Thursday, October 18, 2012

Sebarkan Bahagia

Assalamualaikum. Bismillah. 
Saya nak share satu artikel dari Ustazah Fatimah Syarha yang saya sangat suka!
Dan saya rasa bahagia bila baca artikel ini. Oh kenapakah? 
Ada la. Muehehe. *jeling senyum*
Apa apa pun, semoga bermanfaat. InsyaAllah. Sebarkan bahagia. :')

Terima-kasih buat wanita paling 'solehah' di dunia iaitu Fatimah Az-Zahra binti Muhammad. 
Beliau tidak rela hidup bermadu. Ayahandanya juga tidak mahu agama 
puterinya terfitnah kerana cemburu. Itu hak beliau yang Islam raikan. 

Terima-kasih juga buat Rasulullah SAW yang tidak memadukan 
Khadijah r.ha ketika tiada darurat yang mendesak hingga 'tidak dimadu' 
menjadi salah satu kemulian Khadijah yang dibincangkan oleh para ulama tafsir dan hadis.

Oleh itu, wanita yang sanggup hidup bermadu, silakan. Tiada paksaan.

Wanita yang tidak mahu mempersulit-sulitkan dirinya dengan hidup berpoligami, 
ada solusinya dalam Islam iaitu hak meletakkan syarat ta'liq ketika akad agar tidak dimadukan suami.
“Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang
mempersulit diri dalam agama kecuali agama akan mengalahkannya.”
(HR Bukhari)
By : Ustazah Fatimah Syarha

No comments: