Wednesday, May 28, 2014

Mujahadah

Kadangkala kita kena berkorban untuk dapat redha dari Allah. Kita kena tahu mana yang lebih penting dan lawan perasaan yang tak perlu. Rendahkan ego kita , jaga hati dan jaga minda. Sebab apa? Dengan itu kita akan fikir mana yang lebih perlu dan tak perlu. Bila teringat benda yang sia-sia kita isi masa-masa kita dengan perkara yang bermanfaat dan cari sahabat yang boleh ingatkan kita tentang keindahan syurga dan manisnya iman.

Macam mana kalau kita nakkan perkara yang lagha?
Tanya diri kita. “Aku perlu ke benda ni?”
 Means, kita muhasabah diri kita balik. Bila kita tahu perkara tu kita tak perlu, kita tinggalkan. Kita kena bezakan cinta alat dan cinta matlamat. Ape matlamat kita? Itu yang perlu kita kejar. Redha Allah dan ibu bapa itu yang penting.

Nak dapat yang manis kita kena rasa yang pahit dulu dengan kawal nafsu dan kehendak kita yang boleh melalaikan kita. Itu MUJAHADAH.  Ye, nak bermujahadah bukan senang  sebab itu kita memerlukan pengorbanan yang sangat besar. Sebab itu kita kena istiqamah dalam hal ini dan istiqamah mudah terhenti jika niatnya terpesong. Kita mencari redha Allah jadi kena selalu tajdid niat Lillahita'ala.

Ingat ayat ni “ Tapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu” (2:216)
Sudah jelas bukan, jadi kita haruis tahu mana yang perlu kerana tidak semua yang kita suka baik untuk kita. Jadi, bermujahadahlah kerana masanya belum tiba. Andai saat itu tiba Allah akan buka jalan untuk kita kerana Allah lebih tahu mana yang lebih baik buat kita.
Ini salah satu contoh mujahadah. Jaga minda dan hati kita dan mohon pada Allah, insyaAllah dipermudahkan.^_^

Sumber: mrtheallshared

No comments: