Sunday, July 21, 2013

Kita bertemu lagi di akhirat sana ya sayang?


Anak lemas dalam kereta.
Anak digilis kereta ayah sendiri ketika mengundur ke belakang.
Anak kena asid.
Anak lemas mandi sungai, laut, paya, kolam, jeram.
Anak meninggal lintas jalan depan mata.
Anak digilis lori depan rumah sendiri.
Anak tersedak susu ibu.
Anak meninggal didera amah import.
Anak dipukul guru sampai koma.
Anak dibuli sampai mati.
Anak main mercun meletup badan sendiri.

Sebenarnya, apa yang berlaku hanyalah asbab sahaja. Yang lebih tepat, waktu mereka dah tiba.

Bila dah tiba saat ajal dah datang, sebagaimana sudah tertulis di Lauh Mahfuz lagi pukul berapa, sekian-sekian masa dan ketika..

Elak macam mana pun meninggal juga.
Protect mana mana pun meninggal juga.

Jadi, jangan salahkan diri sendiri bila yang berlaku di luar kemampuan kita. Sengaja atau tidak, memang kita tidak pinta ianya terjadi. Lebih-lebih lagi pada orang yang kita sangat sayang.

Redhalah.

Anak kecil yang belum baligh, bila Allah ambil nyawanya, insya-Allah dia ke Syurga. Bila ada dua atau tiga anak meninggal dunia sebelum baligh, boleh jamin kedua orang tuanya ke Syurga.

Di sebalik kesedihan, ada cerita gembira.

Mereka hanya meninggal dunia.
Tapi bukan meninggalkan kita.

Kita bertemu lagi di akhirat sana.

Anggaplah mereka sampai dulu di destinasi.
Sedang kita masih banyak lagi stesen yang belum dilalui.

Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.

Kepada Allah jua kita pulang.
Dunia bukan tempat abadi kita.

Rusydee Artz

No comments: