Thursday, March 28, 2013

Sujud 3 kali?

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!


Errr, sujud 3 kali? kenapa aku sujud 3 kali? kenapa? kenapa? Okay, kisahnya bergini. Masa tu aku darjah 4 kot. Telah masuk waktu solat asar, maka kami sama-sama bersolat berjemaah setelah berwuduk. Hehe, aku solat lambat sedikit daripada mereka oleh kerana... *err, aku pun tak ingat* Sowkay, yang penting aku solat lambat sedikit daripada mereka. Then, aku solat lah. Berjemaah. Cuma! Aku tergopoh-gopoh solat sampai sujud 3 kali. Haihhh. Masa tu baru darjah 4 der! Ustazah tegur.. *muka sedih* dah lah ramai orang kat situ. Semua orang pandang aku. Dapat tak korang bayangkan muka aku macam mana. Merah der... Huhu, tapi.. melalui kesalahan aku belajar sesuatu yang baru. Yelah, aku kan budak baru belajar... *senyum kelip-kelip mata*
Bila seseorang terlambat mengikuti solat berjamaah, hendaklah ia segera melakukan takbiratul ihram, lalu berbuat mengikuti imam sebagaimana adanya. Bila imam sedang duduk, hendaklah ia duduk, bila iamam sedang sujud iapun harus sujud; demikian seterusnya. Apabila imam sudah memberi salam, hendaklah ia bangun kembali untuk menambah kekurangan raka’at yang tertinggal dan kerjakanlah hingga raka’atnya memenuhi.
 Hah, korang pun dah dapat sesuatu yang baru kan? Walaupun takdelah baru sangat cumanya. Peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk kalian. InsyaAllah. Ehem! U'oll's dilarang mencontohi perbuatan aku ya? Faham? Kalau tak faham sudaaaaa... 
Rasulullah s a.w. bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu mendatangi solat, padahal imam sedang berada dalam suatu sikap tertentu, maka hendaklah ia berbuat seperti apa yang sedang dilakukan oleh imam”. (HR Turmudzi dan Ali r.a. )

No comments: