Sunday, September 9, 2012

Pujuk hati ya?

السلا م عليكم 
بسم الله الرحمن الر حيم
I dunno why tiba tiba nak update pasal ni.
Sebab sejak tak berapa nak menjak ni ramai sahabat sahabat ku
yang ngadu kecewa lah, apa lah yang sama waktu dengannya. Allahu allah.
 Sedeh benor nengok nya. Tahu ianya sakit. Sedih. Pernah rasa. Hehe.
Okay, FORGET IT ! *opss. terCAPSLOCK pulak. >.<
comel tak saya? eh, apakah? >_< okay, abaikan...

Pernah kecewa? Pernah putus cinta? Cinta terhalang oleh keluarga?
Atau sebenarnya yang lebih tepat, memang bukan jodoh.
Ye dok ? :D
Sahabat,
Perasaan kecewa itu menyakitkan. Putus cinta itu sesuatu yang pedih. 
Apatah lagi dikhianati. Okay. Sangat perit. Umpama ditusuk sembilu. *aceeewah
Cinta terhalang oleh keluarga. Ahh! Sungguh ironi. Mengapa dua insan 
bercinta tidak boleh disatukan? Sedangkan kasih sayang itu telah lama wujud.
Maka soal jodoh itu pun timbul. Mungkin dia bukan jodohmu.
 Siapa tahu. Mungkin Dia mahu menguji kamu sebelum Dia memberi
 nikmat kebahagiaan kepada kamu. Kan ?

Benarlah kata-kata “cinta tidak semestinya bersatu”
Kita tidak semestinya akan bersama dengan orang yang kita cintai. 
Tapi, kita akan bersama dengan jodoh yang telah tertulis untuk bersama kita di Luh Mahfuz.
 Kerana Dia lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita. Tak payahlah nak bazirkan 
perasaan cinta tu kepada mereka yang tidak sepatutnya menerima cinta.
 Tak perlu lah nak beri cinta itu kepada sesiapa yang belum tentu jodoh kita. Kan?
Allah ada sebab kenapa tak bagi si dia end up dengan kamu. Ini janji Allah, 
Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.
cuma masanya belum sampai lagi. Sabarlah.
“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang
 tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi "Tentang Cinta"
Bukan senang untuk survive setelah terjerumus ke dalam lembah kekecewaan.
 Ya. Bukan senang. Apatah lagi kecewa dalam soal cinta. Soal hati dan perasaan.
Terasa seolah-olah separuh daripada diri telah pergi. Menghilang entah ke mana. Kan?
 Tapi, percayalah. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri.
Setiap insan akan diuji. Ujian setiap insan itu berbeza berdasarkan 
kemampuan masing-masing. Kiranya hari ini kita kecewa, bukan selama-lamanya kita 
akan kecewa. Allah itu Maha Adil. Takkanlah Dia nak berat sebelah.
 Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. 
So, please don’t be demotivated. Mata yang melihat. Telinga yang mendengar.
 Tidak akan pernah merasakan bebanan yang sama yang dirasai oleh insan yang diuji.
Kerana setiap manusia punyai kemampuan yang berbeza-beza. 
Punyai kekentalan hati yang berbeza-beza dalam menghadapi dan menangani ujian-Nya.
You definitely can face it!
Bersyukurlah dengan ujian ini. Kerana itu maknanya kita berada dalam perhatian-Nya.
 Mungkin Dia mahu kita sedar tentang kekhilafan dan kelalaian kita terhadap-Nya selama ni.
Mungkin kita yang terlalu laju mengemudi perjalanan hidup kita.
Sehingga lupa untuk menoleh ke sebelah. Mungkin kita terlupa, bahawa segala yang berlaku 
adalah dengan izin-Nya. Peringatan bahawa bukan semua yang kita mahukan 
akan kita perolehi dengan mudah. Ada beza antara keperluan dan kehendak.
 Faham bebaik nah. Mungkin si dia itu adalah kehendak kita saja, bukanlah keperluan. 
Siapa tahu. Biarlah kita berhenti sejenak. Merenung masa silam untuk dibuat pengajaran.
 Hiduplah pada masa sekarang. Tidak perlu menilik-nilik apa yang akan terjadi pada masa depan.
Usah terlalu teruja untuk memiliki sesuatu yang belum tentu terbaik untuk kita.
 Kerana kita bukan siapa-siapa. Dia sudah nukilkan yang terbaik untuk hidup kita.
Tinggal kita je yang memilih jalannya.

Hati yang kecewa. Hati yang menderita. Biarlah Allah saja yang mengubati-Nya.
 Titipkan di dalam doa dan rintihanmu kepada-Nya.
 Samaada di dalam solat yang 5 atau tahajudmu. :')
Kekuatan tu tidak akan datang dengan sendiri. Sakit di hati kerana kecewa itu sunnatullah. 
Memang adatlah, apabila kecewa kita akan merasa sakitnya. Mana mungkin jari yang terhiris 
oleh pisau tidak berdarah? Mana mungkin bila mendapat kejayaan kita tidak akan gembira?
 Manusia dilahirkan dengan pelbagai emosi. Tidak adil lah kiranya kita hanya mahu
 merasai emosi yang positif saja. Itu melampau gilaa kot. 
Ulang suara, MELAMPAU GILA! Hahaha :p
Bertabahlah sahabat. Kekuatan, ketabahan, ketenangan, kejayaan malah 
KEIMANAN itu pun kita yang cari. Sudah tentu dengan izin-Nya juga.

Usahlah terlalu lama mengenang kenangan silam yang disangka indah.
 Sehingga menghalang hak kita untuk bergembira dan berbahagia dengan kehidupan kita.
 Cinta manusia bukanlah segala-galanya. Ia akan layu juga andainya tidak 
dibajai dengan cinta kepada Allah. Cinta Allah itu matlamat, 
cinta manusia itu adalah alat untuk menggapai cinta Allah.

Soalan dari sahabat :
"Mengapa sukar untuk lupakan orang yang kita sayang?"
Kerana Allah ciptakan hati yang punya ‘PERASAAN’, 
minda yang punya ‘INGATAN’,
Sebab itu orang yang kita BENCI pun kita INGAT.
Apalagi yang pernah SUKA/CINTA? Lagilah INGAT!

Please move on. Masa dan hidupmu terlalu berharga untuk dibazirkan 
dengan kisah cinta yang tidak ada kesudahan. Times will heal. 
Kamu punyai dunia dan kehidupan yang sendiri untuk dicorakkan.
Berjaya atau tidak adalah pilihan sendiri. Tenanglah, ingatlah bahawa Allah 
sentiasa bersama kamu kiranya kamu rasa lonely yang amat. 
You're never alone at the first place.
Pujuklah hati and say,
"Tak apa, memang begini jalannya. Sabar. Maka akan aku lalui dengan bahagia.
Sebab di akhirnya ada syurga. Itu pasti. Bukan mimpi. InsyaAllah."
Apa nak jadi pun jadilah. Yang penting JADI! Okay.
*berlari menempuh dugaan dengan tenang.

Note to self~ 
p/s2 : Lagu "Dari Sujud Ke Sujud" benar benar mengingatkanku pada 
seseorang yang mungkin anda kenal, mungkin juga tidak. 
Tapi yang pastinya, saya kenal la. Heee :D
Okay. Teringat. *perkara biasa :'3

Wallahu a'lam
Wassalam

No comments: