Saturday, February 16, 2013

Cinta itu memang buta!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum!

sekadar gambar hiasan :')

Pagi tadi aku jumpa seorang kawan. Kawan waktu sekolah rendah dulu. Dulu dia berisi sekarang dia dah kurus. Hensem dah orangnya. Suci, berseri je muka. Err.. ni abah yang cakap. Abah yang cakap. Kenapa ea muka dia berseri? Hmm. Abah cakap sebab dia hafal quran. Itulah rahsia yang kini bukan rahsia lagi setelah aku beritahu. Keh3. Okay, kepala aku sedang pening-pening lalat oleh kerana nak tidur tapi tak boleh tidur! Sebab.. *buat muka sedih* tiba-tiba rindu nak sembang-sembang dengan dia. Oh nooo! 

"Husna, jaga hati... Sekarang siapkan diri dulu untuk jadi wanita solehah. Wanita yang cintakan Allah dan Rasul terlebih dahulu sebelum nikah.. Yang taat Allah, Rasul, , mak dan abah... Cintakan mereka terlebih dahulu.. Tiba masanya hadiah tu Allah akan beri jugak... Kun faya kun" sambil tersenyum :')

Owh, renungkan kata-kata ni husna...
Berubah kerana Dia , kita bahagia .
Berubah kerana dia , kita letih .
*insyaAllah, moga Allah redha*
Tapi, aku manusia biasa. Akupun ada perasaan. Perasaan mencintai dan dicintai. Tapi, semua itu hanya selepas nikah. Yang indah semua ada selepas nikah... Maka husna, bersabarlah... Ya, aku bersabar. Sebab umur aku baru 16 tahun dan insyaAllah jika dipanjangkan umur aku akan melangkah ke alam dewasa. Alam dewasa yang penuh dengan tangunggjawab. Tanggungjawab terhadap dakwah jangan lupa ya husna~ Hmm..

Cinta itu fitrah. Cinta itu memang buta. Aku suka ramai orang. Tapi, aku sendiri khilaf. Cukuplah. Aku tegaskan di sini... Cinta itu sememangnya buta. Allah saja yang nampak. Kerana, Allah Maha Mengetahui..

Masih terngiang-ngiang kata-kata abah "Sekarang da hensem dah.. Orang yang hafaz quran pulak tu.. Muka pun nampak suci.. Sesuai dengan kakak.." Errk? Tersentak ow! Hmm.. Sampai tak boleh tidur! Huhu... Tapi, apa salahnya? Doa tu.. Keh3. *mood gatal* Tapi, sekarang sebagai seorang kawan saya harap awak berjaya. Bertemu berpisah kerana Allah.. InsyaAllah..
Walaupun mata tak bertemu.. Tapi doa kita bersatuuu :')

No comments: