Monday, July 8, 2013

Move on


Felamaks mainstream sia tajuk.

Lets go!

Pernah putus cinta? Pernah dikecewakan? Pernah ditipu? Pernah ditinggalkan?

Aku pun pernah. Bukan kau sorang. Relax weh.

Come on kawan, jom move on. Tapi ini bukan entri untuk mengajar cara-cara move on sebab aku bukanlah doktor cinta, bukan jugak manusia jiwang dengan cinta. (okey statement yang kedua tu tak berapa jujur)

Sejujurnya, rindu bukan tiket untuk dirindui. Sayang bukan maksudnya perlu disayangi kembali. Ada benda, kita kena belajar memberi instead of menerima.

Selama kita rindu, kita doakan dia, kita bagitahu Allah betapa rindunya kita pada dia, Allah sudi dengar. Sentiasa sudi dengar, malah Allah kurniakan ketenangan lepas kita luahkan pada Dia.

Tapi masalahnya, dengan kehadiran dia buat kita lupa Allah. Felamaks! Macam mana? Aku kan, suka bagi contoh situasi. Jadi jom kita buat contoh situasi.

*lari kejar rama-rama*

Contohnya,

Arif, seorang mahasiswa yang sangat diminati di kolej. Ada pula seorang mahasiswi, Atiqah, sangat-sangat minat pada Arif.

Sehingga satu hari, terdetik juga rasa dalam hati Arif untuk bertegur sapa, beramah mesra, mengajak syaitan melompat gembira. Jeng jeng jeng.

Sepanjang sesi perkenalan Arif dan Atiqah, mereka sangat-sangat menjaga batas agama, tapi sering berbual mesra. Di laman sosial, mereka berbual sampai lewat malam. Bila bertemu, masing-masing berjumpa dengan alasan nak study sama-sama. Dah study sama-sama, mulalah ajak keluar makan, kemudian mulalah nak tolong hantar balik rumah pula. Fuh.

Masalahnya, mereka tak pernah claim yang mereka bercinta. Katanya sekadar merapatkan lagi ukhuwah. Iyalah, Arif juga seorang ikhwah qawi. Atiqah pula akhawat yang sangat berdedikasi. Mana mungkin selamba letakkan couple sebagai gelaran paling sesuai. Fuh tak boleh, tak boleh.

*geleng kepala seratus dua puluh tiga darjah*

Sehinggalah tiba satu petang, kawan baik Atiqah, Zulaikha mula rasa kurang selesa dengan hubungan mesra Arif dan Atiqah. Bukan cemburu sebab Arif itu hot student campus. Tapi sebab kurang selesa dengan perwatakan yang ditonjolkan depan ikhwah akhawat yang kononnya mereka sangat hebat berhujah tentang agama. Tapi kanser zina hati yang mula menular dalam diri dibiar konon benda remeh. Peh.

Zulaikha pun dengan penuh mantapnya tegurlah sikap Atiqah. Tegur punya tegur, (nak dipendekkan cerita sebab budak tomato dah ketandusan idea) akhirnya si Atiqah ini pun terbasuh jugalah dengan nasihat dan teguran sahabat baik kesayangannya yang sangat disayanginya tu. (Okey over sangat)

Atiqah pun pilih untuk berhenti berhubung dengan Arif. Tapi iyelah, bila dah sayang, nak move on pun susah. Rindu? Felamaks jangan cakaplah. Perit kot.

Mulalah Atiqah doa setiap malam, luahkan rindu yang dipendam dalam sujud, rajin qiamullail, mengadu pada Allah tentang peritnya mengawal rindu. Tambah bila nampak Arif seolah-olah mesra dengan akhawat lain, mulalah rasa cemburu mencucuk salur jantung, usus, paru-paru dan sebagainya.

Arif pun sebenarnya mengalami perkara yang sama. Dan cara untuk dia move on, dia cuba mesra dengan akhawat lain. Kononnya nak ganti tempat Atiqah yang dah mula menawan hati yang konon machonya tu. Konon ya, konon semata-mata.

Soalannya sekarang, masa tengah sibuk melayan perasaan masing-masing, pernah tak selitkan nama Allah dan perbualan? Kalau ada, setakat mana betul-betul meletakkan Allah dalam perbualan? Kalau setakat masukkan bab agama dalam perbualan semata-mata nak memanjangkan perbualan, baik tak payah bro!

Okey cerita Atiqah dan Arif dah tamat. Nak tahu ending? Ha buatlah ending sendiri. Saya nak bagi contoh situasi, bukan cerpen.

Masuk balik kes soalan tadi.

*betulkan lipatan lengan  baju*

Kita mengadu pada Allah, kita rindu dia. Dia tu siapa pun tak kisahlah kan.

Tapi sepanjang kita bersama dia, ada kita mengadu pada dia kita rindu Allah? Kalau ada, mungkin satu dalam dua ribu juta rasanya.

Tahu pun sakit kan memendam rindu? Tahu pun sakit rasa cemburu. Felamaks.

Habis selama ni kita tak fikir pula yang Allah rindu nak dengar rintihan kita? Lepas solat, terus blah, sikit pun tak tergerak nak doa lebih-lebih sikit.

Selama ni kita buat tak tahu pula sayang manusia melebihi sayang kita pada Allah. Sedangkan Allah tu kekasih paling setia. Kita ada orang lain, Dia masih setia bersama kita. Kita tak sebut nama Dia dalam sehari, Dia masih bagi kita oksigen. Kita tak doa, minta apa-apa pada Dia, Dia masih tak kedekut bagi nikmat pada kita. AND YET WE STILL ACT LIKE A HEARTLESS PERSON?

Come on, move on lah kawan. Move on dari sikap pentingkan diri. Pentingkan hati sendiri. Kemudian kita kata, "Hati orang, aku nak kena jaga. Hati aku, terseksa."

Well hello? Hati kita terseksa bila kita tak letak Allah dalamnya. Peh.

Jadi macam ni lah. Kita mulakan jaga hubungan dengan Allah. Yang dah lepas, biarkan lepas. Kita ada masa depan yang perlu dikejar. Kita ada Allah yang tak pernah jemu teman kita, setiap masa.

So, jom move on. Mulakan hidup yang baru. Tak payah stalk-stalk, tak payah layan emosi, tak payah dengar lagu jiwang yang boleh buat banjir bilik, menangis punya pasal.

Kita jadi diri yang baru. Biarlah apa orang nak kata, kita ada Allah.

budak-tomato

No comments: