Friday, December 5, 2014

PLKN.. OH..

Tetiba, abah masuk bilik. Abah senyum sambil angkat kening.

Aku; Abah... *suara merengek*
Abah; Tengoklah muka abah ni puas-puas. Nanti dah tak boleh tengok selalu.

Hmmm.
Agak-agak nanti bila dah masuk universiti, kahwin nanti mesti.. abah dah menangis agaknya. Haha. Sayang betul. Kakak sayang sangat-sangat mak abah!

Anggap lah ni macam perpisahan sementara. 2 bulan setengah je.- abah.

Thursday, December 4, 2014

How can i love when i'm afraid to fall..

Bismillah..
Assalamualaikum.

Seminggu. Baru seminggu. Seminggu je husna! Seminggu. Je. Fuhhhh. Lepas ni tak tahu lagi. Sabar. Sabar.

Kalau ada jodoh. Adalah... kalau tak ada? Tak apa senyum je. Allah tahu yang terbaik. Tak mungkin dia sengaja. Tak mungkin. Mesti ada sebab. Walau apa pun sebab nya cuba dan cuba untuk bertenang.

Baru seminggu. Nanti kalau dah masuk universiti boleh jadi dalam sebulan atau setahun dia tak contact kau. Anggap ni macam persediaan untuk kau.

Hidup kau dan dia Allah yang aturkan. Perjalanan masih lagi panjang.

Namun, bila aku rindu, aku sangat berharap yang kau juga sedang merindu.

Itu saja.

Thursday, November 27, 2014

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Saya!

Umur pengguna? 17 tahun *tahun depan 26 januari umur saya 18 tahun :D*

Jantina pengguna? ( Perempuan)

Jenis kulit? (Berminyak, Kering, Sensitif)

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Saya perlu dapatkan Ephyra Skin Bar kerana saya nak atasi masalah kulit muka saya dan mestilah saya nak cantik! ;)

Pengguna Ephyra? (Tidak)


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Monday, September 1, 2014

Fitnah Emotikon


"Aku ok je."

"Hg ni fhm ke x ni?"

"Gila."

Sekarang bandingkan pula dengan:

"Aku ok je. :)"

"Hg ni fhm ke x ni? ^^""

"Gila. ;D"

Nah, besar perbezaannya bukan?

Marcapada ini kita melihat peningkatan penggunaan media sosial secara rakusnya. Hampir semua orang ada sekurang-kurangnya satu jenis akaun media sosial; sama ada MukaBuku (Baca: Facebook), Pengicau (Baca: Twitter), Instagram atau WeChat. Penggunaan aplikasi Waksep (Baca: Whatsapp) adalah hampir wajib bagi para pengguna telefon pintar.

Maka timbul masalah atau cabaran baru dalam kehidupan sosial kita sehari-hari seiring dengan kerancakan penggunaan media sosial ini; kegagalan atau kekhilafan dalam memahami konteks sebenar sesuatu mesej yang hendak disampaikan. Kemungkinan besar hal ini berpunca daripada ketiadaan intonasi dan emosi dalam mesej-mesej yang ditulis dan dihantar.

Lantas timbullah salah faham dan kadangkala percakaran hanya kerana perkara-perkara yang remeh yang sepatutnya tidak terjadi pon sekiranya mesej itu difahami dalam konteksnya yang sebenar. Yang ok sahaja disangkakan marah. Yang jujur dianggap perli. Yang bergurau dilihat sebagai tidak sensitif. Alahai.

Kerana itu penggunaan emotikon dalam setiap mesej yang dihantar, meskipon tampak remeh dan kadangkala menggedik (ehem!) sebenarnya penting dalam mengurangkan kebarangkalian untuk salah faham ini. Hanya dengan sebuah senyuman atau kenyitan mata dalam bentuk emotikon itu mampu melembutkan mesej yang tanpanya seakan-akan keras dan membasahkan kata-kata yang tanpanya kelihatan kering tidak bernyawa.

"Saya rindu pd anda" dengan "Saya rindu pd anda T..T" berbeza bukan? Terutamanya dengan kehadiran dua lubang hidung besar itu.

"Weh tlg belikn bwg merah 3 ulas" dengan "Weh tlg belikn bwg merah 3 ulas bleh? ;)", mana satu agaknya yang akan membuatkan anda akhirnya membeli bawang merah itu?

"Siapkn dulu krja kau tu" dengan "Siapkn dulu krja kau tu ^^V", mana satu yang akan mendapat mesej balas daripada anda?

Saya yakin para dua't di luar sana juga perlu mengambil perhatian tentang hal ini. Apatah lagi para dua't hari ini juga IT savvy dan sentiasa mengikuti perkembangan terbaru teknologi komunikasi bukan?

Mana ada dai'e hari ini yang tidak ada kumpulan Waksep-nya yang tersendiri? Mana ada dai'e hari ini yang tidak memiliki telefon pintar tersendiri? Mana ada dai'e hari ini yang tidak menge-LIKE atau menge-SHARE post-post dan hapdet-hadpet di MukaBuku?

Jika ada pon mereka ini, golongan dua't yang tidak memanfaatkan media sosial dalam urusan hidup sehari-hari, mereka ini bak kata Nujum Pak Belalang, "Jarang-jarang." Eheh.

Maka para dua't juga perlu sensitif dalam mengaplikasikan media sosial, terutamanya apabila yang dihubungi itu adalah mad'u terchenta. Penggunaan emotikon yang sesuai dengan keadaannya pasti akan menambah perisa dalam membina perhubungan yang lebih hidup dan mesra. Ewah.

"Mutabaah amal anda apa khabar? ^^"

"Dah makan? Jom saya belanja! ;D"

"Eh nti ok ke? Kenapa ana call tak angkat? Ana harap semuanya ok. Risaulah. =S"

"Rinddduuuuuuuu. TT__TT"

"Entah apa-apa. Tumbuk nak? "-..-"

Wahahaha. Ini baharu sedikit tahu?

Tapi sudah tentulah, tiada yang lebih baik daripada berjumpa mata ke mata dan bertemu orangnya yang sebenar. Perhubungan melalui media sosial hanyalah sebagai pengganti di masa-masa pertemuan di alam sebenar tidak dapat dilakukan.

Apalah emotikon senyum itu sekiranya mahu dibandingkan dengan senyuman manis yang sebenar? Apalah erti emotikon bro fist apabila anda boleh membuat bro fist yang sebenar dengan lebih macho dan bergaya? Apalah makna emotikon tersenyum sambil berpeluh apabila anda boleh menerangkan sendiri sambil tersipu-sipu malu kerana rasa bersalah..? Heh.

Bukankah sentuhan sesaat itu jauh lebih bermakna daripada percakapan sejam lamanya..? Ok macam tidak ada kena mengena.

Namun sebagai seorang dai'e, perbuatan dan percakapan kita sehari-hari sewajarnya mencerminkan mesej dakwah yang mahu kita perjuangkan itu. Hatta dalam mesej-mesej waksep atau post-post di MukaBuku kita. Kerana kita sentiasa diperhatikan. Ada banyak mata-mata yang melihat setiap tingkah laku kita. Silap langkah, boleh bawa fitnah. Terlupa letak emotikon, boleh bawa padah! Wah!

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah pertaan yang tepat - benar (dalam setiap perkara)."
[al-Ahzab, 33:70]

Nah, dalam zaman moden yang penuh cabaran ini, yang penuh dengan mehnah dan ujian ini, satu mesej waksep boleh menghuru-harakan negara. Satu post di MukaBuku yang disalah ertikan bisa sahaja memporak-perandakan rumah tangga. Lantas kita dituntut untuk menggunakan perkataan yang paling tepat dan benar dalam setiap perkara yang kita ungkapkan, termasuklah pada mesej-mesej waksep dan status atau kicauan kita. Kerana itulah neraca taqwa!

Siapa sangka, dengan hanya menggunakan emotikon yang seolah-olahnya tidak signifikan malah mengada-ngada itu, perkara kecil boleh jadi besar dan isu yang besar boleh sahaja tampak kecil!

Tapi awas! Jangan pula disalah guna!
'
"Hai ukhti manis. Jom teman ana jalan-jalan di taman bunga..? =*"

Jatuh kerusi berguling-guling.

-gabbana-

Kebelakangan ini mengalami krisis kekeringan idea yang boleh tahan seriyes. Nak tulis dua artikel seminggu pon terkail-kial dibuatnya.

Adakah kerana banyaknya perkara telah saya sentuh sebelum ini sehingga tiada lagi topik menarik untuk ditulis, atau... Allah perlahan-lahan sedang menarik ilham yang dikurniakan kepada saya selama ini..?

Gulp.

P/s: Entry super best ini adalah dari angelwearsgucci. Semoga bermanfaat. Yeah, memang bermanfaat pun. This entry is awesome okay! Hehe. Kbai.

Wassalam'alaik..

Tuesday, August 5, 2014

Thursday, July 24, 2014

Kaki pun aurat. Take note!


I nak tegur sikit boleh. I tengok you pakai stokin ni dah macam orang berpantang, macam nenek-nenek pun ada jugak. Ke ada kudis kat kaki tu sampai you pakai stokin kaki. Tak malu eh?

Ouh  buat apa nak malu. I bukannya tak pakai baju. For your information, kaki tu pun aurat jugak. So, kalau tak tutup jadi tak sempurna rasanya. Sebab, aurat perempuan kan seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Tak sebut pun kaki. So, wajib lah I pakai stokin kaki jugak kan? Stokin kaki tu murah pun. Syurga kan mahal.


Cukup Allah yang mengerti. Walaupun panas, rimas. Lillahi ta'ala. InsyaAllah, Dia permudahkan.

*angguk* faham.
Kau faham tak? (**,)


#FacePalm #LamePickUpLines


I'm going out to get my Baju Raya.
-Oh,OK!I'm going too!
Huh?Where?
-Going to miss you!
#FacePalm #LamePickUpLines

Girl:Are you Fitri?
Boy:Huh?
Girl:Because you look like my future Aidil (ideal) partner.
#FacePalm #LamePickUpLines

Tahun ni tak rasa nak pakai samping lah.
-Eh,kenapa?Kan selalu pakai je.
Dulu I sendiri,sekarang dah ada orang di samping.
#LamePickUpLines


*knock*knock*
Assalamualaikum!Datang nak beraya ni!
-Siapa tu? (dari dalam rumah)
Jo.
-Jo mana ya?
Jodoh awak.
#FacePalm #LamePickUpLines

Tahun ni Raya pergi ke mana?
-Tak ke mana pun.
Maknanya awaklah jodoh saya!
-Huh?
Yelah.Kan 'kalau jodoh tak ke mana'
#LamePickUpLines #Joke

Saya nak booking meja makan ni untuk raya nanti boleh?
-No problem,boleh je
Jap,nak tambah booking lah,boleh?
-Boleh boleh,nak booking Apa ye?
nak"booking" kamu untuk raya ni.
#LamePickUpLines#Joke

Sesekali kita perlukan selingan jenaka dalam kehidupan untuk ceria.Moga ada yang tercuit dengan #LamePickUpLines yang dikongsi sempena raya.

MrTheAllShared

Thursday, June 19, 2014

Family ties

Bismillah.. Alhamdulillah.
Assalamualaikum!:D

Err, do you wanna build a snowman? Huh? (",)

Huhu, sedih. Nak menangis buleh dop? Huaaaaaaaaaaaaaa......! Why? Why should I? Huhu. It's okay Husna. Bila lagi kau nak dapat pengalaman manis cenni en? Manis ke? Errr. Okay, abaikan. Cerita dia sebenaqnya cenni. Ambe terpilih utuk buat ULBS sekali lagi. Okay lagi. Tapi, tapi! Dengan pentaksir sekolah yang datang pulak tu! Whatta? That's why i said, why should me? Hah, why? 
*merepek, tak habis-habis dengan WHY dia tu -..-*

Cenni lah muka ambe bila cikgu cakap yang ambe terpilih. Err, lebih kuranglah...

Okay, straight to the point, ambe nak share karangan yang ambe karang bersama teman ambe tadi di sekolah. Huhu. Sempat dia pesan. Hafal tau! Huhu, baik betulkan teman ambe tuu. Maklumlah, English ambe dop berapa nak terer macam teman ambe. Bak kata pepatah, sambil menyelam, minum air. Hehe. Minum lah air tu manyak mana pung, dop luak. Hehe. Terharuuu tau. Ngeee :D
Okay, ambe cuba untuk tak tengok tau karangan yang ambe karang tu. InsyaAllah ambe cuba. Fighting! 

FAMILY TIES

Today, i am going to talk about family ties. I have four siblings and I am the eldest among them. I have two sisters and one brother. My brother is studying in Kedah. I don't always see him because he live far away. I am not as close to him. Whenever he is at home, we argue on little things. But, when he is at Kedah I start to miss him. Mostly our little arguments.

My sister who is a few years younger than me studies here in this school. I am not close with her as well. Our personalities are not compatible. She is rough person. But I am not afraid of her. Only at times when she is not in a good mood. Sometimes we joke around and talk about our interests like sinetrons and cartoons.

My youngest sister name is Haziqah. I'm close with her since she was a baby. I fed her. I made her milk. I play with her. We like the same colours too! Eventhough she is naughty, she is very cute and playful. I love her a lot because she is there for me when I'm down and likewise.

Eventhough my siblings have different personalities, I love them all equally because blood is thicker than water. I am always advising them to be better people. At the same time, I reflect upon the advices myself.

Thank you!

Simple je en? En? En? Hmm. Dop gapo lah kalau gitu. serahkan pada Allah jeee. Ambe dah berusaha. Semoga Allah pemudahkan urusan ambe. InsyaAllah. Huhu. 

p/s: Semoga ambe tabah menebalkan muka ambe yang dop berapa nop cantik ni, tapi comeyy actually okay. Haha. *abaikan* 

Tata, wassalam..

Wednesday, June 18, 2014

Bila Kita Harus Ikhlas?


Ikhlas

Banyak diantara kita menyangka bahawa yang dinamakan keikhlasan itu, hanyalah  ada dalam perkara-perkara ibadah semata – semata  seperti solat, puasa, zakat, membaca al – Quran , haji dan amal-amal ibadah lain.

Namun ketahuilah bahawa keikhlasan juga harus ada dalam amalan – amalan yang lain.

Apabila kita senyum, kita harus ikhlas. Ketika kita mengunjungi saudara kita, kita harus ikhlas. Ketika kita meminjamkan sahabat kita barang yang dia perlukan, itu juga harus ikhlas.

Adakah kita lakukan itu semua kecuali semata-mata kerana Allah?

kita tersenyum kepada dia bukan kerana  agar dia berbuat baik kepada kita. Kita juga tidak membantu orang lain kerana takut dikatakan sebagai orang yang kedekut.

Tidak wahai saudaraku, jadikanlah semua amal tersebut kerana Allah.

Rasulullah bersabda: “Ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di kota lain, maka Allah mengutus malaikat didalam  perjalanannya, ketika malaikat itu bertemu dengannya, malaikat itu bertanya, “Hendak ke mana engkau?”

maka dia pun berkata “Aku ingin mengunjungi saudaraku yang tinggal di kota ini.”

Maka malaikat itu kembali bertanya “Apakah engkau memiliki suatu kepentingan yang menguntungkanmu dengannya ?”

orang itu pun menjawab: “Tidak, aku mengunjunginya sebab aku mencintainya kerana Allah,

Malaikat itu pun berkata “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah untuk mengkhabarkan kepadamu bahawa sesungguhnya Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana-Nya.” (HR. Muslim)

Tidaklah orang ini mengunjungi saudaranya kecuali hanya kerana Allah, maka sebagai balasannya, Allah juga mencintai orang tersebut. Tidakkah kita ingin dicintai oleh Allah wahai saudaraku?

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda,

“Tidaklah engkau menafkahi keluargamu yang dengan perbuatan tersebut engkau mengharapkan wajah Allah, maka perbuatanmu itu akan diberi pahala oleh Allah, bahkan sampai sesuap makanan yang engkau letakkan di mulut isterimu.” (HR Bukhari Muslim)

Renungkanlah sabda baginda ini, “hanya” dengan sesuap makanan yang seorang suami yang diletakkan di mulut isterinya, apabila dilakukan ikhlas kerana Allah, maka Allah akan memberinya pahala.

Sesungguhnya merupakan suatu keberuntungan yang amat sangat besar seandainya kita dapat menghadirkan keikhlasan dalam seluruh gerak-gerik kita.

Wahai saudara – saudariku yang dicintai oleh Allah, sesungguhnya yang diwajibkan dalam amal perbuatan kita bukanlah banyaknya amal, tetapi keikhlasan.

Amal yang dinilai kecil di mata manusia, apabila kita melakukannya ikhlas kerana Allah, maka Allah akan menerima dan melipat gandakan pahala dari amal perbuatan tersebut.

Abdullah bin Mubarak berkata: “Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar kerana niat, dan betapa banyak pula amal yang besar menjadi kecil hanya kerana niat.”

Rasulullah bersabda: “Seorang lelaki melihat dahan pohon di tengah jalan, dia berkata: Demi Allah aku akan singkirkan dahan pohon ini agar tidak mengganggu kaum muslimin, Maka dia pun masuk syurga kerananya.” (HR. Muslim).

Ada waktu, kita rasa kita sudah cukup ikhlas. Berhati-hatilah. Sebab mungkin kita mampu merasakan demikian kerana kita belum diuji.

Ikhlas dalam beramal ini ibarat air susu yang keluar antara saluran najis dan darah. Ia tetap putih bersih tidak tercemar, bahkan rasa darah atau bau najis pun tidak keluar bersama dengannya.

Maka kita perhatikan diri kita. Pada saat-saat pergeseran antara keinginan untuk ikhlas, dan keperluan yang mendesak datang. Maka di situlah kita ukur kualiti diri kita yang sebenar. Di situlah titik ujian dan muhasabah.

Apakah kita mampu untuk ikhlas?

Apabila kita faham makna ikhlas, dan keperluannya dalam kehidupan kita sebagai hamba, maka kita akan berusaha menjaganya sebaik mungkin, dan berusaha mewujudkannya dengan kesungguhan yang tidak terkira.

Sumber: akuislam.com/

I Am Not Single. Saya Ada Allah!


Duhai Muslimah Remaja,

Yang rupanya manis jelita,

Yang bijak akal dan minda,

Yang berbudi bahasa,

Yang daku kasihi jiwa dan raga.

Usah kalian merasa cemburu,

Dengan mana mana manusia yang jumlahnya beribu.

Usah kalian izinkan hasad memburu,

Kepada mana mana manusia yang sama sakit dibaling batu.

Usah kalian biarkan dengki datang membelenggu,

Untuk menjadikan diri Sang Nombor Satu.


Mereka sudah bernikah,

maka biarkanlah mereka memuatnaikkan status berkenaan Si Suami.

Mereka sudah berzuriat,

maka berhaknya mereka bercerita tentang Si Buah Hati.

Mereka sudah berharta,

maka jangan dipertikai setiap apa yang mereka miliki.


Kita yang belum bergelar Si Zaujah,

tidak perlu berpenat lelah,

mencari idea untuk diperah,

demi berkongsi semua kisah,

berkenaan Si ‘Encik’ yang belum SAH.


Kita yang masih bermuda darah,

tidak perlu mencungkil tanah,

mencari isi untuk di ke tengah,

demi melunaskan segala masalah,

berkenaan cinta dunia yang akan musnah.

I Am Not Single


Janganlah sekali merasa diri itu sunyi,

Kerana sebenarnya kita sudah dikelilingi

KEKASIH HATI yang nyata lagi hakiki.
♥ ALLAH yang sentiasa WAJIB kita jadikan Cinta Pertama,
♥ RASULULLAH yang sentiasa WAJIB dirindui setiap masa,
♥ ISLAM yang sentiasa WAJIB disebar kongsi ke seluruh dunia,
♥ IBU BAPA yang sentiasa WAJIB disanjung taat dan setia hingga hujung nyawa,
♥ Kerabat KELUARGA yang sentiasa WAJIB dikasihi sedalam jiwa,
♥ SAHABAT handai yang sentiasa WAJIB disayangi sesama kita,
♥ ILMU yang sentiasa WAJIB dicari demi tuntutan agama,
♥ PEKERJAAN yang sentiasa WAJIB dilaksana Lillahi Ta`ala.
Semua itu adalah bukti bahawa kita tidak dilahirkan untuk menempuh kehidupan seorang cuma.

Lapangkan dada, bukakan minda, celikkan mata, luaskan telinga, kurangkan suara dan bersihkan jiwa.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Andai ingin Allah tunaikan apa yang kita ingini, maka janganlah kita abaikan apa yang Allah tuntuti.

Doa, Doa dan Doa. Berdoalah, jangan kita putus bicara. Subahanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar..

I Am Not Single!

Sumber: akuislam.com/

Monday, June 16, 2014

Kerana Dia aku mesti kuat!

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah...
Assalamualaikum! :)

Huhu, geram pulak tengok Anna frozen ni :D comel kan? :)
Entah kenapa diri ini terasa ingin menulis. Diri ini terasa sedih, sebak, geram. Entahlah. Bercampur-baur. Tak terasa happy? Kenapa? Soalan yang aku sendiri tak tahu apa jawapannya. Hmm. 

Sebab kau dengan aku dah tak sama kelas ke sampai kita jadi macam ni? Kecil jugak lah hati aku bila kau tak letak nama aku dalam projek Akaun. Tapi, aku pun tak letak nama kau. Sebab bersebab lah aku tak letak nama kau.Tak siapa yang tahu. Allah je yang tahu. Hmm. Tapi, kau letak nama dia je. Tak aci ah macam ni. Hmm.  Kenapa dengan kau ni Husna? Entahlah, masakan tak cemburu? Dia kawan aku lah. Dah tu? Yelah, sebab aku cemburu lah aku cakap cemburu. Aku usik dia sikit pun dia tak suka. Salah ke? Aku nak gedik-gedik dengan dia pun macam layan tak layan. Salah ke? Nak gedik-gedik dengan kawan sendiri? Tak salahkan? Tapi, ada batas lah jugak nak gedik-gedik tu en? 

Dengan siapa lagi aku nak mengadu sebagai kawan kalau bukan pada kau? Siapa lagi? Cuba jawab! 

Ya Allah, aku tak layak ke nak dapat seorang sahabat yang boleh bagi semangat kat aku bila aku terjatuh. Yang bisikkan aku kata-kata hikmah dengan sabar. Yang ikhlas betul-betul nak kaawan dengan aku. Kenapa dia jugak yang kau pilih. Aku bukan siapa-siapa. Aku tahu. Tapi... 

Okay Husna. Now, tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Bertenang. Jangan telalu emosi okay? Kau dah lupa? Kau kan ada Allah. Ada mak. Ada abah. Ada Haziqah. Ada Sayyidah. Ada Umar. Kan? Kan? Dah dah. Tak mau menangis macam ni. Macam budak-budak. Nah, ambik handkerchief ni. Lap air mata tu. Kau lupa? Ramai yang sayang kau kan? 

*Angguk*

Tapi, aku tak kuat... Husna! Wake up  please? Tolong lah. Fighting! Kawal perasaan tu. Aku faham perasaan kau. Aku pun manusia okay. Sama macam kau. InsyaAllah one day kau akan dapat jugak kawan yang macam mana kau impikan tu. Kan Allah takkan memungkiri janjiNya. Yang penting Hablumminallah, Hablumminannas.

Tak apa Husna. Aku tau kau boleh. Kau tak perlu berpura-pura untuk kuat. Kau mesti kuat. Kau boleh Husna. InsyaAllah! Qowiy! Kerana Allah kau harus kuat! Kau kuat! Sekuat tiger! Awummmm! 

Wassalam.

Tuesday, June 3, 2014

Bahagiamu Deritaku Piano Cover


C6 B5 C6 C6 B5 C6 B5 A5(2X) E5(2X) (Ku dengar kau cinta sangat padanya)
C6 B5 C6 C6 B5 C6 B5 A5(2X) E5(2X) (Ku dengar hatimu kini miliknya)
F5 E5 F5 A5 G5 (Dia kan menjadi)
G5(2X) F5 E5 D5 E5 D5 E5 G5 A5 G5 F5 (teman sehidup dan semati)
F5 E5 F5 A5 G5 (Aku menjadi)
B5(3X) C6 (sahabatmu)

(tekan sama2 : E5&C6) B5 (tekan sama2 : E5&C6) (Siksanya)
G5 (tekan sama2 : E5&C6) B5 (tekan sama2 : E5&C6) (mengakui)
B5 A5 G5 A5 E5(2X) (kau teman biasa)
(tekan sama2 : E5&C6) B5 (tekan sama2 : E5&C6) (Terpaksa)
G5 (tekan sama2 : E5&C6) B5 (tekan sama2 : E5&C6) (ku terima)
B5 A5 G5(2x) A5 E5(2X) (itu hakikatnya)
F5 E5 F5 A5 B5 A5 G5 (Yang pasti aku)
G5(2X) F5 E5 D5 E5 F5 G5 (tak mahu lupakan cinta)
F5 E5 F5 A5 G5 (Kau percik api)
B5(3X) C6(3X) G5 A5 (membakar kenangan lama)

C6(4X) E6 D6(2X) C6 E6 D6(2X) (Aku tak tahu menilai cintamu)
D6 C6(3X) E6 D6(2X) C6 D6 (Aku tak mampu pertahankan)
F6 E6 D6 C6 E6 (Tinggalkanku)
C6(4X) F6 E6 D6 E6 C6 D6 (perlahan-lahan ku trima)
C6 F6 E6 D6 E6 C6 (Semakin ku sakit)
C6 F6 E6 D6 E6 C6 D6 (semakin kau bahgia)
F6 E6 D6 C6 E6 (mengapakah)
C6 F6 E6 D6 C6 D6 (aku jadi lemah)
C6 F6 E6 D6 E6 C6 (Sungguh ku tak sangka)
C6 E6 D6(2X) C6 E6 D6(2X) (dia membawa jantungku)
F6 E6 F6 G6 (bersamanya)

sumber: osakin puteri buluh betong

Relakan Jiwa Piano Cover


E5 F5 E5 D5 E5 (Kusangka hidupku)
E5(4X) G5(2X) (Selamanya kelam)
G5 B5 C6 B5 E5 G5 F5(2X) E5 F5 E5 F5 G5 E5 (Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta)

E5(2X) F5 E5 D5 E5 (Memaksa diriku)
E5(4X) G5(2X) (Menapaki jalan)
G5 B5 C6 B5 E5 G5 F5(2X) E5 F5 E5 F5 G5 E5 (Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku)

E5 F5 E5 D5 E5 (Kini kau pun hadir)
E5(4X) G5(2X) (Memberi cahaya)
G5 B5 C6 B5 E5 G5 F5(2X) E5 F5 E5 F5 G5 E5 (Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri)

E5(2X) F5 E5 D5 E5 (Menuntun hatiku)
E5 C6 B5 E5 G5 D5 (ke palung asmara)
D5 B5 C6 B5 E5 G5 F5(2X) E5 F5 E5 F5 G5 E5 (Seakan ku hidup kembali dari matiku)

F5 D5 F5 A5 E5 (Engkaulah cinta)
D5(2X) E5(2X) F5(2X) E5(2X) D5 E5 (Yang selama ini aku cari)

A5(2X) B5(2X) C6 E5 (Ku Relakan Jiwa)
A5(2X) B5(2X) C6 E6 D6(2X) C6(2X) B5(2X) A5 B5 (Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu)
G5(2X) A5 B5 D6 F6 E6(2X) D6(2X) C6 B5 C6 (Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku)
E5 C6 B5(2X) A5 C6 B5(2X) A5 C6 B5(2X) A5 B5 (Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku)

F5 D5 F5 A5 E5 (Engkaulah cinta)
D5(2X) E5(2X) F5(2X) E5(2X) D5 E5 (Yang selama ini aku cari)

A5(2X) B5(2X) C6 E5 (Ku Relakan Jiwa)
A5(2X) B5(2X) C6 E6 D6(2X) C6(2X) B5(2X) A5 B5 (Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu)
G5(2X) A5 B5 D6 F6 E6(2X) D6(2X) C6 B5 C6 (Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku)
E5 C6 B5(2X) A5 C6 B5(2X) A5 C6 B5(2X) A5 B5 (Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku)

E6(2X) D6(2X) C6(2X) (Seandainya waktu)
A5(2X) B5(2X) C6 E6 F6 D6 C6 D6 C6 B5 A5 B5 (Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu)
G5(2X) A5 B5 D6 F6 E6(2X) D6(2X) C6(2X) B5 C6 (Akan kubiarkan mati hatiku selamanya)
E5 C6 B5(2X) A5 C6 B5(2X) A5 C6 D6 B5 (Sehingga kau datang membangunkan aku)

Wednesday, May 28, 2014

Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?
Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.


Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandw wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.


“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .


Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”


Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.


Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.


Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.


Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.


Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.


Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.


Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.


Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .


Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.


Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.


3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).


4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.


5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.


6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain

Mujahadah

Kadangkala kita kena berkorban untuk dapat redha dari Allah. Kita kena tahu mana yang lebih penting dan lawan perasaan yang tak perlu. Rendahkan ego kita , jaga hati dan jaga minda. Sebab apa? Dengan itu kita akan fikir mana yang lebih perlu dan tak perlu. Bila teringat benda yang sia-sia kita isi masa-masa kita dengan perkara yang bermanfaat dan cari sahabat yang boleh ingatkan kita tentang keindahan syurga dan manisnya iman.

Macam mana kalau kita nakkan perkara yang lagha?
Tanya diri kita. “Aku perlu ke benda ni?”
 Means, kita muhasabah diri kita balik. Bila kita tahu perkara tu kita tak perlu, kita tinggalkan. Kita kena bezakan cinta alat dan cinta matlamat. Ape matlamat kita? Itu yang perlu kita kejar. Redha Allah dan ibu bapa itu yang penting.

Nak dapat yang manis kita kena rasa yang pahit dulu dengan kawal nafsu dan kehendak kita yang boleh melalaikan kita. Itu MUJAHADAH.  Ye, nak bermujahadah bukan senang  sebab itu kita memerlukan pengorbanan yang sangat besar. Sebab itu kita kena istiqamah dalam hal ini dan istiqamah mudah terhenti jika niatnya terpesong. Kita mencari redha Allah jadi kena selalu tajdid niat Lillahita'ala.

Ingat ayat ni “ Tapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu” (2:216)
Sudah jelas bukan, jadi kita haruis tahu mana yang perlu kerana tidak semua yang kita suka baik untuk kita. Jadi, bermujahadahlah kerana masanya belum tiba. Andai saat itu tiba Allah akan buka jalan untuk kita kerana Allah lebih tahu mana yang lebih baik buat kita.
Ini salah satu contoh mujahadah. Jaga minda dan hati kita dan mohon pada Allah, insyaAllah dipermudahkan.^_^

Sumber: mrtheallshared

Bahaya Panadol Acti Fast!

Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda pada masa akan datang.

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang
anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam perut anda.

Wednesday, May 21, 2014

Repost: Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamualaikum

Heyooo! *lambai-lambai tangan* u oll's apa khabar? Sihat? Huhu. Lama giler kan aku tak hupdate blog kesayangan aku ni. Dah bersarang pun. Jap, nak ambil bulu ayam bersihkan tanah. Keh3. Done! u oll's suka cheese cake kan? Tak suka? Takpeee.. Resipi ni aku tujukan khas untuk u oll's yang suka cheese cake. 
Ahaks. Sep-sep!
Okay, now! Inilah resepinya. Senang je nak buat ekceli. Tak susah mana pun :') Masa 1st time buat cake ni, aku bawa ke sekolah. Bagi kawan-kawan rasa. Mereka kata sedap. Haha, aku dah agak dah mereka akan komen begitu. Haha. Then, beberapa hari kemudian kawan aku pun order cake ni. Wow! Alhamdulillah. Maka, terhasillah gambar di atas. Untuk ibu dia katanya. So, special~ Aummm! Aku jual dalam RM 15 cemtu. u'olls kalau berminat sila lah cuba ini resipi. Sangat sedap! Tak rugi sekiranya u oll's mencuba. Nak buat cake ni pun ada tips-tips nya. Nak tau? Tips nak buat cake ni senang dan mudah diamalkan. Dimulakan dengan bismillah dan disudahi dengan alhamdulillah. Done! 
----------------------------------------

BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus - husna kurangkan 50g shj
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas,susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kemon! Warming up dulu sebelum Ramadhan tiba!


Monday, April 14, 2014

Kaca Yang Berdebu

Lirik:

Kaca Yang Berdebu

Ia ibarat kaca yang berdebu
Jangan terlalu keras membersihkannya
Nanti ia mudah retak dan pecah

Ia ibarat kaca yang berdebu
Jangan terlalu lembut membersihkannya
Nanti ia mudah keruh dan ternoda

Ia bagai permata keindahan
Sentuhlah hatinya dengan kelembutan
Ia sehalus sutera di awan
Jagalah hatinya dengan kesabaran

Lemah-lembutlah kepadanya
Namun jangan terlalu memanjakannya
Tegurlah bila ia tersalah
Namun janganlah lukai hatinya

Bersabarlah bila menghadapinya
Terimalah ia dengan keikhlasan
Karena ia kaca yang berdebu
Semoga kau temukan dirinya
Bercahayakan iman

Wednesday, March 26, 2014

JOM! Tembakkan DOA!


Sebelum terjadinya kiamat akan ada 3 perperangan mungkin ini yg terahkir.

Lebih kurang 24 jam yang lepas Israel telah menutup kesemua kedutaannya diseluruh dunia. Tindakan tersebut dibuat dengan alasan bahawa "pegawai kedutaan mogok kerana gaji rendah". Alasan tersebut adaah sesuatu yang sama sekali tidak masuk akal.

Dan...setelah itu, 6 jam kemudian lebih kurang 529 pengikut Ikhwanul Muslimin telah dijatuhkan hukuman mati oleh tentera Yahudi-Mesir (Sisi).
Tatkala dunia seluruh dunia leka dengan permainan media Barat (CNN, BBC, REUTERS dll) tahukah anda bahawa tentera Yahudi-Isrel dengan kekuatan 1000 buah kereta kebal kini telah mengepung Gaza.

Berikut adalah mesej yang disampaikan ke Whatapps admin;
baru dpt info dari gp lain. Rasa info ni sohih.
Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang, kirinya laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan menghubungkan dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu. Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%.

Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis. Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi. Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir.

Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu hendak menjawab dihadapan Allah kelak?". Sila sebarkan jika anda peduli... Hj. Nazri Deraman, Pengerusi Cakna Palestin Ambil masa lebih kurang 5 minit utk sebarkn msg ini supaya kita boleh menjawab soalan dari Allah s.w.t apabila ditanya apa yg kita buat. Harap anda tidak membiarkan msg berhenti disini shja. Sebarkan...Demi agama kita, Islam. Ingat kita ni umat islam ada DOA , mari DOA kan mereka ! AllahuAkbar!! :'( :'(

SUMBER: Facebook

FASA 4!


Bismillah

1. Kes MH-370 akan kekal "error 404".

2. Kedutaan Israel diseluruh dunia dah ditutup serta-merta pada 23hb. Mac, 2014.

3. 529 Pejuang termasuk Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dijatuhkan hukuman Gantung Sampai Mati oleh rejim Boneka Zionis.

4. Sempadan Rafah kekal ditutup, terowong-terowong tikus untuk salur bantuan ke Palestin semua dah dimusnahkan.

5. Baitulmaqdis terkepung oleh berpuluh-puluh kereta kebal & tentera Zionis Laknatullah.

6. Palestin, Syria, Mesir, Rohingya, Afrika tengah & di Timur Tengah masih berperang & bergaduh sesama sendiri.

Kesimpulannya, disaat Rejim Zionis & kuncu-kuncu mereka memperkukuhkan kuasa mereka Umat Islam masih berperang & bertelingkah sesama sendiri atas isu-isu simple, Perebutan kuasa, Masih bertelingkah soal Mazhab/khilafiah

-------------------------------------------------------------------------------
Trajedi ‪#‎MH370‬

Ingat semua ini fitnah akhir zaman fitnah dajjal laknatullah..
Ingat semua ini adalah angkara amerika dan sekutunya freemason illuminati yahudi dajjal laknatullah

kita sekarang telah pun masuk fasa fitnatul dajjal, akan masuk perang dunia ke 3 dan fasa akhir zaman

hari-hari akan datang yang pastinya sangat mencabar kita akan lalui di akhir zaman ini

25 Mac 2014

Ini bukan pengakhirannya.
Tetapi permulaan kepada sesuatu yang besar.

Sebesar manakah ia? Bergantung kemampuan akal anda menerimanya. zaman ini bukan masa untuk bersedap-sedap, menikmati kemewahan yang hidup selesa lagi manja

Maka, bermulalah satu lagi episod baru di Malaysiaku tercinta.

Sekaliannya akan merasa aneh. Mereka akan terpinga-pinga. Sesuatu yang sangat besar sedang datang hendak menerkam kita. Oleh itu, elaklah terkaman itu dengan mengamalkan 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir surah tersebut. Bacalah juga doa mengelak fitnah dajjal setiap usai solat 5 waktu.

Yakinlah dalam dirimu bahawa kebenaran itu amat memahitkan.

Bangkit Umat Islam Bangkit!
Bangkit Rakyat Malaysia Bangkit!
Bersatulah Wahai Umat Islam!

anda cakna & prihatin? silakan share seluas-luasnya!
Like ✔ Share ✔ Tag ✔ Comment ✔

Sunday, March 23, 2014

Nukilan hati

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!

Menghupdate entry sambil dengar lagu by encik mimpi. Haha.
Ayuh tinggalkan dia! Ayuh tinggalkan dia! *tetiba*

Serious! Lama sangat tak hupdate blog. Rinduuuu. Serindunyaaa. *merepek* But its true! Dah lama sangat tak buka. Hehe.

Tak tau nak cakap apa sebenarnya. Tapi memang ada benda nak tulis sebenarnya. Sebenarnya lah...

Untuk kau...
Kau yang selalu bagi hadiah kat aku.
Maaf,
Hanya itu yang mampu ku ucap.
Mungkin aku terlalu kejam,
Ketika aku perlukan kau,
Kau sudi menghulurkan bantuan,
Maaf,
Hanya itu yang mampu ku ucap,


Bukan aku tak terima cinta kau,
Tapi ini bukan masanya,
Terima kasih kerana memahami aku,
Kau tahu?
Aku tidak mahu mencintai kau sebab apa?
Aku tak nak suka kau sebab hadiah-hadiah yang kau beri,
Aku hargai,
Terima kasih,
Hanya itu yang mampu ku ucap,
Biarlah lafaz akad yang menyatukan kita,
Pasti aku mencintaimu dengan sepenuh hatiku,

Tapi,
Tak setanding dengan hadiah-hadiah yang Allah beri pada aku,
Terlalu banyak,
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar,
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Ar-Rahmaan 55:13)
Nikmat bernafas,
Nikmat melihat,
Terlalu banyak...
Tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata,

Biar cinta ini aku serahkan pada Allah dan Rasul,
Biar hati  ini Allah jaga sehingga tiba masanya aku serahkan pada si dia,
Sang suami,
Aku bukanlah seorang gadis solehah,
Tapi,
Sedang cuba untuk jadi solehah,
Hanya perlukan DOA,


Aku sendiri masih tercari-cari,
Memang banyak silapku,
Terlalu banyak,
Dan tidak mampu ku ungkap,
Hanya tuhan sahaja yang tahu,
Tapi,
Aku juga manusia biasa,
Sama sahaja dengan engkau, engkau dan engkau,
Manusia biasa!
Hanya mampu memohon,
Memohon keampunan dari Allah...
Semoga Allah perkenankan doaku dan kamu,

Aku menangis sendirian di kamar,
Tiada siapa tahu,
Hanya Allah,
Allahurabbi... *pegang hati* *sebak*

Sikap aku sendiri,
Yang masih kebudak-budakan,
Yang masih panas baran,
Berkali-kali abah pesan,
Sabar dengan Istighfar,
Sabar dengan wudhu',
Sabar dengan mengingati Allah,
Aku diam,
Semoga aku mampu,
Bertahan dengan karenah adik-adik yang bermacam-macam,
Aku pasti boleh!


Jodoh,
Kadangkala ada perasaan risau,
Ada perasaan cemburu,
Dengan persekitaran terutamanya di 'muka buku',
Siapa yang tak teringin nak menjadi seorang isteri kepada sang suami soleh,
Yang mampu pimpin diri ini ke syurga,
Tapi,
Diri ini masih tidak layak berbicara soal jodoh,
Mungkin?


Sedarlah wahai diri,
Kau nak SPM tahun ini,
Usah memikirkan soal itu lagi,
Engkau pasti akan mendapat Ali sekiranya kau menjadi seperti Fatimah,
Yang sabar dengan mehnah yang Allah datangkan pada kau,


Ujian itu tandanya,
Allah mencintai kau,
Allah mencintai kau,
Allah ingin menguji keimanan kau,
Allah ingin menguji kesabaran kau,
Kau sedar tak?
Allah turunkan hujan sebab Allah nak bagi kita pelangi yang indah,
Sungguh hebat ciptaan Allah,


Hey!
Ujian ni kecil sangat jika nak dibandingkan dengan saudara-saudara kita di Syria tu,
Tak setanding langsung dengan ujian yang Allah beri kepada Nabi Muhammad SAW,
Tak setanding langsung dengan ujian yang Allah beri kepada saudara-saudara kita di Palestin tu,
Kenapa nak lemah?
Percayalah,
Kau pasti kuat,
Kau pasti boleh,
Kerana Allah aku harus kuat!
Kerana Allah aku pasti boleh!


Sahabat,
Kau teman seperjuangan,
Aku ingin ada di antara KITA yang tarik antara satu sama lain masuk ke syurga bersama-sama,
Semoga kita ikhlas menjalinkan ukhuwah ini,
Maafkan aku andai tidak mampu untuk menjadi sahabat terbaik,
Terima kasih atas nasihat,
Terima kasih kerana kau pinjamkan aku sedikit kekuatan menjalani liku-liku kehidupan,
Terima kasih,
Hanya itu yang mampu ku ucap,
Semoga kita berjaya bersama-sama,
Fid Dunia wal Akhirat...
Allahumma aamiin,


Wahai diri,
Qowiy!
Bangkit kerana Allah,
Jangan ada sifat mim alif lam sin dalam diri tu,
Please,
Kau nak SPM tahun ni,
Semoga kejayaan milik kau,
Kalau mak dan abah boleh yakin dengan kau,
Kalau sahabat-sahabat boleh yakin dengan kau,
Masakan kau tidak yakin dengan diri sendiri,
Kau pasti boleh!
Dengan izin Allah...


Straight A's SPM sayang! InsyaAllah..

Monday, February 24, 2014

Love


Cinta?
Cinta tu memang lah fitrah. Semua orang ada perasaan tu. Mustahillah kan kalau tak ada langsung perasaan tu. Tapi, kenapa mesti couple. Tak ada ke jalan lain selain couple?

Err, kahwin? Mungkin?

Haaaa... betul lah tu. Agak-agak Allah redha tak awak bercouple? Couple kan haram? Dah tu, masih lagi nak couple? Ahhh! Macam-macam.

Kenapa masih nak bercouple? Hmm. Dari tadi dok tanya soalan yang sama je en? Macam tak ada benda lain nak cakap? Mungkin. *geleng-geleng senyum*

Entah. Sebab aku pernah couple. Maaf aku cakap. Aku memang pernah couple. Tapi  itu dulu lepas aku dah putus dengan si dia. Beberapa tahun yang lepas. *sengih macam kambing*

Sebab aku pernah couple lah aku nak kau berhenti bercouple.

Kenapa kau dah berubah?

Semua orang ada hak nak berubah. Nak tak nak je. Hidayah tu milik Allah. Aku sendiri tak tahu. Cuma dia. Hanya Allah yang tahu. Allah.

Ye ah. Okay, kenapa kau putus?

Sebab si dia yang mula-mula minta putus. Siapa yang tak sedih? Menangis ah jugak. Tapi, nak buat cemana? But, okay lah tu sekurang-kurangnya aku tak adalah nak terjerumus dalam maksiat.

Maksiat? Serious ke weyh? Kau hampir-hampir?

Hisy! Kau ni? Serious, apa yang kau fikir sebenarnya? Maksiat maksud aku macam zina hati, zina mata, zina macam-macam zina lah. Lagipun, time tu si dia dah nak spm. So, just let it go! Yeah!

Hmm. Aku tak boleh lah. Aku sayang dia. Cuma, aku lebih sayang justin bieber aku.I'll make sure that he'll marry me. Sambil senyum memandang ke langit.

Eleh, lagi tak tenang hati aku bila kau cakap macam tu kau tau tak?

Kenapa pulak?

Ye ah. Boleh pulak kau cakap macam tu. Sedangkan dalam al-quran dah ada cakap. Dengan mengingati Allah hati menjadi tenang. Sambil tangan letak di dada.

Diam. Terasa mungkin?

Kau mungkin tak nak cuba. Cuba cakap dengan dia elok-elok. Cuba. Kau Tak boleh lemah. Mungkin kau tak rela nak lepaskan dia. Tapi, cuba untuk relakan. Kau ada maruah. Ada prinsip. Kita pun dah nak spm. Dia pun nak spm. So, why not. Just let him go. Go away from your life. Tiba masanya Allah akan datangkan juga si dia yang betul-betul layak untuk mendampingi diri kau. Kan Allah dah berjanji. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik? Terangnya panjang lebar sambil tersenyum.

Friday, February 7, 2014

Falling in Love.

"Do you really have to do this?" Sigh.

"I need to do this. I want to get rid those useless feeling."

"Hey. Tak salah pun kalau kawan dengan ajnabi."

"Aku takut aku buat kawan tu jadi salah. Aku takut dengan hati aku sendiri."

"And, by ignoring those who used to be your kawan lelaki ah?"

"Bukan ignore okay.. tapi meminimumkan pergaulan. You just don't get it, don't you? Huh."


"Okayla... Em are you afraid of falling in love again?"

"Ha-ha wey. Sejak bila aku pernah fall in love?"

"Heleh........ Ngaku je ah."

"Cheeesyyyyyy. Takde takde. Drop the subject. Apasal banyak tanya ni? Ish."

"Aku tengah merisik kau ni."

"Ek eh?! Aku bukan lesbi..."

"Woi! Bertapis siket mulut tu!"

"Dahtu.." Sambil julingkan mata. Kitkat yummy!

"Nah.. just in case ade orang tanya. Sebab dah ade kut org yang tanya. Haha."

"Please lah. Uwekk."

"Stop that annoying face please. Em wey, seriously. Kau tak couple?"

"You just.. Em kau pun sama ngan orang lain kan? Ha-ha so bad of me."

"Huh? Kenapa kau cakap centu?"

"Ye ah. Kau pun anggap aku ni, aku yang dulu. That is so hurting me. Thanks baideway. Ahahahaha."


"No.. er okay okay i am so sorry. Jadi kau tak couple la ni?"

"Hm tak.."

"Sebab?"

"Sebab aku rasa cinta sayang kasih manja aku ni patut aku beri untuk dia yang halal je. Aku nak si dia rasa dihargai dengan adanya cinta aku. Aku taknak terlihat murah. Aku nak jadi unik. Special. Limited edition."

"I got it.. How about kalau ade lelaki yang ngorat kau?"

"Try me. Hati aku ni aku dah kunci ngan mangga. Siap gam gajah lagi."

"Peh hiperbola lalalalalala"

"No joking hahaha."

"Habeh, takkan takde rasa terbuai kot?"

"Mawar berduri tak terbuai oleh ajnabi. Perghhh"

"Sikit pun tak? Serious ke ni.." Angkat kening.

"Kalau ade pun, cecepat tepis. Takut. Agenda setan nak melalaikan aku. Ha-ha iman aku tak kuat weh. Jentik sikit terus rebah. Sebab tu aku minimumkan pergaulan dengan ajnabi. Hm"

"Kau.."

"Yes?"

"Em nothing. What about those who want to make you as their wife?"

"Their? Hahahaha macam ramai je yang nak kawen ngan aku."

"Serious wehhhh! I mean, his wife la."

"Em look."

Betulkan sila di atas rumput yang menghijau.

"If they do really love me, then they'll tell me. And marry me. I just don't want to burden my mind with all these thing. Aku let Allah yang do the rest. Saat ni, aku nak diam. Memerhati dan menilai. Yea, aku bukan baik sangat as in as solehah gitu. But I just hope, my future is a Soleh one. Yang boleh sesame dengan aku gapai mardhotillah pun dah okay. Tak perlu wajah yang menarik hati sebab semua tu akan pudar. Tak perlu harta yang melimpah ruah sebab semua tu akan hilang. Cukup sekadar sejuk mata memandang and ade sedikit harta untuk kesenangan kami beribadah dan melayari hidup ni. Yang penting, agama dia.."


Kesat air mata.

"Kau.. kenapa?"

"Aku nak masuk Syurga weh.. Aku taknak salah pilih. Aku takut.."

"Wey jangan la gini. Kau pasti akan dapat yang Soleh. Sebab kau pun Solehah." Senyum.

"Hahahahaha aku tak layak lagi untuk pegang title tu. Wohoo langit dengan bumi. Em ain?"

"Cis aku tauu ahh wey. Em yes?"

"Would you do something for me? Sincerely?"

"I will. Insha Allah. Yes?"

"Will you pray for me? Even if after I died?"

"What do you mean.."

"Aku takut."

"Akan?"

"Akan Allah."

"Sebab?"

"Amal aku gi-la sikit. Pahala pun em cinonet. Dosa kemaaaainnnn banyak!"

"Well, sebaik2 pendosa tu ialah yang bertaubat. Kemon..."

"Ain."

"What else ni?"

"Aku tau kau sayang aku."

"Hahahahahaahaha gi-la. Macam tade motif je?"

"Ade. Kau sayang aku en? Jujur lahhhhh!"

"If yes? And if no?"

"If yes, i love you too. If no, i'll still love you."


"Pergh......."

Kesat cecair jernih yang teragak2 nak meleleh.

"Aku sayang kau."

Hug. Cium pipi. Hug.

"Satu lagi.. Kalau ade chance and dah ready, kau nak Nikah Muda?"

"Surely. I want. Tapi.."

"Tapi..?"

"Takde orang nak ni. Hahahahaha."

Free free kena backhand. Cis punya kawan.

"Sakit ah..."

"Elelele. Siapa suruh keluar aura bajet nak mati?"

"Betul pe.. Hm sakit lah. Takmo kawan. Dah. Jangan cakap dgn aku."

"Aku sayang kau ni."

"Aku tau."

Gelak berjemaah. Mcflurry oreo dihirup pantas. Slurpp

"Mesti best kan bila dah nikah. Hahaha."

"Kannnn...."

"Boleh shopping sekali. Pimpin tangan. Pi memane pun sekali. Solat sekali. Makan sekali. Makan suap.Buat segala benda sekali. Tengok match bola. Tengok tv. Tiap pagi ade orang buatkan bekpes. Hahahaha yang penting.. Dapat redha Allah.."

"Woii tak sabar ke wey? Mengalalahkan kakak aku betei. Hahahaha."

"Eleh Biarlah. At least ade gak orang nak jaga. Nak bimbing."

"Kan? Aku pun teringin. Hahaha tapi for now, kita kenalah start belajar utk jadi isteri mithali. Mak aku cakap kena belajar dah kemas rumah. Masak. Jahit. Semua benda yang mak kita duk buat sekarang ni haa. Ilmu dunia kena ade. Ilmu akhirat pun kena ade. Kena penuhkan dada tu dengan agama. Belajar agama."


"Betul tu. Anti couple. Jom nikah muda."

"Eiwa! Bab nikah semangat. Bab solat awal krik krik krik bunyi cengkerik."

"Hehehe kacau line kau ni.."

"Dah jangan merepek. Banyak ingat mati. Ade jodoh nanti, ade lahtu. Hayya ala ssolah!"

***

Question :What does Islam say about falling in love? Is that allowed in Islam? If it is yes, how could we show that to the person we love without causing fitnah?
Answer: Islam teaches us to be truthful and realistic. Usually, we love for the sake of Allah and we hate for the sake of Allah. Islam teaches us that a male and female can build up a good relationship founded on marriage.
We do not say love is halal or haram because it is a feeling. Maybe it is not under control. You can judge what is under control. But people who fall in love are in many episodes away from the cleansed and pure atmosphere.

Jazakallahukhairan Kathira.

sumber: nrl_ed


Repentance.


Bismillahirrahmanirrahim

Selamat sore. Alhamdulillah, bi idznillah, jari jemari ni dapat menari dengan flawlessnya sekali lagi di atas keyboard.

Ehhem. Okay.
"Dan jgn lah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
QS Yusuf : 87
Jangan berputus asa dari rahmat Allah. Jangan sesekali. Please?

***

Masalah Ummah.

"Ah, apa aku peduli."

"Eleh.. bukan masalah aku pun. Biaq pi la depa."

"Aku taknak jaga tepi kain orang."

Senyum paksa.

"Diorang Islam, Awak pun Islam, kan?"

Tercekik kacang.

Hakikat yang perlu kita terima, by hook or crook.

Ummah bermasalah. Maka kita pun turut sama bermasalah.

***

Aku ade kawan dengan non-muslim. Dan ade jugak dengan Muallaf. Chinease, Indians. Pernah la taktahu berapa kali (sebab tak kira) sentap dan terharu dengan diorang bilamana cakap tentang Islam dan Muslim. Conversation yang singkat je tapi cukup bermakna dan sangat sangat menusuk tepat dan jitu ke jantung tepat mengena sasaran. Aorta. Ah break into pieces!

As for conclusion, some of them confuse dengan kita punya agama. Kita punya Addin. Kita punya way of life.

Kita.. si Muslim, sendiri pun. Kan? Well, hakikatnya. Some of us, does.

Why Muslim zaman sekarang ni tak sama dengan yang dulu? Kenapa Ummah makin tenat? Kenapa dan kenapa?

Because, kalimah Syahadah yang kita lafazkan tu hanya kencang meniti di bibir sahaja. Beacuse program program agama yang kita hadiri tu, tak kita iringi dengan niat yang betul. Because, post dan entry2 dakwah yang kita buat tu sekadar ribut berselerak di laman laman maya sahaja. Realitinya? Hanya Tuhan yang Maha Tahu.

Memang tak semua. Ada yang masih BEBETUL BUAT apa yang dia BUAT tu.

Tapi, hakikatnya memang ade hamba2 Allah yang macamni.

Termasuk aku juga dulu, sekarang pun mungkin? Astaghfirullah.

***

Tahu benda tu dosa, tapi kita tetap jugak buat. Angkuh. Bongkak. Buat jugak dosa tu. Macam nothing will change. No one see. Tak rasa sedikit pun getaran dosa tu. *aku lah tu -,-*

Contohnya.

Couple. Bermanja ber'sweet' (kononnya) dengan ajnabi. Hubungan tak halallan toyyiban lagi a.k.a masih haram. Bercinta bagai nak rak. Sentuh sana sentuh sini. Ber'papa mama. Konon sweet macam madu tapi hakikatnya hempedu.

Tayang aurat. Tahu aurat kita ni semua anggota selain dari muka dan tapak tangan. But still, tayang jugak. Tahu Allah berfirman dalam Surah AnNisa' suruh labuhkan tudung bawah dada. But STILL, tudung tak lepas pun dada. And yang lagi wassalam bila, tak pakai tudung. Freehair.

Banyak lagi contoh lain. Tapi cukuplah. Takut ada yang makan hati. Peaces!

Tapi, alasannya tetap sama. Tetap degil kuasa 1000.

"Tak sampai seru lagi."

"Rilek lah. We are young. Masih muda kot."

"Don't judge me. I am who I am."

Aduhai.

Benda dosa, nak keep on istiqamah jugak ke? Memang eager sangat nak masuk Neraka? Eh. Okay maaf terrkasar. Tapi betullah brothers and sisters and Islam.

What is Haram remains Haram.

What is right is right, even if you are the only one doing it.

And,

What is wrong is wrong even if everyone is doing it.

Jangan lawan Allah. Apa yang dah termaktub haram tu memang haram lah.

Kalau kita boleh ikut peraturan, undang2 negara, ikut kata pemimpin. Then, why kita takleh nak ikut Allah yang ciptakan kita. Yang Maha Berkuasa di sekelian alam?

***

There's a time when we feel like, "What is wrong with me?"

Life keeps hitting us with truth after truth, until we couldn't take it anymore. We felt like our chest was caving in under the weight. And apa yang kita buat lepas rasa sesak dari kebenaran yang maha menyakitkan serta memilukan ni?

Kita let go, ignore, walk like a boss and act as nothing happened.

Nothing.

In fact, kebenaran tu sepatutnya kita chew, telan. Even pahit sehempedu mana pun. Sebab truth is truth.

***

We all make mistakes in our lives and we all commit sins.
We are all human and sometimes tend to lose the path for a while.
What do we do when we realise we were wrong?

Ehem.

After committing a sin, a person who fears Allah and give high respect to Him would feel a sense of despondency and despair thinking, "How will God forgive me for this sin?" However, it is noteworthy that despairing of God's mercy is in itself one of the major sins in Islam for God is ever merciful, ever forgiving.

As He says in the Qur'an:

"Do not despair of God's mercy; He will forgive you of all your sins"
.Qur'an (39:53).
In another verse, Allah says:
"And He wishes to forgive you"
Qur'an (4:146).
Kalau aku salah, tegur. Sesungguhnya, aku juga sedang belajar.

Till then.

sumber:Nrl_ed