Thursday, May 31, 2012

Contest : Blog Paling Awesome

Assalamualaikum... Ahlan Wasahlan bulan Jun!
pagi-pagi sudaaa join contest! thnks to Fifah yg jemput sy join contest awk...
eheee~ 

tick banner untuk join...

syarat-syarat 
  1. Warganegara Malaysia           
  2. Mempunyai Blog
  3. WAJIB Follow blog kami *bagi mudah kami beritahu update contest*. Tekan je sini FIFAH and APIS 
  4. Tekan button like FB Apis dan Gades Pizza fifah . *tak wajib , tapi di galakkan*         
  5. Buat satu entry bertajuk "Contest : Blog Paling Awesome".
  6. Letak banner di atas dan link kan ke entry Fifah (Jika anda dari blog Fifah) ke entry Apis (Jika anda dari blog Apis)
  7. Hantar link entry korang ke ruangan komen entry ini  (Jika anda dari blog Fifah komen dekat entry ini) dan (Jika anda dari blog Apis komen dekat entry beliau  )
  8. Sebarang link tidak diterima melalui cbox/ fibox .
  9. Contest bermula dari 1 JUNE 2012 . tarikh tutup akan diberitahu kemudian
  10. Contest ini automatik akan terbatal jika penyertaan kurang dari 30 peserta .
p/s :penyertaan akan terbatal jika anda melanggar salah satu dari syarat diaatas 
FAHAM semua? kalau xfaham tnya ek

nak hadiah! nak hadiah! ngeee~ =D


HADIAH- HADIAH


1 X Pertama   : RM20 TOPUP + Masuk Dalam List Favourite Blogger Kami
1 X Kedua     : RM15 TOPUP + Simple Header ( macam freebies apis tapi nama korunk )
1 X Ketiga     : RM10 TOPUP + Banner (Fifah akan buat)
5 X Saguhati  : Cursor Blog (nama korang) + Masuk dalam bloglist  kami
2 X Top Referral : RM5 TOPUP 

CARA PEMILIHAN PEMENANG
1. Blog tak berat and tak lambat loading *aspek yang paling penting yang akan kami nilai*
2. Blog kemas dan tak banyak widget yang mengarut .
3. Entry contest yang menarik dan mesra :)

Segmen tambah followers sampai beribu

Assalamualaikum


saya mula berblog  (12/Jan/2011)
|
|
|
|
Tarikh tutup:1/06/2012 pada pukul 9 malam/10 malam.

Tuesday, May 29, 2012

Segmen : Follower Pilihan Niera



Assalamualaikum,
Segmen ni dianjurkan oleh kak Niera. Klik jer banner/link tu kalau nak join .

Due Date : Akan diupdate oleh kak niera sendiri nanti .

Reward : 3 Blog akan terpilih untuk direview selama 2 minggu .

Syarat:

*blogger malaysia
*follower blog Aisyah Humaira'
*letak blog Aisyah Humaira dalam bloglist anda selama seminggu (habis segmen ni boleh buang kalau nak)
*Like fanpage niera 
*buat entry bertajuk Segmen : Follower Pilihan Niera 
*letak banner dan linkkan ke entry ni
*letak link entry anda dalam kotak komen

Adakah K-Pop mampu menyelesaikan masalah belia sekarang atau semakin merosak hancurkan mereka!!?

^
^
^
^
tick untuk besarkan gmbr =)

Pulangkan (misha omar) versi hutang ♫♪♫♪


(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku...

Pulangkan hutang-hutangmu-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua
Hingga akhir nyawa..

Monday, May 28, 2012

Suami Yang Kubenci

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.
"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?

Apa tunggu lagi? Baca-baca! hehehehhe 

Thursday, May 24, 2012

Andai Rasulullah Melihat Aku Ber'Facebook'

Assalamualaikum. Saya cuma nak kongsi sedikit perkongsian daripada usrah tadi. 


Tajuknya 'Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook'. Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu?

Seperti yang kita tahu, setiap sesuatu ada 'pro and cons'nya kan? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?

Kawan usrah cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap "disebabkan kitafriend dengan bermacam  umur manusia,so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat info sikit pasal U." Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia cerita pengalaman dia ber'chatting' dengan seorang kristian.

Wahai saudara seangkatan segenderku! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni? Kemudian kalau ikhwan tu tiba-tiba jadi mesra, mula la nak bersalah sangka, "Eh,dia ni. Nampak je waro' tapi miang jugak." "Tak sangka dia berani nak hint-hint aku. Dia sedar tak aku ni siapa, dia tu siapa?"

Hmm, Kasihan muslimin. Dipersalah terus menerus. Saudari, jangan salah faham. Bukan saya nak back up pakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara tu salah kita sebenarnya. 

Seterusnya, post status cinta. Semua status dia tu bertemakan cinta. Cinta islamik popular sekarang ni kat facebook kan? Banyak page-page cinta islamik.

Malah, Buka sahaja facebook. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang bercerita soal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."

Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.

"Aku menunggumu kerana Allah."

Remaja, Jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da'ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.

Jangan salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman. Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni. Subhanallah. Musuh islam pun gerun tengok kita.

Ada jugak yang spesis 'aku like kau, kau like aku'. Tiap-tiap status dia like. Macam pelik je, status yang tak menarik pun di 'like'. Ni like status ke like tuan status? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like. Status yang different gender tu juga dia nak like. Apa tuh orang kata, macam magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala. Magnet tak kenal halal haram. Tapi yang kita ni. Sepatutnya dah terlebih faham kan.

Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat. Muslimah, Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun, jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang pakatan axis Y tu fikir . Jadi jagalah perlakuan kita, mahalkanlah mahar maruah kita.

Kemudian, untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya nampak mata sahaja, janganlah kamu ambil gambar yang agak 'melampau'. Bimbang nanti terpesong niat pula. Moga dijauhkan. Kita berniqob kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Jadi, rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqob yang agak jelas. Gambar individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan marah ya, saya pun niqobi jugak :D )

Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook, apakah reaksinya? Kecewakah dia denganku? Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..

Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don't judge a writing by its author. Aku hanya hamba yang dhoif, baru belajar nak kenal Tuhan :')

Jom jadi pelik! Hidup GENERASI GHURABA'!

Sumber: iluvislam.com

Saturday, May 19, 2012

Kita Makhluk Mulia

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum
Huhu... agak lama jugak saya tak menulis di blog ini...
Jadi, pada hari ini saya ingin kita bersama-sama muhasabah...


Okay,
Kalau ada orang bertanya kepada anda dari manakah asal-usul anda, apakah yang biasa anda jawab?


"Saya asal orang Ayer Hitam, tapi sekarang duduk di Batu Pahat."


"bla, bla, bla..."


Itulah jawapan yang biasa kita jawab. Asal usul keturunan. Tapi bukan itu jawapan yang kita mahu kali ini. Persoalan yang kita mahu kupas di sini bukan semata-mata asal usul, tetapi kita hendak merasakan kehidupan itu benar-benar satu anugerah daripada Allah dengan kita merenung semula penciptaan kita, drpd apakah kita diciptakan dan siapakah yang mencipta kita.


Secara ringkasnya, kita hendak mengetahui dari mana kita datang.


"Dan sesungguhnya, Kami menciptakan manusia itu daripada saripati yang berasal daripada tanah." (Al-Mukminun: 12)


"Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh." (Al-Mukminun: 13)


"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang kemudian Kami balut tulang- tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Al-Mukminun: 14)


Subhanallah, memang benarlah Allah itu sebaik-baik pencipta. Lihatlah kita sekarang, boleh berjalan, bercakap, berfikir, melihat, melakukan pelbagai perkara dan mempunyai perasaan. Allah menjadikan kita hanya drpd setitis air mani yang bergabung dengan ovum kepada mnusia spt yang wujud sejak zaman dahulu lagi. Ajaib bukan? Siapakah yang dapat melakukan sedemikian selain Allah?


Terjawabkah soalan kita tadi iaitu dari mana kita datang? Jwpnnya hanya satu, kita datang drpd Allah. Malah kita datang tidak kosong shj. Allah tdk menciptakan kita dengan sambil lewa. Lihatlah, bagaimana telitinya Allah menciptakan kita. Tersusun, teratur dan berperingkat.


Kenyataannya, kita ini datang drpd Allah. Malah untuk pengetahuan kita, kampung sebenar kita ialah syurga. Percaya? Allah menciptakan mnusia drpd tanah hanya sekali. Iaitu mnusia yang pertama, bapa kita yang pertama yakni Adam a.s.


Kita sbnrnya makhluk yang saaangat istimewa. Apabila Nabi Adam a.s. itu dicitakan, Allah SWT memerintahkan para malaikat dan iblis untuk sujud kepada Nabi Adam a.s. sbg tanda hormat.


"Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud, melainkan iblis, ia enggan sujud." (Taha: 116)


Lihat, Allah perintahkan para malaikat bersujud kepada kita, yakni manusia. Itu tanda mulia dan istimewanya kita.


Tidakkah kita merasakan yang diri kita ini berharga? Dicipta oleh sebaik-baik Pencipta, dan diciptakan pula dengan sebaik-baik kejadian. Kemudian diarahkan pula oleh Allah para malaikat itu untuk sujud kepada kita. Tidakkah ini istimewa yang tiada bandingnya?


Kita datang drpd Allah, dan kedatangan kita adlh kedatangan yang mulia.


Maka, tidakkah anda terfikir, kedatangan yang mulia ini perlu diisi dengan apa? Adakah dengan perkara yang sia-sia?


Marilah kita menggerakkan akal dan kita duduk berfikir sebentar, apakah matlamat kita didatangkan dengan kedatangan yang penuh istimewa ini. Adakah kedatangan yang istimewa itu, hanya untuk kita bermain-main sahaja?


Mari bersama saya, kita duduk dengan tenang supaya dapat memutarkan akal fikiran kita.


Muhasabah.