Friday, November 11, 2011

Ta'aruf Cinta

Ta'aruf? anda tahu tak maksudnya? Ta'aruf yang saya ingin kongsikan disini adalah ta'aruf sebelum perkahwinan. Ta'aruf di sini juga dimaksudkan pertemuan sebelum berkahwin di antara si dia dan pasangan atau kata mudahnya merisik yang dihadiri oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak.
Saya terbaca satu komen dari seorang sahabat,

"Cinta selepas ikatan perkahwinan yang sah.. Membawa berkah yang berpanjangan hingga ke syurga.. Ketenangan, kebahagiaan, kedamaian.. Terutamanya apabila setelah ijab qabul.. Kali pertama pasangan mulai keluar dating bersama.. Kali pertama berpegangan tangan.. Kali pertama bersms, calling gurau senda.. Kali pertama segalanya.. :-)"
Indahnya mendengar ceritanya.. Best kan kalau bercinta selepas kahwin? Tapi ramainya gopoh untuk bernikah sedangkan mereka tidak memikirkan tanggungjawab perlu dipikul selepas perkahwinan. Tanggungjawab kepada ibu dan ayah, kepada isteri dan anak-anak. Itu antara salah satunya yang perlu difikirkan sebelum anda berkahwin.
Berbalik kepada ta'aruf tadi. cinta selepas kahwin, lagi syok kan?
Lebih baik berta'aruf daripada bercouple yang tidak ada kesudahannya.
Ta'aruf perlulah dihadiri oleh kedua ibu bapa atau penjaga kedua-dua belah pihak.
Cuba tengok klip video ini.. Contoh ta'aruf dalam islam?
Dim lights Embed 
"percintaan sebelum perkahwinan biasanya memudarkan alam perkahwinan"
Kadang-kadang kata-kata itu amat benar. Kita tengok ramai yang bercouple, kehidupan mereka kononnya berada dalam syurga cinta. Tetapi berapa ramai yang tidak rasa keseronokan yang mengimpikan untuk mendapat keluarga sakinah sewaktu alam perkahwinan? Kerana sudah tepu dengan kata-kata manis sang lelaki sebelum berkahwin sampai hilang rasa keindahan alam percintaan selepas kahwin lalu mengambil keputusan untuk bercerai. Nauzubillah.
Jadi, let's ta'aruf. Sebelum bercouple atau sudah bercouple, lekas-lekas kita fikir.
"couple dapat jamin kebahagiaan ke selepas berkahwin??"

2 comments:

kasih said...

ana setuju.. :D
btw boleh tak buangkan word verification tu?

ana rasa itu lebih mudahkan orang untuk komen.

maaf jika teguran ana agak kasar.

Husna Mujahidah said...

InsyaAllah...
ana hargai komen anda..
syukran! =D