Saturday, December 29, 2012

Berita:Siswi lemas



*Bismillahirrahmanirrahim... Bila baca berita ni tadi, aku muhasabah sendirian. Allah boleh suruh malaikat ambil nyawa hambaNya bila-bila masa jeee tak kira tempat dan masa. Dalam hati aku meluahkan perasaan syukur yang tidak terhingga kerana masih diberi peluang untuk menjadi anak yang bermanfaat untuk mak dan abah. Syukur Alhamdulillah...  Ucaplah Alhamdulillah bagi yang masih diberi peluang olehNya untuk hidup agar menjadi orang yang lebih baik dan bermanfaat untuk orang lain...* Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga tabah dan sabar di hari yang akan datang. InsyaAllah... Al-Fatihah...

JOHOR BAHRU: Sudah ajalnya apabila seorang penuntut perempuan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, di sini, yang juga ahli Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Laut, lemas ketika mandi bersama beberapa rakannya di kolam renang universiti itu, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku pada jam 6.45 petang apabila Siti Izzati Hasim, 19, yang juga penuntut tahun pertama jurusan Kejuruteraan Biosains, mandi bersama lima rakannya.

“Mangsa yang berasal dari Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur ditemui di dasar kolam. Siasatan awal mendapati mangsa berada di kolam bersama rakannya sejak jam 5.15 petang.



“Pada jam 6.45 petang, rakan mangsa mendapati Siti Izzati hilang daripada pandangan mereka dan cuba mengesannya di kolam itu dengan bantuan pengawal keselamatan.

“Rakan mangsa terkejut mendapati Siti Izzati berada di dasar kolam renang sedalam lima meter. Jenazahnya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk bedah siasat,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Sukan UTM, Armadi Ahmad berkata, mangsa yang juga ahli Palapes Laut UTM kerap berlatih berenang di kolam berkenaan.




“Kami tidak tahu punca mangsa lemas. Ia bukan kali pertama mangsa berada di kolam itu memandangkan dia kerap berlatih di situ.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian, ia bukan sesi latihan kerana biasanya kolam dibuka jam 4.30 petang dan ditutup jam 6.45 petang,” katanya.


No comments: