Wednesday, June 6, 2012

Nur Cinta Abang Kerana Allah




Nur Amirah termenung menerusi jendela.Menikmati hujan yang rintik-rintik di luar.Menikmati keindahan alam ciptaan Allah.Sesekali terdengar keluhan terbit dari mulut wanita tersebut.Seolah-olah sedang menanggung masalah yang begitu besar.
Tiba-tiba terdengar ketukan pintu dari luar.Dengan pantasnya, Nur Amirah berlari-lari membuka pintu.Muncullah wajah yang dinanti-nanti.Wajah suaminya Muhammad Noor Irfan.


“Assalamualaikum abang.Maaf ye nur xdgr abang ketuk pintu tadi.Lama ke abang ketuk pintu?”Tanya nur Amirah selepas menyalami suaminya.
“Awak buat apa tadi?.Berangan lagi lah tu.Tak abis2 berangan.Saya balik pun awak boleh tak sedar.”
“Maaflah abang.Nur tak sangka abang balik awal hari ni.Maaf ye bang.Abang nak air,nur buatkan”
“Tak yah lah.Abang nak mandi.Awak pergilah sambung berangan. ”Jawab Irfan
Sejak akhir-akhir ni entah mengapa ada sahaja kesalahan nur amirah dimatanya.Kadang kala timbul juga rasa penyesalan di hati kerana marah2 tanpa sebab,tapi mengingatkan perangai nur amirah yang sentiasa bersabar dengannya membuatkan dia lebih mengambil sikap tidak ambil kisah.
“Kenapalah aku asyik nak marah si nur tu.Dia lambat bukak pintu je pun.Entahla,kesian jugak kadang aku tengok.Ah lantaklah sape suruh asyik berangan je kejenya.Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah.”bisik hati Irfan


Di dapur ,kelihatan Nur Amirah sedang sibuk memanaskan lauk pauk dan menghidangkannya di atas meja.Setelah selesai menghidangkan makanan, Nur Amirah duduk sambil menunggu suaminya.Serentak itu,kenangan lalu menerjah di ruang fikiran Masuk tahun ini,genaplah tiga tahun usia perkahwinan mereka.Muhammad Noor Irfan dikenalinya sejak di bangku sekolah lagi.Nur Amirah adalah pelajar baru di sekolah SMK bkt piatu.Dia ditukarkan ke Melaka kerana mengikut keluarganya yang ingin menetap di sini.Nur Amirah memilih jurusan kejuruteraan dan disitulah detik-detik pertemuan antara dia dengan Muhammad noor irfan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelas 5 sains teknikal memberi berjuta memori  buat Nur Amirah.Tidak disangka dia dan Irfan akan menjadi teman yang sangat rapat.Baginya,Irfan adalah anugerah dari Allah yang paling indah disaat hatinya betul-betul memerlukan seseorang.
Irfan adalah seorang yang sangat nakal dan gila-gila walau pada mulanya dia nampak seperti seorang yang pendiam.Port yang paling dia suka ialah di tempat duduk yang paling belakang.Disitulah tempat dia melayan perasaan sambil menulis surat untuk awek kesayangan.Mungkin kerana itu,pada mulanya nur amirah menganggap yang Irfan seorang yang pendiam.
Nak mengambarkan betapa nakalnya Irfan ni,satu hari dengan muka yang sedih dia datang menghampiri nur amirah.


”Weh pasni kita dah tak ley nk jumpa lagi kot.nak borak-borak camni ke.”


”La napenye??”Tanya amirah.


”Aku kena buang sekolah lah.”


”Seyes ke.Ko wat ape??”


”Aku fly then kantoi.pastu aku kn buang sekolah”


”Ala,aku baru je rapat ngn ko.dalam kelas ni mane ade lagi owang yang aku rapat.Sedih aku tau..”


”Tak pelah nanti kita ley cntact lagi.Aku takkan lupakan ko”
Sayu hati Amirah masa tu.Malam tu semalaman dia berfikir.Then dia decide nak buat satu kad perpisahan.Diletakkan ucapan dan nombor telefon supaya mereka dapat terus berhubung.Homemade card,ingat senang-senang ke nak buat.


Keesokannya,amirah pun memberi kad tu pada Irfan.


”Weh nah,untuk ko”


”Apa ni weh ??”Tanya Irfan.


Then bley plak depan2  owang time2 tu jugak dia bukak and baca kad tu.


”Weh seyesly,pape pon thankz tau.Tapi yang semalam tu aku tipu je”.


Tersentak nur amirah dengar.Serentak dengan tu dibalingnya kad tu ke muka Irfan.


”Pape pn thankz weh.susah2 je”..hahahaha.gelak si irfan.
Selang beberapa minggu,satu mesej menghiasi telefon nur amirah.


”Hai,bley berkenalan.Nama saya Roy”


”Eh sape lak ni msj aku??.”


”Awak sape ea.kita x kenal la orang nama roy.”


”Saya budak kelebang.Awak xkenal saya”


”Emm ak pun nga boring2.layan jelah mamat ni”


”Ok bley je nk knal =)” balas Amirah.


Tapi tiba-tiba dia teringat sesuatu,”Aku ni baru pindah,cane lak owang Melaka ley kenal aku.ni mesti pie ni."


”Awak bkn roy kan.baek awak cakap awak sape.Klu x saya malas nk layan.”balas Amirah.


”Ok2..saya budak jasin”.


.Haha dengar je bdk jasin amirah dah pat agak dah.Ni mesti Irfan.


”Kureng ko.ko kencing aku hidup2..”


”Hahaha,sape suh ko caye.Ley berkenalan lak tu..hahaha”
Sejak dari hari itu,irfan dan amirah tidak putus mesej.Siang dan malam.Malam mesej,siang jumpa di kelas.Hari-hari dirasakan cukup indah.Setiap hari mereka makin rapat.Dari telefon mereka mula berani lepak sama-sama dalam kelas hinggakan sehari tak lepak sama rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap.Tapi satu yang merunsingkan Amirah.Irfan seorang yang malas belajar sedangkan dia pandai.


Dan kerana itu Amirah setiap hari cuba memberi semangat pada Irfan untuk lebih berjaya.Dan siapa sangka hari ini Irfan telah berjaya dan jauh lebih baik dari amirah sendiri.
Oleh kerana mereka terlalu rapat,bibit sayang mula terbit dihati Amirah.Lelaki pertama yang dicintainya hingga hari ini.Walau 7 tahun telah berlalu rasa kasihnya pada lelaki itu tetap sama.Lelaki yang peramah,pandai berjenaka,mempunyai karisma sebagai seorang ketua dan sgt caring.Lelaki inilah yang telah mencuri hatinya.


Tetapi sejak akhir-akhir ni semuanya tidak seperti dulu. Suaminya selalu marah-marah.Membuat dia buntu memikirkan apa sebabnya.
“Hai kat meja makan pun nak berangan lagi ke? ”Tanya Irfan
“Maaf bang.Nur tunggu abang tadi.”Jawab nur.”Jom makan abg.Nur masak lauk kegemaran abang,daging masak merah.Abang suka kan.”
“Emm bolehlah..jom lah makan”balas Irfan
“Abang tau tak tadi nur tengok ada cerita baru tau kat tv.jalan cerita dia best lah.pelakon pon hensem and cantik.Cuba abang teka cerita ape??”
“Emm cerita ape??.Ntah malas lah nk teka-teka ni.”Jawab Irfan.


”Perempuan ni tak abislah asyik nak tanya aku benda yang sama.Bosanlah.Suruh teka cerita apelah.Mcm budak-budak.macamlah tak de benda lain nak tanya.Rimas tol aku.”bisik hati Irfan.
“Ala abang tekalah.Nanti tak suprise”jawab amirah
“Abang tak tau lah!!..bley tak awak masa makan jgn nak bercakap.Nak makan pun boleh hilang selera tau camni.”
“Maaf bang.Nur tak cakap lagi.Kita makan dulu eh.Abang janganlah marah..”
“ok”balas irfan
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selesai makan dan membasuh pinggan,nur amirah mencari kelibat suaminya.Dilihat suaminya sedang asyik menghadap handphone sambil menaip mesej.Sejak akhir ni kelihatan suaminya seperti tidak boleh langsung berenggang dengan handphone.
“Abang buat apa tu?”Tanya Amirah
“Tak Nampak ke?..Tengah taip mesejlah”
“Boleh tak nur tanya sesuatu”
“Emm tanyalah.pe dia??”
“Abang mesej dengan sape ye?”
Irfan diam.Pertanyaan Amirah dibiarkan sepi tidak berbalas.
“Abang,nur tanya ni.Abang jujurlah ngan nur”
“Okeylah.Awak nak tau sangat kan.Dengan awek”
Tersentak nur amirah mendengar pengakuan Irfan.Serasa seperti hendak gugur jantungnya.Hatinya terasa panas mendengar kata-kata Irfan.


“Sampai hati abang buat nur camni.Nur setia ngn abang.Sayang abang ni ke balasan abang pada nur”
“Saya malas nak komen pape.Awak boleh fikir apa awak nak fikir.Tapi saya ada fikiran saya sendiri dan apa yang saya rasa sendiri.Orang lain takkan faham dan tahu.Okeylah saya nak keluar”
“Abang nak pegi mana.Abang….”
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nur Amirah menangis teresak-esak.Dia mendail nombor telefon  Irfan berkali-kali.Tapi hanya mesin peti suara yang menjawab.
 “Abang,nur minta maaf sb tinggikan suara tadi.Nur tak sengaja.nur Cuma rasa marah dan terkejut sangat.Abang maafkan nur..”
“Ya Allah,sesungguhnya aku tak bermaksud untuk membuat begitu.Ya Allah kuatkanlah hati hambamu ini.Mungkin perkara ini terjadi kerana kekhilafanku sendiri.Mungkin aku yang tak sempurna untuknya hingga dia mencari yang lain ” bisik hati Amirah.
Semalaman Amirah menungu Irfan hingga terlelap.Keesokan pagi dilihatnya Irfan telah pergi berkerja awal pagi tanpa mengejutkannya.Sayu hati Amirah.Malam itu sekali lagi Amirah setia menunggu suaminya.Sekali lagi Amirah menunggu hingga terlelap.Pagi itu Amirah terjaga.Jam telah menunjukkan pukul  3 pagi.Lega hati Amirah melihat Irfan telah pulang dan tidur dengan lenanya.Terus Amirah mengambil air semayang dan menunaikan solat tahajjud memohon agar rumah tangganya dilindungi Allah.
Selesai solat Amirah merenung wajah suami yang dikasihinya.Kasihnya tetap mendalam walau mungkin hati suaminya bukan padanya lagi.Amirah mengambil satu kertas lantas ditulis


Buat suamiku Muhammad Noor Irfan,


Abang,nur minta maaf andai selama dengan nur abang merasakan nur tak memberikan yang terbaek.Sejuta keampunan nur panjatkan pada abang atas ketidaksabaran nur dalam menghadapi masalah dan ujian ini.Nur bukan isteri seperti saidatina Fatimah r.a,puteri nabi tapi nur cumalah isteri di akhir zaman ini.Seorang isteri yang sentiasa belajar dan cuba bagaimana untuk menjadi isteri solehah.Ketidaksempurnaan nur telah melukakan abang tanpa nur sedari dan kalaulah abang tau betapa ianya melukakan hati nur kerana tidak dapat menjadi isteri yang sempurna pada abang.Abang kalau abang izinkan untuk memberi nur sedikit masa lagi,nur akan cuba abang untuk menjadi lebih baek.Nur tetap akan sayang Abang selamanya hingga ke syurga.  


Sincerely,
Nur Amirah




Irfan masuk ke bilik dengan perlahan-lahan.Tidak mahu mengejutkan isterinya yang sedang tidur.Sudah 3 bulan dia tidak bercakap dengan isterinya itu.Timbul rasa penyesalan yang amat sangat.Wanita yang yang dimesejnya mana mungkin dapat menandingi isterinya nur amirah.Entah apa yang menghasut fikirannya kala itu hingga sanggup melukakan hati isterinya sendiri.Wanita yang sudah 7 tahun dikenalinya.Surat yang ditulis isterinya berkali-kali telah dibacanya.Rasa sebak didada setiap kali membacanya.


Perlahan Irfan menhampiri isterinya.Tanpa disedari Nur Amirah tersedar dari tidur.


”Abang dah balik.Maaflah nur tertidur dulu.Tadi tunggu abang tapi tertidur pulak.Ingat nak kol abang tapi takut nanti abang serabut ngan nur.Abang nak makan.Kalau nak nur panaskan lauk”.


”Tak pe abang tak rasa nak makan pun.Nur,abang nak minta maaf ngan nur.Banyak dosa abang pada nur.”


”Kenapa ni abg.Jangan cakap camtu.Nur pun banyak salah pada abang”.


”Abang seyes ni nur.Abang betol nak minta maaf”.


”Abang dah la.nur da lama maafkan abang.Tak ade dosa abang pun pada nur”.


”Terima kasih nur.Nur boleh abang Tanya sesuatu.Kenapa nur sayang sangat kat abang.Abang dah buat macam-macam pun, cinta nur tetap untuk abang”.


”Sebab nur cinta abang kerana Allah.Sebab cinta nur pada abang bukan pada kelebihan abang saja tapi nur cinta kekurangan abang.Kalau nur cinta kelebihan abang je nanti abang dah bukan suami yang nur cintalah.Nanti da jadi orang lain.Nur tak nak lah camtu.Nur nak cinta abang je..hehe”gurau amirah.


”Hehe..yelah sayang.Abang akan cinta nur kerana Allah jugak pasni ye”balas Irfan.
Ya Allah sesungguhnya inilah saat yang kuharapkan.Muga saat ini akan kekal selamanya.Berkatilah perkahwinan kami ya Allah.Campakkanlah rasa kasih dan cinta kepada hati kami supaya rasa ini dapat kekal selamanya hingga ke syurga.
Amin



sekian~ uhibbuka fillah

No comments: