Wednesday, March 26, 2014

JOM! Tembakkan DOA!


Sebelum terjadinya kiamat akan ada 3 perperangan mungkin ini yg terahkir.

Lebih kurang 24 jam yang lepas Israel telah menutup kesemua kedutaannya diseluruh dunia. Tindakan tersebut dibuat dengan alasan bahawa "pegawai kedutaan mogok kerana gaji rendah". Alasan tersebut adaah sesuatu yang sama sekali tidak masuk akal.

Dan...setelah itu, 6 jam kemudian lebih kurang 529 pengikut Ikhwanul Muslimin telah dijatuhkan hukuman mati oleh tentera Yahudi-Mesir (Sisi).
Tatkala dunia seluruh dunia leka dengan permainan media Barat (CNN, BBC, REUTERS dll) tahukah anda bahawa tentera Yahudi-Isrel dengan kekuatan 1000 buah kereta kebal kini telah mengepung Gaza.

Berikut adalah mesej yang disampaikan ke Whatapps admin;
baru dpt info dari gp lain. Rasa info ni sohih.
Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang, kirinya laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan menghubungkan dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu. Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%.

Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis. Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi. Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir.

Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu hendak menjawab dihadapan Allah kelak?". Sila sebarkan jika anda peduli... Hj. Nazri Deraman, Pengerusi Cakna Palestin Ambil masa lebih kurang 5 minit utk sebarkn msg ini supaya kita boleh menjawab soalan dari Allah s.w.t apabila ditanya apa yg kita buat. Harap anda tidak membiarkan msg berhenti disini shja. Sebarkan...Demi agama kita, Islam. Ingat kita ni umat islam ada DOA , mari DOA kan mereka ! AllahuAkbar!! :'( :'(

SUMBER: Facebook

FASA 4!


Bismillah

1. Kes MH-370 akan kekal "error 404".

2. Kedutaan Israel diseluruh dunia dah ditutup serta-merta pada 23hb. Mac, 2014.

3. 529 Pejuang termasuk Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dijatuhkan hukuman Gantung Sampai Mati oleh rejim Boneka Zionis.

4. Sempadan Rafah kekal ditutup, terowong-terowong tikus untuk salur bantuan ke Palestin semua dah dimusnahkan.

5. Baitulmaqdis terkepung oleh berpuluh-puluh kereta kebal & tentera Zionis Laknatullah.

6. Palestin, Syria, Mesir, Rohingya, Afrika tengah & di Timur Tengah masih berperang & bergaduh sesama sendiri.

Kesimpulannya, disaat Rejim Zionis & kuncu-kuncu mereka memperkukuhkan kuasa mereka Umat Islam masih berperang & bertelingkah sesama sendiri atas isu-isu simple, Perebutan kuasa, Masih bertelingkah soal Mazhab/khilafiah

-------------------------------------------------------------------------------
Trajedi ‪#‎MH370‬

Ingat semua ini fitnah akhir zaman fitnah dajjal laknatullah..
Ingat semua ini adalah angkara amerika dan sekutunya freemason illuminati yahudi dajjal laknatullah

kita sekarang telah pun masuk fasa fitnatul dajjal, akan masuk perang dunia ke 3 dan fasa akhir zaman

hari-hari akan datang yang pastinya sangat mencabar kita akan lalui di akhir zaman ini

25 Mac 2014

Ini bukan pengakhirannya.
Tetapi permulaan kepada sesuatu yang besar.

Sebesar manakah ia? Bergantung kemampuan akal anda menerimanya. zaman ini bukan masa untuk bersedap-sedap, menikmati kemewahan yang hidup selesa lagi manja

Maka, bermulalah satu lagi episod baru di Malaysiaku tercinta.

Sekaliannya akan merasa aneh. Mereka akan terpinga-pinga. Sesuatu yang sangat besar sedang datang hendak menerkam kita. Oleh itu, elaklah terkaman itu dengan mengamalkan 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir surah tersebut. Bacalah juga doa mengelak fitnah dajjal setiap usai solat 5 waktu.

Yakinlah dalam dirimu bahawa kebenaran itu amat memahitkan.

Bangkit Umat Islam Bangkit!
Bangkit Rakyat Malaysia Bangkit!
Bersatulah Wahai Umat Islam!

anda cakna & prihatin? silakan share seluas-luasnya!
Like ✔ Share ✔ Tag ✔ Comment ✔

Sunday, March 23, 2014

Nukilan hati

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!

Menghupdate entry sambil dengar lagu by encik mimpi. Haha.
Ayuh tinggalkan dia! Ayuh tinggalkan dia! *tetiba*

Serious! Lama sangat tak hupdate blog. Rinduuuu. Serindunyaaa. *merepek* But its true! Dah lama sangat tak buka. Hehe.

Tak tau nak cakap apa sebenarnya. Tapi memang ada benda nak tulis sebenarnya. Sebenarnya lah...

Untuk kau...
Kau yang selalu bagi hadiah kat aku.
Maaf,
Hanya itu yang mampu ku ucap.
Mungkin aku terlalu kejam,
Ketika aku perlukan kau,
Kau sudi menghulurkan bantuan,
Maaf,
Hanya itu yang mampu ku ucap,


Bukan aku tak terima cinta kau,
Tapi ini bukan masanya,
Terima kasih kerana memahami aku,
Kau tahu?
Aku tidak mahu mencintai kau sebab apa?
Aku tak nak suka kau sebab hadiah-hadiah yang kau beri,
Aku hargai,
Terima kasih,
Hanya itu yang mampu ku ucap,
Biarlah lafaz akad yang menyatukan kita,
Pasti aku mencintaimu dengan sepenuh hatiku,

Tapi,
Tak setanding dengan hadiah-hadiah yang Allah beri pada aku,
Terlalu banyak,
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar,
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Ar-Rahmaan 55:13)
Nikmat bernafas,
Nikmat melihat,
Terlalu banyak...
Tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata,

Biar cinta ini aku serahkan pada Allah dan Rasul,
Biar hati  ini Allah jaga sehingga tiba masanya aku serahkan pada si dia,
Sang suami,
Aku bukanlah seorang gadis solehah,
Tapi,
Sedang cuba untuk jadi solehah,
Hanya perlukan DOA,


Aku sendiri masih tercari-cari,
Memang banyak silapku,
Terlalu banyak,
Dan tidak mampu ku ungkap,
Hanya tuhan sahaja yang tahu,
Tapi,
Aku juga manusia biasa,
Sama sahaja dengan engkau, engkau dan engkau,
Manusia biasa!
Hanya mampu memohon,
Memohon keampunan dari Allah...
Semoga Allah perkenankan doaku dan kamu,

Aku menangis sendirian di kamar,
Tiada siapa tahu,
Hanya Allah,
Allahurabbi... *pegang hati* *sebak*

Sikap aku sendiri,
Yang masih kebudak-budakan,
Yang masih panas baran,
Berkali-kali abah pesan,
Sabar dengan Istighfar,
Sabar dengan wudhu',
Sabar dengan mengingati Allah,
Aku diam,
Semoga aku mampu,
Bertahan dengan karenah adik-adik yang bermacam-macam,
Aku pasti boleh!


Jodoh,
Kadangkala ada perasaan risau,
Ada perasaan cemburu,
Dengan persekitaran terutamanya di 'muka buku',
Siapa yang tak teringin nak menjadi seorang isteri kepada sang suami soleh,
Yang mampu pimpin diri ini ke syurga,
Tapi,
Diri ini masih tidak layak berbicara soal jodoh,
Mungkin?


Sedarlah wahai diri,
Kau nak SPM tahun ini,
Usah memikirkan soal itu lagi,
Engkau pasti akan mendapat Ali sekiranya kau menjadi seperti Fatimah,
Yang sabar dengan mehnah yang Allah datangkan pada kau,


Ujian itu tandanya,
Allah mencintai kau,
Allah mencintai kau,
Allah ingin menguji keimanan kau,
Allah ingin menguji kesabaran kau,
Kau sedar tak?
Allah turunkan hujan sebab Allah nak bagi kita pelangi yang indah,
Sungguh hebat ciptaan Allah,


Hey!
Ujian ni kecil sangat jika nak dibandingkan dengan saudara-saudara kita di Syria tu,
Tak setanding langsung dengan ujian yang Allah beri kepada Nabi Muhammad SAW,
Tak setanding langsung dengan ujian yang Allah beri kepada saudara-saudara kita di Palestin tu,
Kenapa nak lemah?
Percayalah,
Kau pasti kuat,
Kau pasti boleh,
Kerana Allah aku harus kuat!
Kerana Allah aku pasti boleh!


Sahabat,
Kau teman seperjuangan,
Aku ingin ada di antara KITA yang tarik antara satu sama lain masuk ke syurga bersama-sama,
Semoga kita ikhlas menjalinkan ukhuwah ini,
Maafkan aku andai tidak mampu untuk menjadi sahabat terbaik,
Terima kasih atas nasihat,
Terima kasih kerana kau pinjamkan aku sedikit kekuatan menjalani liku-liku kehidupan,
Terima kasih,
Hanya itu yang mampu ku ucap,
Semoga kita berjaya bersama-sama,
Fid Dunia wal Akhirat...
Allahumma aamiin,


Wahai diri,
Qowiy!
Bangkit kerana Allah,
Jangan ada sifat mim alif lam sin dalam diri tu,
Please,
Kau nak SPM tahun ni,
Semoga kejayaan milik kau,
Kalau mak dan abah boleh yakin dengan kau,
Kalau sahabat-sahabat boleh yakin dengan kau,
Masakan kau tidak yakin dengan diri sendiri,
Kau pasti boleh!
Dengan izin Allah...


Straight A's SPM sayang! InsyaAllah..