Monday, September 30, 2013

Dah ada calon. Alhamdulillah..

Assalamualaikum!


"Abah, kakak pun nak kahwin umur 20 lah jugak!" sengih.

Mak dengan abah pandang tepat muka aku. Aku? Terpinga-pinga.

"Dah ada calon ke?" mak tanya.

"Alhamdulillah... dah ada" jawab aku.

Mak dengan abah terkejut.

"Err, hehe... belum. InsyaAllah kakak tunggu Allah bagi hadiah tu kat kakak je. InsyaAllah.. Doa manyak-manyak" jawabku sambil menghirup air teh ais yang dipesan.

Mak diam. Senyum. Abah terkedu kot. Muka macam sengih. Entahlah.. Aku tak pasti. Huahuahua.

"Mak, boleh dak kakak kahwin muda?" tanya aku pula. *senyum kelip-kelip mata*

"Kalau ada orang nak mak bagi jeee"

Err.. errr.. maksudnya? Abah dengan mak kasi lampu hijau lah ni? Allahuakbar. Alhamdulillah...

Aku diam. Senyum. Shy-shy cat. Ala-ala pengantin baru. Gedikks!

InsyaAllah kalau ada jodoh. Allahumma amiin.

Sekarang belajar rajin-rajin! Aja-aja fighting!^^



Hehe. Err.. tajuk tu dusta belaka je. Ekcelly semalam sembang-sembang dengan mak abah kat kedai makan. Then, abah bukak cerita yang anak kawan abah nak kahwin. nama dia sumayyah tak silap. Alhamdulillah.. Umur dia 20 tahun. Abah kata dia tak habes belajar lagi. Ehem, aku pun apa lagi! Sebenarnya, ramai je yang kahwin muda. so, ini bukan menda baru lah... cuma nak ikut langkah mereka. Nak masuk syurga dengan suami! InsyaAllah.. Ini macam tak sabar-sabar je? Er.. *mood gatal* gatal tekak semua ada. Haha. Kciawww! (^_^)

Wassalam...

Friday, September 20, 2013

Give Up


Kengkadang rasa kenapa dalam life ni, cuma aku yang di uji.

Sebenarnya bukan cuma kita yang diuji dengan ujian yang berat, tapi sebab kita tak buka mata untuk tengok jalan hidup orang-orang hebat.

Macam mana dia jadi hebat?
Macam mana dia harungi semua ujian?

Sombong mana pun kita untuk sujud pada Allah, pada akhirnya, kita akan tertunduk sujud menyembah bumi juga. Tak percaya?

Maka cuba saja. Bila akhirnya kita dah terlalu lelah melangkah. Terlalu penat menongkah arus ujian. Akhirnya rebah. Jatuh melutut, menangis. Mula tanya pada diri, "Allah, kenapa aku terus-terusan diuji?"

Sedangkan masa senang, masa Allah beri nikmat melimpah ruah, susah nak sujud. Hatta nak sebut nama Allah pun payah!

Nauzubillah.

Pernah rasa, baik aku berhenti berdakwah. Makin hari makin ramai pembenci. Makin lama makin banyak orang tak suka.

Ah! Tampar diri laju-laju.

Redha siapa yang aku cari? Manusia? Maka aku akan kecewa bila manusia menjauh.

Allah menjauh? Tak. Dia tak jauh.

Lalu apa bukti yang kata Allah tak jauh?

Kalau Allah jauh, takkan wujud ayat Quran dalam surah Al Baqarah ayat 186,
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat."
Nanges.

Penat.

Yes.

Lelah.

Ya.

Kecewa.

Parah. Sakit. Sesak. Bila kita usaha sehabis daya, tapi yang mengikut cuma seorang dua. Bukan mengejar pengikut untuk raih famous, dapat apa kalau nama disebut-sebut, dipuja puji penduduk dunia, tapi penduduk langit mengeji malahan Allah murka pada kita?

Kita sedih. Sebab yang mengikut cuma segelintir, selebihnya menentang dan menghina.

Lalu kita lupa untuk selak lembaran sirah. Bagaimana Nabi Yunus alaihissalam bersabar, dakwahnya lama, tapi yang mengikutnya sedikit cuma. Akibat kecewa, baginda membawa diri jauh dari kaumnya. Cerita selanjutnya, boleh beli sendiri buku kisah para nabi.

Lupa juga pada kisah Nabi Luth, ditentang isteri sendiri. Nabi Nuh, diuji dengan anak sendiri. Lalu kita, diuji dengan apa? Nafsu sendiri?

Sudahlah.

Mulut manusia bukan kita mampu tutup semua. Untuk jaga hati manusia juga, kalau sorang dua tak apa, ini beribu malah beratus ribu manusia perlu dijaga hatinya.

Untuk memudahkan kerja, jaga lidah kita. Sebab untuk jaga hati beratus malah beribu manusia, kita tak mampu. Tapi untuk jaga lidah sendiri untuk avoid orang terluka, insyaallah kita mampu.

Jadi jomlah.

Tajdid niat. Perbaharui niat. Perbetulkan niat.

Dakwah kita sebab manusia atau sebab cinta pada agama?
Dakwah kita sebab nak raih nama atau sebab kasih kita pada Dia?

Tepuk dada tanya jiwa, sekebal mana iman kita.

Baru dijentik sudah rebah.
Baru ditiup sudah lelah.
Baru ditolak sudah mengalah.
Baru digertak sudah gelabah.

Semoga segala ujian, buat kita makin dekat dengan Allah.

Sujudlah, sebab pada sujud itu ada kedamaian.

Bangunlah di sepertiga akhir malam, kerana pada qiamullail itu adanya sumber kekuatan.

Salam cinta salam mahabbah.

budak-tomato

Sunday, September 1, 2013

Reasons Why You Should to MarryYoung!

Assalamualaikum.
#1 Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

#2 Mengelak daripada zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.
#3 Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.
#4 Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina :)
#5 Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
#6 Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
#7 Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan :P
#8 Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.
#9 Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.