Wednesday, May 15, 2013

Menjadi Lelaki Ideal


Assalamualaikum! xD

Aku bukan lelaki. Tapi, entri ini aku tujukan khas untuk lelaki :')

Bismillah,
Bagaimana lelaki ideal di dalam pemikiran anda?

Gagah, maskulin, tinggi, bersih, berdompet tebal, pandai merayu, romantik, atlet dan berpenampilan mewah? Atau lelaki metro seksual? Ok, kalau begitu, sudah beberapa ramai lelaki yang sebegitu telah kita temui?

Sebenarnya, lelaki ideal di mata wanita adalah tidak serumit yang disangka.

Di mata wanita yang matang, yang bukan kebudak – budakan lagi yang sudah bersedia untuk berkahwin – lelaki yang dianggap lelaki ideal itu adalah sangat sederhana, mampu membuat dia gembira, membanggakan secara batin (bukan visual, ketampanan misalnya..), dan memberi perhatian.

Wanita akan lebih “tunduk” dengan lelaki yang tegas, mampu membuat keputusan, percaya diri sangat konsisten, dan mudah meminta maaf jika bersalah.

Lelaki jenis ini akan membuat wanita boleh berlama – lama berbicara dengannya, memandang matanya, dan mencari – cari, adakah cinta di mata lelaki semacam itu.

Selain rasa kagum, wanita suka bersama lelaki yang boleh menguasai banyak hal dan bidang tertentu, dan mampu beradaptasi dengan cepat, tidak rendah diri meskipun miskin. Berani, berjiwa besar, dan jujur.

Lihat, tidak susah pun kan menjadi lelaki Ideal? Sangat, sangat sederhana, sangat mudah, yang penting sikap perilaku kita, dan rasa rendah hati untuk selalu membuat diri sempurna dengan balutan kejujuran.
“Jika datang kepadamu (untuk melamar) orang yang engkau redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah.”
Isteri Tsabit Ibnu Qays datang kepada Rasulullah dan berkata:
“Wahai Rasulullah, Tsabit Ibnu Qays, sama sekali tidak mendapati cela baik dalam akhlaknya mahupun agamanya..“ – ini menunjukkan bahawa ukuran lelaki ideal yang dipakai adalah agama dan akhlak.
Lelaki Ideal dalam masyarakat

Namun apa yang terjadi dalam masyarakat kita sekarang ini adalah tidak seperti itu. Kebanyakkan kita lebih mementingkan rupa paras, kesamaan status, kekayaan, darjat kebangsawanan dan lain-lain lagi. Kita lupa yang paling penting sebenarnya adalah yang paling mulia di sisi Allah Taala.

Dasar yang harus diikuti untuk menjadi panduan lelaki ideal adalah dasar agama dan akhlak.


akuislam.com

No comments: