Wednesday, June 19, 2013

Bila Denyut Terhenti


"Kau nak kawan dengan aku sampai mati? Sorry aku tak nak" tegas Muslih.

Amir tersentak. Kecewa pasti. 

"Kenapa" Amir sedaya upaya mengawal riak wajahnya.

"Aku nak kita kawan sampai syurga, boleh?" tutur Muslih dengan senyuman. Lega Amir mendengarnya.Alhamdulillah... terima kasih Muslih. Kau lah sahabat paling awesome!

Amir tersenyum sendirian. Ukhwah yang dibina kerana Allah pasti akan membawa ke syurga. Teringat amir akan sebuah hadis.
 “Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dalam saling kasih-mengasihi, saling cinta-mencintai dan saling tolong-menolong, seperti sebatang tubuh. Kalau ada salah satu anggota yang terkena penyakit, seluruh tubuh ikut menderita tidak dapat tidur malam dan demam panas.”Riwayat Imam al-Bukhari 
Pintu biliknya terkuak tanda rakan sebiliknya sudah pulang. Amir melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Tanpa salam Sufi terus masuk ke bilik. Wajah Sufi nampak muram. Ada masalah mungkin. Detik hati Amir. "Sufi, kau ada masalah?" 

Kotak rokok dikeluarkan dari kocek seluar. Amir sekadar perhati.

"Kau nak sebatang?" Rokok disua.

Geleng. "Nope. Aku tak sedut benda yang haram."

Ekor mata Sufi menjeling sekilas tubuh roommate nya.

"Kalau taknak, cakap taknak. Tak payah cakap haram siot." Lighter disua ke hujung puntung rokok. Kemudian disedut sepuasnya. Mata dipejam rapat.

"Sufi, aku mintak maaf. Tapi cuba kau buka surah Al Baqarah, ayat 195."

"Nak buat apa?" Asap rokok dihembus perlahan.

Allah berfirman, "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan."

"Rokok ni bagi ketenangan kat aku, kau apa tahu." Sufi berdiri, nak pergi dari member yang membebel tak berhenti. 

Dari kat bilik, sampai kat universiti budak ni duk bising. Takde life ke cane member aku ni.

Amir senyum. Senyum terkilan. Takpe beb. Kau belum faham.

"Well Amir, thanks anyway. Cuma aku peliklah. Kita ni budak medik, bukan budak syariah, bukan budak agama. Kenapa kau bajet nak jadi ustaz eh? Kau salah pilih course ke dulu?"

Geleng. "Takdelah Sufi. Aku memang nak ambil medik. Sebab aku rasa, Islam tu bukan cuma boleh di amalkan kepada budak yang ambil kos agama je. Kita ni patutnya kena berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Kita kan belajar apa yang Allah cipta, sepatutnya dah boleh buka mata, buka hati untuk tengok ajaibnya ciptaan Allah."

"Kau cakap macam ustazlah. Macam mak nenek pun ada. Buang masa aku je."

Sufi memalingkan badan, membelakangi Amir. Rokok dilepaskan. Dipijak. Terus berlalu pergi. "Puas?"

Argh kawan! Kau tak faham. Tapi aku mana boleh putus asa. Kau kawan aku. Kawan sampai syurga. Aku bukan sengaja tekankan sangat pasal ni. Aku ada sebab sendiri. Aku sayang kau. Luah Amir sekadar dalam hati.

Amir, bukan aku tak faham apa yang kau nak sampaikan. Aku cuma terkilan. Aku rasa baik aku mati, dari hidup dalam sakit yang macam ni. Kau takkan faham. Kau budak baik. Kau mana tahu. Putus cinta tu perit. Perit yang aku tak tahu nak cakap macam mana.

Sufi melepaskan lelah. Rasa macam tak guna dah hidup ni.

"Amir, maafkan aku."

"Kenapa kau perlu minta maaf pada aku sedangkan kau tak buat salah pada aku?" Sufi terbatuk-batuk sebelum berbicara.

"Kau maafkan jelah aku. Doakan aku. Nanti kalau aku tak ada, aku tenang dalam kubur"

"Sufi, aku tak tau apa masalah kau. Tapi, walau apa pun yang terjadi jangan lupa yang kau masih ada Allah untuk mengadu. Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." nasihat Amir penuh berhikmah.

Sufi tersenyum. Menyindir. Dia menjeling sahabatnya."Selama ni ada kau pernah tengok aku duduk atas sejadah? Alah, kau doakan jelah aku tenang dalam kubur nanti. Mesti termakbul punya. Kau kan lelaki soleh." terbatuk-batuk Sufi. 

Amir beristighfar. Segalanya memerlukan masa. Aku takkan biarkan kau. Sebab, kita dah berjanji untuk berjaya dunia dan akhirat sejak pertama kali kita berpijak di luar negara.

Amir menarik nafas. Mengumpul sebanyak mungkin kekuatan daripada Allah untuk berhadapan dengan sahabatnya.

"Kalau kau sudi, aku sudi tolong kau."

Sufi ketawa. "Sudi? Sudi tolong apa weyh?"

"Tolong kau untuk lebih dekat dengan Allah" Amir membalas dengan senyuman.

"Ah, macam mana aku nak dekat dengan tuhan kalau aku tak nampak di mana wujudnya tuhan aku?"

"Apakah Tuhan?" dia menyoal.

"Entiti yang tidak bergantung kepada makhluknya. Ia tanpa awal dan akhir."

"Apakah dia makhluk?"

"Kau, aku dan mereka. Kita semua makhluk. Entiti yang bergantung dengan Tuhannya dan saling juga bergantung dengan makhluk yang lain. Ia mempunyai awal dan akhir atau sekurang-kurangnya mempunyai asal awal penciptaan walaupun tanpa pengakhiran (seperti syurga dan neraka)."

Alam ini juga adalah makhluk dengan dalil, di antara lain, dari surah al Anbiya’ ayat 16 dan ayat 19:
“Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main” (al Anbiya’ : 16)
“Dan kepunyaanNyalah segala yang berada di langit dan dibumi.” (al Anbiya’ : 19)
"Apakah dalil yang menyatakan bahawa masa itu juga adalah makhluk Allah dan Allah tidak terikat kepadanya?" soal Sufi.
"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Sebab adanya agama lah kita meyakini adanya Tuhan yakni Allah SWT." terang Amir panjang lebar. Sufi khusyuk mendengar.

Sufi membenarkan segala apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu. Ya, masakan dia tidak percaya akan wujudnya tuhan? Allah yang menciptakan aku. Astaghfirullah... Sufi beristighfar beberapa kali. Air mata sufi gugur jua.

Amir menepuk lembut bahu sahabatnya. "Dahlah sufi, sekarang nak masuk waktu subuh. Jom kita bersiap." Sufi hanya menurut.

Sungguh aku tak kuat, tapi kerana Allah aku harus kuat. Kau kuatkanlah imanku. Biarlah aku kehilangan cinta manusia sekalipun. Asalkan cinta aku pada Allah akan tetap utuh dan tak akan hilang. Ya Allah... Bantulah hamba-Mu. Ameen.

"Amir, terima kasih. Kau memang macam ustaz."Sufi menepuk-nepuk bahu kawannya mengucapkan terima kasih.

“Aku cuma membantu.” Balas Amir dengan senyuman.

Amir mengucapkan syukur kepada Allah. Sungguh ukhwah yang terbina kerana Allah akan kekal selama-lamanya.

******

Usai talkin. Semua orang mula meninggalkan Tanah Perkuburan Al Hikmah.

"Kawan, aku minta maaf." Air matanya tumpah lagi.

"Aku tak pernah sangka, rokok akan buat kita terpisah selamanya kat dunia ni." Bisiknya pada kubur yang masih merah, basah.

Sufi batuk teruk. Batuk Sufi buat Amir terjaga.

"Sufi, kau okay tak ni?" Amir mengusap belakang tubuh Sufi.

Dah pukul 2 pagi.. Desas hati kecil Amir. Tapi tak apa lah. Member dah sakit, takkan aku nak sambung tidur pulak.

Amir berdiri. "Sufi, jom aku bawa kau pergi hospital."

Sufi hanya menurut. Batuknya berdarah. Wajahnya pucat. Badannya lemah.

Risau. Satu perkataan yang boleh digambarkan ketika itu.

Kunci kereta dicapai, Sufi dibawa masuk ke dalam kereta. Muslih, salah seorang housemate mereka turut bantu sama.

"Muslih, aku drive. Kau jaga Sufi kat belakang." Suara Amir resah. Fikirannya cuma satu, Allah pasti akan bantu. Gelisah, hatinya tak menentu.

"Okey Amir. Kau drive hati-hati. Aku boleh jaga dia kat belakang." Pelajar medik tahun akhir itu menepuk bahu Amir dua kali.

Usai tiba di hospital, Muslih bawa Sufi ke pusat kecemasan. Amir hendak ke tandas dulu.

"Allahuakbar..." Lelah suara Amir.

Muntahnya darah. Badannya lemah.

Amir sandar di dinding tandas. Terduduk. Dadanya sesak. Sakit. "Ya Allah, sakitnya.."

Mata Amir berkaca. Dadanya sempit. "Aku belum makan ubat." Seluruh tubuh terasa kejang.

"Ya Allah, kalau ini masanya, aku redha ya Allah. Tapi, selamatkanlah Sufi. Biar aku jadi pengajaran untuk dia."

Berpeluh tubuh Amir menahan sakit. Bibirnya meratib zikrullah tanpa henti. Menitis air matanya. "Laa ilaha illallah..."

Perlahan suara Amir mengucap syahadah. Bersaksi tiada tuhan selain Allah. Lalu matanya terpejam rapat.

Sufi menahan esak.

Malam tu, dia tak apa-apa. Cuma ada sedikit kerosakan pada paru-paru akibat terlalu kerap merokok. Namun sahabatnya, Amir dijemput pergi. Selama-lamanya dia pergi dari dunia. Akibat kanser paru-paru yang dihidapinya.

"Amir, semua nasihat yang kau bagi, aku akan amalkan. Kawan, nanti aku kejut kau bangun subuh ya? Jangan tinggalkan aku lama-lama. Esok kita solat subuh berjemaah. Aku dah taknak burn solat. Biar giliran aku kejut kau pula. Tau Amir? Kau dah janji nak tolong aku kan?" Bisik Sufi pada kubur sahabatnya. Air matanya gugur laju.

Dari belakang, Muslih merapatinya, "Sufi, kami, housemates kau kan ada. Kau boleh solat jemaah dengan kami. Jangan macam ni. Jom, kau join usrah kami mulai hari ni. Dia dah pergi, kau kena redha. Sebab semua yang hidup pasti akan merasai mati. Kau, aku, Amir, semua akan mati. Kami akan tolong kau." Perlahan suara Muslih, menahan hiba.

Amir, naqib usrah mereka akhirnya pergi dijemput Ilahi. Namun, perginya hanya jasad. Semangat Amir masih terus kekal dalam jiwa mereka. Untuk jadi mukmin berguna.

No comments: