Thursday, February 14, 2013

Drama Cinta Kau Dan Aku Temukan Sara Ali Dan Fizz Fairuz

Adaptasi Novel “Cinta Kau Dan Aku” Temukan Sara Ali Dan Fizz Fairuz Di TV1


Permintaan novel diterjemah ke layar skrin semakin mendapat sambutan hangat. Oleh itu, hari ini kita dapat melihat banyak karya-karya hebat versi drama bersiri dan telefilem yang diadaptasikan daripada novel popular yang sememangnya menjadi trend pilihan penonton masa kini.

Terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut tidak ketinggalan untuk berkongsi sebuah drama bersiri adaptasi menarik daripada novel popular Cinta Kau Dan Aku karya Siti Rosmizah terbitan Buku Prima. Tampil dengan tajuk yang sama, siri Cinta Kau Dan Aku ini menggandingkan watak utama Sara Ali dan Fizz Fairuz di samping Mardiana Alwi, Dynas Mokhtar, Syawal AF dan Mustafa Kamal bakal menemui penonton mengisi slot Arca mulai 15 Februari 2013, setiap Khamis dan Jumaat, jam 10.05 malam menerusi saluran TV1.


Peminat novel ini pastinya teruja menyaksikan lakonan pelakon kecil molek Sara Ali menghidupkan watak Nur Farisya Iman yang dipanggil Risya juga pelakon utama Fizz Fairuzz dengan watak Farish Hakimi. Plot ceritanya berkembang bila mana mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya.

Cerita ni bermula dengan seorang gadis yang cantik, baik dan namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.

Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.

Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.

Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.

Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatahlagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.

Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu? Saksikan kesudahan drama bersiri Cinta Kau Dan Aku hanya di TV1.
Okay okay.. Why yang jadi 'farish' fiiz fairuzz? Huhu.. Papepun, tak sabar nak tonton. :') Korang. Korang. Selamat menonoton jugaaaa~ Malam ni pukul 10.00 di tv1 
SUMBER :')

No comments: