Thursday, July 7, 2011

Setanggi kalbuku ..

Assalamualaikum ...semoga ceria-ceria semua !
tajuk entry kali ini setanggi kalbu ..suka-suki kerana perasaan ku ini berdegup kencang mengingati seseorang yang tak mungkin wujud dalam hidupku kerana ia hanyalah sebuah buku yang sarat dengan kisah yang juga mungkin berlaku dalam hidup kita.(banyak pula kemungkinan)kerana jalan menuju tuhan memang sukar. Adakala kuat dan adakala lemah melangkah .Mujur Dia temukan teman seperti mu ,agar larian ini tak kan lelah bila diiringi ukhwah fillah ...ketahuilah .Ukhwah ini hanya untuk Allah dan mengharap keredhaan-Nya ...utamakan pandangan Allah ,agar hidupmu rasa berteman ,rasa bertuhan ..terima kasih ,uhibbukifillah ..terima kasih juga pada yang mengingati ku (Iki)...ha, nk promo sikit sinopsis setanggi kalbu harraz boleh tak ?


ini lah buku tu ...

sinopsis- 

Mengisahkan pelajar SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Ahmad Harraz Maulawi yang mempunyai keistimewaan tersendiri yakni, aura suara yang menyihir sesiapa yang mendengarnya. Bersama Aiman, Fayyadh, Ustaz Nafis dan kumpulan Usratul Firdausi, mereka melakar kejayaan demi kejayaan dalam perjuangan menyemarakkan nasyid.

Keikhlasan Qarihatun Naurah mentransformasikan Harraz, namun, seseorang telah tersemai kesumat dengki kepada Harraz menyebabkan kecoh di Maahad Hamidiah. Berkat kesabaran, kebenaran dan keyakinan, perdamaian dicapai. Harraz dan enam sahabat mengemudi Imam Qurtubi melayari kehidupan seterusnya.Ujian Maha Hebat melanda. Antara impian dan hasrat. Orang tersayang berada di ambang perjalanan abadi. Harraz terus meminta ihsan Ilahi. Dengan izin Allah, rayuannya diterima. Lalu dia mengerti nikmat kehidupan di muka bumi Allah. Menjadikan tautan mahabbah dengan orang tersayang lebih erat, lebih bermakna. Fitrah seorang insan. Kalbunya berhak menyukai dan disukai. Tetapi semuanya mesti bersandarkan syariat Allah dan nawaitu ikhlas. Dapatkah dia menggapai impian untuk mengikut jejak ikon nasyidnya – Almarhum Ustaz Asri, Sami Yusuf atau Ahmed Bukhatir?


 * * * * *

the end !

No comments: