Sunday, November 18, 2012

Sedih|Bayi 11 bulan maut dikelar bapa kandung...


Bismillahirrahmanirrahim...

Kuantan: Seorang bapa dipercayai di bawah pengaruh dadah mengelar bayi perempuannya yang berusia 11 bulan 20 hari, di sebuah rumah di FELDA Panching Selatan, dekat sini, malam kelmarin.

Leher Nur Amirah dikelar menggunakan senjata tajam dalam bilik tidur sebelum disedari ibunya Suzie Jarip, 26, dan neneknya Noriyah Wan Yaacob, 48, yang juga ibu suspek.

Menceritakan kejadian jam 9.30 malam itu, Wan Noriyah berkata, beliau sedang berbaring di ruang tamu rumah, manakala suspek di bilik bersama isteri serta Nur Amirah dan seorang lagi anak mereka, Muhammad Al Amin yang berusia dua tahun, apabila dikejutkan dengan jeritan menantunya.


“Sebelum kejadian, Suzie keluar bilik sebentar untuk mengambil air di dapur, tetapi apabila masuk semula dia terus menjerit dan meraung sejurus melihat Nur Amirah terbaring atas tilam berlumuran darah di lehernya.

“Nur Amirah ketika itu sudah tidak bernyawa dan bapanya seperti dirasuk, masih memegang pisau dan seolah-olah tidak menyesali perbuatan itu.

“Ketika ditanya kenapa melakukannya, dia hanya berkata lebih baik dibunuh sebelum orang lain mengambil anaknya,” katanya.

Wan Noriyah tidak menyangka anak kedua daripada tujuh beradik itu sanggup melakukan perkara itu terhadap anak sendiri.
“Dua tiga hari sebelum kejadian, dia bersikap pelik dan kelihatan gelisah selain beberapa kali dilihat membawa serta mengasah pisau berkenaan.

Bila ditegur kenapa bersikap demikian dan membawa senjata, dia hanya berkata ada orang mahu melarikan anak dan isterinya serta mengganggu keluarganya, katanya.

---------------------------------------------------------------------

korang da baca? terkejut tak? sedih? yesh, memang sedih+terkejut giler! mungkin orang akan cakap "Alah, bende nie biasa laaa... dah berapa kali keluar kat akhbar2 tempatan tak kisah la kat mana pun... perkara normal... lagipun macam kita tak biasa tgk ibu kandung bunuh anak dorang sendiri" tengok? Astaghfirullah~ Haiwan pun lagi sayang kat anak dia nie pulak manusia yang ada otak. huhu... kalau lah kita berada pada zaman terdahulu zaman nabi SAW perkara macam nie psti jarang2 akan berlaku. Malah pasti tak akan berlaku. Belum lagi cerita pasal saudara2 kita di Gaza? israel laknatullah membunuh saudara kita di palestin dengan kejam! Senjata yang mampu aku berikan adalah Doa. Keamanan dan kedamaian! Doa yang insyaAllah pasti akan terkabul jua dengan izin Allah.

Orang Malaysia nie nak kata baik memang baik kebanyakannyalah... tapi, entahlaaa... Allah bagi dorang akal fikiran pandai-pandai lah dorang menilai. Isu akidah memang panjang kalau nak cerita. Hmm, tak perlulah aku nak panjangkan lagi cerita sebab apa yang penting sekarang adalah berDOA. Doa senjata orang mukmin. Doa yang membawa maksud:- memohon kepada Allah untuk kebaikan diri sendiri atau untuk orang lain dengan niat dan tujuan yang baik. 

wasalam...

No comments: