Sunday, July 21, 2013

Kita bertemu lagi di akhirat sana ya sayang?


Anak lemas dalam kereta.
Anak digilis kereta ayah sendiri ketika mengundur ke belakang.
Anak kena asid.
Anak lemas mandi sungai, laut, paya, kolam, jeram.
Anak meninggal lintas jalan depan mata.
Anak digilis lori depan rumah sendiri.
Anak tersedak susu ibu.
Anak meninggal didera amah import.
Anak dipukul guru sampai koma.
Anak dibuli sampai mati.
Anak main mercun meletup badan sendiri.

Sebenarnya, apa yang berlaku hanyalah asbab sahaja. Yang lebih tepat, waktu mereka dah tiba.

Bila dah tiba saat ajal dah datang, sebagaimana sudah tertulis di Lauh Mahfuz lagi pukul berapa, sekian-sekian masa dan ketika..

Elak macam mana pun meninggal juga.
Protect mana mana pun meninggal juga.

Jadi, jangan salahkan diri sendiri bila yang berlaku di luar kemampuan kita. Sengaja atau tidak, memang kita tidak pinta ianya terjadi. Lebih-lebih lagi pada orang yang kita sangat sayang.

Redhalah.

Anak kecil yang belum baligh, bila Allah ambil nyawanya, insya-Allah dia ke Syurga. Bila ada dua atau tiga anak meninggal dunia sebelum baligh, boleh jamin kedua orang tuanya ke Syurga.

Di sebalik kesedihan, ada cerita gembira.

Mereka hanya meninggal dunia.
Tapi bukan meninggalkan kita.

Kita bertemu lagi di akhirat sana.

Anggaplah mereka sampai dulu di destinasi.
Sedang kita masih banyak lagi stesen yang belum dilalui.

Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.

Kepada Allah jua kita pulang.
Dunia bukan tempat abadi kita.

Rusydee Artz

Friday, July 19, 2013

4Rembrandt dalam kenangan...

Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum!


Alhamdulillah dapat jugak aku menghupdate blog. Bukan apa, time nak hupdate blog, dah dapat idea nak cerita pasal apa tapi, tenet pulak tak ada. Memang buat hal betul lah kannn. Hari ini 19/7/2013.  Tinggal 20 hari lagi ramadan akan pergi. Allah.. *lap air mata*

Alhamdulillah sekali lagi, permohonan untuk ke kelas 4Tennyson diluluskan.. Alhamdulillah.. Walaupun terpaksa berpisah dengan kawan sekelas dari 4Rembrandt. Perjuangan mesti diteruskan juga. Agak bosan jugalah sebab kena berhadapan dengan cikgu yang tak berapa nak baru. Kawan yang tak berapa nak baru juga. Tapi, nak buat hacane en? Bukan apa, aku ni lemah sikit dengan sains ni. Tak berapa nak cerdik cemtu. Haha. Lagipun, bila tanya cikgu, tanya kawan, tanya mak abah. Majoriti suruh aku ambil kelas sastera masuk kelas 4Tennyson. Haha. So, Alhamdulillah aku dah masuk kelas sastera. And, yeah! Tak payah nak pening kepala lagi. Menangis macam orang gila sebab tak dapat nak jawab soalan chemistry dan fizik. Wuhuuuuu. Haha.

Hmm. Bila dah pindah kelas ni siapa yang tak rindu kawan weyh. Siapa? Cakap weyh. Please. Haha. Sebak dadaku. Uhuk! Susah senang kita bersama. Kena marah bersama. Menangis pun bersama. Tapi, aku dah tak dapat nak bersama-sama kalian lagi. Setahun lebih sudah aku bersama kalian. *acewah ayat takleh bla* Eleh, gaya aku cakap ni macam lah kelas aku jauh sangat. Berjiran je pun. Lek luuuu. Haha. Boleh lah ziarah sekejap-sekejap. Hehe. Boleh kan kawan? Hoho.

Okay, aku duk bercakapa dari tadi meh aku sebut nama mereka sorang-sorang. Kalau tak ingat sorry ha kawan?

Dari kanan atas, Nicholas, Koh Yi kai, Afwan, Aiman, Sim, Irsyad, Arif, Ken-Ian, Shahmi, Zharfan, Dayana, Nurun, Emily, Arisya, Irdina, Syahira, Sarah, *err garu kepala yang tidak gatal* tak ingat. Teruskan yang duduk, Jason, Man Jun Yee, Yee Yin, Sharon, Teacher Vanitha, Zijia, Atikah, Johan, Hasanul.

Amacam? Ada rasa bangga tak aku sebut nama korang? Haha. Eh, ada lagi yang tertinggal. Err, Hamdi, Haaziq, Johann Fitri. Tu je la kot yang aku ingat. Haha.

*lari kejar rama-rama*

Atikah, belajar rerajin tau? Jangan sombong dengan kita. I love you. Ops, jangan marah bakal suamiku. Bakal imamku. Apa-apa jelah. *merepek* Kita sayang awak dan Ariessa kerana Allah. Ya, kita terlalu takut untuk kehilangan kawan seawesome awak sebab kita takut bila kita terjatuh siapa yang nak tarik kita. Kalau bukan awak. Ya, awak. Awak yang sedang terharu. Fi Hizfillah.

Saturday, July 13, 2013

Segmen Jom Pilih Hadiah Raya!

Assalamualaikum!
klik banner untuk join GA ohcem!

Saya nak BEG dan SKIRT STLISTA 
Selamat berpuasa. Puasa bukan pesta makan. Tapi pesta ibadah. Ingat! Chiow.


Monday, July 8, 2013

GA Kad Raya 2013 by EJulz

Assalamualaikum!
klik banner untuk join :')

Holla uolls! Welcome to Madrasah Ramadhan. Uolls, jangan lupa jaga disiplin ramadan. Okay ha? 
Ramadan sekali je dalam setahun. Jangan sia-siakan peluang ni. Peluang keemasan ni. Macam kita nak jumpa retis korea yang datang malaysia. uols mesti nak sangat jumpa. Kalau boleh tak nak lepaskan peluang. Nanti rugi. Hacentuu jugaklah dalam bulan yang mulia ni. Semoga kita bertemu dengan ramadan. Adik-adik yang kak nurun sayangi, puasa penuh-penuh tau. Hehe. Bulan Ramadan, Allah nak bagi kita pahala manyak-manyak. Tak kan tak nak kottt.. Rugi ow! Syaitan pun dah duduk dalam penjara. Best kannn. Jangan tinggalkan Quran okay? *kenyit mata* 
Ramadhan akan tiba beberapa jam lagi..
Usah dirimu menitiskan air matamu lagi..
Sambutlah ia dengan penuh gembira..
Beramal beribadah berbuka bersama..
Keluarga dan sahabat tercinta
Demi ukhuwwah fillah yang dibina..
Semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik dan bermakna dari yang sebelumnya..
Semoga segala amalan kami diterima..

InsyaAllah. Allahumma Ameen! :'D

Anyway, dah nama pun GA kad raya. So, hmmm. Selamat Hari Raya
Doakan untuk Palestin. Doakan untuk Syria. Doakan untuk Rohingya. 
Doakan untuk Malaysia jugaaa. Tata!


Move on


Felamaks mainstream sia tajuk.

Lets go!

Pernah putus cinta? Pernah dikecewakan? Pernah ditipu? Pernah ditinggalkan?

Aku pun pernah. Bukan kau sorang. Relax weh.

Come on kawan, jom move on. Tapi ini bukan entri untuk mengajar cara-cara move on sebab aku bukanlah doktor cinta, bukan jugak manusia jiwang dengan cinta. (okey statement yang kedua tu tak berapa jujur)

Sejujurnya, rindu bukan tiket untuk dirindui. Sayang bukan maksudnya perlu disayangi kembali. Ada benda, kita kena belajar memberi instead of menerima.

Selama kita rindu, kita doakan dia, kita bagitahu Allah betapa rindunya kita pada dia, Allah sudi dengar. Sentiasa sudi dengar, malah Allah kurniakan ketenangan lepas kita luahkan pada Dia.

Tapi masalahnya, dengan kehadiran dia buat kita lupa Allah. Felamaks! Macam mana? Aku kan, suka bagi contoh situasi. Jadi jom kita buat contoh situasi.

*lari kejar rama-rama*

Contohnya,

Arif, seorang mahasiswa yang sangat diminati di kolej. Ada pula seorang mahasiswi, Atiqah, sangat-sangat minat pada Arif.

Sehingga satu hari, terdetik juga rasa dalam hati Arif untuk bertegur sapa, beramah mesra, mengajak syaitan melompat gembira. Jeng jeng jeng.

Sepanjang sesi perkenalan Arif dan Atiqah, mereka sangat-sangat menjaga batas agama, tapi sering berbual mesra. Di laman sosial, mereka berbual sampai lewat malam. Bila bertemu, masing-masing berjumpa dengan alasan nak study sama-sama. Dah study sama-sama, mulalah ajak keluar makan, kemudian mulalah nak tolong hantar balik rumah pula. Fuh.

Masalahnya, mereka tak pernah claim yang mereka bercinta. Katanya sekadar merapatkan lagi ukhuwah. Iyalah, Arif juga seorang ikhwah qawi. Atiqah pula akhawat yang sangat berdedikasi. Mana mungkin selamba letakkan couple sebagai gelaran paling sesuai. Fuh tak boleh, tak boleh.

*geleng kepala seratus dua puluh tiga darjah*

Sehinggalah tiba satu petang, kawan baik Atiqah, Zulaikha mula rasa kurang selesa dengan hubungan mesra Arif dan Atiqah. Bukan cemburu sebab Arif itu hot student campus. Tapi sebab kurang selesa dengan perwatakan yang ditonjolkan depan ikhwah akhawat yang kononnya mereka sangat hebat berhujah tentang agama. Tapi kanser zina hati yang mula menular dalam diri dibiar konon benda remeh. Peh.

Zulaikha pun dengan penuh mantapnya tegurlah sikap Atiqah. Tegur punya tegur, (nak dipendekkan cerita sebab budak tomato dah ketandusan idea) akhirnya si Atiqah ini pun terbasuh jugalah dengan nasihat dan teguran sahabat baik kesayangannya yang sangat disayanginya tu. (Okey over sangat)

Atiqah pun pilih untuk berhenti berhubung dengan Arif. Tapi iyelah, bila dah sayang, nak move on pun susah. Rindu? Felamaks jangan cakaplah. Perit kot.

Mulalah Atiqah doa setiap malam, luahkan rindu yang dipendam dalam sujud, rajin qiamullail, mengadu pada Allah tentang peritnya mengawal rindu. Tambah bila nampak Arif seolah-olah mesra dengan akhawat lain, mulalah rasa cemburu mencucuk salur jantung, usus, paru-paru dan sebagainya.

Arif pun sebenarnya mengalami perkara yang sama. Dan cara untuk dia move on, dia cuba mesra dengan akhawat lain. Kononnya nak ganti tempat Atiqah yang dah mula menawan hati yang konon machonya tu. Konon ya, konon semata-mata.

Soalannya sekarang, masa tengah sibuk melayan perasaan masing-masing, pernah tak selitkan nama Allah dan perbualan? Kalau ada, setakat mana betul-betul meletakkan Allah dalam perbualan? Kalau setakat masukkan bab agama dalam perbualan semata-mata nak memanjangkan perbualan, baik tak payah bro!

Okey cerita Atiqah dan Arif dah tamat. Nak tahu ending? Ha buatlah ending sendiri. Saya nak bagi contoh situasi, bukan cerpen.

Masuk balik kes soalan tadi.

*betulkan lipatan lengan  baju*

Kita mengadu pada Allah, kita rindu dia. Dia tu siapa pun tak kisahlah kan.

Tapi sepanjang kita bersama dia, ada kita mengadu pada dia kita rindu Allah? Kalau ada, mungkin satu dalam dua ribu juta rasanya.

Tahu pun sakit kan memendam rindu? Tahu pun sakit rasa cemburu. Felamaks.

Habis selama ni kita tak fikir pula yang Allah rindu nak dengar rintihan kita? Lepas solat, terus blah, sikit pun tak tergerak nak doa lebih-lebih sikit.

Selama ni kita buat tak tahu pula sayang manusia melebihi sayang kita pada Allah. Sedangkan Allah tu kekasih paling setia. Kita ada orang lain, Dia masih setia bersama kita. Kita tak sebut nama Dia dalam sehari, Dia masih bagi kita oksigen. Kita tak doa, minta apa-apa pada Dia, Dia masih tak kedekut bagi nikmat pada kita. AND YET WE STILL ACT LIKE A HEARTLESS PERSON?

Come on, move on lah kawan. Move on dari sikap pentingkan diri. Pentingkan hati sendiri. Kemudian kita kata, "Hati orang, aku nak kena jaga. Hati aku, terseksa."

Well hello? Hati kita terseksa bila kita tak letak Allah dalamnya. Peh.

Jadi macam ni lah. Kita mulakan jaga hubungan dengan Allah. Yang dah lepas, biarkan lepas. Kita ada masa depan yang perlu dikejar. Kita ada Allah yang tak pernah jemu teman kita, setiap masa.

So, jom move on. Mulakan hidup yang baru. Tak payah stalk-stalk, tak payah layan emosi, tak payah dengar lagu jiwang yang boleh buat banjir bilik, menangis punya pasal.

Kita jadi diri yang baru. Biarlah apa orang nak kata, kita ada Allah.

budak-tomato

Saturday, July 6, 2013

Jatuh, sumber kekuatan?


Lima tahun dulu.

"Nik Haseef Irsyad,"

Irsyad menoleh, memandang wajah sahabatnya. Sahabat terbaiknya. Keningnya terangkat sebelah.

Aiman Luthfi tertunduk memandang kakinya yang berpijak di atas pepasir pantai.

"Nanti kita akan terpisah. Kau nak kena sana, aku teruskan di sini. Doakan aku kuat."

Senyum, "Aiman, kau kan hebat. Dalam bab agama, kau jauh lebih berisi. Dalam bab tauhid fiqah, kau lebih mantap. Dalam apa-apa situasi juga, kau lebih banyak berbanding aku. Aku takut, aku yang jatuh di negara orang."

Tangan kiri Aiman Luthfi terus menyentuh bahu kanan Irsyad. Dia menggeleng, air mukanya jelas menggambarkan keseriusan, "Syad, aku bukan malaikat. Iman aku yazid wa yanqus."

Angin lembut menampar wajah mereka, mengelus rambut kedua pemuda itu.

Irsyad mengetap bibir bawah, mengangguk perlahan namun wajahnya ditundukkan. Tak sanggup bertentang mata dengan sahabatnya.

Tubuh Nik Haseef Irsyad dipeluk erat, "Kalau aku jatuh, tolong tarik aku semula." Bisik Aiman Luthfi perlahan.

Irsyad mengangguk lagi. Tubuhnya terasa lemah. Seakan perpisahan yang bakal berlaku, adalah perpisahan selamanya.

"Permintaan kedua aku, tolong doakan aku, selalu." Pelukannya bertambah erat. Ada butir-butir jernih yang meluncur laju di pipinya. Irsyad membalas pelukan itu.

Sebak. Sesak. Lelah.

Dalam keadaan separuh berbisik, "Aiman, ini bukan yang terakhir kan?" Kepalanya terasa berat, dadanya terhimpit sesak. Sebak. Air matanya sudah ada yang gugur menyentuh jersi Arsenal milik Aiman Luthfi.

Dalam senyuman menahan sebak, Aiman Luthfi menggeleng, walau dia tahu Haseef Irsyad pasti tak mampu melihat gelengan serta senyumannya. Namun dia yakin, Haseef Irsyad mampu rasa pergerakkannya tadi.

"Ini bukan pertemuan terakhir. Juga bukan perpisahan terakhir. Kita akan bertemu kembali di syurga, dan kita akan berpisah lagi sewaktu ajal menjemput pergi."

Tenang suara Aiman Luthfi, walau getaran suaranya menahan sendu.

Haseef Irsyad meleraikan pelukan. Aiman Luthfi juga berundur setapak ke belakang.

"Nanti kau jauh dari aku," Haseef Irsyad bersuara lemah.

Aiman Luthfi ketawa kecil, tangan kanannya menyentuh dada Haseef Irsyad, "Aku jauh pada zahirnya. Tapi hakikatnya, aku ada di sini."

Dia menepuk perlahan dada Irsyad beberapa kali.


Nafas terkeluh berat.

Janji. Mampukah aku?

Akhir-akhir ni aku suka betul buat cerita kurang menarik sebagai pemula bicara. Acewah. Kalau malas nak baca, boleh je nak skip. Kalau malas nak skip, boleh je clos tab. Aherherher.
"Munafik itu, bila berkata-kata, dia berdusta. Bila diberi amanah, dia khianat, dan bila berjanji, dia mungkiri." Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurayrah.
Ramai antara kita, yang lancar menutur janji. Tapi apa yang terhasil tak selancar tuturan kata janji itu sendiri.

Ada masa, jatuh juga satu sumber kekuatan. Percaya? Okay macam ni, kalau kita tak pernah jatuh, adakah kita akan tahu di mana titik kelemahan kita? Kalau kita sentiasa di atas, macam mana kita nak tahu apa rasanya berada di bawah? Bila kita gagal, baru kita dapat merasa manisnya nikmat kejayaan. Sebab itulah, jatuh juga sumber kekuatan.

Kawan, kekuatan sebenar kita, bila kita tak rasa bangun qiamullail itu satu bebanan. Bila kerja dakwah yang payah itu juga masih dirasa satu nikmat. Sebab bukan semua orang dapat rasa nikmatnya dakwah tarbiyah. Jadi, sebagai yang terpilih, kenapa sikit sangat bersyukur?

Aku ada dua berita gembira, dan satu berita sedih. Nak tahu yang mana dulu?

Okey aku bagi berita sedih dulu, boleh?
"Sesungguhnya barangsiapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sungguh baginya adalah neraka Jahannam." - [Taha:74]
Sedih tak berita ni? Berita ancaman bagi orang-orang yang tak sempat bertaubat, namun nyawanya sudah dijemput pergi. Jadi kenapa masih nak lengahkan bertaubat, sedangkan mati tak pernah boleh dilewatkan.

Now aku bagi dua berita gembira pula eh?
"Tetapi barangsiapa datang kepada-Nya dalam keadaan beriman, dan telah mengerjakan kebajikan, maka mereka itulah orang yang memperoleh darjat yang tinggi (mulia)" - [Taha:75]
"Iaitu syurga-syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah balasan bagi orang-orang yang menyucikan diri." - [Taha:76]
Jadi best tak berita gembira ni? Ganjaran bagi orang yang bertaubat, menyucikan diri dari dosa itu adalah syurga.

Banyak mana pun dosa kita pernah buat, Allah sedia untuk ampunkan. Tapi syaratnya satu lah, minta keampunan tu pada Dia. Allah tu Maha Pengampun. Bawa dosa seluas langit dan bumi sekalipun, keampunan Allah tu jauh lebih luas.

Jatuh dalam lumpur maksiat, bukan alasan untuk tak bangun semula, keluar dari lumpur tu dan pergi bersihkan diri semula. Ingat, keampunan Allah itukan jauh lebih luas. Yakinlah, Allah tak pernah mungkir janji.

Kalau sibuk dengan study, assignment, kerja sekalipun, solat jangan tinggal, baca Quran paling kurang sehari satu muka surat. Boleh tak? Jatuh banyak kali pun, bukan alasan untuk tak boleh bangun semula. Okey? Senyum!

budak-tomato