Thursday, January 31, 2013

Kelebihan Membaca Surah Kahfi


Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

 Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:
Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Salam Jumaat~ *senyum kelip-kelip mata*

JOM baca surah Al-Kahfi... :)

Tuesday, January 29, 2013

segmen 2013

Bismillahiirahmanirrahim... Assalamualaikum!
Yuhuuuu~ petang ni join segmen! klik banner untuk join :')

Okay, entry yang aku suka----> tips menghilangkan rasa mengantuk dalam kelas biasalah. Pelajar cemerlang macam aku ni *korang yang baca tolong 'amin' kan* :') memang selalu ngantuk. Terima kasih  blog cherry blossom sebab sampaikan tips2 untuk peljar cemerlang macam aku ni. Yelah, aku balik sekolah pukul 2.30. Penat wooo! tak pe, :) yang penting niat ikhlas kerana Allah. InsyAallah... Tapi, entry nie memang kelakar! siyes! Haha. Korang jangan percaya cakap aku tadi. Meghepek je semua! *merepek* papepun, sangat kreatif. Saya suka :)

Friday, January 25, 2013

Sanah Helwah Husna!!

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!

Ehem2! Hari ni birthday aku. Nyanyi la sikit? Please! :')
Hmm. Happy? Tak sangat. Sebab? Sebab mak dengan abah tak wish aku pun... :'( Oh! Sangat sedih! Betul weyh, sedih... *lap air mata* Aku menangis kut! Hmm. Yelah bila sedih mestilah menangis kan? Tapi, ada jugak orang yang tak nangis. Eh, tapi dorang nangis dalam hati kut~ kut lah kan? Hmm. Kenapa ea mak dengan abah tak wish kat aku lagi? Hmm, tak pe laaa... At least, cakap la walaupun tak de mood ke hape ke? Siyes okay! Tahun lepas pun tak wish. Siyes kecik hati! Betul-betul. Hati aku takleh nak besor dah. Hmm. Aduh~ nangis lagi. Aku memang lemah kalau bab perasaan ni. Cepat sangat nak nangis. Sikit-sikit nangis. Bak kata orang jawa cengeng! Huh~ Tarik nafas dalam-dalam! Fuhhh~ Lega? Err, tak sangat... Takpe, nanti kau ngadu puas-puas pada Allah dalam solat. Mane tahu hati jadi lega. Lapang selapang lapang lapangnya! *bukan senapang* InsyaAllah. Dengan mengingati Allah hati menjadi tenang. Ingat tu husna! Ingat sampai bebila tau! Jap2! Tapi kenapa?! Kenapa? Why? Limaza? *rasa macam nak meraung kuat-kuat!* Sedih tau senanye. Hmm. Kenapa? Aku tak jadi anak yang baik lagi ke? Memang laaa... Aku tak mampu nak jadi baik. Tapi aku baik laaa...Hmm. Enough  laa cakap pasal mende ni. Hmm. Anyway, mak abah terima kasih sebab besarkan kakak sampai jadi besar. *takdelah besar sangat* Terima kasih sangat2! Maaflah kalau kakak masih tak dapat beri mak abah kebahagiaan dan kegembiraan. Sungguh! Kakak tak mampu. Maafkan kakak. “Ya Allah, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.” Ameen~ 
Btw, Shank yuuuu kawan-kawan, sahabat-sahabat yang aku cintai kerana Allah. Terima kasih banyak-banyak! I love u olls~ Aumm! Mihmihmih. :D
5 minit kemudian...
Oh okay! Abah wish aku! :) Aku harap apa yang abah cakap tu betul belaka. Nak bagi phone baruuu. Tapi,  aku harap sangat yang aku tak berharap sangat. Emm, korang faham tak? Tak faham sudaaa~  Terima kasih abah!

Tata! *senyum kelip-kelip mata* Cop! Yeah! Aku memang comel~ :')

Wednesday, January 23, 2013

Segmen : + Follower 2013

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join!
Sat2! Perhatian! Tiada tarikh tutup untuk segmen ini. Faham? Tak faham sudaaa... *tetiba jeee*

Followers: 376
Err... Aku senior kut! Kut je... Tapi aku baru form 4. Kiranya senior untuk adik2 (junior) kat sekolah aku la kan? Eh? Amende la yang aku tengah merepek ni? Hehe. *sila abaikan* :')
Saya senior~ blog ini telah beroperasi selama dua tahun sudaaa... Muda lagi! :D jangan risau~ :') Okay? Tata! (^_^)


#2 Giveaway Day Challenge By Nabila Medan

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
Ehem! klik banner ni untuk join!

Hola! aku join sehari sebelum tamt GA ni. Dikesempatan ini saya ingin membuat harapan. Saya harap saya menang ini GA by nabilamedan. Keh3! :')

Oh ya! Today 23.1.2013... Esok hari lahir kekasih kita! :) 24.1.2013
Sanah Helwah ya Rasulullah! :')
Jom kita berselawat! :D

Saturday, January 19, 2013

TIDAK AKAN HANCUR 10 GOLONGAN MAYAT INI


TIDAK AKAN HANCUR 10 GOLONGAN MAYAT INI

-Segala Nabi
-Orang Yang Berperang Kerana Allah (Jihad)
-Orang Alim (Ahli ulama’ Yang Diredhai oleh Allah)
-Orang Yang Mati Shahid (mati ketika berperang menegakkan Islam)
-Orang yang Menanggung Al-Quran (Orang yang Menghafal ayat-ayat Al-Quran)
-Raja Yang Adil
-Tukang Azan (Bilal yang azan selama 12 tahun harus masuk Syurga)
-Orang yang mati Ketika Nifas (orang yang mati bersalin)-> Kelebihan para Ibu
-Orang yang dibunuh dengan zalim
-Orang yang mati Hari Jumaat @ malamnya (jumaat)

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 3:185) -n.i-

Ya Allah, sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga-Mu. Namun... tidak pula aku sanggup untuk ke neraka-Mu. Kau ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun. :')

Listen! Listen! LIsten!

Assalamualaikum,
Dear blog,
Subhanallah~ comelnya! Kartun je pun kan... bukan jepun. Tapi aje pun -.- bukan apa. Saje je aku letak.

Title entri hari ni tak dak kene mengena dengan title yang aku buat tuh. Wah! Pelik tapi... menarik! Eh? *pape jela.* Tadi aku baru lepas tengok forum ape tah kat youtube. Listen! Listen! Listen! Aku tak faham la sebenarnye. Hmm. Nanti aku nak tanya kawan aku yang study kat UUM lah. Pelik senanya. Okay, dah dah la cakap pasal mende alah ni. Terpinga pinga di depan laptop. Jari menari nari kosong di ruang keyboard. Seolah olah tiada hala tuju. Ah! Hoho. Bila ada mende nak diceritakan masa tulah aku tak boleh bukak pc. Bukan apa, homework sekolah pulak manyak. Dah tu, penat pulak... Hmm. Aku sebenarnye tak de mende pun nak cakap. Tapi, aku akan cuba jugak cakap somethin'. Tak kisahla pasal apa pun kan.

♥ Tak cantik takpe, yang penting aurat terjaga. Tak bergaya takpe, yang penting hati terpelihara. Tak menarik takpe, yang utama hubungan dengan ALLAH mekar sentiasa ♥<---- tetiba plak, tapi takpe. Peringatan untuk diri aku juga.



Ala bizikrillahi tathmainnul quluub 
Dengan mengingati Allah hati Kita kan tenang.. :)

Awak2, ayat ni lah yang awak selalu tekankan (ingatkan) kat saya time saya sedih. Eh awak! Kenapa bila saya tengok budak cina kat sekolah saya mesti saya ingat tu awak. Tahun lepas pun! Tahun lepas pun ada. Tahun ni pun macam ada. Hehe. Macam-macam pulak aku ni. Entahlah... aku sendiri pelik! Kenapa ea? Husna2~ *geleng-geleng senyum.* Eh? jap-jap. Nama awak dah nak dekat-dekat dengan... Bukan nak dekat. Tapi memang dah dekat! Apa nie main dekat-dekat? Haiseh! Awak! saya rindu sangat nak dengar ayat power awak. Tapi kan? Tapi kan? Ayat-ayat suci dalam al-Quran lagi power tau! insyaAllah... Moga aku istiqomah. 

Awak2! Jom kita istighfar sama-sama neh! Astaghfirullahalazim~

Wednesday, January 16, 2013

‎[Kisah Benar] Kerana dia seorang Ayah



Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya,
 "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.


Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...


Jangan kerana sepasang mata, kamu diazab oleh Allah..


sekadar gmbr hiasan

Seorang sahabat bernama Nurul Aishah (wakil niqabis) meluahkan rasa kecewanya:
kata-katanya begitu telus melampirkan rasa kekesalan pada mereka yang tidak bertanggungjawab..

Tngkap gmbr pakai shawl skli ngn purdah.. konon2 mcm balqis dlm cite warkah cinta.. then uplod kt fb.. gmbr tu lak fokus kat mata.. sbb mata cantik.. ramai2 la lelaki yg alim2 kucing ni komen.. :

"mata itu..sy kenal.."
"subhanallah..wanita solehah..calon isteri ni..",
"alangkah indahnya ciptaan Allah.." ,
"cantiknye mata.. " dll laaaa... -__-

pasti gadis konon2 niqabis ni pon balas..
"semuanya milik Allah.."
"terima kasih..mata sy Allah yg bagi.." Dll

Allah.. jgn kerana kamu sorg, kamu jatuhkan maruah niqabis yg betul2 bpurdah krna Allah.. kasihan la kat mereka.. kerana kamu, masyarakat memandang serong pd mereka... :'(

ingatlah, di padang masyar kelak, semua anggota tubuh badan kamu akan menjadi saksi ats segala dosa n pahala yg kamu lakukan..contoh, mata..kelak mata tu sendiri akan berkata2.. "kerana aku, ramai lelaki yg terpikat.. aku telah menjadi fitnah kpd mereka.." fikirla..masa tu matahari hanya sejengkal atas kepala..jgn kerana sepasang mata, kamu lupe semua itu hnya pinjaman.. jgn kerana sepasang mata, kamu diazab oleh Allah.. allahurabbi.. nauzubillah..

wanita itu aurat..wanita itu fitnah.. sekalipon kamu pakai purdah, lelaki ttp tpikat...buang la gmbr tu.. wanita solehah akan berasa sgt terhina andai dia menjadi bahan pujian oleh yg bukan mahramnya.. dia takot akan fitnah yg ada pd dirinya..

kalau kamu terasa, Alhamdulillah... Selagi ada waktu, berubahlah.. pesanan diri ana juga.. :')

Sunday, January 13, 2013

Segmen Cabaran Mengumpul Blogger Seramai 1500!!

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum! :')
klik banner untuk join! :D

Awak follow saya, insyaAllah saya follow awak balik. Lalalalala~

Huda Syafiqah 's 1st Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum! :')
klik banner untuk join! :D
senarai hadiah-hadiah GA ni siyes ohsem! :D

saya tag: cantikhensemcomel

Saturday, January 12, 2013

Bukan Serapuh Daun Maple

Ni novel yang aku tengah baca~

Assalamualaikum,
Dear blog,

Hari ni tak nak cakap pasal sesiapa... Takkan tiap kali aku buat entri aku nak cakap pasal love story again? Jemu laaa~ Aku yang baca pun jemu. =p Keh3. Btw, aku tengah baca novel ni... Cerita dia siyes banyak sangat pengajaran. Korang yang suka beli buku novel jiwang macam aku beli laa... Hehe. Menarik sangat! Tapi geram! Hoho! Novel ni buat aku nak belajar pi luar negara. So, start from now, kena lah rajin belajar~ jangan malas-malas! *buat muka garang* Keh3. 

Oh yeah! hari ni aku tak sihat. Macam demam. Tapi... entahlah. Aku tak larat. Tapi rajin pulak aku hupdate new entri kan? Hehe. Bukannya apa, aku tengah cari bahan rujukan untuk karangan. Tajuk karangan yang cikgu bagi "Faktor-faktor permainan tradisional dipinggirkan". Ouh okay, gtg! *kepala tengah pusing-pusing! fening-fening~* 

Mungkin Allah bagi aku sakit untuk aku menghargai hari-hari bilamana aku sihat sejahtera dengan izin Allah. Alhamdulillah. :') Ya Allah, panjangkanlah umurku supaya aku dapat menjadi anak yang solehah dan bermanfaat untuk mak dan abah. InsyaAllah. Ameen~ :')

Thursday, January 10, 2013

Muka-muka~

Assalamualaikum!
Dear blog,


Okay, tadi tangan aku gatal sangat nak tengok gambar dia kat fb. Whoaaa! Subhanallah~ :') *senyum kelip-kelip mata* muka dia sama sangat2 dengan abah. Ada la iras2 sikit. Tapi, tu ke sebab aku suka dia? Hmm... Jaga hati Husna~ suami je yang layak untuk dapat cinta aku. Ya Allah... Bantulah hambamu...

Eh awak! shy-shy cat pulak! Auw chakkk! Keh3 :p

Cinta DIA lebih berkuasa drpd cinta gepren dan boipren, bantulah hambamu ini agar tidak lagi terlajak pada cinta yang bukan2 lagi yang me'laghakan... :) <----- copy n paste from kak Anne yang giler awesome! Harap aku boleh jadi se-awesome kak Anne! Menjadi muslimah yang taat kepada Allah dan Rasul dan tidak  lagi terjebak dengan percintaan yang me'laghakan. insyaAllah... kak Anne boleh, mesti aku boleh! Kawan-kawan pun boleh! Put your trust in Allah~ :') Hari esok mesti lebih baik dari hari ini!

Tak perlu la nak jeles dengan pasangan-pasangan
yang bermesraan, yang sering berjumpa
berpegangan tangan....
Sepatutnya kita bersyukur kerana ALLAH
melindungi kita daripada terlibat dengan
kemaksiatan Dan Haram sedemikian... Alhamdulillah...♥ (copy n paste from fb) 
Aku harap Allah masih melindungi akuuuuu. Aku bukan wanita Solehah, tapi aku sedang menuju ke arah itu. Aku memang tak baik, tapi aku cuba jadi baik. Aku cuba! bukan aku tak cuba... Doakan aku. Setiap yang berlaku Allah telah aturkan. So, think positive :) Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya! (^_^)
Now, insyaAllah... i'm in a relationship with Allah. Couple with Allah . Engaged with iman . Married with hidayah and InsyaAllah forever in Jannah ♥ (^_^)
Sayang mak, sayang abah! Btw, semalam aku tak boleh tidooo~ *tiba-tiba jeee :D*

Wednesday, January 9, 2013

#Wordless Wednesday!

Bismillahirrahmanirrahim...
Dear blog,

9/1/2012
Dah berapa minggu aku sekolah semuanya Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Jap2, aku kira dah berapa minggu aku sekolah. Seminggu setengah kut~ Entahlah, aku malas nak kira. Weee~ :D Semalam aku nangis. Nangis sebab apa itu kau tak perlu tahu. Tapi, aku sedih sangat! Siyes aku nangis macam bebudak. Bukan bedak! Kau tau tak? Budak-budak! Korang bayangkanlah budak-budak nangis macam mana kan? Entah kenapa tiba-tiba bila rasa sedih je aku rindu nak mengadu semuanya dekat awak,awak dan awak. Awak je yang boleh bagi kata-kata yang semacam power! Seperti dunia ni ana yang punya lah! *pinjam ayat  p.ramlee*  Macam yang aku cakap sebelum nie semangat tu Allah yang bagi. Mereka yang ada keliling aku cuma membantu. Alhamdulillah~  Mungkin ada hikmahnya :') betapa indahnya meluahkan rasa pada-Nya. Kerana Dialah Ar-Rahman, Dialah Ar-Rahim. insyaAllah... Aku rasa lebih berkeyakinan tinggi setinggi gunung kinabalu. Eh? Pape je laaa~ Eheee, padahal seciput jee. Btw, Don't Forget Allah... Praise your hand and say Alhamdulillah. Tersenyum lah wahai husna yang comel~ Senyum sokmo keyh! :) *korang jangan nak termuntah pulak, kita perasan kat sini jeee! :') sambil tangan buat peace~*

Oh Yeah! InsyaAllah... Aku dah mula minat nak belajar Fizik. Macam yang aku pernah cakap sebelum nie aku ambik sub sains kan? Tapi, aku rasa macam tak pernah belajar Chemistry pulak! Tak pelah, apa yang nak jadi pun jadi lah yang penting jadi! InsyaAllah... Doakan aku kawan-kawan baru dan lama yang aku cintai dan sayangi kerana Allah. InsyaAllah, aku juga akan mendoakan kalian. Semuanya dengan izin Allah. :')


SAHABAT,,tolong pegang erat tangan saya..insya Allah..saya pegang erat tangan SAHABAT..kerana ingin membina rumah di JANNAh..barakaLlah.. :)

Friday, January 4, 2013

22th Birthday GiveAway

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
tick banner untuk join! :')
Giveaway ini akan tamat pada 22 February 2013
Pemenang akan dipilih menggunakan random.org dan top referral berdasarkan stats blogger.
Korang klik----> Hadiah Awesome! untuk tengok hadiah-hadiah yang sangat awesome! Haha!




Thursday, January 3, 2013

1st New Year Giveaway by SD

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik lah banner kalau terasa nak join :')

Agak pening kepala jugak nak follow semua sponsor. InsyaAlah, semua dah follow. 

Saya tag ComelCantik

Sebiru Hari Ini

Auchhh! Hati aku patah! Sakit owww~ *bukan aku, takde kene mengena dengan aku* tapi orang lain :')

Yang aku tau kau ada crush. Betul ke? Hancur lah harapan aku selama nie. Eh? aku ada harapan kat dia ke? Okay, tak penting. *merepek je semua tu*
Wanita tak seharusnya menjadi bulan yang dengan mudah dilihat semua lelaki. Tetapi jadilah matahari yang silaunya akan membuat lelaki tertunduk sebelum memandangnya.
InsyaAllah peringtan untuk diri aku juga... Menaip entry ni sambil dengar lagu Sebiru Hari Ini from Edcoustic. Terharu kot lagu nieee~ aku mula suka lagu nie after balik dari kem Himpunan 1000 jiwa 1 hati.
Tahun nie masuk form4 aku sama class dengan... argh! tak penting kut nak bagitahu sebab dia pun pelajar yang nak belajar juga macam aku. heeee~ Aku ambik sub sains. Pelajaran ICT menjadi pilihan aku. Mujurlah ada geng. Aku tak ambik perinsip akaun sebab... Entah! Aku punya pasallah nak belajar yang mana. Keh3. Akcelly, aku lemah pelajaran sains nie. Boleh mohon, tapi aku malas. Weeee~ Tak tau sebab apa. Time tuu, penat giler! Andai itu takdirnya, aku pasrah jela. Hope, dapat la cover semua subjek yang aku ambik. Aku tak kira lagi berapa subjek yang aku ambik. Tapi, nak kata banyak tu banyak jugak. Err, guano ni ea? InsyaAllah... Umat Islam sentiasa boleh. Husna dan kawan-kawan pun insyaAllah boleh! *Faham tak? tak faham tak jadi masalah k.bai*    {Disini saya selitkan juga lrik lagu yang korang tengah dengar.}

Lirik Sebiru Hari Ini
Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Illahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Hadis Rasulullah Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join! :')      

  Birthday adik yang buat GA nie sama dengan birth date aku! Sanah Helwah Sayang~ 
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).        
  •  Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.        
  •  Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.        
  • Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".         
  •  Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.    
  •  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.       


Peringatan untuk diri saya dan juga kalian yang membaca :') 
Saya tag Sayang, Comel, Cantik. Hehe... :')

CONTEST BLOG PALING CANTIK 2013

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join! :')

Jap2 Blog aku cantik ke? scroll sana, scroll sini sambil gosok-gosok mata. Eh? Aku rasa blog aku je yang paling cantik! Hehe... *perasan jap*  btw, Bittaufiqi wannajah untuk aku and untuk korang yang join!

Due date: 30 Januari 2013
Cepat-cepat! :')