Wednesday, May 29, 2013

Bila Denyut Terhenti



"Sufi, final dah dekat. Kau selamba layan movie, online 24/7."

"Not in mood nak study sia. Semua pun tak masuk."

"Stress?"

"Give up."

"Sebab?"

"Entah. Kosong."

"Sufi.."


"Apa benda lagi kau ni?"

"Aku pinjam nota kau haritu."

"Ambil je apa kau nak."

Kotak rokok dikeluarkan dari kocek seluar. Faris sekadar perhati.


"Kau nak sebatang?" Rokok disua.

Geleng. "Nope. Aku tak sedut benda yang haram."

Ekor mata Sufi menjeling sekilas tubuh roommate nya.

"Kalau taknak, cakap taknak. Tak payah cakap haram siot." Lighter disua ke hujung puntung rokok. Kemudian disedut sepuasnya. Mata dipejam rapat.

"Sufi, aku mintak maaf. Tapi cuba kau buka surah Al Baqarah, ayat 195."

"Nak buat apa?" Asap rokok dihembus perlahan.

Allah berfirman, "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan."

"Rokok ni bagi ketenangan kat aku, kau apa tahu." Sufi berdiri, nak pergi dari member yang membebel tak berhenti. 

Dari kat bilik, sampai kat universiti budak ni duk bising. Takde life ke cane member aku ni.

Faris senyum. Senyum terkilan. Takpe beb. Kau belum faham.

"Well Faris, thanks anyway. Cuma aku peliklah. Kita ni budak medik, bukan budak syariah, bukan budak agama. Kenapa kau bajet nak jadi ustaz eh? Kau salah pilih course ke dulu?"

Geleng. "Takdelah Sufi. Aku memang nak ambil medik. Sebab aku rasa, Islam tu bukan cuma boleh di amalkan kepada budak yang ambil kos agama je. Kita ni patutnya kena berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Kita kan belajar apa yang Allah cipta, sepatutnya dah boleh buka mata, buka hati untuk tengok ajaibnya ciptaan Allah."

"Kau cakap macam ustazlah. Macam mak nenek pun ada. Buang masa aku."

Sufi memalingkan badan, membelakangi Faris. Rokok dilepaskan. Dipijak. Terus berlalu pergi. "Puas?"

Argh kawan! Kau tak faham. Tapi aku mana boleh putus asa. Kau kawan aku. Kawan sampai syurga. Aku bukan sengaja tekankan sangat pasal ni. Aku ada sebab sendiri. Aku sayang kau.

Kopiah ditanggalkan dari kepala. Dilipat dan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Memandang tubuh sahabatnya yang semakin hilang dari pandangan.




Faris, bukan aku tak faham apa yang kau nak sampaikan. Aku cuma terkilan. Aku rasa baik aku mati, dari hidup dalam sakit yang macam ni. Kau takkan faham. Kau budak baik. Kau mana tahu. Putus cinta tu perit. Perit yang aku tak tahu nak cakap macam mana.

Sufi melepaskan lelah. Rasa macam tak guna dah hidup ni.

"Faris, maafkan aku."

Terpacul dari bibirnya. Tapi dia yakin Faris takkan dengar, sebab Faris bukan ada di sekitar. Tambah suaranya perlahan.


*****

Usai talkin. Semua orang mula meninggalkan Tanah Perkuburan Al Hikmah.

"Kawan, aku minta maaf." Air matanya tumpah lagi.

"Aku tak pernah sangka, rokok akan buat kita terpisah selamanya kat dunia ni." Bisiknya pada kubur yang masih merah, basah.


Sufi batuk teruk. Batuk Sufi buat Faris terjaga.

"Sufi, kau okay tak ni?" Faris mengusap belakang tubuh Sufi. 

Dah pukul 2 pagi.. Desas hati kecil Faris. Tapi takpe lah. Member dah sakit, takkan aku nak sambung tidur pulak.

Faris berdiri. "Sufi, jom aku bawa kau pergi hospital."

Sufi hanya menurut. Batuknya berdarah. Wajahnya pucat. Badannya lemah.

Risau. Satu perkataan yang boleh digambarkan ketika itu.

Kunci kereta dicapai, Sufi dibawa masuk ke dalam kereta. Hilman, salah seorang housemate mereka turut bantu sama.

"Man, aku drive. Kau jaga Sufi kat belakang." Suara Faris resah. Fikirannya cuma satu, Allah pasti akan bantu. Gelisah, hatinya tak menentu.

"Okey Faris. Kau drive hati-hati. Aku boleh jaga dia kat belakang." Pelajar medik tahun akhir itu menepuk bahu Faris dua kali.

Usai tiba di hospital, Hilman bawa Sufi ke pusat kecemasan. Faris hendak ke tandas dulu.


"Allahuakbar..." Lelah suara Faris.

Muntahnya darah. Badannya lemah.

Faris sandar di dinding tandas. Terduduk. Dadanya sesak. Sakit. "Ya Allah, sakitnya.."

Mata Faris berkaca. Dadanya sempit. "Aku belum makan ubat." Seluruh tubuh terasa kejang.

"Ya Allah, kalau ini masanya, aku redha ya Allah. Tapi, selamatkanlah Sufi. Biar aku jadi pengajaran untuk dia."

Berpeluh tubuh Faris menahan sakit. Bibirnya meratib zikrullah tanpa henti. Menitis air matanya. "Laa ilaha illallah..."

Perlahan suara Faris mengucap syahadah. Bersaksi tiada tuhan selain Allah. Lalu matanya terpejam rapat.


Sufi menahan esak.

Malam tu, dia tak apa-apa. Cuma ada sedikit kerosakan pada paru-paru akibat terlalu kerap merokok. Namun sahabatnya, Faris dijemput pergi. Selama-lamanya dia pergi dari dunia. Akibat kanser paru-paru yang dihidapinya.

"Faris, semua nasihat yang kau bagi, aku akan amalkan. Kawan, nanti aku kejut kau bangun subuh ya? Jangan tinggalkan aku lama-lama. Esok kita solat subuh berjemaah. Aku dah taknak burn solat. Biar giliran aku kejut kau pula. Tau Faris?" Bisik Sufi pada kubur sahabatnya. Air matanya gugur laju.

Dari belakang, Hilman merapatinya, "Sufi, kami, housemates kau kan ada. Kau boleh solat jemaah dengan kami. Jangan macam ni. Jom, kau join usrah kami mulai hari ni. Dia dah pergi, kau kena redha. Sebab semua yang hidup pasti akan merasai mati. Kau, aku, Faris, semua akan mati." Perlahan suara Hilman, menahan hiba.

Faris, naqib usrah mereka akhirnya pergi dijemput Ilahi. Namun, perginya hanya jasad. Semangat Faris masih terus kekal dalam jiwa mereka. Untuk jadi mukmin berguna.

No comments: