Saturday, January 7, 2012

Inspirasiku kelip-kelip

 Salam alaik wabarakah 

Sudah agak lame ana x menulis di blog ini ye. Hehehe. Bersyukur sangat2 sbb buat julung2 

kalinya ana dpt meluangkan masa di blog ana sndiri. Alhamdulillah~

~~~~~~~~~~~~~

Hari ni, insyaAllah ana nk bercerita sdikit ttg "peristiwa semalam". Hmmm. Kisahnye 

bermula di sini, ketika ana terjage pukul 3 lebih (dlm 3 suku arr). Setelah selesai dgn urusan 

ana(solat sunat dll.), ana pown x boleh nk melelapkan mate nih. X taw la ape sbb die, ana 

pown sbnrnye kurang menggemari dlm pembaziran nih(hehehe). Lagi2 pembaziran waktu. 

Lalu pc rumah ana pown di'on'kan. Ana cube ntok manfaatkan mlm2 akhir di rumah  keh3.



Setelah penat ber'jalan' dr blog ke blog, ana pun mula mendaftar masuk ke 'muka buku'. 

Hehehe. Dan bermulalah perbualan antara ana dgn 2 orang ni, limah(bkn name sbnr) dan 

maimunah(juga bkn name sbnr  ) , di IM 'muka 

buku' 



Yang pertamanya, Limah, ana merupakan kwn lama beliau. Setelah agak lame berbual, die 

meminta ana tlg selesaikan mslh beliau. Ana pun bukan hebat mane nk tlg2 org ni, tp ana ckp 

dgn die, ana cube2 dahulu. Die pun mulekan bicara, sedang ana mendgr sahaja. Lalu 

tanpa berfikir pnjang, dlm keadaan separuh sedar(mamai time uh), ana cubelaa membantu 

limah ni sedikit sbnyk. Walaupun x seberapa sgt ana punye hujah ni, tp insyaAllah dpt 

selesaikan jgk laa  alhamdulillah~



Inspirasiku~

Baiklah, berangkat kpd peristiwa kedua pula, ketika sdg asyik ana berbual dgn maimunah. 

Jeng3, satu perkare menarik berlaku. Tanpa ana sedari, ade seekor kelip-kelip 

berterbangan, merayau-rayau di dlm rumah ana. Ana pown terpegun melihat kelip-kelip itu. 

Ana berfikir sejenak, betapa indahnya ciptaan Allah. Meskipun kecil tetapi mampu untuk 

mengeluarkan cahayanya sendiri.

Lantas, ana menceritakan peristiwa itu kpd maimunah. Dan die mencadangkan ana supaya 

membuat tamsilan di atas kelip-kelip tersebut. 



Ana pun berhempas-pulas memikirkan ape yang boleh dibwk melalui seekor kelip-kelip yang 

kecil itu. Setelah lama kemudian, ana mula 

mendpt buah-buah idea yang bagus, dgn cadangan yang diberikan oleh Maimunah, ana pun 

membuat sebuah tamsilan :

Kelip-kelip yang mula menerangi kawasan kecil

"Sebuah jema'ah itu umpama kelip-kelip yang bergerak dalam sebuah kumpulan, sehinggakan 

dapat menerangi sesuatu tempat itu" 


Ape yg ana ingin simpulkan di sini adelah mengenai seseorang yg ingin berjuang, lebih elok 

sekiranya bergerak dalam jema'ah(kumpulan). 

Seekor kelip-kelip itu hanya dpt menerangi sebuah kawasan dalam radius yg begitu kecil. 

Namun sekiranya kelip-kelip itu bergerak dlm kumpulan yg bnyk, nescaya dpt menerangi 

sebuah kawasan yang besar 



Begitu juga bg penggerak agama Allah, sungguh ideal untuk kalian bergerak dalam kumpulan 

supaya mudah untuk menerangi jalan seseorang itu. insyaAllah. 

Bergerak dlm kumpulan, nescaya lebih kukuh 


Contohilah kelip2 ini 


Begitulah cerita yg ana ingin ceritakan sebentar td. Sesungguhnya bergerak dlm jema'ah itu 

lebih memudahkan dan moga2 ape yg ana kongsikan ni dpt memberikan sedikit input buat 

kalian yang mengikuti blog ana.



Kesyukuran tidak terhingga buat Dia yg maha Esa kerana menurunkan ilham kpd ana dlm 

pelbagai rupa. Juga berterima kasih buat Limah yang mengingatkan ana dlm pelbagai rupe, 

serta Maimunah atas cadangan membuat tamsilan 

terhadap kelip-kelip yg penuh makne itu. 

Wallahu'alam


No comments: