Sunday, July 31, 2011

Motivasi: Seorang pendosa yang memasuki Ramadhan.


Kamu, saya dan mereka. Kita semua adalah pendosa. Ya. Sungguh, banyak kesilapan telah kita lakukan, hasil kelalaian kita selama ini. Sudah diingatkan berkali-kali tetapi tetap alpa dan leka. Akhirnya terpalitlah pada diri ini dosa-dosa, yang kalau kita lakarkan lukisan bentuk hati di atas kertas dan menitik satu titik hitam bagi setiap dosa, nescaya mungkin gelaplah lakaran bentuk hati itu lantaran banyaknya dosa-dosa kita.


Namun, pendosa seperti kita ini, Allah SWT berikan lagi Ramadhan kepadanya.
Apakah perasaan?
Jujurnya, saya rasa terharu apabila seorang pendosa seperti saya, diberikan oleh Allah SWT peluang untuk memasuki Ramadhan yang teramat-amat mulia ini.
Ya. Terharu. Seakan-akan Allah SWT bersuara:
“Nah, ini peluang untuk kamu membersihkan diri.”
Seakan-akan, ini adalah bukti tanda Allah masih ‘mahu’ pendosa ini memasuki syurgaNya.


Ramadhan yang mahal buat pendosa.
Hanya orang yang mati sahaja akan mengetahui nikmat hidup. Dan hanya orang yang mati sebelum Ramadhan sahaja yang akan mengetahui betapa mahalnya sebuah Ramadhan untuk dirinya.
Ramadhan adalah medan di mana Allah lambakkan segala ganjaran. Tetapi lebih dari ganjaran-ganjaran tersebut adalah, Ramadhan ini Allah lambakkan juga dengan peluang-peluang keampunan yang terbuka luas.
Daripada Abu Hurairah telah berkata bahawa Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud “Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya…” Hadith Riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi.
Abu Hurairah telah berkata bahawa Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : “Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.” Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.
Mengapa peluang keampunan itu mahal?
Kerana keampunan itu memadamkan dosa-dosa.
Apakah yang lebih bermakna untuk seorang pendosa, selain dipadamkan dosa-dosanya?

Allah masih memandang kita. Apakah yang lebih besar?
Dan perasaan bahawa Allah SWT masih memandang kita, masih memberikan peluang kepada kita, nyatanya di situ ada tanda yang jelas bahawa ALLAH MASIH SAYANG KITA, justeru hati pendosa mana yang tidak kembang dengan perkara ini?
Seakan-akan orang yang lapar tidak makan berhari-hari, yang kemudiannya diberikan makanan. Begitulah pendosa-pendosa yang gelisah dengan dosa-dosanya dan kemudian diberikan ruang keampunan. Pasti ‘Sang Pemberi’ punya rasa belas.
Tidakkah kita rasa bertuah, di’belas kasihan’kan Allah SWT?
Allah SWT! Siapakah Allah? Tuhan Sekalian Alam. Yang Di tanganNya langit dan bumi. Yang Menguasai Segala-gala. Yang Maha Perkasa. Allah itulah yang sedang memandang kita para pendosa dan memberikan belas kasihanNya kepada kita dengan memberikan peluang Ramadhan kali ini buat kita.
Kita! Siapakah kita? Kita yang penuh dengan lumpur-lumpur dosa. Kita yang bila diberikan peringatan lupa. Kita yang bila ditegur tak ambil peduli. Kita yang terus-terusan mengulang dosa yang sama. Kita yang lambat bergerak menghargai peluang keampunanNya selama ini.
Apakah yang lebih besar dari perasaan “Allah Masih Memandang Aku. Allah Masih Sayang Aku.” Ini?
Nyata orang-orang yang melihat akan tersedar, lantas mengambil peluang Ramadhan ini.
Allah masih sayangkan kita.
Kita. Pendosa.


Penutup: Motivasi buat pendosa yang masih hidup. Ramadhan ini, berubahlah.
Tanda bersyukur bukanlah hanya dengan menyebut alhamdulillah.
Orang yang bersyukur dengan pemberian kedua-dua ibu bapanya, dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik. Ibu bapa beri duit untuk dia belajar, dia belajar bersungguh-sungguh.
Maka orang yang bersyukur dengan pemberian Allah SWT, dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik juga. Allah SWT memberikan kita Ramadhan untuk menjadi lebih baik, maka kita mengambil segala peluang yang wujud di dalam Ramadhan dengan bersungguh-sungguh.
Kalau Allah benci dengan kita, Dia boleh sahaja mematikan kita sebelum Ramadhan.
Tidak memasukkan kita dalam kalangan yang mendapat peluang ini.
Tetapi sekarang, Ramadhan telah tiba dan kita berada di dalamnya.
Maka marilah kita, para pendosa yang masih hidup ini, bersyukur, dengan mengambil peluang Ramadhan ini, menjadikan Ramadhan kali ini medan perubahan kita.

Ayuh!(^_^)


Sumber:@langitilahi.com


p/s:Renungan buat diriku juga~

Friday, July 22, 2011

Renungan~Utamakan Pandangan Allah dari Pandangan Manusia


Bila Jadi Jahat, Orang Benci.. Bila Jadi Baik, Orang Meluat..
Bila kita ikut suruhan agama.. ada orang kata kita belagak alim..
Bila kita langgar suruhan agama.. ada orang kata "Astaqfirullah.. apa laaa nak jadi.. nak kiamat dah kot?..."..

Bila kita ikut peraturan.. ada orang kata kita skema..
Bila kita langgar peraturan.. ada orang kata kita ni macam takde masa depan..

Bila kita tegur dengan baik.. ada orang kata kita ni bajet bagos..
Bila kita tegur dengan kasar.. ada orang kata kita ni kurang ajar..

Bila kita pakai sopan-sopan.. ada orang kata kita ni 'kampongg gilerr'..
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni takde harga diri sebab tayang free..

Bila kita bagi nasihat.. ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?!..."..
Bila kita sindir-menyindir.. ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok?.."..

Bila kita tolong buat kerja.. ada orang kata "yang sebok sangat nak tolong buat keja orang lain ni watpe!?"..
Bila kita tak tolong apa-apa.. ada orang kata "apsal pemalas sangat ni? tolong pun susah ke?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan rakan saya kepada saya ini :- ..

Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia..

Wallahu 'alam....

Saturday, July 16, 2011

Permaisuri Hatiku

Malumu Berharga~
Assalamualaikum sahabat sekalian~
tajuk entry kali ini permaisuri hatiku (warna pink kat bawah tu lirik-nya)..lagu nie pun best !!sebab sealu dengar kat Ikim.fm  ok !sekarang tak nak citer banyak ..sebab ana pun perempuan =D (hehe)
untuk wanita sekalian ,hayatilah lagu ini dengan hati yang gembira ..[erm~sebelum tu ..kalau nak dengar ,pandai-pandai lah tutup lagu kt atas tu ok link warna hijau]


Permaisuri Hatiku
Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan dunia

Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharapkan cinta yang Satu
Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu

Malu-mu bernilai
Kata-mu berhikmah
Hati-mu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Allah

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oh? Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu



* * * * *
the end!

Thursday, July 14, 2011

Anda Mahu Cantik ?



Anda ingin lebih cantik dan menarik ???




# Jadikanlah "Ghadhdul Bashar" (menundukkan pandangan) 
sebagai "Hiasan Mata" anda, nescaya akan semakin 
bening dan jernih. 


# Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya 
akan semakin manis. 


# Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang 
terbuat dari rasa "Malu" yang dibuat dari salon "Iman"


# Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua 
"Dosa" dan "Kesalahan" yang anda lakukan. 


# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang 
akan menghilangkan kelemumur "Pandangan Lelaki" yang 
merbahayakan. 


# Hiasilah kedua tangan anda dengan "Gelang Tawadhu" 
dan jari-jari anda dengan "Cincin Ukhuwwah". 


# Sebaik-baiknya kalung anda adalah "Kalung Kesucian"


# Bedaklah wajah anda dengan "Air Wudhu'" nescaya akan 
bercahaya di akhirat.

SEGMEN 4: MARI-MARI PROMOTE BLOG KAW3X


Segmen Mari Promote Blog Kaw3x ! haaaa Kaw tiga kali tu yang tak tahan tu :p
jommm lihat !
nk join ?senang je ...just click on the banner ok !

ha ,bace dulu syarat-syarat nye ...da bace ?tgk bawah nie pulak !
^
^
*Korang nak tulis apa dalam entri tu terserah dan gunalah gaya apa sekalipun janji syarat-syarat kat atas tu dipenuhi... Senang je kan segmen mudah-mudah je senang nak join dan tak pening kepala nak buatkan hehehe, Segmen ini berkuatkuasa bermula jam 12am 14.07.2011 ini sehinggalah 11.59pm 14.07.2011... so apa lagi tak rugi pun kalau join... sama-sama akan merasa kelebihannya... (copy paste je dr abg yen 


tag:
Iffah
Iki




Thursday, July 7, 2011

Setanggi kalbuku ..

Assalamualaikum ...semoga ceria-ceria semua !
tajuk entry kali ini setanggi kalbu ..suka-suki kerana perasaan ku ini berdegup kencang mengingati seseorang yang tak mungkin wujud dalam hidupku kerana ia hanyalah sebuah buku yang sarat dengan kisah yang juga mungkin berlaku dalam hidup kita.(banyak pula kemungkinan)kerana jalan menuju tuhan memang sukar. Adakala kuat dan adakala lemah melangkah .Mujur Dia temukan teman seperti mu ,agar larian ini tak kan lelah bila diiringi ukhwah fillah ...ketahuilah .Ukhwah ini hanya untuk Allah dan mengharap keredhaan-Nya ...utamakan pandangan Allah ,agar hidupmu rasa berteman ,rasa bertuhan ..terima kasih ,uhibbukifillah ..terima kasih juga pada yang mengingati ku (Iki)...ha, nk promo sikit sinopsis setanggi kalbu harraz boleh tak ?


ini lah buku tu ...

sinopsis- 

Mengisahkan pelajar SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Ahmad Harraz Maulawi yang mempunyai keistimewaan tersendiri yakni, aura suara yang menyihir sesiapa yang mendengarnya. Bersama Aiman, Fayyadh, Ustaz Nafis dan kumpulan Usratul Firdausi, mereka melakar kejayaan demi kejayaan dalam perjuangan menyemarakkan nasyid.

Keikhlasan Qarihatun Naurah mentransformasikan Harraz, namun, seseorang telah tersemai kesumat dengki kepada Harraz menyebabkan kecoh di Maahad Hamidiah. Berkat kesabaran, kebenaran dan keyakinan, perdamaian dicapai. Harraz dan enam sahabat mengemudi Imam Qurtubi melayari kehidupan seterusnya.Ujian Maha Hebat melanda. Antara impian dan hasrat. Orang tersayang berada di ambang perjalanan abadi. Harraz terus meminta ihsan Ilahi. Dengan izin Allah, rayuannya diterima. Lalu dia mengerti nikmat kehidupan di muka bumi Allah. Menjadikan tautan mahabbah dengan orang tersayang lebih erat, lebih bermakna. Fitrah seorang insan. Kalbunya berhak menyukai dan disukai. Tetapi semuanya mesti bersandarkan syariat Allah dan nawaitu ikhlas. Dapatkah dia menggapai impian untuk mengikut jejak ikon nasyidnya – Almarhum Ustaz Asri, Sami Yusuf atau Ahmed Bukhatir?


 * * * * *

the end !

Friday, July 1, 2011

yang Terindah ..


selawat dan salam atas junjungan nabi Muhammad S.A.W ....selama seminggu banyak perkara yang manis muhupun pahit ,bagaimanapun harus ditelan jua ,ye tak ?...begitulah hidup kita yang kadangkala happy kadang tak happy ... walauapapun hidup mesti diteruskan dengan manisnya ukhuwah ,tak kiralah ukhuwah yang terjalin hanya di facebook ,twitter dan sebagainya  ...ujian yang mendatang banyak mengajarku erti kesabaran walau penat lelah sepanjang hari ...hati yang sedang membara dengan api kemarahan kupujuk jua dengan kesabaran ...hmmmm (banyak pulak kesabaran)itulah ...kadang kita buat salah pada insan lain yang lagi suci hatinya ,terfikir jugak ..menyesal ada derhaka pun ada ..(Astaghfirullahaladzim) padahal apa yang insan lagi suci hatinya katakan adalah yang terbaik untukku ,begitu besar kesabarannya itu ,(Maafkan ku Ibu ,Mak ,Ummi ,Mama!)sekarang masa telah disempitkan dengan tugasan-tugasan yang sederhana beratnya ..namun ,disebabkan ianya adalah sebuah pertandingan ..maka haruslah dilakukan dengan sebaik-baiknya ..walau kadang pening gak mikirkannya ,nak citer sikit ,minggu lepas Ustzh.Norisah suruh pergi bilik ICT ,datang kelas lewat sikit daripada pelajar lain ...ustazah pasang video yang perghhh !!!!tak boleh nak ditafsirkan dengan kata-kata ..(yelah sangat =p)tak de ....ustazah pasang video yang menginsafkan diri ....lagi-lagi bila pasang video Andai Ku Tahu-ungu ...rasa takut mula menyerbu diriku saat membayangkan bagaimana tubuhku bakal dikafankan dengan kain putih ..lalu terdengar para jemaah memabacakan surah yaasin ..dan ,kemudiannya diusung menuju ke tanah perkuburan !ya Allah ....tali yang kemas diikat dilonggarkan sedikit ..
lagi takut bila mayatku hancur dimakan binatang buas ..soalan yang diajukan belum pasti boleh jawab atau tidak ..(oleh itu sahabatku ,sebaik- baik bekalan di dunia ini adalah ilmu yang dituntut dan manisnya iman)
hehe ...sekadar tuk renungan bersama !




perasaanku ini ..hanya tuhan sahaja yang tahu ...tapi ,Dia juga tahu apa yang terbaik untuk hambanya ..siapa  kita manusia yang kerdil lagi lemah nak melawan takdir Allah yang kita sendiri tidak sedar INDAH ..setelah ku memohon petunjuk dari-Nya ..ku sedar perpisahan adalah yang terbaik untukku demi menggapai ilmu sehingga berjaya ,cita-cita yang digenggam harus digapai ....dalam mencari Cinta Hakiki