Wednesday, June 26, 2013

Vitamin jiwa, hati dan dalaman diri!


Kita perlukan ia, sebagai pemangkin, booster dan inspirasi diri.

Jadikan ia vitamin jiwa, hati dan dalaman diri!

Setiap hari kita bangun daripada tidur. Kita bakal tempuhi hari yang baru. Saat-saat yang baru. Masa-masa yang baru. Detik-detik yang baru dan tentunya pelbagai pengalaman serta sejarah-sejarah baru bakal dilakarkan dalam hidup kita.

Itulah kehidupan kita.

Umumnya, manusia ada dua kategori dan jenisnya :

Pertama, manusia yang mempunyai fokus dalam hidup. – Hidup mereka sangat bersemangat, ada tenaga, fokus dalam beramal, tahu tujuan hidup dan sentiasa menginspirasikan insan-insan lain.

Kedua, manusia yang teraba-raba mencari tujuan hidup. – Jujurnya, mereka kelam tanpa punca. Hidup penuh dengan stress, tention dan mengejar-ngejar sesuatu tanpa penghujung. Mereka gigih mencari perhatian kerana hilang segala harapan.

Soal diri.

Kita manusia yang mana? Apa yang kita lakukan, gerakan dan janakan dalam hidup? Lantaran itu, untuk memberikan yang terbaik dalam hidup – selalunya manusia yang normal perlukan motivasi, inspirasi, booster, dorongan serta galakan dalam setiap gerak kerja serta tindakan harian mereka.

Pinjamkan saya satu minit anda untuk membaca, merenungi dan merefleksi soalan-soalan di bawah sebagai perkongsian hari ini. Setiap satunya  hanya 10 saat sahaja.

Baca setiap satunya, lalu fokuskan kepada soalan dan jawapannya.

Baiklah, tenangkan hati. Berikan masa anda.

Senyum. Ceria dan Mulakan!


#Tips 1

Bagaimana meraih tenang, bahagia dan damai sentiasa?

Puncanya :

Jelas matlamat hidupnya
Nyata tujuan hidupnya
Sentiasa fokus dalam hidupnya

#Tips 2

Hendak bertenaga, bersemangat, cerah ceria selalu?

Puncanya :

Selalu membuat amal soleh
Sentiasa senyum
Berfikiran positif serta lapang dada

#Tips 3

Macamana hendak kekal termotivasi, terinspirasi dan enjoy our passion?

Puncanya :

Membaca Al-Quran penuh khusyuk, tadabur dan amal
Solat awal waktu, khusyuk, sempurna dan berjemaah
Fokus terhadap kerja, impian dan cita-cita hidup

#Tips 4

Kenapa jiwa kita kekosongan, kegersangan dan kekontangan?

Sebabnya :

Tiada matlamat hidup.
Tiada tujuan hidup.
Tiada fokus dalam hidup.

#Tips 5

Apa sebab hidup kita tertekan, terhimpit dan sangat-sangat stress?

Sebabnya :

Bergelumang dengan dosa.
Suka dengan noda-noda maksiat.
Lalai, hanyut dan leka dengan “buaian” dunia.

#Tips 6

Kenapa kita selalu keras hati, ego tiada kesudahan dan air mata membeku?

Sebabnya :

Sukar memaafkan orang lain
Rasa diri hebat
Tiada kerendahan hati

Penutup : Ubah Paradigma, Cara Fikir dan Cara Hidup

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” ( Surah Ar-Rad’u 13 : 11)

Sebenarnya, kini ramai manusia yang semakin sedar akan diri, nasib dan masa hadapan mereka. Mereka telah mengimbas masa-masa berlalu mereka yang lepas-lepas, yang telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Mereka telah mensia-siakan hampir separuh usia untuk sesuatu yang rapuh, tiada tujuan dan tidak memberikan apa-apa manfaat.

Lalu, dengan keazaman dan sebuah tekad yang luhur – mereka merubah kehidupan mereka. Sehingga ada yang berubah 360 darjah tanpa sebarang penyesalan. Ya. Tekad.

Mereka ubah cara mereka berfikir, cara memandang kehidupan, cara serta gaya hidup yang dikehendaki, selari dan sejajar dengan kehendak Sang Pencipta. Lalu, hijrah mereka itu memberikan sinar serta harapan baru untuk detik-detik kehidupan mereka.

Kata akarnya :- Hijrah!

No comments: