Sunday, October 30, 2011

takut sebab pernah buat.. buknnye ape, seksaan Allah itu lagi pedih azabnya.

^
^
^
^
tgk gmbr kt atas nie?
ana thu. kalian takkn faham apa yg ana cube sampaikan skrg? kan? kan?
bismillahirrahmanirrahim
v
v
v
v
seorang wanita yg berani meletakkan in a relationship with 

kekasih bukan mahramnya itu...ia sedikit sebanyak telah hilang 

sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang 

muslimah...kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum 

bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple 

dgn kekasihnya...seperti istiharkan kemaksiatan...tahukah anda 

bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bkn mahram boleh 

menimbulkan fitnah??? dan apabila timbulnya fitnah boleh 

mendatangkan dosa??? akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga 

dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...


Tahukah anda bahawa,sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri 

ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan 

pertunangan...inikan pula perhubungan couple yang jelas 

haram...tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah 

berstatus couple!!!...kalau status pertunangan tak mengapa la 

juga, tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya 

merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:


“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang 

perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair 

Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


oleh itu janganlah berbangga dgn status in a relationship with 

kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah 

dosa yang sia-sia sahaja...nak selamat dan elak diri 

difitnah...halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak 

berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat...



Saturday, October 29, 2011

|Cinta| perkongsian terbaik! must read..


Nota huffaz:- Couple totally Halal ba'da nikah. ;)

Cinta. Manusia memang suka bicara soal cinta. Cinta ini amat indah. Rasanya, kalau ditanya apa yang paling manis dalam dunia, pasti ramai yang memilih cinta sebagai jawapan. Cinta itu luas. Amat luas. Namun dikecilkan cinta itu dalam artikel ini mengenai cinta lelaki dan perempuan.
Nak bina rumah pasti ada asasnya. Nak bina masjid juga ada asasnya. Jadi nak bina rasa Cinta. Apa asasnya? Asas cinta ialah sayang. Mustahilkan dalam dunia ini, ada yang cinta asasnya benci. “saya cintakan dia, sebab tu saya benci kat dia sangat-sangat.” Amat mustahil kan? Jadi, cinta mesti lah sayang. Sebab itu, kita hargai orang yang kita cinta. Kita sanggup korban segalanya.
Bila kita sayang dan cinta seseorang, yang hitam pun jadi putih, yang hodoh jadi cantik, segala-galanya nampak indah di mata kita. namun, Tolong hati – hati jaga hati. Takut kerana rasa sayang dan cinta itu hati kita bertukar dari suci kepada kotor. Jadi, Sayangi hati kita dulu. Jika kita sayang hati kita, InsyaAllah kita pasti tidak mahu menjadikan hati kita kotor, jijik dan memualkan dengan perkara – perkara yang Allah larang.
Cinta itu Murah?
Hari ini. Ramai menganggap Cinta itu murah. Bila bercerita soal Cinta jadi mual dibuatnya. “alah sikit – sikit jiwang. Tak ada modal lain ke. Bosanlah asyik – asyik Cinta je.” Kenapa sampai begitu sekali orang memandang cinta? Sebab hari ini, cinta telah dimurahkan semurah-murahnya. Kenapa boleh jadi murah? Kerana kebanyakan orang hari ini tidak tahu apa itu cinta, tidak reti untuk bercinta. Dia bercinta dengan cinta yang salah,dengan cara yang salah, dengan kefahaman yang salah, menyebabkan  cinta yang tergambar dimindanya adalah sesuatu yang murah.
Cinta hari ini dikatakan apabila kita keluar couple, apabila kita berdating, apabila kita naik motor bonceng sama-sama, bila kita pegang tangan sama-sama kita, bila kita minum satu gelas satu straw, kita makan satu pinggan satu sudu satu garfu, yang perempuan sanggup gadai dara dan teruna pula layan aje, kita sanggup beriya - apa sahaja. Kebanyakan orang ingat, itu cinta. Akhirnya, cinta dikeji sebagai satu perkara memualkan dan busuk.
Lafaz “saya cinta awak”, “saya sayang awak”, “i love u” kerap sahaja diucapkan kepada pasangan masing – masing walaupun belum pun menjadi halal baginya. Tidakkah sama perkara – perkara itu dengan melontarkan pasangannya ke neraka? Allah larang berzina, Allah larang pergaulan bebas, tetapi kita ingkar pada Allah SWT atas nama cinta dan sayang. Jika Allah murka, adakah kita terselamat daripada dilontarkan ke dalam api neraka. Benarkah sayang? kalau benar sayang, kenapa melontarkan pasangan anda ke neraka? Kata sayang? Pelik bin Hairan bin Ajaib. Kalau betul sayang dan cinta, sepatutnya kita sama-sama selamatkan pasangan kita dari api neraka, dari kehancuran. Tetapi kenapa kita pautkan dia ke dalam neraka sama-sama kita?
Sekadar gambar hiasan. =)
Ala nanti taubat la...”
Nanti tu bila? Kalau tak sempat? Jangan berlagak wahai hamba Allah.  kita tak tahu kita mati bila. Tengah-tengah bonceng motor seronok-seronok, eksiden, baru tahu. Tengah – tengah bergayut di telefon  tiba – tiba kena kejutan elektrik dan mati. Pasangan anda boleh hidupkan kembali anda untuk kembali bertaubat dan menjamin anda terselamat dari dilontarkan ke dalam neraka? Sila jawab.
Suluhkan cinta dengan Iman. Jangan kita suluh Cinta dengan nafsu. Buruk padahnya. Kalau benar cinta, selamatkanlah diri anda dan pasangan anda dari kemurkaan Allah SWT. Bukan Cinta namanya kalau kita melontarkan diri kita dan pasangan kita ke neraka. Sama sahaja kita campak dia dalam gaung, bakar dia dengan api yang marak. Jadi, jika anda terlibat dengan cinta yang mengundang murka. Ingatlah. Ungkapan “i love u” itu maknanya “I benci u tapi I perlukan U untuk puaskan nafsu I wahai pasanganku yang murahan dan I nak U bersama dengan I masuk neraka” Nauzubillahminzalik. Jangan dekati Cinta yang disuluh nafsu.
"Bercinta sampai Syurga"  bercinta, sayang, mesti la nak sampai syurga kan. barulah boleh dikatakn Cinta selama – lamanya. Forever – rever. oh sweetnyeeee. Tak kan kita tidak mahu kita dengan pasangan kita bahagia hingga ke syurga. Berdating di bawah pohonan rendang, dikelilingi haruman syurga. Oh SubhanAllah indah bukan? Jadi. apakah layak digelar sayang kalau campak pasangan dalam kemurkaan Allah? fikir – fikirkan. Nak bercinta disulami redha Allah macam mana? bernikahlah. insyaAllah Allah berkati. Jika tidak bersedia lagi jangan mengada-ngadakan diri kita bermain api - api cinta. Takut - takut api cinta yang kecil nanti boleh merebak menjadi besar hingga memakan diri kita. Jadi sebetulnya, cinta sampai syurga itulah baru namanya cinta, itulah baru namanya sayang. Baru sweet kan ? ^_~

untuk anda! =)
|
|
|


Thursday, October 27, 2011

Bidadari Dunia –> Permulaan –> Bidadari, tetapi mereka adalah manusia.

Alhamdulillah ana masih berdiri lagi di atas bumi ini dengan bantuanNya. Untuk menyampaikan dakwah dan ayuh bersama kita renungkan sebaik mungkin kerana hidupnya insan kealpaan di atas jalanNya.


Bidadari yang berjalan di atas dunia, adalah perempuan yang  mentaatiNya~


Semua mengidamkan bidadari. Lelaki.
Semua ingin menjadi bidadari. Perempuan.

Bidadari Dunia. Saya menulisnya kerana saya percaya, perempuan adalah antara makhluk yang penting di dalam dunia. Islam, nyata mengangkat wanita ke satu darjat yang tinggi. Justeru pada saya, perempuan-perempuan yang tunduk kepada Allah SWT, mentaatiNya, menjauhi laranganNya, itulah dia bidadari-bidadari dunia. Ya, mereka bidadari, tetapi mereka adalah manusia.

Persoalan, bagaimana mahu menjadi bidadari ini?

Itulah yang akan dikupas oleh saya di dalam Bidadari Dunia.


Perempuan, mengalahkan syurga.

Syurga. Kita tahu syurga ini amat indah, tidak terjangkau dek pandangan akal, tidak pernah langsung terdengar dek telinga, apatah lagi pernah dilihat dek mata. Ada segala-galanya, memenuhi segenap kesenangan yang dicita.
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Surah Ali Imran ayat 133.
Tetapi, nak kata perempuan ini mahalnya lebih daripada syurga adalah, Nabi Adam AS yang hidup di dalam syurga itu, yang penuh kenikmatan itu, boleh pula merasa sunyi dan kekurangan. Ya, di situlah mahalnya perempuan. Hatta syurga pun dikalahkan.
Maka untuk Adam diciptakan Hawa. Sedang Syurga juga tidak dapat memenuhi fitrah seorang lelaki.
Sebab itu, perempuan sentiasa mahal di dalam jiwa saya. Apatah lagi, Islam memang nyata mengangkat perempuan di dalam Islam. Disuruhnya lelaki menjaga perempuan, mengetuai mereka, memenuhi hak-hak mereka, dan melayan mereka dengan baik serta mulia. Sedang dalam zaman Parsi, Romawi, perempuan dilayan seperti hamba, kotor, sampah, dan sebagainya.
Nah, perempuan itu tinggi sebenarnya.

Maka Amatlah Rugi Jika Yang Mahal Itu Menjadi Murah

Maka, pada saya, amatlah rugi sekiranya yang mahal menewaskan syurga itu, menjadi murah dan rendah hanya kerana tidak menjaga diri dan melanggar perintahNya.
Di sinilah saya mengajak para bidadari sekalian bermuhasabah semula.
Diri kalian sebenarnya mulia bukan?
Maka bagaimanakah kemuliaan itu dijaga?
Siapakah contoh-contoh yang sepatutnya kalian ini ambil untuk kekal mulia?
Peraturan manakah yang anda perlu ikuti dan turuti agar kemuliaan anda ini kekal selama-lama?
Di sinilah Bidadari Dunia muncul untuk membawa anda sama-sama meneroka perkara ini semua.
Sebab perempuan pada saya adalah ibu kepada manusia. Hatta lelaki lahir daripada rahimnya juga. Bayangkan!
Maka dari perut perempuanlah lahirnya pemimpin, panglima perang, cerdik pandai, saintis dan sebagainya. Tetapi jangan dilupa, daripada perut perempuan jugalah lahirnya pembunuh, perogol, pencuri dan sebagainya.
Justeru, saya berpendapat bahawa, sekiranya perempuan itu adalah seorang bidadari dunia, kemungkinan untuk melahirkan zuriat yang baik adalah lebih tinggi. Tanpa saya menafikan juga, dari perut perempuan mana pun, boleh sahaja lahir seorang pemimpin yang mulia kerana kemuliaan bukanlah sesuatu yang diwarisi. Tetapi kita juga tahu, peratusnya amat kecil. Dan kita ini diajar menjemput natijah dengan asbab. Tidak begitu?
Sebab itu jika anda, wahai bidadari-bidadari dunia yang saya kasihi, perasan, lihatlah perancangan barat yang cuba menelanjangkan perempuan-perempuan, dan mengeluarkan mereka dari rumah ke arah kebahayaan, kemudian mewarnainya dengan nama kebebasan, ketinggian dan kesama rataan. Untuk apa? Bukankah untuk merosakkan generasi yang bakal lahir dari perut kalian?

Bidadari Dunia, mustahil?


Mana mungkin perempuan di dunia boleh menjadi bidadari!
Mungkin itulah yang terdetik di dalam diri anda. Mungkin.
Saya tidak rasa demikian. Kerana saya pernah melihat bidadari di atas dunia. Dan saya tahu, sebelum saya lahir, wujud ramai bidadari yang telah berjalan di atas muka bumi ini.
Antaranya adalah bonda kita, Khadijah RH, Aisyah RH, Hafsah RH dan semua isteri Rasulullah SAW, sahibah-sahibah baginda seperti Nusaibah RH, Ummu Sulaim RH, juga figur-figur terdahulu seperti Maryam binti Imran, Asiah isteri Firaun, dan tidak terkecuali manusia-manusia indah seperti Ibu kepada Muhammad Al-Fateh, Zainab Al-Ghazalidan sebagainya.
Ya. Mereka adalah bidadari yang pernah berjalan di atas muka bumi.
Mereka juga manusia. Seperti kalian juga.
Maka di mana mustahilnya?
“Kami bukan mereka!”
Saya tertawa. Tidak. Jangan sesekali sangka begitu. Bukan kerana ‘anda bukan mereka’ sebenarnya. Tetapi hanya kerana ‘anda tidak menjalani proses seperti yang mereka lalui’.
Nah, itulah dia Bidadari Dunia akan bawakan. Bagaimana hendak melalui proses yang sama seperti mereka. Kalau masuk kilang batik, takkan keluar jadi kain songket kan? Kalau main batu seremban, takkan sama dengan main bola jaring kan? Begitulah.
Saya yakin kalau kalian buat apa yang mereka buat, percaya apa yang mereka percaya, insyaAllah kalian akan mampu menjadi seperti mereka. Jadi antara pengisian Bidadari Dunia adalah menceritakan perihal mereka sebagai ibrah buat saya dan anda juga.

Penutup: Simpanlah cita-cita. Jadilah Bidadari Dunia.

Maka bercita-citalah dari sekarang wahai wanita-wanita yang ingin menjadi mulia. Simpanlah azam dan sematkanlah tekad. Saya akan berusaha yang terbaik untuk menyampaikan.
Harapan saya adalah, Bidadari Dunia ini mampu menimbulkan kesedaran, sekaligus mengubah kehidupan, dan akhrinya membuatkan kalian mampu menjadi tiang-tiang yang menopang ummah ini ke arah kebaikan. Melahirkan anak-anak dan mendidik mereka dengan kebaikan. Menjadi isteri dan memperkuatkan suami ke arah mencari redha Ar-Rahman. Menjadi kakak yang membawa adik-adik ke arah kemuliaan. Menjadi bidadari dunia, yang mampu menyerikan dan mengindahkan alam yang fana ini, membawanya ke arah apa yang diredhaiNya.
Inilah dia mukaddimah.
Semoga Allah redha kepada kita, dalam kasih dan sayangNya.
Mari, Menjadi Hamba!



sumber artikel:- langitilahi.com



Tuesday, October 25, 2011

Genk! Saya Blogger Gila

Blogwalking td... hehe
terjumpa 

Segmen : Aku Blogger Gila


kt ezaboomboom keh3!

^
^
^
click banner kalau nak join~


tk nak citer pnjng2.. just straight to the point

sy suka..

Reading novel 

Mestilah memasak.. eheeee~

Reading arttikel at iluvislam.. click kalau nak tahu special nye site ni keyh?

Blogwalking la.. Keh3!

heeee~ ini je lah..

Assalamualaikum.

CONTEST BLOGKU MENAWAN KALBU BY ASKAR PINK & AMALINA.

Syyyyy.. sbnrnye nk cuba nasib je, menawan ke blog saya ni? heh?

^
^
^
klik je banner kt atas uh tau?

taG:-


Sunday, October 23, 2011

Header baru..

Syukur WaAlhamdulillah~
lega.. korang perasan tak header baru saya? perasan tak?
hehe.. cantik tak? nie sebab berangan nie buat header baru, bukannya ape cemburu tgk blogger semua tukar header... jadi nak try ar jugak kn? heeeee~ =D (muka tak malu)            


oklah~ korang, kalau boleh tak tolong bagi sikit komen pun jadilah.. cantik atau tak? itu je, senang kan? tak susah kan? kan? kalau tak husna akan cuba perbaiki lagi... =)



Friday, October 21, 2011

Segment:Jalinan Ukhwah bersama Cik Atiera

Join satu segment yang menarik perhatian ana.. heh?
apa die tuh..
tgk sendiri ar kt bawah nie..(sungguh tk sopan)
|
|
|

eh,tak lupa untuk sesape yang nk join klik je gmbr kt atas nih ye?
Assalamualaikum=) senyum2.. tak nk cedeyh-cedeyh ye?|Nama:Nurun Nazilatul Husna bt. Mohd Farizal|Umur:14 tahun je baru.. tahun depan PMR(jangan lupa doakan yang terbaik ntk sy..peaceee!|student at fourian SMK USJ 4 Subang Jaya|blogger from subang jaya, selangor D.E|Hobi:Mestilah bace novel... & blogwalking , terjah blog orang..|takat nie je kut.. ;) tata!
 tag?

Nasz

Tuesday, October 18, 2011

Cinta setelah Allah dan Rasul


sekadar gmbr hiasan aje.. jangan salah faham pulak? eheee =D


Firman Allah: (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]



Ayat ini disebut turun sempena peristiwa fitnah ke atas A'isyah radiallahu anha. Maksudnya, seseorang yang bersuamikan orang yang baik, dia juga adalah orang yang baik. Memandangkan A'isyah bersuamikan Rasulullah s.a.w. yang baik, maka A'isyah juga adalah baik.

Sekalipun ianya diturunkan kepada A'isyah radiallahu `anha, keumuman ayat tersebut menjadi pembimbing bagi seluruh umat agar mencari yang baik sebagai pasangan hidupnya.


Justeru ayat 26 surah al-Nur di atas tidak boleh mengenepikan usaha mencari pasangan yang baik, saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) sesama pasangan suami isteri.


Namun, jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dahulu buat anda terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi.


Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para GADIS YANG BELUM BERPUNYA, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.


Begitu juga buat PEMUDA YANG BELUM BERPUNYA, 'first thing first'. Utamakan yang lebih penting daripada yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan terus berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha itu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.



Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahua'alam.

nota huffaz:sekadar perkongsian untuk semua! salam ukhwah fillah ye? peaceee of Jannah~

Saturday, October 15, 2011

Blogger=Da’ie: Hubungan Dengan Allah, Tiang Utama Seorang Blogger.


Hubungan dengan Allah SWT. Ya, saya nyatakan itu adalah tiang utama buat seorang blogger yang ingin menjadikan blog/websitenya sebagai satu tempat yang baik buat dirinya dan bermanfaat pula untuk orang lain.
“Mengapa? Bukankah ini hanya blog? Bukannya solat dan sebagainya.”
Kerana, kita ingin menjadikan blog/website kita saham kita di akhirat. Itu antara salah satu ciri seorang Da’ie. Kehidupannya bukan sia-sia. Tiada yang bukan kerana Allah SWT diniatkan olehnya. Semua bermakna. Maka jika seseorang blogger itu ingin menjadi da’ie di alam maya, semestinya hubungan dengan Allah adalah tiang utamanya.
Kita akan bahaskan mengapa. Perlahan-lahan.
Bersama-sama. Mari ikuti episod ini.

Asas utama hendak dikira sebagai amal Islam
Blogger=Da’ie, menandakan bahawa kita mahu menjadi blogger yang mampu membawa manusia pulang kepada Allah SWT. Hendak membawa manusia pulang kepada Allah SWT, semestinya dengan cara yang bersih. Dan cara yang bersih itu, adalah apa yang diterima oleh Allah SWT, bukan pula selainnya.
Maka, ketahuilah bahawa syarat penerimaan amal untuk dikira sebagai ibadah, untuk diterima oleh Allah SWT ada dua.
Pertamanya: Apa yang kita lakukan itu berada di dalam syara’(tidak melanggar apa yang Allah larang).
Keduanya: Ikhlas.
Maka adalah mustahil untuk kita berada di dalam syara’, berada di dalam batas-batas yang Allah benarkan dan tidak pula melaksanakan larangan-laranganNya, bergerak pula dengan ikhlas, tanpa mempunyai hubungan dengan Allah SWT.
Jelas di sini, kepentingan untuk terbinanya hubungan kita dengan Allah SWT, dalam urusan membina blog dan menggerakkannya. Sebab, tanpa Hubungan yang bersih antara kita dengan Allah SWT, mustahil kita akan berada dalam ruangan amal islami. Kita mungkin akan tersasar keluar daripada jalan yang sebenar.
“Tidak akan berzina seorang penzina itu sekiranya di kala dia berzina itu dia berada dalam keimanan. Tidak akan mencuri seorang pencuri itu sekiranya di kala dia mencuri itu dia berada dalam keimanan. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak itu sekiranya di kala dia meminum arak itu dia berada dalam keimanan.” Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, An-Nasa’ie, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad.
Maka seorang penulis blog, tidak akan menulis sesuatu yang sia-sia, yang mungkar, yang boleh membawa kepada dosa, sekiranya ketika dia menulis blog itu dia mempunyai hubungan dengan Allah SWT.

Allah adalah yang menyampaikan
Seorang blogger da’ie semestinya mahu penyampaiannya sampai kepada pembaca-pembaca. Meresap masuk ke dalam jiwa mereka, sekaligus memberikan impak baik dari segi fikiran dan juga amalan. Kadangkala, ada blogger yang tertanya-tanya apakah resepi utama untuk penyampaiannya memberikan kesan yang besar kepada pembaca-pembacanya. Pelbagai usaha telah dilakukan. Lenggok bahasa sudah dicantikkan, dalil telah diperkuatkan, tetapi apakah sebenarnya yang mampu ‘menyampai’kan apa yang kita sampaikan itu kepada pembaca-pembaca kita?
Itulah dia Allah SWT.
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk. Surah Al-Qasas ayat 56.
Maka adalah mustahil kita mampu menyampaikan kebaikan, hidayah Allah SWT ini, tanpa kita berhubungan denganNya. Jangan sesekali kita lupa bahawa, kita hanyalah pengusaha. Allah jugalah yang menyampaikannya. Justeru, hubungan baik dengan Allah SWT adalah amat penting bagi seorang blogger yang ingin melakukan kebaikan dengan blog/websitenya.
Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya.” Surah Al-Baqarah ayat 272.
Justeru, blogger-blogger sekalian, bagaimanakah hubungan kita dengan Allah SWT?

Putus hubungan dengan Allah, terputuslah hubungan jiwa kita dengan manusia
Bila hubungan kita dengan Allah SWT goyah, maka akan goyahlah hubungan kita dengan manusia. Apatah lagi manusia-manusia yang kita belum lagi kenal dan berjumpa(pembaca dan pelawat blog).
Apakah yang memutuskan hubungan kita dengan Allah SWT?
Itulah dia dosa. Baik dosa dari segi amal perbuatan, yang boleh dilihat jelas dengan mata seperti mencuri, berbohong, melihat perkara lucah, mengeji orang lain, mahupun yang tersembunyi seperti takabbur, riya’, ujub dan sebagainya.
Blogger yang mahu menjadikan blog/websitenya sebagai medan kebaikan, medan ibadah, akan menjaga perkara-perkara ini. Sebab sekiranya mereka sendiri tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT, dari manakah hendak ditimbulkan kekuatan untuk mengajak manusia lain kepada Allah SWT?
“Orang yang tiada apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.”

Dan bukan menanti sempurna
Dan bukanlah bermaksud di sini, kita perlu berhubungan dengan Allah mantap-mantap macam para Nabi, Malaikat, barulah boleh menulis di blog, menjadikan blog/website kita tempat kebaikan. Bukan dan bukan.
Tetapi artikel ini adalah untuk kita sekurang-kurangnya berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu. Kita sendiri, bukan mengajak kepada kebaikan kerana kita telah menjadi baik, telah sempurna. Bukan dan bukan. Kita mengajak manusia lain kepada kebaikan adlaah kerana kita yakin dengan jalan ini, dengan agama ini, dengan kebaikan ini, dan untuk mereka bersama kita, sama-sama pergi ke arah kebaikan tersebut.
Justeru, janganlah pula artikel ini melemahkan.
Bahkan, inilah artikel untuk menguatkan.

Penutup: Maka perhatikanlah hubunganmu dengan Allah SWT
Maka kita perhatikan hubungan kita dengan Allah SWT.
Ibadah-ibadah khusus kita, amalan-amalan kita. Apakah perintah Allah SWT telah kita usahakan dengan bersungguh-sungguh? Apakah larangan-laranganNya telah kita usaha tinggalkan sungguh-sungguh?
Percayalah cakap saya. Sekiranya kita tidak berusaha menjaga hubungan denganNya, kita akan keletihan mengajak kepada kebaikan. Kerana kita tahu, kita sedang bergerak berlawanan arah dari apa yang kita ajak.
Tetapi sekiranya kita berusaha menjaga hubungan denganNya, kita tidak akan keletihan mengajak manusia lain kepada kebaikan. Kerana kita telah merasai kemanisannya.
Mari, bergerak bersama-sama.
Menjadikan blog/website kita pentas penyampaian hidayahNya.

Sunday, October 9, 2011

Jom Cari Follower

Assalamualaikum !

teheeee~ T_T saje ltk kt atas uh kn ..?
nk join segmen nie ha .. bulan nie byk sangat buat segmen ..?
kan ?kan ?
kte pun nk hidupkn blog nie kene la rajin bukak kn ? hehe ..
ok .. dimulakan dgn bismillah ,disudahi dgn alhamdulillah~
korng yng nk join tuh klik jer SINI ..
cepat-cepat !
tarikh tutup 11.10.2011 tepat jam 10 malam ..

Saturday, October 8, 2011

''Contest Gadis Berpurdah by Cik Tomato''

Bismillahirrahmanirrahim~ 
Assalamualaikum semua ! eheeee~ =D
ana ada join satu contest yang bertajuk ? -->''Contest Gadis Berpurdah by Cik Tomato''
Berpurdah di sini bermaksud ------> sejenis kain yang menutupi wajah, dikenakan oleh beberapa kaum perempuan Muslim sebagai sebahagian daripada tudung. 

^
^
@
macam kat atas uh .. jelas ?yup ! Ahamdulillah~

^
^
korang yang baik hati sesangat ,boleh klik je banner kt atas tuh ok ?

tukar position drpd center to right --->>


saje je ...


eheee~ =D ,wokeyh ... jom tag-tag !


atiahzainal


wardahalisya


misszahrah


ajaratulaswad


smilenajah



Wednesday, October 5, 2011

Apa yang jadi pada akaun facebook kita selepas kita mati nanti ?


Apa yang jadi pada akaun facebook kita selepas kita mati?

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..
dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~

renung-renungkan dan selamat beramal :)

Tuesday, October 4, 2011

Perkara hebat tentang insan yg melahirkan ..


~IBU/EMAK/MAMA/MUMMY/UMI/MOTHER~insan yg sungguh hebat pada hakikatnyee
 Aku selalu fikir kenapa :-
  • mak basuh baju wangi gillller,,, tpi kalau aku basuh wangi yg bese jer... walaupun aku gune sabun basuh yg same,, mesin basuh yg same ,,softlan yg same baju yg aku basuh pun milik org yg same....
  • mak masak sedap giller,, tpi kalau aku yg masak,, bese jer... even just a simple fried egg... walaupun aku gune kuali yg same,, sudip yg same,, jename telur yg same,, jename planta yg same...
  • mak lipat baju same jer susunan dye... tinggi mcm mne pun takkan runtuh... tpi kalau aku,, lebih 7 helai mesti runtuh... walaupun aku lipat same jer mcm mak (sbb mak yg ajar aku lipat baju)
dan macam2 agi laa...
Aku pun slalu fikir mampukah aku :-

  • jadi mcm mak bile aku ade anak nnti...
  • didik anak aku mcm mne mak didik aku..
  • buat sume keje umah tanpa henti dan buat bende yg same je setiap hari
  • selesaikan masalah anak aku dan masalah aku sendiri..
  • fahami anak aku mcm mne mak memahami aku
  • penuhi permintaan mengarut anak aku mcm aku slalu mengarut kat mak aku
  • bagi jawapan yg tepat bile anak aku tanye bende yg takde dlm buku rujukan,, cthnye "kenapa sijil akad nikah takde expire date??"
hurm.... Ya Allah,,, aku bersyukur atas pemberian mu kepada ku... Aku mohon,,, Kau ampuni lah dose2 mak,, dose2 mama... sesungguhnye 2 insan ini telah menyempurnakan hidupku... Aku mohon,, berilah peluang kepadaku untuk berbakti kepada mereka selagi mereka masih di sisi ku.... Ya Allah,,,kau berilah kekuatan,, ketabahan,, kesabaran dan ketaqwaan sepanjang insan bergelar ibubapa ini mengasuh dan mendidik kami semua... aimin ya Rabb al 'alamin ..

Sunday, October 2, 2011

SEGMEN 1hari : Tambah rakan blogger

Ehee~berapa banyak dah husna join segmen bulan nih .. baru 3 + 1 = 4 
sbnrnye tk kenal pun tuan punya blogger .. kenal pun dari cik Wardah Alisya heeee =D
Tarikh tutup : 3.10.11 @ 10 malam esok.
*tak bole lame-lame..nak focus study.hehe.<-- cik dila


^
^
yang nak join tuh~ klik je gmbr kt atas tuh .. OK !