Friday, April 19, 2013

Segmen Saya Nak Menang Hadiah Dan Dibloglist

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join GA ohcem! xD


SENARAI HADIAH

VOUCER TIKET WAYANG X 2 ORANG*tajuk ikut suke korang*
Kardigan X 2
Legging X 2
Tony Moly Tint X 2
Topup RM5 X 1
Manicure Set X 2
Bloglist oleh aku sendiri X 10

SEGMEN INI DITAJA:

Segmen ini dianjur oleh Nabila Biela dan disponsor oleh EzbuydiazGirl On The SlopeCheapest in Town,D'va Fashionista Boutique,YEZZA by SSS dan Klik & Beli Pakaian & Jersy Online.



Mati: It could be now~


Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum! :')
Semoga hati kita senantiasa dalam jagaanNya... insyaAllah~


Ada riwayat mengatakan Rasulullah s.a.w. ada menyifatkan bahawa sakit mati itu seperti ditetak 300 bilah pedang. Macam mana tu? Aku tak tau. Sebab tak pernah rasa lagi. Kalau sapa yang pernah rasa, boleh la kongsi-kan pengalaman uolls di sini.

Rasulullah s.a.w. sendiri mengalami demam panas dua minggu menjelang detik kewafatan baginda. Pada saat-saat akhir itu, rasulullah memasukkan tangan ke dalam bejana lalu dianbil air dan disapukan ke mukanya serta dilurutkan sampai ke rambutnya lalu berdoa: "Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi ujian kematian ini, lunakkanlah aku di atas kematian ini wahai Tuhan"

Doa rasulullah itu didengari oleh anaknya Fatimah. Fatimah menangis lalu berkata, "Wahai ayahanda-ku Rasulullah, masakan ayahanda seorang rasul merasakan kesakitan mati" Nabi memegang tangan Fatimah lalu bersabda: "Wahai Fatimah, ini sahaja kesakitan buat ayah, selepas ini ayah tidak akan merasakan kesakitan lagi..."

Kesakitan mati itu berlainan bagi setiap orang. Kematian orang yang taat lain rasa-nya. Kematian orang yang derhaka juga lain rasa-nya. Rasulullah s.a.w. berkata kepada Barra' bin Azib yang bermaksud, "Wahai Barra', orang yang baik itu, waktu malaikat maut mencabut nyawa-nya, malaikat akan mencabut-nya dengan lunak sekali seperti air yang jatuh dari atas mengalir ke bawah"

Walaubagaimanapun, sakit-nya mati itu tetap terasa. Proses mencabut nyawa bermula apabila malaikat maut berada di bahagian kepala dan akan mencabut nyawa dari bahagian ubun-ubun, di-rentap lalu bergegar tubuh. Pada waktu itu dari bahagian tumit ke bawah sudah tidak bernyawa lagi. Kemudian di-tarik lagi dan ketika itu bahagian lutut ke bawah pula sudah tidak bernyawa. Dan begitulah seterus-nya. sampai nyawa di kerongkong dan ketika itulah pintu taubat ditutup (mengikut sesetengah pandangan ulama).

Nabi Muhammad s.a.w. membayangkan malaikat mencabut nyawa orang yang derhaka umpama satu guni yang penuh dengan gandum dan diletakkan satu cangkuk yang besar lalu direntap cangkuk itu sampai ke bawah lalu terburailah isi-nya. Sungguh kasar dan keras kerja malaikat maut terhadap orang yang menderhakai Allah.
 "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. "
(Surah Al-A'raf: ayat 34)
Allah...
Sahabat, semoga kita semua terus istiqomah memperbaiki diri. Menjadi lebih baik daripada semalam. InsyaAllah. Aja2 fighting!

Teringat lagu kumpulan nasyid far-east :'(

Ku merintih aku menangis 
ku meratap aku mengharap 
ku meminta dihidupkan semula 
agar dapat kembali ke dunia nyata 

perjalanan roh ku melengkapi sebuah kembara 
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia 
menanti di barzakh sebelum berangkat ke masyar 
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya 

tanah yang basah berwarna merah 
semerah mawar dan juga rindu 
7langkah pun baru berlalu 
seusai talkin bernama syahdu 
tenang dan damai di pusaraku 
nisan batu menjadi tugu 
namun tak siapa pun tahu resah penantianku 

terbangkitnya aku dari sebuah kematian 
seakan ku dengari tangis mereka yangku tinggalkan 
kehidupan di sini bukan satu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali oh kembali kembalilah ke dalam diri 
sendirian sendiri sendiri bertemankan sepi 
hanya kain putih yang membaluti tubuhku 
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu 

ajal yang datang dimuka pintu 
tiada siapa yang memberitahu 
tiada siapa pun dapat hindari 
tiada siapa yang terkecuali 
lemah jemari nafas terhenti 
tidak tergambar sakitnya mati 
cukup sekali tak sanggup untukku mengulangi 

jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang 
menggigil ketakutan gelap pekat di pangangan 
selama ini diceritakan kini aku merasakan
dialam barzakh jasad dikebumikan

Sahabat, semoga kita semua akan sentiasa mengingati mati. InsyaAllah. Ajal tu Anytime. It could be now~ *muhasabah diri*  :'(

Saturday, April 13, 2013

Friday, April 12, 2013

Fitnah Ukhti Barbie dan Akhi Ken

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua! :')
 Semoga hati kita senantiasa dalam jagaanNya... insyaAllah~

“Perkara paling sweet ialah ketika dua orang saling rindu, namun tidak berkomunikasi, tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujudnya masing-masing”
Demikian ungkapan yang dikongsi.
‘Kata-kata hikmah’ yang terkini, disertai dengan ilustrasi.
Lama saya berfikir, sejauh manakah seriusnya hal ini. Penting sangatkah ia untuk disentuh, atau dalam bahasa yang lebih langsung, DITEGUR. Banyak isu lain yang lebih membimbangkan. Sejauh ozon berlubang, sekritikal isu Palestin dan Syria, sehangat isu Pilihanraya Umum yang tidak bersih, hinggalah kepada kenaikan harga yang membebankan pengguna semasa.
Berbaloikah untuk menjentik topik ini?
Saya mencubanya di Facebook. Dari Facebook ia datang, di Facebook juga ia perlu disuarakan.
PASCA CINTA ANTA ANTI
Dulu-dulu, sahabat saya Ustaz Maszlee Malik telah mencetuskan diskusi yang meluas di kalangan anak muda dengan artikelnya ‘Cinta Anta Anti’. Berkongsi nasihat dengan adik-adik yang berperibadi Islam, sebahagiannya aktif dengan kerja-kerja amal Islami, tetapi terperangkap dalam nafsu yang dibungkus dalam pakaian Islam. Seorang ‘akhi’ menghantar sms berisi ‘Tazkirah of the Day’ kepada seorang ‘ukhti’, dan tersenyum-senyum mereka berdua dalam cinta jarak jauh, yang dipisahkan oleh Syariat.
Sesekali sms atau miss call ditujukan pada jam 4:30 pagi, memberi friendly reminder agar si ukhti bangun daripada tidur yang lena, membasahkan wajah dengan wudhu’ dan membawa muka itu sujud kepada Ilahi ketika dunia sedang alpa dalam mimpi dan tidur yang lena.
Mereka terlupa bahawa mereka juga sedang bermimpi dan tidur dalam jaga.
Dalam pelukan ‘akhi Syaitan’!
Terkini, fitnah itu bukan lagi diungkapkan melalui sms, atau teks.
Ia diilustrasikan.
Ilustrasi yang sering kita temui melalui sentuhan artis-artis Korea seperti Lee Tae-Ho, tetapi membawa mesej ‘Islamik’. Sesungguhnya ilustrasi sebegini memberi kesan yang lebih merbahaya kepada anak muda terhadap fitnah Cinta Anta Anti. Jumlahnya semakin besar dan tersebar. Perkongsiannya semakin meluas. Biar pun saya tiada statistik untuk membuktikan implikasi fenomena ini, namun cukuplah dengan pemerhatian peribadi saya terhadap trend cinta semasa melalui pergaulan, jemputan-jemputan ceramah dan reaksi hadirin terhadapnya.
Mata kita memerhati bentuk poster program, bagaimanakah gelagat peserta sesama mereka sebelum ceramah bermula, ungkapan pengerusi majlis semasa memulakan program, serta perbandingan terhadap jumlah kehadiran di bawah tajuk Cinta dan tajuk non-Cinta, oleh penceramah yang sama serta penceramah yang berbeza.
Mungkin agak kasar, namun kesimpulan saya ialah: GEDIK.
bp = tergedik-gedik lincah (bkn gadis); bergedik-gedik bergerak-gerak, terketar-ketar; menggedik-gedikkan menggerak-gerakkan (bahagian badan spt kaki dll sewaktu mengelamun); kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~ tubuh badannya yg montok. [KAMUS DEWAN EDISI 4 - VERSI ATAS TALIAN]
SUBLIMATION IN PSYCHOLOGY?
Saya tidak dapat menyetujui saranan pendapat bahawa fenomena ini mesti dilihat sebagai sesuatu yang positif, bersandarkan kepada teori sublimation in psychology yang dihuraikan oleh Sigmund Freud sebagai satu bentuk defense mechanism bagi menukar pelbagai bentuk ekspresi psikologi kepada sesuatu yang diterima sebagai bermanfaat oleh masyarakat. Ia jauh lebih berbahaya daripada kisah J. F. Dieffenbach yang memotong ekor anjingnya semasa kecil secara yang sadis, dan kemudian menjadi titik mula kepada Dieffenbach menjadi pakar bedah yang terkenal!
Teori Sublimation ini mesti diiringi dengan teori Tipu Daya Iblis yang dibentangkan secara terpeinci di dalam naskhah klasik Talbees Iblis oleh Abu Al-Faraj ibn al-Jawzi al-Baghdadi (meninggal dunia tahun 597H) betapa Syaitan secara licik menggunakan pendekatan bertahap untuk menyesatkan, bukan hanya orang biasa-biasa seperti kita, hatta para ulama. Bukan hanya secara mikro di peringkat individu, malah secara makro hingga membentuk kelompok Khawarij, Syiah Batiniyyah dan yang seumpama dengannya.
Kerana itu zina, dan sebarang objektif Syaitanik, mesti dikesan daripada langkah-langkah kecil menuju ke arah itu.
“Dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi” [Al-An'aam 6: 151]
KISAH ABDULLAH BIN ABU BAKAR
Teringat kita kepada ujian yang menimpa Abdullah, anak kepada Abu Bakr al-Siddiq radhiyallahu ‘anhu. Abdullah mengahwini seorang gadis perawan yang serba lengkap kelebihan dirinya iaitu Atiqah binti Zaid. Namun perkahwinan mereka berdua teruji apabila Abdullah yang terlalu mencintai Atiqah tercuai daripada pelbagai tanggungjawab hingga mengabaikan solat dan kesemuanya ini mengecewakan Abu Bakar. Sebagai bapa, beliau bertegas memberikan nasihat yang telah menyebabkan Abdullah ‘terpaksa’ menceraikan Atiqah kerana cinta mereka sudah menjadi FITNAH.
Demikianlah ujian cinta seorang pejuang yang membantu proses Hijrah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bernama Abdullah, anak kepada seorang tokoh terhebat bernama Abu Bakr.
Perceraian yang berlaku kerana cinta yang terlebih dos.
Cinta yang membingungkan.
Cinta Abdullah dan Atiqah hanya terjalin semula dalam sebuah perkahwinan selepas diislahkan oleh Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, namun harganya adalah sebuah PERCERAIAN.
Kes ini amat terpencil.
Namun dengan perceraian yang berlaku setiap 15 minit di dalam masyarakat kita, saya kira ‘belajar makna perkahwinan melalui perceraian’ mesti ditangani dengan serius.
PERKAHWINAN DAN MINDA SEDAR
Perkahwinan dan rumahtangga perlu didatangi dengan minda sedar. Minda yang jelas tentang erti sebuah perkahwinan yang lebih daripada sekadar rasa cinta, kemahuan seorang lelaki kepada seorang perempuan, atau perempuan kepada lelaki. Nikah datang dengan tuntutan upaya mengendalikan output perkahwinan, bermula daripada persefahaman dan kerjasama, pengurusan hubungan dua keluarga dalam dimensi mertua dan ipar, anak yang bayi kemudian kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa, pengurusan kewangan, kesihatan, tekanan kerjaya dan keluarga, yang semua itu perlu didatangi dengan minda sedar, bukan gedik.
Kita bekerja keras untuk menimbulkan minda sedar itu.
Justeru saya perlu menyatakan bahawa, ilustrasi-ilustrasi cinta Islamik ini membinasakannya.
Oh, alternatifnya?
Perlukah ada alternatif?
Fitnah ini timbul bukankah kerana mahu ‘mengalternatifkan’ apa yang tidak perlu kepada alternatif?
Kita perlukan Ukhti Fatimah dan Akhi Ali.
Bukan Ukhti Barbie dan Akhi Ken!
HASRIZAL @ 43000 BSP
 Artikel Ini Telah Dibaca Oleh (9856) Pelawat

p/s: Tatkala perkara sebegini disentuh oleh sesiapa pun, pasti ramai yg mengambil jalan untuk berdiam diri, walaupun sekadar untuk mempersetujui apa yg disampaikan… Entah, apa yg pasti, topik cinta & cinton sebegini akan dipandang sepi, kerana ramai yg lebih “positif” drpd melihat yg “negatif”…
*Matlamat tidak menghalalkan cara…
Pengumuman! Saya tidak menulis artikel ini. Saya hanya berkongsi artikel ini daripada saifulislam.com kepada anda dan juga saya. 

Tuesday, April 9, 2013

Simple giveaway

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum! xD
klik banner untuk join! :')

Ehem, u oll's dijemput untuk join GA ohcem ni. Hadiah GA pun ohcem! Semua ohcem
Saya nak buat satu harapan

Saya harap saya menang. Ameen~ 

Sunday, April 7, 2013

Anugerah Bintang Popular Berita Harian


Eh, tahukah anda Anugerah Bintang Popular Berita Harian?


Allah sebut di dalam Al Quran Aku datangkan musibah, Aku hancurkan negeri yang penuh dengan kelalaian serta aku umpamakan mereka seperti Haiwan Ternakan bahkan jauh lagi sesat daripada itu ..
Allah sebut di dalam Al Quran Kami jadikan pemimpin di sesebuah negeri itu pemimpin yang selalu membuat tipu daya.. Allah juga sebut musibah apa pun yg menimpa kamu, itu adalah dari tangan kamu sendiri ..

Nabi sebut apa?
“Kepala umat aku di akhir zaman bergoyang-goyang disebabkan alunan muzik yang dialunkan dan penyanyi-penyanyi yang perempuan. Allah akan menghancurkan negeri tersebut dan akan menjadikan mereka kera dan babi”.(Riwayat Bukhari)
Ya Allah, Janganlah Engkau Hukum Kami Di Atas Kejahilan Mereka.



Photon Valley Camp 2013

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum semua! *tangan buat peace*

Aku baru balik dari kem pengawas pusat sumber anjuran sekolah. Best. Aku suka. Ini lah kem yang paling lasak aku pernah pergi. For the 1st time. MasyaAllah. Banyak ilmu yang aku dapat. Jurulatih kem tu mantoppp. Cerita dia menarik. Apa yang penting untuk mencapai kejayaan adalah kita kena berperangai gila-gila macam perangai yang ada pada kanak-kanak. Hehe, u oll's kalau nak berjaya kena lah jadi gila-gila. Err, aku tak suruh u oll's jadi gila kay. Cuma perangai u oll's kena gila-gila. berpada-pada lah kan... Yang penting! Cari redha Allah. Tawakal dan berdoa. InsyaAllah.

Ouh, kaki aku terseliuh. 3 kali beb! Perghhh! Alhamdulillah... Terharu dengan kawan sekumpulan yang bantu aku untuk bangun setelah aku terjatuh. MasyaAllah. Itulah namanya semangat berkumpulan. Walau ada abang fasi yang kata-katanya menyakitkan hati aku anggap itu sebagai satu cabaran dan kenangan paling terindah sebab aku kena ejek teruk! Abang tenesh ejek aku 'ustazah'. Haha, sowkay. Aku suka dan bahagia sebab masa tu aku tengah penat. Malas nak marah-marah. Sekurang-kurangnya dia doakan aku jadi ustazah. insyaAllah, ameen~

Btw, terima kasih kak ain, kak zati, abg aidil, abg adib, abg amin, abg T, abg yap, abg shah and pakcik yang bagi aku minyak angin cap kapak. Hehe, terima kasih banyak-banyak sebab tolong itu dan ini. Even tak banyak tapi tak salahkan ucap terima kasih? :') Maafkan salah silap kami. Memang kumpulan kami bukan yang terbaik daripada yang terbaik. Tapi, kami cuba jadi terbaik. Aja-aja fighting! Yeah! Huhu, anyway... Terima kasih ya Allah sebab permudahkan urusanku, turun dan naik bukit. Penat, kaki terseliuh... Kuatkan semangat juga untuk sampai ke tempat air terjun. Subhanallah. Cantik! MasyaAllah! Sambil berjungle treking kita memuji kebesaran Allah. Sambil berjungle treking kita bersyukur. Abang-abang and kakak-kakak yang akan berprogram lagi pada minggu depan semoga istiqomah dan berjaya. Aku rindu semua. InsyaAllah, dengan izin Allah, semoga kita bertemu kembali.

Atikah and adik tasnim roomate dengan aku masa kem hari tuu thank you. Kita tidur sama-sama, jalan sama-sama, tangkap gambar sama-sama and semua lah yang bersamaan dengan-nya maaf lah kalau ada manyak salah silap. Sayang u oll's kerana Allah tau. Aummm! *senyum kelip-kelip mata*














Semalam 7 April bersamaan dengan hari Ahad berlangsungnya ABPBH 2013 aka Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Yang berjaya tahniah. Alah, kat dunia je pun.. Tak ada lah popular sangat. Yang dah tua pun nak tunjuk aurat. Bangga sangat. Ingat! Apa yang ada pada diri kita semua milik Allah. Bila-bila masa je Allah boleh tarik. Yang perempuan masih pelajar, berpelajar dan terpelajar macam aku jagalah aurat.*note to self* Nabi Muhammad SAW Rasul kita, Nabi kita tak pernah pun naik pentas dapat anugerah segala. Nabi Muhammad walaupun tak pernah masuk tv, kita tak pernah jumpa dia tapi dia lah yang selalu kita puji. Nabi SAW tetap di hati kita. Tetap popular di dunia. Di akhirat nanti Nabi SAW yang akan beri kita syafaat. *note to self*

P/s: Buat entry sambil urut-urut kaki. Hehe.. Sakit.. Takpe, kifarah dosa~ Kifarah tu apa? Kifarah bererti balasan Allah s.w.t. ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya. Allah telah menjelaskan bahawa setiap perbuatan manusia yang dilakukan di dunia ini, biar betapa kecil sekalipun akan diperlihatkan kepada pelakunya dan akan dibalas di akhirat kelak. Okay2, tata! Sayang semua! Assalamualaikum... Chowwww! xD

Thursday, April 4, 2013

MINI GIVEAWAY

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum! xD
klik banner untuk join! :')

1st Giveaway By Izah & Ecah

Bismillahirrahamanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join! xD

Giveaway Canon Camera By Miraa Hussin

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum xD
klik banner untuk join! :')

u'olls tak tergoda ke dengan ini banner? Err, ouh... u'olls tergoda dengan camera tuuu (",) join lah cepat-cepat! Hadiah ohcem menanti anda!!! xD

Okay, sebab nak menang nanti boleh la aku menabung. Kumpul duit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Then, boleh pergi hajiiii~ errr, untuk kegunaan pada masa depan mungkin. :')

Ehem, tumpang lalu. Aku nak buat satu harapan. Aku harap aku menang. InsyaAllah.. Ameeenn~

Tuesday, April 2, 2013

Alhamdulillah, You’re The Chosen One!

Hujan di luar bagai mengerti hujan di hati…

Benar..

kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan. Tapi percayalah, suatu saat  kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya..

Hidup kita bukan seperti siri telenovela yang indah-indah belaka. Bukan. Pasti ada ketika kita diuji dengan sebenar-benar ujian. Even ‘superheroes’ pun ada ujiannya. Akan kalah dulu dan bangkit semula pada akhirnya kan. Biarpun kita tiada kuasa sakti. Tiada superpower yang kita miliki, untuk hilangkan segala keresahan hati. Tapi ingatlah, kita punya Allah. Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Setiap dari kita pasti pernah diduga. Saya. Awak. Dia. Mereka.

Allah uji ikut kemampuan kita. Allah tahu kita siapa.

And at the time HE takes everything from you, masa itulah Allah mahu kita kembali pada Dia.

Itulah tanda cinta Dia. Dia tahu kita sudah jauh dari Dia. Jauh.

Mungkin saja kita terlalu asyik dengan urusan dunia hingga kita lupa tentang Dia.

Nah..

Bila dah terjatuh, baru sibuk nak cari sejadah. Baru kenal erti tabah. Baru rasa menyesal tak sudah.

Tepuk dahi. Inilah padahnya bila hilang pertimbangan diri. Tak mahu dekatkan diri pada Ilahi.

Maka, sebab itulah Allah hadiahkan kita ujian. Supaya kita kembali dekat. Bertambah dekat. Dan selalu dekat dengan Dia. Janganlah ditangisi apa yang dah berlalu dan berlaku. Itulah yg menjadikan kita sekarang. Sama ada lebih baik atau lebih buruk, itu kita yg  tentukan. Perjalanan kita sebagai hamba belum berakhir.. Mungkin ini sekadar permulaan. Ambil iktibar dari apa yg berlaku.. Setiap orang buat silap dan setiap kesalahan yg kita buat, kita ambil iktibar darinya, itulah yg menjadikan kita lebih sempurna. Beruntunglah dan bersyukurlah.

Alhamdulillah, you’re the chosen one!
Redhalah dengan apa yg diberi Ilahi, agar Allah juga redha denganmu. “Wahai jiwa yg tenang (iaitu jiwa yg beriman). Kembalilah kepada Tuhanmu dgn hati yg redha dan diredhaiNya”. (Al Fajr: 27-28)

Remember this, hayat kita belum tentu panjang. Amal kita belum tentu diterima oleh Allah. Just makesure apa jua yang kita buat niat kerana Allah. Lillahi Taala. Jangan pernah sombong dengan kebaikan yang kita buat. Silap-silap tiada nilai. Ingat, hanya redhaNya yg kita mahu . Kita tak selamanya di atas. Kalaupun kita sentiasa dikurniakan harta yang banyak, mewah, syarikat yang maju, tapi tak akan ada makna kalau hidup kita tak bahagia dan hati tak tenang. Semua itu bergantung pada redha Allah terhadap kehidupan kita.

And suddenly found this words dalam buku Kisah Cinta dalam Al-Quran, karya Misbah Em Majidiy, saya petik kata-kata Asiyah, isteri Firaun:
“Seksaanmu tidak akan menggoyahkan diriku. Tuhan menjaga keimananku. Aku telah mengikrarkan keimananku kepadaNya, kasihNya telah memenuhi relung kalbuku. Kau boleh saja membakar seluruh jasadku, tapi kau tidak akan dapat membakar imanku. Imanku ada dihatiku, dan aku tidak akan bisa membakar hatiku. Kalau kau paksakan penyeksaanmu terhadapku, meski tubuhku terpotong-potong, cintaku kepada Tuhan tidak akan pernah pudar.”
Subhanaallah, hebat sungguh ujian Allah padanya.

Hadiah Syurga menjadi ganjarannya.

Huh.

Kita ni baru diuji sedikit sudah rebah tak mampu bertahan

Bagai hilang segala kekuatan.

Namun Syurga pula yang kita idamkan.

Rasa kerdil disisi Tuhan.

Fuhh..peluh besar.

Teringat seorang sahabat pernah kata,
“Semua orang akan dikurniakan nikmat, tapi belum tentu semua diberikan rahmat. Ingat, nikmat itu ujian. Hidup itu pun ujian. Ujianlah yang menjadikan kita hambaNya yang lebih baik. Siapa percaya, dia berjaya. ” -bff-
Jadikan setiap ujian itu hadiah dari Allah. All of difficulties yang kita tempuh ada hikmah. Semua itu untuk preparation for our future. Setiap ujian buat kita kuat. Man jada wa jada!

Percayalah, kamu istimewa dipandanganNya cause YOU’RE THE CHOSEN ONE!
—————————-

Syukur.

Alhamdulillah.

Fi hifzillah.