Sunday, December 30, 2012

Anda Suka Makan Speghetti??Kena Hati-Hati!!


Orang kita bab makan …….makan dulu tgk kemudian…….


oleh itu kita yg berugama islam di mestikan menyemak lebel bahan-bahan yg digunakan pada sesuatu produk yg di hasilkan sekiranya was-was jangan beli.perlu diingatkan makanan mempengaruhi anak2 kita......

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.

Seorang rakan mengirim e-mail,dan kemudiannya email itu telah di muatkan dalam fb untuk kita share lagi.

Ini ceritanya;

"Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......

saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.


Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!

Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.

.......oo00oo......

Saturday, December 29, 2012

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join! :')

Hadiah :
Topup RM30 [Top Referral]
Review Blog + Bloglist Setahun [Penerjah Paling Banyak]
Bloglist Setahun [Peserta Bertuah]
Hadiah Misteri [Peserta Awal | Tengah | Akhir
Err... saya harap saya lah peserta bertuah yang akan dapat apa2 je hadiah yang tergolong dalam kategori hadiah di atas... :D Hehe... (^_^)

Sat! ada hadiah jugak kte nak bagi kat kak.Niera. Walaupun tak seberapa. Ngeeee~ :D
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
(maaf kalau penat nak scroll ke sini) *takde keje* :D
*buat muka comel sambil tangan buat peace!{terlebey perasan sudaaa :p}* 


Moga bahagia hingga ke syurga~ Syurga Cinta! <3


Berita:Siswi lemas



*Bismillahirrahmanirrahim... Bila baca berita ni tadi, aku muhasabah sendirian. Allah boleh suruh malaikat ambil nyawa hambaNya bila-bila masa jeee tak kira tempat dan masa. Dalam hati aku meluahkan perasaan syukur yang tidak terhingga kerana masih diberi peluang untuk menjadi anak yang bermanfaat untuk mak dan abah. Syukur Alhamdulillah...  Ucaplah Alhamdulillah bagi yang masih diberi peluang olehNya untuk hidup agar menjadi orang yang lebih baik dan bermanfaat untuk orang lain...* Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga tabah dan sabar di hari yang akan datang. InsyaAllah... Al-Fatihah...

JOHOR BAHRU: Sudah ajalnya apabila seorang penuntut perempuan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, di sini, yang juga ahli Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Laut, lemas ketika mandi bersama beberapa rakannya di kolam renang universiti itu, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku pada jam 6.45 petang apabila Siti Izzati Hasim, 19, yang juga penuntut tahun pertama jurusan Kejuruteraan Biosains, mandi bersama lima rakannya.

“Mangsa yang berasal dari Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur ditemui di dasar kolam. Siasatan awal mendapati mangsa berada di kolam bersama rakannya sejak jam 5.15 petang.



“Pada jam 6.45 petang, rakan mangsa mendapati Siti Izzati hilang daripada pandangan mereka dan cuba mengesannya di kolam itu dengan bantuan pengawal keselamatan.

“Rakan mangsa terkejut mendapati Siti Izzati berada di dasar kolam renang sedalam lima meter. Jenazahnya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk bedah siasat,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Sukan UTM, Armadi Ahmad berkata, mangsa yang juga ahli Palapes Laut UTM kerap berlatih berenang di kolam berkenaan.




“Kami tidak tahu punca mangsa lemas. Ia bukan kali pertama mangsa berada di kolam itu memandangkan dia kerap berlatih di situ.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian, ia bukan sesi latihan kerana biasanya kolam dibuka jam 4.30 petang dan ditutup jam 6.45 petang,” katanya.


Friday, December 28, 2012

Exam booster!

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum...
Harap dapat memberi Kesedaran dan pengajaran kpd semua dan juga diri saya ... Sekian terima kasih :')


Segmen Memburu Followers By Hotmasakini

klik banner untuk join~ :')

Awak follow saya. Saya follow awak~ :D Lalalalala~ :')


Saya Bijak Jauhi Zina!


Peserta yang ke ----->1314 > Nurun Nazilatul Husna Binti Mohd Farizal > 970126-**-****
Saya pergi! Awak pergi? Ngeh3. InsyaAllah... Jiwa Kuat Generasi Hebat!
Saya Bijak Jauhi Zina! Dengan izin Allah...
Program nie sampai hari selasa. Pergi dalam pukul 5.00 petang macam tuuu hari isnin. So, sempat lagilah nak tengok citer barbie kat tv3. Ngeeeee~ Tak suka barbie? It's okay... Tapi comel kay... 
*sila abaikan, tak penting pun -.-"*


Teringat pesan si dia:
Simpan elok-elok sayang tu bagi kat suami... :')

Monday, December 24, 2012

New Year Giveaway by Sheera Aya

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join! :')

Saya join GA lagi... klik Senarai Hadiah untuk tengok hadiah yang awesome!

Saya tag:



Giveaway Akhir Tahun 2012 Dan Awal Tahun 2013

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join! :')


Kenangan atau peristiwa yang tidak dilupakan sepanjang 2012- Err, kenangan atau peristiwa yang tak dapat dilupakan sepanjang 2012 waktu saya pergi kem kat sekolah. Aktiviti-aktiviti yang diadakan sangat lah menarik! Sampai sekarang saya masih tidak lupa k.Anne fasi kumpulan saya. Dia sangat lah sporting. Sampai kumpulan kami dapat tempat yang pertama. Hehe. Itu jelah kot~
Gambar kenangan bersama kumpulan ukhuwah yang mantop! 
Harapan atau impian atau wish untuk tahun baru ini~ -Banyak harapan sebenarnya! Yang pertama sekali saya nak banggakan mak dan abah dengan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Saya nak jadi orang yang berjaya. Saya nak berjihad fi sabilillah. Saya bukannya baik sangat. Cuma dah penat nak jadi jahat. Doakan saya. Saya sangat perlu semangat dan doa dari kalian semua. Sangat sangat!



Tutorial: SCM Music Player

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!

Okay, this is my first tutorial. Selamat mencuba~ :')
klik untuk tumbesaran
straight to the point je laaa~
|
|
|
|
------->  klik sini scmplayer :') korang choose la skin mne yang korang nak 
------->then, choose lagu kt youtube, copy url lagu mne yang korang nak. Banyak-banyak lagu pun takpe :)

contoh:---->
klik untuk tumbesaran

------> Korang paste kan url macam gmbr kat bwh tuuuu

klik untuk tumbesaran


Pastu, korang edit lah sama ada nak Auto Play or Shuffle Playback or Placement of Player Bar korang pilih top or bottom.

Tekan je mane-mane yang korang rasa korang patut tekan :')

Done! Selamat mencuba~


Saturday, December 22, 2012

End Year Giveaway by Princess1405

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join!

saya tag: 

All the best to me! Bittaufiqi wanajah untuk semua yang join! :')

Thursday, December 20, 2012

Contest : Saya Nak Doodle by- Rien Rose

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join :')
baju doodle tu warna soft pink~
nama letak kat love : Husna Nusaibah (^_^)


TARIKH TUTUP : MALAM JUMAAT NI. 21/12/2012 

Tuesday, December 18, 2012

Takut-takut di Akhirat nanti Allah tiada masa nak tengok muka kita... cane??cane??...



Saya takde masa nak baca Quran,TAK de masa nak Solat..
Saya terlampau busy..

"Hebat kesibukan kite tu sehingga lupa pada ALLAH.."Allahurabbi... (-_- )

*Takut-takut di Akhirat nanti Allah tiada masa nak tengok muka kita...
cane??cane??...

Allah...Allah..Allah...

Monday, December 17, 2012

Simple Giveaway by NFH

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner comel untuk join!

Due date : 14/12 - 31/12 (10 malam)
cepat-cepat!

Syarat-syarat?

1. Follow blog huda
2. WAJIB Follow dan Like semua para sponser
3. Buat satu entry yang bertajuk 'Simple Giveaway by NFH' .
4. Copy Banner pink dekat atas tu dan backlink link entry ni.
5. Letakkan link entry korang HANYA dekat link entry segmen ni sahaja (link entry lain atau cbox, tidak akan di terima).
hadiah-hadiah pun menarik! :') korang klik Senarai Hadiah :')


 All the best to me! Bittaufiqi wannajah untuk korang yang join :')

Masih Belum Terlambat Sayang



Assalamualaikum... Mari bermuhasabah :') Pengajaran dan peringatan untuk diri saya dan juga kalian yang membaca :)

*************************
Aku juga wanita. Seperti kalian. Aku juga pernah tersasar dari landasan suatu ketika dulu. Aku juga pernah dikecewakan, dipermainkan, dipersendakan, dan dicarik-carik hati ini oleh insan yang bernama lelaki. Aku pernah.

Aku yakin kamu juga pernah. Kamu yang bernama wanita. Kamu pernah memberi hati kamu dengan seikhlas hati, ditabur janji manis tinggi ke langit, dihambur kata-kata yang membuat kamu berada di awangan, kamu juga pernah tersenyum lebar kerana berasa diri disayangi, ditatang bagai minyak yang penuh, dan hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan.

Alangkah indahnya jika dia yang halal buatmu.

Kan sayang?

Malu tak rasanya kalau kita berdampingan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim di khalayak ramai?

Malu tak rasanya jika kita saling berpegangan tangan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim di hadapan orang ramai?

Malu tak rasanya dengan persepsi dan pandangan orang ramai bila melihatkan keadaan kamu?

Malu tak sayang?

Ya, abaikan pandangan manusia. Utamakan pandangan Allah.

Bukankah Allah melarang kita untuk berdua-duaan bersama yang bukan mahram?

Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim pun haram apatah lagi bergesel badan, memegang, memeluk, mencium yang bukan muhrim? Masyaallah.

Siti Aisyah r.a ada berkata:
“…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Subhanallah!

Bagaimana dengan kita? Berapa kali kita tersentuh dengan yang bukan muhrim sepanjang kita hidup di bumi Allah ini? Tanya pada diri sendiri. Kenang kembali dosa-dosa lalu. Astaghfirullalazim.

Wahai wanita yang disayangi Allah..

Jika kamu pernah melanggar perintah Allah dan jika kamu masih bernyawa ketika ini, saat ini, masih belum terlambat sayang.

Masih belum terlambat untuk melakukan taubat nasuha.

Masih belum terlambat untuk berubah.

Masih belum terlambat untuk membersihkan jiwa.

Masih belum terlambat selagi kita masih bernyawa.

‘kotornya aku! Adakah Allah akan menerima taubatku?!’

Insyallah sayang. Berusaha, raih kembali cinta ilahi. Jangan sesekali kamu berputus asa meraih kembali cinta Allah. Allah sentiada ada dengan kita. Sentiasa.

Wanita, mahalkan maruah dirimu. Tidakkah kamu tahu harga diri wanita tersangatlah mahal? Alangkah ruginya jika kita memberi segala-galanya yang kita punya kepada yang bukan muhrim? Apakah yang akan kita berikan pada suami kita nanti?

MasyaAllah.

Berubahlah sayang, bertaubatlah. Masih belum terlambat. Bersyukurlah Allah tidak menarik kembali apa yang Dia berikan pada kamu sepanjang hayat kamu. Kembalilah padaNya.

Allah tidak pernah meninggalkan kita. Percayalah. Dia sentiasa bersama kita. Bangkitlah sayang. Keluar dari dunia yang penuh dengan noda ini. Utamakan akhirat. Sesungguhnya dunia hanyalah sementara. Carilah bekalan untuk akhirat sementara hayat masih dikandung badan.

Sumber: akuislam.com

Hati Kita Allah Yang Pegang. Maka Ikhlas kan Hati



Assalamualaikum...
Apa perasaan kita, bila buah atau bunga yang kita tanam, yang kita jaga, yang kita sayang, tiba-tiba esoknya bila dah ranum, bila dah mekar, ada orang petik, ada haiwan ambik. marah tak? mesti marah sikit. mesti kecewa sikit. mesti sedih sikit. kenapalah susah payah aku jaga, orang lain yang dapat manfaatnya?

Mungkin boleh disamakan macam berperasaan. katakanlah ada seorang yang kita suka, bila dia sedih, kita jadi tempat dia berkongsi kesedihan. kita pun bagi semangat pada dia, kita pun jaga hati dia baik-baik. bila dia dah kembali bersemangat, dah kembali ceria, kembali tenang, tiba-tiba suatu hari, dia jatuh cinta pada orang lain.
kecewa tak? mesti kecewa sikit. mesti marah sikit. mesti sedih banyak. kenapa aku yang susah payah jaga perasaan dia, orang lain yang dapat meraih cinta dia?

Tarik nafas. sebut nama Allah sejenak. pejam mata.

Kita lupa sesuatu yang penting kat sini. bunga dan buah yang kita tanam tu, tanahnya milik siapa? orang yang kita sayang dan jaga perasaannya tu, hatinya siapa yang pegang?

Tak ada yang lain kecuali Allah, pemilik segala apa yang ada dilangit dan dibumi.

Jadi ikhlas lah dalam berbuat kebaikan. mungkin Allah nak ajar sesuatu. Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu tanpa keihklasan segala perbuatan akan mendatangkan penat lelah. Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.

Maka berlapang dadalah. sesuatu yang akan jadi milik kita, walau sukar mana pun, kalau Allah kata jadi milik kita, pasti akan jadi milik kita akhirnya. tapi kalau sesuatu tu bukan milik kita, walau datangnya sesenang apa pun, kalau Allah kata takkan jadi milik kita, maka tak akan pernah jadi milik kita.

Ikhlaslah. Ikhlas itu melegakan!



Segmen Up Follower Bulan Disember

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join =')

Tuesday, December 11, 2012

Banner Doodle's Giveaway by n.i.e.y.x.z.h.a ™

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join! =')
  • 3 blogger bertuah akan dapat Banner Doodle dari nieza beserta review blog

GA nie semudah ABC bak kata kak nieza =') keh3.
All the best to me =D

Berhati-hatilah menjaga hati :)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!


Bukan milik siapa-siapa. Bukan setia pada siapa-siapa. Totally belongs to Allah, my Rabb.


Hukum Perempuan Potong Kuku Dan Rambut Ketika Haid – Ustaz Azhar Idrus

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!


korang yang nak dgr tekan pause musicplayer kat atas tu ye?

Shank u~

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!

Oih2~ Saya suka ini blogger card! Chumel~ Shank u liyanasyafiqah =) 
 Tapi, ada kesilapan ejaan url sikit...  keh3

Monday, December 10, 2012

Giveaway GEMPAK Cuti Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join =')

yuhuuu~ join GA lagi! =) korang yang join uh klik------> senarai hadiah
hadiah nya tersangat lah menarik! =) 

Sunday, December 9, 2012

Segmen : Pencarian Blogger Baru

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join! =')

Hari nie saya join segmen pulak... =) Sebenarnye takde lah baru sangat blog nie. Baru nak mencapai 2tahun. Tapi, syaratnye follower kurang dari 1000. Hehe. Boleh tak kak Niera? Harap diterima lah... =) Papepun, selamat pengantin baru kak Niera~ <3

Jumlah follower: 284
saya tak gheti nak print screen Followers~ =D

Year End Giveaway By Cik Bunny

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!

klik banner untuk join! =')

Yuhuuuu~ =D saya join GA lagi... Uhuk2! GA nie dijemput sendiri oleh tuan rumah... hehe =)
hadiah GA nie pun agak menarik~ =) 
All the best! 

Friday, December 7, 2012

Cik Lyeen's Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!

klik banner untuk join =')

Oit2! hehe.. saya join GA lagi... korang yang kiut miut join cepat2! =D

tag:


Bahasa Syurga :D ♥



* Salam Ukhwah Fillah - salam persahabatan kerana Allah
* ukhti - kakak / saudara perempuan
* akhi - abang / saudara lelaki
* zauj - suami
* zaujah - isteri
* assif jiiddan - i'm really sorry
* syukran / afwan - terima kasih / sama-sama
* ukhuwwah Fillah abadan abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
* fa'iza 'azamta fatawakkal'alal lah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
* inni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
* mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dalam hati selain Allah
* lau samantha - excuse me
* naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
* ilalliqa' - moga bertemu lagi
* syafakallah - semoga Allah menyembuhkan awak - lelaki )
* syafakillah - semoga Allah menyembuhkan awak - perempuan )
* taffadhol - silakan
* la aadri - saya tak tahu
* ma fi musykilah - tiada masalah
* bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
* jazakallahu khairan kathira - semoga Allah memberi/ menambah kebaikkan yang bnyk kpdamu :) - lelaki
* jazakillahu khoiran kathira - ( sama seperti di atas ) - perempuan

(perkongsian bersama, moga bermanfaat) ^_^

KAWAII GIVEAWAY

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!

Woot2! =) korang apa lagi? tak teringin ke GA from syamimi? best+syok lagi uh~  Cepat2!
untuk senarai hadiah GA<---- klik situ... =)

Tag:



Thursday, December 6, 2012

Doodle-doodle~ =)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
Wah! Alhamdulillah... saya dapat doodle comell! warna doodle yang saya pilih warna pink pujaan hati! =) korang nak doodle? macam2 warna ada! korang pilih je warna2 yang berkenan di hati korang. =') cepat2 la join segmen siapa nak doodle... terima kasih pada bajuwarnacoklat


Wednesday, December 5, 2012

SEGMEN: SIAPA NAK DOODLE NI?

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!



warna doodle : pink
nama nk letak kat doodle : Husna Nusaibah

Tuesday, December 4, 2012

Siapa nak blogger card by Liyana

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik banner untuk join! =')

cepat-cepat join segmen nie, 
kalau dah cukup 30 orang segmen akan ditutup.

Sunday, November 25, 2012

Holiday Giveaway By Anis and Fareesha

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!
klik untuk join! =')

TOP REFERREL 1 ( 2 PEMENANG ) 
LOMO
JAM ICE WATCH
SPECTACLES HELLO KITTY
TUDUNG BAWAL

TOP REFERREL 2 ( 2 PEMENANG)
JAM ICE WATCH
SPECTACLES HELLO KITTY
MHB ID

HADIAH BARANG POS
JAM ICE WATCH
SPECTACLES HELLO KITTY
FELT CRAFT
HANDMADE CRAFT X2
PHOTOPROPS MOUSTACHE
PHOTOPROPS RIBEN
FELT BOOKMARK NAME
FELT NAME
DOMO BEADS
TOPUP RM 3
SPECTACLES HELLO KITTYx2


Hah, amacam? Menarik kan? join la cepat2! =D

Segmen : Saya Mahu Direview by Nurul

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!

klik untuk join =')
cepat2! =D
Due date : 25 November 2012 until 2 December 2012 *selama 1 minggu

Saturday, November 24, 2012

Terdesak? Cara nak hutang dengan Celcom RM 2 - Credit Advance



Salam...
Korang pengguna Celcom? Pernah tak habis kredit pastu terdesak sangat nak guna, pastu nak topup susah atas sebab kedai jauh ke, dah malam ke, kedai dah topup mungkin. Dengan celcom korang boleh hutang dulu, atau pun pinjam dulu kredit. macam mana?

Cara caranya :

  1. Dail *118#
  2. Pilih 7 My account
  3. Kemudian 5 Other Services
  4. Select 4 Credit Advance
  5. 2 Request Advance
  6. 2 Proceed
  7. Tunggu mesej pengesahan atau cek baki selepas selesai.
Syarat untuk pinjam RM2 dari Celcom prepaid ialah Baki korang tinggal paling kurang 0.25sen, lebih dari tu tak boleh buat. Dan hanya boleh sekali sahaja, kali seterusnya selepas korang topup.

Adakah di caj bila guna servis ni? Tidak sekiranya korang pengguna Celcom lebih dari setahun, kalau kurang korang akan di caj 0.50sen. Potongan akan dilakukan selepas korang topup nanti. Mesej pemberitahuan pemotongan akan dihantar. 

Friday, November 23, 2012

Review bloglist+segmen:Jom up Follower beramai- ramai

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!


klik untuk join =')

Hadiah Top Referral :  -Top up RM10 x 1 pemenang -Review blog 4 bulan
Hadiah Pemenang Kedua : -Top up RM5-Review blog selama 3 bulan
Hadiah pemenang tempat ketiga :-Topup RM 3-Review blog selama 2 bulan.

Segmen "Jom BW sambil Follow sampai Lebam"

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum!

Klik banner untuk join! =')
Tarikh tutup belum diumumkan! 
Cepat2 =)

Perkongsian|Jangan Ditanya Kenapa...


Dulu, aku hanya wanita biasa yang sering melakukan dosa, sibuk dengan hal duniawi. Jarang sekali aku memikirkan hal akhirat. Sampai satu ketika, hidayah itu datang. Alhamdulillah kerana Allah memilih diriku untuk ke arahNya.
Di penjuru usia, aku menangisi akan semua dosa yang telah ku lakukan. Aku cuba bangkit untuk melakukan perubahan. Aku mula lakukan perubahan sedikit demi sedikit. Sudah pasti apabila seseorang itu melakukan penghijrahan, dugaan akan datang. Aku akur. Orang sekeliling akan sedikit merasa pelik dengan perubahan yang ada.
 "Kenapa engkau berubah.."
"kenapa alim sangat sekarang..."
"Kenapa itu dan kenapa begini? "
Pelbagai persoalan dan respons yang akan telah ku terima. Pada kawan-kawan yang memahami, mereka hanya tersenyum dan mendoakan dalam hati. Tapi pada mereka yang seakan kurang puas hati, mereka mula mempersoalkan.
Pada mulanya aku selalu terfikir,  bagaimana untuk aku hadapi mereka? Sememangnya keadaan itu mulanya sedikit melemahkan aku. Aku sering menangis. Pada Allah aku luahkan. Aku mohon hati aku dikuatkan dan mohon aku istiqamah dalam melakukan perubahan. Alhamdulillah, tidak lama kemudian mereka semua senyap seolah-olah dapat menerima perubahan diri aku.
Sahabat-sahabatku, inginku suarakan rasa hati ini. ''Jangan ditanya kenapa aku berubah, tetapi tanyakanlah pada diri mengapa kita perlu berubah".  Manusia akan berubah bila--bila masa saja dan mereka berubah kerana untuk mendapat redha Allah. Apabila seseorang itu ingin berubah, berilah semangat kepada mereka.
Walaupun mungkin kita bukanlah muslimah yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya setiap pertanyaan dan reaksi kita jangan sampai melemahkan orang yang ingin berubah.  Perubahan itu perlu dilakukan, bukan kerana suka-suka, tapi kerana Allah. Kalau dulu kita mungkin kurang baik, kita boleh berubah untuk jadi yang lebih baik.
Adalah lebih baik kita mendoakan sahabat yang ingin berhijrah dari kita mempersoalkan perubahan itu. Dan jika kita mempersoalkan perubahan seseorang itu ibarat kita mempersoalkan kepada Allah. Satu hari nanti, kalian yang lain pun akan berubah dengan izin Allah.

Berusaha lah untuk mencari hidayah Allah dan sentiasa bersangka baik kepada orang lain. InsyaAllah, nikmat berhijrah pasti dirasai. Yang bertudung pendek akan rasa selamat bila bertudung lebih sempurna tanpa memperlihatkan bayangan leher dan rambut. Yang meninggalkan solat akan rasa tenang bila melakukan solat, dan yang mengabaikan al-quran dan sunnah akan terasa dekat dengan Allah dan rasul bila membaca dan memahami.
InsyaAllah, kepada rakan-rakan di luar sana yang sentiasa menyokong terima kasih diucapkan, hanya Allah saja yang dapat balas jasa kalian. Berubahlah selagi ada masa dan berubahlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah. 

Sunday, November 18, 2012

Perkongsian|Gedik yang Solehah


Bismillahirrahmanirrahim...
Disini aku ingin berkongsi dengan semua tentang artikel yang aku baru baca sebentar tadi di web islamik iluvislam.com. Bersama aku dan kalain yang membaca sama-sama bermuhasabah. InsyaAllah =)
|
|
|
|
|
v
Pada hari ini, aku melihat kebanyakan muslimah yang ku kenali sangat goyah imannya. Bagaimana aku ingin menghuraikannya? Insya-Allah aku cuba. Tidak perlu melihat pada yang jauh, cukup pada mereka yang berada di sekitarku.

Fenomena 'berubah menjadi alim' sudah banyak berlaku. Lebih-lebih lagi aku melihat di laman sosial facebook yang beratus-ratus status dan post mengenai Islam di wall mereka. Terlalu banyak sehingga imanku tercabar. Aku hampir mendakwa mereka semua itu berlakon alim.

Maaf,  aku cuba untuk tidak berprasangka yang tidak baik kepada mereka. Selama ini aku sangat berpegang kepada husnudzon (bersangka baik) dan aku tetap dengan prasangka baik kepada mereka. Moga aku yang menulis ini dijauhkan daripada perasaan ria' dan juga berasa sudah cukup alim.

Melihat kepada sahabat terdekat, perubahan yang amat ketara telah ku perhatikan.  Aku sangat mengenalinya. Dahulu bertudung bawal sekarang sudah bertudung labuh. Dahulu FB nya penuh dengan luahan ketidak puas hatian, sekarang dipenuhi dengan kata-kata dan juga mutiara hikmah.

Sekali lagi iman ku tercabar apabila melihat kata-kata dan mutiara hikmah lebih ke arah mencari suami dan menanti suami yang soleh. Siapa solehah dapat suami soleh. Aku tidak pandai untuk mengarang ayat. Apapun, begitulah maksud yang ku simpulkan dari kebanyakan kata-kata yang tertera di laman terkenal itu.

Aku gembira dengan perubahan drastik itu, tetapi caranya mencabar imanku. Aku tidak layak nak tahu hatinya, berubah kerana apa. Husnodzon hati berbicara. Aku berjaya mengatasi prasangka buruk. Aku harap tulisan ini dapat membetulkan niat aku dan mereka yang ingin rapat dengan Allah.

Aku tidak pernah nafikan janji Allah dalam Alquran yang bermaksud;

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik "(Surah an-Nur ayat 26)

Aku juga mengalami situasi mempunyai adik-beradik yang mempunyai teman wanita. Memang niatnya untuk memperisterikan teman wanitanya, tetapi caranya membimbangkan. Dia ingin mengubah wanita itu menjadi solehah. Lalu dia meminta teman wanitanya itu memakai tudung labuh dan berjubah, dia sentiasa memberi mesej kepada teman wanitanya untuk solat di awal waktu dan juga bangun tahajud.

Apakah semua itu?


Di suatu sudut yang lain pula, satu comment yang terpampang di wall rakan FB ku. Ku baca dengan teliti dan ingin ku kongsikan bersama kalian.

"Sangat geli melihat ustazah-ustazah berpurdah,bertudung labuh , berjubah tapi asyik post status rindukan 'imam', dan yg berkaitan dengannya. Sebaiknya gunakan imej yang terbaik itu untuk sampaikan nasihat dak dakwah buat panduan muslimah seluruhnya, bimbang orang akan gelar ini adalah contoh ' gedik yang solehah'."

Saat membacanya, apa yang kalian fikirkan?

Aku cuma ingin berpesan, kepada mereka yang sudah berpunya atau sedang menanti, janganlah kalian berubah mengikut nafsu inginkan imam yang soleh. Dan janganlah kamu berubah kerana taat kepada kekasih hati yang ingin melihat kamu berubah.

Kalian pernah terfikir? Apakah kesudahan jika kamu berubah bukan kerana taat kepada Allah? Jika ditinggalkan oleh imam yang selama ini didamba-dambakan, bagaimana?

Beruntunglah bagi mereka yang memperoleh imam yang benar-benar ditakdirkan oleh Allah untuk dijadikannya sebagai isteri. Tetapi bagaimana yang sebaliknya? berakhir di pertengahan jalan. Takdir Allah, memutuskannya dengan dua cara. Semasa hidup atau mati.

Aku bukan ingin mengatakan aku adalah terbaik, aku pun pernah melakukan kesilapan, aku juga bukan ahli agama. Atas asbab itulah, aku cuba sebatikan kata-kata imam al-basri dalam hidup.

"Sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah bermakna aku adalah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

Aku menulis bukan juga aku mencemburui sahabat-sahabatku yang lain. Aku akui aku tidak pernah mempunyai teman lelaki, bermesej dengan mereka tanpa bertujuan jauh sekali. Aku mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara tersebut kerana aku takut akan berubah hati kepada Allah.

Aku sedar, aku juga tergolong di kalangan mereka yang mudah terpesona dengan lelaki soleh. Justeru, satu cara aku menjauhi mereka dengan tidak berpersatuan dengan mereka yang nampak soleh dan aku sesekali tidak akan mempunyai teman lelaki kecuali dia yang bernama suami. Moga dengan cara ini aku lebih dekat dan teguh iman kepada Allah.

Mungkin juga ada yang berfikir aku tidak cantik, sebab itu tiada siapa yang minat kepadaku. Apapun yang kalian fikirkan, terserah pada kalian. Sesungguhnya kecantikan ini hanya untuk seorang yang halal untukku. Tiadakan ku kongsi pada mereka yang belum tentu menjadi suamiku.

Pesan khusus untuk diriku dan sahabat-sahabat muslimah,  taatlah kepada Allah. Jangan lah 'taat' kepada mereka yang bukan bernama suami atau bakal suami sekalipun.Apa sahaja yang diminta oleh mereka, dengan relanya kita memberikannya.

Yakinlah, setiap yang tertutup itu lebih terindah, namun akan lebih indah lagi jika setiap yang ada pada diri itu tertutup rapat tanpa seoarang pun dapat melihatnya/membacanya.


Yang pernah melakukan kesilapan, aku berdoa kalian akan benar-benar berubah kerana taat kepada Allah. Aku sangat gembira jika Muslimah itu berubah kerana taat kepada Allah. Itu aku lebih utamakan.

"Dan taatlah kamu kepada ALLAH dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat."(Surah ali Imran ayat 132)

Aku harap tulisan ini dapat menjawab soalan sahabatku yang bertanya tentang keikhlasan mereka yang ingin berubah. Dahulu aku menjawab pertanyaan sahabatku dengan lisan.

"siapa kita untuk mengukur niat seseorang, insyaAllah jika benar dia tidak ikhlas Allah akan betulkan, jika sebaliknya kita yang berdosa menuduhnya."

Aku terdiam dan menamatkan jawapan setakat itu. Aku harap inisiatif menulis coretan ini dapat menjawab persoalan sahabat-sahabat di luar sana agar Allah mengampuni dosa kita semua jika kita tersalah menduga yang tidak baik lebih-lebih lagi keikhlasan seseorang.

Biodata Penulis:-Hamba Allah yang menulis hanya dengan niat untuk menasihati semata-mata kerana Allah SWT. Mohon kemaafan di atas segala khilaf jika ada yang terguris rasa.

Sedih|Bayi 11 bulan maut dikelar bapa kandung...


Bismillahirrahmanirrahim...

Kuantan: Seorang bapa dipercayai di bawah pengaruh dadah mengelar bayi perempuannya yang berusia 11 bulan 20 hari, di sebuah rumah di FELDA Panching Selatan, dekat sini, malam kelmarin.

Leher Nur Amirah dikelar menggunakan senjata tajam dalam bilik tidur sebelum disedari ibunya Suzie Jarip, 26, dan neneknya Noriyah Wan Yaacob, 48, yang juga ibu suspek.

Menceritakan kejadian jam 9.30 malam itu, Wan Noriyah berkata, beliau sedang berbaring di ruang tamu rumah, manakala suspek di bilik bersama isteri serta Nur Amirah dan seorang lagi anak mereka, Muhammad Al Amin yang berusia dua tahun, apabila dikejutkan dengan jeritan menantunya.


“Sebelum kejadian, Suzie keluar bilik sebentar untuk mengambil air di dapur, tetapi apabila masuk semula dia terus menjerit dan meraung sejurus melihat Nur Amirah terbaring atas tilam berlumuran darah di lehernya.

“Nur Amirah ketika itu sudah tidak bernyawa dan bapanya seperti dirasuk, masih memegang pisau dan seolah-olah tidak menyesali perbuatan itu.

“Ketika ditanya kenapa melakukannya, dia hanya berkata lebih baik dibunuh sebelum orang lain mengambil anaknya,” katanya.

Wan Noriyah tidak menyangka anak kedua daripada tujuh beradik itu sanggup melakukan perkara itu terhadap anak sendiri.
“Dua tiga hari sebelum kejadian, dia bersikap pelik dan kelihatan gelisah selain beberapa kali dilihat membawa serta mengasah pisau berkenaan.

Bila ditegur kenapa bersikap demikian dan membawa senjata, dia hanya berkata ada orang mahu melarikan anak dan isterinya serta mengganggu keluarganya, katanya.

---------------------------------------------------------------------

korang da baca? terkejut tak? sedih? yesh, memang sedih+terkejut giler! mungkin orang akan cakap "Alah, bende nie biasa laaa... dah berapa kali keluar kat akhbar2 tempatan tak kisah la kat mana pun... perkara normal... lagipun macam kita tak biasa tgk ibu kandung bunuh anak dorang sendiri" tengok? Astaghfirullah~ Haiwan pun lagi sayang kat anak dia nie pulak manusia yang ada otak. huhu... kalau lah kita berada pada zaman terdahulu zaman nabi SAW perkara macam nie psti jarang2 akan berlaku. Malah pasti tak akan berlaku. Belum lagi cerita pasal saudara2 kita di Gaza? israel laknatullah membunuh saudara kita di palestin dengan kejam! Senjata yang mampu aku berikan adalah Doa. Keamanan dan kedamaian! Doa yang insyaAllah pasti akan terkabul jua dengan izin Allah.

Orang Malaysia nie nak kata baik memang baik kebanyakannyalah... tapi, entahlaaa... Allah bagi dorang akal fikiran pandai-pandai lah dorang menilai. Isu akidah memang panjang kalau nak cerita. Hmm, tak perlulah aku nak panjangkan lagi cerita sebab apa yang penting sekarang adalah berDOA. Doa senjata orang mukmin. Doa yang membawa maksud:- memohon kepada Allah untuk kebaikan diri sendiri atau untuk orang lain dengan niat dan tujuan yang baik. 

wasalam...

Friday, November 16, 2012

Segmen Pendek : Nak Masuk Bloglist Miss z

Assalamualaikum! =)
una join bloglist lagiii~ keh3
Jom  join bloglist miss Z!!!
nananananana~ 
klik untuk join!