Wednesday, October 31, 2012

Sudah cukup sekadar “couple heart” bagi kita….



Entah apa yang menerawang di minda ana tika ini. Hatiku mendesak. Kalamku terkunci untuk berbicara. Hanya tinta yang mencoretkan sesuatu diatas kanvas yang menemani ana disini. Disinilah tempat ana dan akh bersatu. Saling berhubung tanpa suara. Tanpa irama,tanpa senyuman,tanpa saling bergurau senda dan tanpa segalanya. Yang ada hanyalah,mata yang memandang setiap apa yang terlakar diatas kertas putih ini. Memandang diluar kotak minda. Cuba menafsirkan tanpa ada sekelumit pun su’u dzhon dalam hati kita berdua..


Akh,apa khabar dirimu disane? sihat ke? apa khabar pula hati? apakah ada kesan yang terluka andai ada perbuatanku yang khilaf,bicaraku yang pedas? apa khabar pula iman? ana inginkan keimananmu selalu segar. Sesegar bayangan syurga Firdausi yang kite impikan untuk berpimpingan nanti disana.

Ingin ana lontarkan seribu persoalan dan ana ingin sjuta jwapan dari akh. Ana ingin hanya akh yang berbicara. Kerna ana tak jemu mendengarnya. Yang keluar setiap dari lafaz kalimat darimu. Akh tahu? Setiap bicaramu semuanya bermain di jiwa ku. Akan ana genggam setiap baitmu moge2 menjadi inspirasi,penguat semngat kepadaku tika ana terjatuh sakit,menangis keseorangan dan tika saat ana cukup2 memerlukan tazkirah darimu.

Akh,tahukah  apa yang bermain dalam hatiku kini?andai akh tahu mesti akh tertawakan ana kan?hee..tapi,biarlah.ketawalah sekuat manepun yang akh mahu. Kerna itu tak mampu meruntuhkan dan menghilangkan bayanganmu dalam setiap mimpiku.  Akh,ingat lagi tak janji kite? ana kadang2 lupa..tapi,ana cukup2 berharap setiaku pada akh tetap utuh.

Akh,,setiapkali lepas solat,ana berdoa. Berdoa moge akh sihat walaupun ana tak mampu menjagamu. Hanya mampu memandang bayang2 akh dari jauh..yup..sangat2 jauh. Sampaikan ana rase nak terbang je untuk lihat akh disitu.Huu.Akh,lame sangat kite tak berhubung. Sangat2 menduga keimanan ana. Tapi,ana cuba. Kerna ana tahu itu proses tarbiah. Ya Allah,kadang2 ana menangis,susahnya proses mujahadah ini. Kejap menangis,kejap tersenyum. Apakah akh pun dapat merasai kesan keimanan kite? ana yakin akh tidak sesekali pun tersungkur dengan apa yang terjadi. Sebab ana tahu,akh kuat.

Akh,ana cemburu sangat2 tengok sohabiah2 ana..mereka berpasangan dengan betul2 jaga syariat islam.hanya hati mereka je yang berhubung. Kadang2 ana bertanya pada diri ana. Adakah hati kite berhubung jua??

Akh,ana nak kite couple heart boleh?? Ana taknak kite bercouple cam orang len. Bergurau senda..berbicara manja,,berpegangan tangan,saling pandang memandang dan lebih2 lagi saling melepas rindu..

ana nak biarlah hati kite je yang berhubung..boleh tak akh?

ana harap sngat..tapi,ana tahu.mungkin hanya hati ana je yang ada perasaan camni..ana tak kisah..cukuplah akh tahu,bahawa hati ana hanya ada pada akh..Walau kite tak pernah berbicara,jauh lagi dari saling memandang…dan tersangat2 jauh untuk saling mendekati,tapi cukuplah ana tahu..hati akh cukup setia untuk ana..

Salam sayang dari ana.muslimah yang dhaif.ye..cukup2 dhaif dari kesolehan.moge Akh tetap thabat di perjalanan dakwah walaupun hati akh sudah tiada lagi untuk ana..

No comments: