Friday, February 1, 2013

Drama Sahara di boikot hanya kerana seolah olah menghina niqabis dan merendahkan Islam?



Drama Sahara di boikot hanya kerana seolah olah menghina niqabis dan merendahkan Islam? Cuba kalau si free hair buat gitu, ada orang nak pertikai? Hakikatnya sama saja. Dosa tetap dosa. Pengarahnya pun non muslim. Pelakonnya pulak tak berapa nak reti. Tak hairan sangatlah kan. Mana ada tok guru pondok nak jadi pengarah filem/drama? Padahal yang freehair tu lagi dosa sebenarnya. Dah la muslim, dedah aurat, sentuh lelaki ajnabi. Takda pula yang nak pertikai?

Kita memang nampak seolah olah menghina niqabis. Tapi tu mungkin bukan niat dorang pun sebenarnya, semua asbab jahil di atas kejahilan masing masing. Ohha, lebih sesuai dengan perkataan "Jahil murokab." Maaf, ini bukan penghinaan, cuma menyatakan kenyataan. Moga mereka berkenaan di beri petunjuk. Amin ya rabb.

Perasan tak, drama tu di pertikai hanya kerana "niqab". Aurat yang terdedah tu tak nak pertikai? Kemon laa beb. Itu lagi menghina Islam sebenarnya. Serius!See, itu lah cara pemikiran ummat zaman sekarang. Yang free hair boleh buat maksiat. Yang tutup aurat tak boleh buat maksiat, kena jaga adab dan imej. Bukan sebab Allah larang?

Well, mungkin tak semua yang berfikiran macam tu. Tapi kebanyakan yang saya jumpa semua macam tu. Anda rasa?

Ohha. Tiba tiba timbul isu ni sebab ramai orang tanya pendapat saya tentang drama Sahara tu. Saya tak boleh nak bagi pendapat secara detail sebab saya sendiri pun belum pernah tonton drama tu sebenarnya. Cuma sempat tonton promo nya di laman youtube.

Sekian bebelan ringkas yang tak berapa nak ringkas dari sepupu saya.

Antara babak dalam sahara yang seolah-olah menghina niqabis.

1 comment:

azim_3110 said...

sekadar memberikan pendapat.. sememangnya perfileman negara sudah semakin kurang nilai2 islamnya..
maka mereka yang sudah biasa tidak menutup aurat sudah sedia maklum akan kesalahannya..
namun tiba2 mereka(yang membikin filem) mula 'menyerang' dan 'menjatuh'kan nilai2 keislaman dalam kehidupan seorang mukmin.. maka tidak salah lah untuk kita mempertikaikan..
seperti lolipop.. lolipop yang tidak dibalut terdedah dengan kekotoran.. jarang sekali org akan bertanya, kenapa tidak ditutup..
orang akan terus mengambil yang berbalut.. tapi jika orang nampak si penjual membuka gam pada pembalut atau mengoyakkan sedikit pembalut tersebut sehingga mendedahkan sedikit isi lolipop tersebut, sudah pasti org pertikaikan kenapa si penjual buat bgitu??
maka tidak salahlah mereka memboikot kerana mencalarkan maruah mereka yang berniqab.. kita pun dah sedia maklum dengan berpakaian sebegitu seharusnya seseorang akan menjaga maruahnya..
maka tidak sepatutnya dijadikan scene filem yg berlawanan dengan apa yg sepatutnya, walaupun hakikatnya perkara itu tak mustahil berlaku.. its all about sensitivity.. sedikit sebanyak mencalarkan imej seorang muslim mukmin..
bukan sekadar muslim.. allahua'lam.. ^_^