggu kaum muslimin, Maka dia pun masuk syurga kerananya.” (HR. Muslim).

Ada waktu, kita rasa kita sudah cukup ikhlas. Berhati-hatilah. Sebab mungkin kita mampu merasakan demikian kerana kita belum diuji.

Ikhlas dalam beramal ini ibarat air susu yang keluar antara saluran najis dan darah. Ia tetap putih bersih tidak tercemar, bahkan rasa darah atau bau najis pun tidak keluar bersama dengannya.

Maka kita perhatikan diri kita. Pada saat-saat pergeseran antara keinginan untuk ikhlas, dan keperluan yang mendesak datang. Maka di situlah kita ukur kualiti diri kita yang sebenar. Di situlah titik ujian dan muhasabah.

Apakah kita mampu untuk ikhlas?

Apabila kita faham makna ikhlas, dan keperluannya dalam kehidupan kita sebagai hamba, maka kita akan berusaha menjaganya sebaik mungkin, dan berusaha mewujudkannya dengan kesungguhan yang tidak terkira.

Sumber: akuislam.com/

I Am Not Single. Saya Ada Allah!


Duhai Muslimah Remaja,

Yang rupanya manis jelita,

Yang bijak akal dan minda,

Yang berbudi bahasa,

Yang daku kasihi jiwa dan raga.

Usah kalian merasa cemburu,

Dengan mana mana manusia yang jumlahnya beribu.

Usah kalian izinkan hasad memburu,

Kepada mana mana manusia yang sama sakit dibaling batu.

Usah kalian biarkan dengki datang membelenggu,

Untuk menjadikan diri Sang Nombor Satu.


Mereka sudah bernikah,

maka biarkanlah mereka memuatnaikkan status berkenaan Si Suami.

Mereka sudah berzuriat,

maka berhaknya mereka bercerita tentang Si Buah Hati.

Mereka sudah berharta,

maka jangan dipertikai setiap apa yang mereka miliki.


Kita yang belum bergelar Si Zaujah,

tidak perlu berpenat lelah,

mencari idea untuk diperah,

demi berkongsi semua kisah,

berkenaan Si ‘Encik’ yang belum SAH.


Kita yang masih bermuda darah,

tidak perlu mencungkil tanah,

mencari isi untuk di ke tengah,

demi melunaskan segala masalah,

berkenaan cinta dunia yang akan musnah.

I Am Not Single


Janganlah sekali merasa diri itu sunyi,

Kerana sebenarnya kita sudah dikelilingi

KEKASIH HATI yang nyata lagi hakiki.
♥ ALLAH yang sentiasa WAJIB kita jadikan Cinta Pertama,
♥ RASULULLAH yang sentiasa WAJIB dirindui setiap masa,
♥ ISLAM yang sentiasa WAJIB disebar kongsi ke seluruh dunia,
♥ IBU BAPA yang sentiasa WAJIB disanjung taat dan setia hingga hujung nyawa,
♥ Kerabat KELUARGA yang sentiasa WAJIB dikasihi sedalam jiwa,
♥ SAHABAT handai yang sentiasa WAJIB disayangi sesama kita,
♥ ILMU yang sentiasa WAJIB dicari demi tuntutan agama,
♥ PEKERJAAN yang sentiasa WAJIB dilaksana Lillahi Ta`ala.
Semua itu adalah bukti bahawa kita tidak dilahirkan untuk menempuh kehidupan seorang cuma.

Lapangkan dada, bukakan minda, celikkan mata, luaskan telinga, kurangkan suara dan bersihkan jiwa.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Andai ingin Allah tunaikan apa yang kita ingini, maka janganlah kita abaikan apa yang Allah tuntuti.

Doa, Doa dan Doa. Berdoalah, jangan kita putus bicara. Subahanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar..

I Am Not Single!

Sumber: akuislam.com/

Monday, June 16, 2014

Kerana Dia aku mesti kuat!

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah...
Assalamualaikum! :)

Huhu, geram pulak tengok Anna frozen ni :D comel kan? :)
Entah kenapa diri ini terasa ingin menulis. Diri ini terasa sedih, sebak, geram. Entahlah. Bercampur-baur. Tak terasa happy? Kenapa? Soalan yang aku sendiri tak tahu apa jawapannya. Hmm. 

Sebab kau dengan aku dah tak sama kelas ke sampai kita jadi macam ni? Kecil jugak lah hati aku bila kau tak letak nama aku dalam projek Akaun. Tapi, aku pun tak letak nama kau. Sebab bersebab lah aku tak letak nama kau.Tak siapa yang tahu. Allah je yang tahu. Hmm. Tapi, kau letak nama dia je. Tak aci ah macam ni. Hmm.  Kenapa dengan kau ni Husna? Entahlah, masakan tak cemburu? Dia kawan aku lah. Dah tu? Yelah, sebab aku cemburu lah aku cakap cemburu. Aku usik dia sikit pun dia tak suka. Salah ke? Aku nak gedik-gedik dengan dia pun macam layan tak layan. Salah ke? Nak gedik-gedik dengan kawan sendiri? Tak salahkan? Tapi, ada batas lah jugak nak gedik-gedik tu en? 

Dengan siapa lagi aku nak mengadu sebagai kawan kalau bukan pada kau? Siapa lagi? Cuba jawab! 

Ya Allah, aku tak layak ke nak dapat seorang sahabat yang boleh bagi semangat kat aku bila aku terjatuh. Yang bisikkan aku kata-kata hikmah dengan sabar. Yang ikhlas betul-betul nak kaawan dengan aku. Kenapa dia jugak yang kau pilih. Aku bukan siapa-siapa. Aku tahu. Tapi... 

Okay Husna. Now, tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Bertenang. Jangan telalu emosi okay? Kau dah lupa? Kau kan ada Allah. Ada mak. Ada abah. Ada Haziqah. Ada Sayyidah. Ada Umar. Kan? Kan? Dah dah. Tak mau menangis macam ni. Macam budak-budak. Nah, ambik handkerchief ni. Lap air mata tu. Kau lupa? Ramai yang sayang kau kan? 

*Angguk*

Tapi, aku tak kuat... Husna! Wake up  please? Tolong lah. Fighting! Kawal perasaan tu. Aku faham perasaan kau. Aku pun manusia okay. Sama macam kau. InsyaAllah one day kau akan dapat jugak kawan yang macam mana kau impikan tu. Kan Allah takkan memungkiri janjiNya. Yang penting Hablumminallah, Hablumminannas.

Tak apa Husna. Aku tau kau boleh. Kau tak perlu berpura-pura untuk kuat. Kau mesti kuat. Kau boleh Husna. InsyaAllah! Qowiy! Kerana Allah kau harus kuat! Kau kuat! Sekuat tiger! Awummmm! 

Wassalam.

Tuesday, June 3, 2014

Bahagiamu Deritaku Piano Cover


C6 B5 C6 C6 B5 C6 B5 A5(2X) E5(2X) (Ku dengar kau cinta sangat padanya)
C6 B5 C6 C6 B5 C6 B5 A5(2X) E5(2X) (Ku dengar hatimu kini miliknya)
F5 E5 F5 A5 G5 (Dia kan menjadi)
G5(2X) F5 E5 D5 E5 D5 E5 G5 A5 G5 F5 (teman sehidup dan semati)
F5 E5 F5 A5 G5 (Aku menjadi)
B5(3X) C6 (sahabatmu)

(tekan sama2 : E5&C6) B5 (tekan sama2 : E5&C6) (Siksanya)
G5 (tekan sama2 : E5&C6) B5 (tekan sama2 : E5&C6) (mengakui)
B5 A5 G5 A5 E5(2X) (kau teman biasa)
(tekan sama2 : E5&C6) B5 (tekan sama2 : E5&C6) (Terpaksa)
G5 (tekan sama2 : E5&C6) B5 (tekan sama2 : E5&C6) (ku terima)
B5 A5 G5(2x) A5 E5(2X) (itu hakikatnya)
F5 E5 F5 A5 B5 A5 G5 (Yang pasti aku)
G5(2X) F5 E5 D5 E5 F5 G5 (tak mahu lupakan cinta)
F5 E5 F5 A5 G5 (Kau percik api)
B5(3X) C6(3X) G5 A5 (membakar kenangan lama)

C6(4X) E6 D6(2X) C6 E6 D6(2X) (Aku tak tahu menilai cintamu)
D6 C6(3X) E6 D6(2X) C6 D6 (Aku tak mampu pertahankan)
F6 E6 D6 C6 E6 (Tinggalkanku)
C6(4X) F6 E6 D6 E6 C6 D6 (perlahan-lahan ku trima)
C6 F6 E6 D6 E6 C6 (Semakin ku sakit)
C6 F6 E6 D6 E6 C6 D6 (semakin kau bahgia)
F6 E6 D6 C6 E6 (mengapakah)
C6 F6 E6 D6 C6 D6 (aku jadi lemah)
C6 F6 E6 D6 E6 C6 (Sungguh ku tak sangka)
C6 E6 D6(2X) C6 E6 D6(2X) (dia membawa jantungku)
F6 E6 F6 G6 (bersamanya)

sumber: osakin puteri buluh betong

Relakan Jiwa Piano Cover


E5 F5 E5 D5 E5 (Kusangka hidupku)
E5(4X) G5(2X) (Selamanya kelam)
G5 B5 C6 B5 E5 G5 F5(2X) E5 F5 E5 F5 G5 E5 (Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta)

E5(2X) F5 E5 D5 E5 (Memaksa diriku)
E5(4X) G5(2X) (Menapaki jalan)
G5 B5 C6 B5 E5 G5 F5(2X) E5 F5 E5 F5 G5 E5 (Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku)

E5 F5 E5 D5 E5 (Kini kau pun hadir)
E5(4X) G5(2X) (Memberi cahaya)
G5 B5 C6 B5 E5 G5 F5(2X) E5 F5 E5 F5 G5 E5 (Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri)

E5(2X) F5 E5 D5 E5 (Menuntun hatiku)
E5 C6 B5 E5 G5 D5 (ke palung asmara)
D5 B5 C6 B5 E5 G5 F5(2X) E5 F5 E5 F5 G5 E5 (Seakan ku hidup kembali dari matiku)

F5 D5 F5 A5 E5 (Engkaulah cinta)
D5(2X) E5(2X) F5(2X) E5(2X) D5 E5 (Yang selama ini aku cari)

A5(2X) B5(2X) C6 E5 (Ku Relakan Jiwa)
A5(2X) B5(2X) C6 E6 D6(2X) C6(2X) B5(2X) A5 B5 (Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu)
G5(2X) A5 B5 D6 F6 E6(2X) D6(2X) C6 B5 C6 (Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku)
E5 C6 B5(2X) A5 C6 B5(2X) A5 C6 B5(2X) A5 B5 (Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku)

F5 D5 F5 A5 E5 (Engkaulah cinta)
D5(2X) E5(2X) F5(2X) E5(2X) D5 E5 (Yang selama ini aku cari)

A5(2X) B5(2X) C6 E5 (Ku Relakan Jiwa)
A5(2X) B5(2X) C6 E6 D6(2X) C6(2X) B5(2X) A5 B5 (Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu)
G5(2X) A5 B5 D6 F6 E6(2X) D6(2X) C6 B5 C6 (Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku)
E5 C6 B5(2X) A5 C6 B5(2X) A5 C6 B5(2X) A5 B5 (Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku)

E6(2X) D6(2X) C6(2X) (Seandainya waktu)
A5(2X) B5(2X) C6 E6 F6 D6 C6 D6 C6 B5 A5 B5 (Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu)
G5(2X) A5 B5 D6 F6 E6(2X) D6(2X) C6(2X) B5 C6 (Akan kubiarkan mati hatiku selamanya)
E5 C6 B5(2X) A5 C6 B5(2X) A5 C6 D6 B5 (Sehingga kau datang membangunkan aku)