Sunday, March 23, 2014

Nukilan hati

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!

Menghupdate entry sambil dengar lagu by encik mimpi. Haha.
Ayuh tinggalkan dia! Ayuh tinggalkan dia! *tetiba*

Serious! Lama sangat tak hupdate blog. Rinduuuu. Serindunyaaa. *merepek* But its true! Dah lama sangat tak buka. Hehe.

Tak tau nak cakap apa sebenarnya. Tapi memang ada benda nak tulis sebenarnya. Sebenarnya lah...

Untuk kau...
Kau yang selalu bagi hadiah kat aku.
Maaf,
Hanya itu yang mampu ku ucap.
Mungkin aku terlalu kejam,
Ketika aku perlukan kau,
Kau sudi menghulurkan bantuan,
Maaf,
Hanya itu yang mampu ku ucap,


Bukan aku tak terima cinta kau,
Tapi ini bukan masanya,
Terima kasih kerana memahami aku,
Kau tahu?
Aku tidak mahu mencintai kau sebab apa?
Aku tak nak suka kau sebab hadiah-hadiah yang kau beri,
Aku hargai,
Terima kasih,
Hanya itu yang mampu ku ucap,
Biarlah lafaz akad yang menyatukan kita,
Pasti aku mencintaimu dengan sepenuh hatiku,

Tapi,
Tak setanding dengan hadiah-hadiah yang Allah beri pada aku,
Terlalu banyak,
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar,
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Ar-Rahmaan 55:13)
Nikmat bernafas,
Nikmat melihat,
Terlalu banyak...
Tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata,

Biar cinta ini aku serahkan pada Allah dan Rasul,
Biar hati  ini Allah jaga sehingga tiba masanya aku serahkan pada si dia,
Sang suami,
Aku bukanlah seorang gadis solehah,
Tapi,
Sedang cuba untuk jadi solehah,
Hanya perlukan DOA,


Aku sendiri masih tercari-cari,
Memang banyak silapku,
Terlalu banyak,
Dan tidak mampu ku ungkap,
Hanya tuhan sahaja yang tahu,
Tapi,
Aku juga manusia biasa,
Sama sahaja dengan engkau, engkau dan engkau,
Manusia biasa!
Hanya mampu memohon,
Memohon keampunan dari Allah...
Semoga Allah perkenankan doaku dan kamu,

Aku menangis sendirian di kamar,
Tiada siapa tahu,
Hanya Allah,
Allahurabbi... *pegang hati* *sebak*

Sikap aku sendiri,
Yang masih kebudak-budakan,
Yang masih panas baran,
Berkali-kali abah pesan,
Sabar dengan Istighfar,
Sabar dengan wudhu',
Sabar dengan mengingati Allah,
Aku diam,
Semoga aku mampu,
Bertahan dengan karenah adik-adik yang bermacam-macam,
Aku pasti boleh!


Jodoh,
Kadangkala ada perasaan risau,
Ada perasaan cemburu,
Dengan persekitaran terutamanya di 'muka buku',
Siapa yang tak teringin nak menjadi seorang isteri kepada sang suami soleh,
Yang mampu pimpin diri ini ke syurga,
Tapi,
Diri ini masih tidak layak berbicara soal jodoh,
Mungkin?


Sedarlah wahai diri,
Kau nak SPM tahun ini,
Usah memikirkan soal itu lagi,
Engkau pasti akan mendapat Ali sekiranya kau menjadi seperti Fatimah,
Yang sabar dengan mehnah yang Allah datangkan pada kau,


Ujian itu tandanya,
Allah mencintai kau,
Allah mencintai kau,
Allah ingin menguji keimanan kau,
Allah ingin menguji kesabaran kau,
Kau sedar tak?
Allah turunkan hujan sebab Allah nak bagi kita pelangi yang indah,
Sungguh hebat ciptaan Allah,


Hey!
Ujian ni kecil sangat jika nak dibandingkan dengan saudara-saudara kita di Syria tu,
Tak setanding langsung dengan ujian yang Allah beri kepada Nabi Muhammad SAW,
Tak setanding langsung dengan ujian yang Allah beri kepada saudara-saudara kita di Palestin tu,
Kenapa nak lemah?
Percayalah,
Kau pasti kuat,
Kau pasti boleh,
Kerana Allah aku harus kuat!
Kerana Allah aku pasti boleh!


Sahabat,
Kau teman seperjuangan,
Aku ingin ada di antara KITA yang tarik antara satu sama lain masuk ke syurga bersama-sama,
Semoga kita ikhlas menjalinkan ukhuwah ini,
Maafkan aku andai tidak mampu untuk menjadi sahabat terbaik,
Terima kasih atas nasihat,
Terima kasih kerana kau pinjamkan aku sedikit kekuatan menjalani liku-liku kehidupan,
Terima kasih,
Hanya itu yang mampu ku ucap,
Semoga kita berjaya bersama-sama,
Fid Dunia wal Akhirat...
Allahumma aamiin,


Wahai diri,
Qowiy!
Bangkit kerana Allah,
Jangan ada sifat mim alif lam sin dalam diri tu,
Please,
Kau nak SPM tahun ni,
Semoga kejayaan milik kau,
Kalau mak dan abah boleh yakin dengan kau,
Kalau sahabat-sahabat boleh yakin dengan kau,
Masakan kau tidak yakin dengan diri sendiri,
Kau pasti boleh!
Dengan izin Allah...


Straight A's SPM sayang! InsyaAllah..

No comments: