Friday, April 19, 2013

Mati: It could be now~


Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum! :')
Semoga hati kita senantiasa dalam jagaanNya... insyaAllah~


Ada riwayat mengatakan Rasulullah s.a.w. ada menyifatkan bahawa sakit mati itu seperti ditetak 300 bilah pedang. Macam mana tu? Aku tak tau. Sebab tak pernah rasa lagi. Kalau sapa yang pernah rasa, boleh la kongsi-kan pengalaman uolls di sini.

Rasulullah s.a.w. sendiri mengalami demam panas dua minggu menjelang detik kewafatan baginda. Pada saat-saat akhir itu, rasulullah memasukkan tangan ke dalam bejana lalu dianbil air dan disapukan ke mukanya serta dilurutkan sampai ke rambutnya lalu berdoa: "Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi ujian kematian ini, lunakkanlah aku di atas kematian ini wahai Tuhan"

Doa rasulullah itu didengari oleh anaknya Fatimah. Fatimah menangis lalu berkata, "Wahai ayahanda-ku Rasulullah, masakan ayahanda seorang rasul merasakan kesakitan mati" Nabi memegang tangan Fatimah lalu bersabda: "Wahai Fatimah, ini sahaja kesakitan buat ayah, selepas ini ayah tidak akan merasakan kesakitan lagi..."

Kesakitan mati itu berlainan bagi setiap orang. Kematian orang yang taat lain rasa-nya. Kematian orang yang derhaka juga lain rasa-nya. Rasulullah s.a.w. berkata kepada Barra' bin Azib yang bermaksud, "Wahai Barra', orang yang baik itu, waktu malaikat maut mencabut nyawa-nya, malaikat akan mencabut-nya dengan lunak sekali seperti air yang jatuh dari atas mengalir ke bawah"

Walaubagaimanapun, sakit-nya mati itu tetap terasa. Proses mencabut nyawa bermula apabila malaikat maut berada di bahagian kepala dan akan mencabut nyawa dari bahagian ubun-ubun, di-rentap lalu bergegar tubuh. Pada waktu itu dari bahagian tumit ke bawah sudah tidak bernyawa lagi. Kemudian di-tarik lagi dan ketika itu bahagian lutut ke bawah pula sudah tidak bernyawa. Dan begitulah seterus-nya. sampai nyawa di kerongkong dan ketika itulah pintu taubat ditutup (mengikut sesetengah pandangan ulama).

Nabi Muhammad s.a.w. membayangkan malaikat mencabut nyawa orang yang derhaka umpama satu guni yang penuh dengan gandum dan diletakkan satu cangkuk yang besar lalu direntap cangkuk itu sampai ke bawah lalu terburailah isi-nya. Sungguh kasar dan keras kerja malaikat maut terhadap orang yang menderhakai Allah.
 "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. "
(Surah Al-A'raf: ayat 34)
Allah...
Sahabat, semoga kita semua terus istiqomah memperbaiki diri. Menjadi lebih baik daripada semalam. InsyaAllah. Aja2 fighting!

Teringat lagu kumpulan nasyid far-east :'(

Ku merintih aku menangis 
ku meratap aku mengharap 
ku meminta dihidupkan semula 
agar dapat kembali ke dunia nyata 

perjalanan roh ku melengkapi sebuah kembara 
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia 
menanti di barzakh sebelum berangkat ke masyar 
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya 

tanah yang basah berwarna merah 
semerah mawar dan juga rindu 
7langkah pun baru berlalu 
seusai talkin bernama syahdu 
tenang dan damai di pusaraku 
nisan batu menjadi tugu 
namun tak siapa pun tahu resah penantianku 

terbangkitnya aku dari sebuah kematian 
seakan ku dengari tangis mereka yangku tinggalkan 
kehidupan di sini bukan satu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali oh kembali kembalilah ke dalam diri 
sendirian sendiri sendiri bertemankan sepi 
hanya kain putih yang membaluti tubuhku 
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu 

ajal yang datang dimuka pintu 
tiada siapa yang memberitahu 
tiada siapa pun dapat hindari 
tiada siapa yang terkecuali 
lemah jemari nafas terhenti 
tidak tergambar sakitnya mati 
cukup sekali tak sanggup untukku mengulangi 

jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang 
menggigil ketakutan gelap pekat di pangangan 
selama ini diceritakan kini aku merasakan
dialam barzakh jasad dikebumikan

Sahabat, semoga kita semua akan sentiasa mengingati mati. InsyaAllah. Ajal tu Anytime. It could be now~ *muhasabah diri*  :'(

No comments: