Thursday, March 28, 2013

Sujud 3 kali?

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!


Errr, sujud 3 kali? kenapa aku sujud 3 kali? kenapa? kenapa? Okay, kisahnya bergini. Masa tu aku darjah 4 kot. Telah masuk waktu solat asar, maka kami sama-sama bersolat berjemaah setelah berwuduk. Hehe, aku solat lambat sedikit daripada mereka oleh kerana... *err, aku pun tak ingat* Sowkay, yang penting aku solat lambat sedikit daripada mereka. Then, aku solat lah. Berjemaah. Cuma! Aku tergopoh-gopoh solat sampai sujud 3 kali. Haihhh. Masa tu baru darjah 4 der! Ustazah tegur.. *muka sedih* dah lah ramai orang kat situ. Semua orang pandang aku. Dapat tak korang bayangkan muka aku macam mana. Merah der... Huhu, tapi.. melalui kesalahan aku belajar sesuatu yang baru. Yelah, aku kan budak baru belajar... *senyum kelip-kelip mata*
Bila seseorang terlambat mengikuti solat berjamaah, hendaklah ia segera melakukan takbiratul ihram, lalu berbuat mengikuti imam sebagaimana adanya. Bila imam sedang duduk, hendaklah ia duduk, bila iamam sedang sujud iapun harus sujud; demikian seterusnya. Apabila imam sudah memberi salam, hendaklah ia bangun kembali untuk menambah kekurangan raka’at yang tertinggal dan kerjakanlah hingga raka’atnya memenuhi.
 Hah, korang pun dah dapat sesuatu yang baru kan? Walaupun takdelah baru sangat cumanya. Peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk kalian. InsyaAllah. Ehem! U'oll's dilarang mencontohi perbuatan aku ya? Faham? Kalau tak faham sudaaaaa... 
Rasulullah s a.w. bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu mendatangi solat, padahal imam sedang berada dalam suatu sikap tertentu, maka hendaklah ia berbuat seperti apa yang sedang dilakukan oleh imam”. (HR Turmudzi dan Ali r.a. )

Monday, March 25, 2013

Molicious Giveaway By Nurul Ezatee

Assalamualaikum!
klik banner untuk join GA ohcem! xD

Tidur cara junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w..

Assalamualaikum.
Masha Allah...tidurnya seorang hamba Allah yang aku kagumi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz..aku sendiri tidur tak macam tu..tidur cara junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w...
ketua kerajaan sesebuah negeri yg takda masalah tidur di atas karpet atau tikar(lebih2 lagi di masjid) tanpa ditemani atau diupah seorang pun pengawal peribadi....
benarlah, kemuliaan itu suatu yg datangnya dari Allah, begitu juga kehinaan..jika Allah berkehendak dia jadi mulia maka seluruh manusia berhimpun utk menghinanya, dia tetap dgn kemuliaannya...jika Allah berkehendak dia jadi hina maka seluruh manusia berhimpun utk memuliakannya, dia tetap dgn kehinaannya....

Sunday, March 24, 2013

Sudikah awak?

Kau lah imamku, kau lah makmumku. Tapi perangai tak macam imam dan makmum pun. Sweet-sweet jugak, persediaan jangan lupa. Berkasih sayang tak salah. Yang salah perbuatan kasih sayang itu diluahkan dalam bentuk maksiat .Nak mengenali pasangan ada banyak cara. Merisik, gune orang tengah, tunang. Yang pentig takl perlu couple mouple xD
*note to self* 

Sempoi Giveaway by Aliya Tralala

Assalamualaikum!
klik banner untuk join! xD

Heyyyoo! 
Jemput join GA ohcem! 




First Giveaway By Anis


FIRST GIVEAWAY ini berlangsung selama sebulan dari 25.03.2013 hingga 24.04.2013 . 
Para sponsor :
Aimi Rahim | Eyna | Fifi | Syahira | Kak Ain | CikGadis | Izzati | Precious Cla | Aien | Ismah |  Anaziah Online Boutique Anaziah Baby & Kidswear  | BK


Hadiah :
Mousepad ( Design sendiri ) Mug ( Design sendiri ) | Jubin hiasan  ( Design sendiri ) | T-Shirt Running man Saiz L | Header | Bookmark + Topup RM5 | Topup RM5 + Bloglist | Topup RM5 + Bloglist | Topup RM3 |    2 Felt Bookmark + 2 Vector | Topup Celcom/Maxis RM5 | Topup RM10 | Novel | Brooch Ribbon | 1 Pakaian wanita dari Anaziah Online Boutiqe | 1 Headband dari Anaziah Baby & Kidswear .


Apalagi , Jom memeriahkan lagi GIVEAWAY ni . Support Blogger :)

1 GIVEAWAY by ARA CRAFT

Assalamualaikum!
klik banner untuk join! xD



Mini Giveaway Aisyah Humaira'

Assalamualaikum!
klik banner untuk join! xD

Friday, March 22, 2013

Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com



NAILI SHOPPE : Kedai Online Termurah Di Pasaran

Naili Shoppe merupakan pemborong, pengedar dan penjual pelbagai produk kecantikan, kesihatan, tudung (bawal, labuh, ratu), stoking buluh, shawls serta pelbagai jenis aksesori bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Naili Shoppe ini ialah D’Herbs, Anugerah, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Nurbeautyline, Fellina, Megah Perawan, CocoaCollagen, Avail, Pamoga - Vida Beauty, Beauty Umairah, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Hijrah, Smartherbs, Pompure, D’Qistee, Produk Sunnah, Jerslin, Jamu Ratu Dara dan banyak lagi.

PEMBELIAN SECARA ONLINE AMAT DIALU-ALUKAN

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
Puan Naili : 013-3913 349
Emel  : nailishoppe@gmail.com

Alamat Premis :
Naili Shoppe
T00-UF2, Blok C
Pangsapuri Putra Damai
Jalan P11E Presint 11
Putrajaya

Business Hours :
Isnin – Jumaat ( 10 pagi – 9 malam )
Sabtu – Ahad ( 10 pagi – 8 malam )


Syarat Penyertaan Giveaway
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Like Fanpage NailiShoppe dan Add To Circle Google+ Naili S
  3. Like Fanpage Keledek Pedas dan Add To Circle Google+ Dennis Zill
  4. Buat entri bertajuk Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
  7. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
  8. Giveaway ini akan berlangsung dari 12.01 pagi 23/3/2013 sehingga 11.59 malam 7/4/2013

Hadiah Giveaway - Wang Tunai Berjumlah RM 200.00
  • Pertama : RM 40 X 1 orang
  • Kedua : RM 30 X 2 orang
  • Ketiga : RM 20 X 2 orang
  • Keempat : RM 10 X 6 orang

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh Naili Shoppe dan Mykeledek dengan kerjasama Mialiana.com

GIVEAWAY GOSSIP GIRL

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join! xD

Syarat-syarat!
  •   X perlu entry berjela
  •   Kopipes dan komen sahaja
  •   Tunggu tarikh pengumuman hadiah anda
  •   Hanya follow dan like AQOUSTICA ZATI

HADIAH
  • SATU NOVEL "SEMILIR CINTA"
  • 5 RIBBON BROOCHES
  • 5 HEART BOOKMARK CORNER + 10 STICK BOOKMARK
  • 20 LAMINATED BLOGGER BOOKMARK
  • 9 LOLLIPOP ICE CREAM


50 PEMENANG 


*SEMUA PESERTA AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BLOGLIST + hadiah penghargaan sebab join. p/s : x mahal pun.
------------------------------------------------------------------

  • WARDROBE CLEARANCE - SHAWL, PASHMINA, TUDUNG BAWAL
  • WARDROBE CLEARANCE - NOVEL

Err, saya tak pandai nak letak BANNER GA di sidebar.. Maaf yaaa!

Qamraa Boutique

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik gambar untuk join contest! xD

Hey you oll's! Cantik kan baju ni? Cantik sangat! Sangat-sangat! 
Semua baju dia comel-comel belaka! Kan? Seeeeeee! Haha!
Okay, tata! 

Thursday, March 21, 2013

BERGANTUNG PADA BERUS GIGI?

Bismillahirrahmanirrahimm... Assalamualaikum!
*take note!*
Usahlah kita hanya mengharapkan bantuan sesama manusia dengan mengetepikan usaha sendiri. Yang utamanya, kita mesti berusaha, kemudian berdoa, yang disertakan dengan tawakal. InsyaAllah.. ~~^_^~~

Ayah, SOLEHAH kah Aku Untukmu?



Sering sahaja kita membaca tentang bagaimana menjadi isteri solehah untuk suami soleh  Namun, jarang kita bermuhasabah, adakah kita telah berjaya menjadi yang solehah untuk insan yang selayaknya king of our heart  kita iaitu seseorang yang bergelar ‘ayah’.

Tahukah atau sedarkah kita, selagi kita tidak berkahwin. Ayah kita lah yang menanggung segala perkara yang bersangkut paut dengan diri kita sehinggalah ke dosa-dosa kita? Ayuh.. Kita mula renung-renungkan..

Pernah atau tidak kalian bayangkan suatu hari yang sangat damai.. kalian akan akan mendapat berita yang ayah kesayangan kalian telah pergi buat selama-lamanya? Tanpa sempat kalian menyatakan maaf buatnya. Tanpa sempat kalian mendengar kata-katanya buat kali terakhir dan tiba-tiba kalian di beritahu yang ayah kalian telah pergi untuk selama-lamanya dari dunia ini. Allahu Akhbar. Saya jamin dan yakin seperti ingin gugur jantung kita di saat itu.
“ dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu Yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai Segala Yang kamu kerjakan.” Al munafiqun:11 
Pasti. Dan amat pasti. Kematian seseorang yang bergelar ayah itu akan berlaku. Persoalannya, sudahkah kita menjadi anak yang soleh dan solehah untuk beliau sebagai bekalannya di alam kubur sana?

Ingat kah kita tentang hadis ini, daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).

Suka untuk saya menyatakan usah kita hanya sibuk untuk menjadi soleh/solehah buat suami/isteri atau bakal suami/isteri. Namun, berusahalah dan kejarlah juga ciri-ciri untuk menjadi yang soleh dan solehah buat kedua ibu  bapa kita. Kerana mereka  yang sangat-sangat berjasa dalam kita membina kehidupan di muka bumi ini.

Di akui kita juga manusiawi. Lumrah alam manusia sentiasa terjerumus atau terjatuh dalam lembah kehinaan sang syaitan. Namun, ayuhlah sama-sama kita muhasabah sentiasa bagaimana cara untuk kita menjadi anak yang soleh dan solehah buat kedua ibu bapa kita supaya doa kita diterima sebagai ‘bekalan’ untuk mereka di ‘sana’.

Tujuan apa untuk kita menjadi solehah?
Buat muslimah yang di kasihi. Ayuhlah kita mengingatkan kembali diri kita. Tujuan apa untuk kita menjadi solehah? Adakah semata untuk mendapat suami soleh? Sedangkan telah-telah kita mempunyai seorang kekasih sejak azali yang bersama-sama berdampingan dengan kita. Kita juga turut perlu menjadi solehah buat ayah kita. Kerana kita hanya punya satu ayah.

Lagi-lagi jika ayah kita telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya kerana berjumpa dengan penciptaNya. Subhanaallah. Bagaimanakah nasib beliau di sana? solehahkah kita untuk beliau? Adakah doa-doa kita untuk beliau sama seperti doa-doa kita buat bakal suami kita atau suami kita?

Cuba hayati bait-bait nasyid ini :

“ketika berjauhan

Masihku rasa hangat kasihmu ayah

Betapaku rindukan redup wajahmu

Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan

Yang selalu kau pamerkan

Bagaikan tiada keresahan”

Percayalah wahai muslimah. Apabila kamu berusaha menjadi yang solehah untuk ayahmu. Secara automatiknya kamu juga akan menjadi yang solehah buat suamimu. Rijalmu.

Jangan kita menyesal di kemudian hari. Di mana kita merasa teramat rindu untuk menyebut perkataan ‘ayah’ untuk seseorang yang bergelar ayah ketika beliau telah tiada di dunia ini. Jangan kita merasa telah terlambat untuk kita menyatakan kasih – sayang kita kepada beliau. Jangan kita merasa derita kerana telah terlambat untuk kita memohon maaf.

Ayuh, kita renung-renungkan…


Saturday, March 16, 2013

No title lagi, boleh?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum xD

Awat la comel sangat? Menyampah ow.. xD

Tekan sana, tekan sini.. akhirnya!! Fuhhh! Lama kot tak hupdate blog.. Lama sangat! Lamaaaaaa! Huhhhhh~ Alhamdulillah aku menang GA lagi.. Huhu.. Makin semangat nk join GA yang bloggers buat. Baru lepas exam ekcelly.. Huhu. Tadi, singgah blogskin nak edit blog tapi semua comel-comel banget! Geram!Then, tak jadi sebab malas. Huhu.. Kita nak mende uh tapi kita tak mau usaha.. Macam mana hasil nak dapat kan? Haihhh~ *geleng-geleng senyum* 

Berangan jadi duta Safi Balqis lettew. Ngeeee xD


Tatau nak cakap ape senanya. sekadar nak posting gambaq dalam blog yang tershinta (cinta) jerrr~ Ngeh3.. Btw, k.mas, k.maryam, k.dayah, k.aisyah and semua lah kakak-kakak and abang-abang dimana keputusan SPM mareka akan keluar pada Rabu or Khamis *tak pasti* semoga berjaya! Tahun depan giliran saya pula! Doakan saya jugaaa.. InsyaAllah :') Jika dipanjangkan umur kita jumpa lagiiii~ Tata..

Segmen Jom Pilih Hadiah

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join segmen ohcem! xD


Woot2! saya nak novel and peplum
Ehem, sebelum undur diri saya ingin buat harapan... 
saya harap saya menang. Ameeennn~ 
Hehe, *senyum kelip-kelip mata* Aummm!

Thursday, March 14, 2013

I love you for the sake of Allah is only applicable after marriage.

Perempuan, jadilah mahal. Tak mudah didekati, tak mudah dimiliki.
Lelaki, jadilah kebal. Tak mudah tewas dengan nafsu.

Kecewa. Aku juga, remaja akhir zaman.







Tiada apa yang ingin aku katakan saat ini. Cuma.. Maaf ya sahabat andai ada salah silap. Aku sendiri yang terover. Huhu. Terima kasih juga buat k.mas kerana menegur dan menasihati ana. InsyaAllah. Aku cuba perbaiki diri aku. Masih belajar jadi solehah. Doakan saya ya sahabat? xD

Aku suka untuk berkongsi kata-kata ini.
~ ♥ Jadilah wanita seperti Khadijah r.a,Zainab r.a dan Aisyah r.a.
Dan jangan menjadi seperti istri Nabi Luth dan istri Nabi Nuh.
~ ♥ Jadilah wanita seperti wanita ya ALLAH suka melihatnya.
Dan janganlah menjadi wanita seperti wanita yang setan (syaitan) suka melihatnya.
^Please take note folks that ^: I love you for the sake of Allah is only applicable after marriage.
^Note to self^ moga istiqomah ya Husna! insyaAllah...

Saturday, March 9, 2013

Aku seorang MUSLIMAH


‎~ Bertudung labuh bukan kerana sekolah arab bukan kerana anak tok imam or pak ustaz... tapi kerana " Aku seorang MUSLIMAH " dan yang penting kerana menurut perintah Allah ~


Jom2! Pakai tudung labuh deh? xD

Segmen : Ucapan Selamat Hari Lahir buat 'Si Gule' pada 19 Mac

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join! xD

Heyooo! korang, klik senarai hadiah untuk tengok hadiah yang ohsem! Hehehe, mesti punya lah korang nak join kan? Okay, bagi aku 5 minit untuk fikir ayat yang sesuai untuk "Si Gule"...
Assalamualaikum "Si Gule"!!!
*senyum kelip-kelip mata*
Selamat hari lahir! 
Sangilcukahamnida!
Sanah Helwah!
Alhamdulillah, Allah panjangkan umur awak..
Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari esok lebih baik dari hari ni.. :')
Allah selamat kan kamuuuuu pada hari ini... xD
Allah.. Allah..
Alhamdulillah~ xD 
Ehem,  maaf kalau saya tak kreatif.. :D

Friday, March 8, 2013

Big Giveaway By Amirah

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum! xD
klik banner untuk join! :')

Sebelum pi tusyen saya join GA dulu.. xD Hehe.. Sempat lagi kan? Tapi, siyes weyh! Hadiah dia gempak+ohsem! xD 
Sebelum saya undur diri.. Ehem2! izinkan saya membuat harapan.. :')

Saya harap saya menang ini GA! Ameen~
Sekian. Tata!
*senyum kelip-kelip mata* Aummm!

Wednesday, March 6, 2013

MTQSS 2013

Tarik nafas, hembus... Fuhh! Alhamdulillah..

Kat dewan.. Time tengah syok-syok dengar lagu, fon aku pun berbunyi.. Mak call! xD

Mak: Salam, kakak dapat nombor berapa?
Aku: Tak tau lagi, sekarang tengah kat dewan nak tunggu orang PPD sampai.
Mak: Ouh.. boleh jawab tak tadi?
Aku: Hehe, tak boleh laaa... banyak tak lancar *tersengih*
Mak: Lah.. kantoi... *mak gelak*
Aku: *senyum* Alah.. mungkin tahun ni bukan rezeki kakak kut.. Orang lain lah pulak kan?
Mak: Okay, gtg! Assalamualaikum..
Aku: Waalaikumsalam :')

Tahun ni tak tau kenapa nervous.. Huhu.. Terlupa ayat ekcelly.. Tapi, semua boleh la jawab! cuma ada yang terlupa sikit-sikit~ Huhu, tapi takdir.. Aku dapat tempat jugak.. Waktu keluar dari bilik pertandingan sambil turun tangga aku cakap sorang-sorang... *bagi semangat pada diri sendiri*  Husna, kalau tak menang takpe, mungkin tahun ni bukan rezeki kau... *senyum* Just relax and cool.. Allah kan ada xD Ohhha, aku dapat rempat ketiga! *tepuk tangan sikit* Dua kali pun jadilah.. Tap, tap! Alhamdulillah.. Shank yuu untuk mak abah and awak, awak, awak yang doakan saya... Shank yuu Allah..



*macam poyo je.. tak eh? entahlah.. xD*
Kak Mas pesan: Jangan tinggalkan hafalan ni.. Kekalkan, InsyaAllah.. Ada kejayaan menanti :')
Terima kasih semua! Sekian.. Tata.. Alhamdulillah xD

Saturday, March 2, 2013

Giveaway by kak ain & snow

Assalamualaikum! :')
klik banner untuk join!

Okay, u olls! *muka excited* aku teringin giler semua hadiah niiii~ yang paling aku nak teddy bear besar!! Ya Allah... Aku nak sangat! xD Sebab kenapa aku mesti dapat hadiah tu, sebab aku comel! *perasan* And lagi satuuu, boleh sembang dengan dia! Main tumbuk-tumbuk! Keh3.. *mood brutal* Hope, dapat lah salah satuuu.. Ameen~



Semua best-best sokmo!!! xD 

Apa kata nabi?

Assalamualaikum... xD

Friday, March 1, 2013

Tiramisu Cinta

Assalamualaikum!

Bahan-bahan:

250ml Whipping Cream (brand Emborg)

250g Cream Cheese (brand Kraft Philadelphia)

Serbuk Koko (saya gantikan dengan Serbuk Milo)

1 sudu teh esen vanilla

setengah cawan gula castor

serbuk nescafe dan air untuk bancuhan (saya gantikan dengan serbuk koko/milo/vico)

kek span atau biskut ladyfingers

buah strawberry (mengikut citarasa dan kreativiti sendiri)

biskut oreo (mengikut citarasa dan kreativiti sendiri)

Plastic wrapper

Cara-cara:

1. Satukan whipping cream, cream cheese, esen vanilla dan gula castor. Putar dengan mixer hingga sebati bermula dengan kelajuan rendah.

2. Bancuh air nescafe/koko tanpa gula. Lembapkan kek atau biskut tadi (jangan terlalu lembik)

3. Susun kek/biskut dalam cawan atau bekas. Saya gunakan cawan kecil supaya senang nak makan.

4. Lapiskan dengan krim yang diputar tadi.

5. Lapiskan pula dengan biskut oreo yang telah dihancurkan.

6. Lapiskan dengan kek.

7. Lapiskan sekali lagi dengan buah atau boleh juga dengan biskut oreo.

8. Letak sekali lagi lapisan krim. Akhir sekali tabur serbuk koko atau milo.

Susunan tiramisu terpulang pada kreativiti masing-masing.

Segmen yang sangat mudah!

Assalamualaikum..
klik banner untuk join! :')

No title. Boleh? Boleh laaa...

Assalamualaikum! Aumm chakkk! Haha, saya menang GA lagi... Syukur Alhamdulillah... :')