Monday, May 30, 2011

Kehidupan:Bagaimana Hati Kita ???

Hidup kita sebenarnya banyak dipengaruhi oleh hati. Orang yang tersenyum riang menggambarkan hatinya yang tenang dan damai. Jarang orang yang ketawa terbahak-bahak ketika hatinya sedang duka lara atau menangis teresak-esak ketika hatinya bahagia dan ceria.
Kita ketawa setelah kita merasakan kegembiraan dalam hati kita. Jarang pula orang ketawa, seketika kemudian baru hatinya terasa gembira. Jadi yang menentukan kedaan diri kita ialah hati. Kalu hati kita jernih maka wajah kita juga jernih tetapi jika hati kita keruh maka wajah kita juga keruh.
Persoalannya, hati dan wajah bagaimana yang kita inginkan?
Bayangkan orang yang sentiasa positif dengan kehidupannya. Apabila hidup dilimpahi nikmat maka dia memanjatkan kesyukurannya kepada Allah SWT atas limpah kurniaNya. Lidahnya tidak jemu berzikir memuji Allah SWT. Apabila ia diuji maka iapun sabar dan pasrah. Ia menganggapnya sebagai ujian Allah untuk mengukur cinta dan ketaatannya pada Allah. Lalu ia pun memandang semua itu sebagai kebaikan dan ladang amal. Lidahnya mengalunkan istighfar dan berdoa agar setiap kesabarannya itu diberi pahala dan mendekatkannya kepada Allah SWT.
Inilah hati mukmin yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam satu sabdanya “Sungguh ajaib urusan orang mukmin. Jika ia diberikan kebaikan maka ia bersabar lalu ia menkadi kebaikan baginya. Jika ia ditimpakan kemudharatan maka ia bersabar lalu itupun menjadi kebaikan baginya…”
Inilah hati mukmin yang meyakini pertemuannya dengan Allah dan mengharapkan syurga dan pengampunanNya. Dunia dilihatnya begitu sementara dan rendah nilainya. Cintanya pada Allah menguasai hatinya, rindunya pada akhirat sering menjadikannya ‘lupa diri’ hingga dirinya tidak terkesan dengan kesenangan dan kebencian orang lain. Hatinya tidak terusik dengan kedengkian dan tidak tercemar dengan ketamakan. Lidahnya terasa kaku untuk mengungkapkan keluhan dan rungutan. Kalau ada temannya yang dinaikkan pangkat maka ia turut bergembira dan meraikannya. Jika ada jirannya yang dilimpahi rezeki maka ia turut berbahagia. Jika ada saudara maranya yang hidup gembira maka ia pun tersenyum bangga.
Hatinya begitu tenang dan jernih. Tingkahlakunya penuh kebaikan dan kemesraan. Wajahnya ternampak tenang dan bercahaya. Senyumannya mampu membahagiakan orang lain apatah lagi lisannya … penuh hikmah, nasihat, ilmu dan idea-idea yang baik.
Bayangkan orang yang hatinya keruh dan negatif. Hati para pencinta dunia yang penuh dengan ketamakan. Kalau rumahnya rumah semi D dengan 4 bilik, dilihatnya rumah banglo dengan kolam renang dan taman lalu terasalah rumahnya itu seperti kandang lembu. Kalau ia memiliki kereta model tahu 90an dilihatnya kereta model tahun 2000an lalu keretanya nampak buruk dan usang. Kalau TV dirumahnya 21” dilihat pula Home Theater jirannya lalu TVnya dilihat seperti kotak kecil yang tidak berharga.
Inilah pencinta dunia, hatinya tidak pernah puas dengan apa yang ada kerana ia suka melihat dan mengimpikan apa yang tidak ada. Kalau hidungnya tidak berapa mancung, yang dilihatnya yang hidung mancung-mancung lalu dilihat dicermin, hidungnya seperti jambu iar yang tak cukup kembang. Kalau kulitnya hitam manis, yang dilihatnya yang putih gebu lalu terasa pula kulitnya macam belakang kuali.
Jadi hatinya penuh dendam dan kebencian, lidahnya kotor dengan cemuhan, keluhan, kecaman dan umpatan.
Dilihat rakannya naik pangkat, ia gelisah sepanjang malam. Dilihatnya rakannya tadi hidup aman bahagia, hatinya bertambah sakit. Baru nak suapkan sarapan pagi terpandang rakannya, lalu hilang selera makannya, bertembung dengan kawannya dipintu lift terusnya ia berlalu masam, terpaksa pula naik tangga. Rakannya pergi haji, dia terpaksa diusung kehospital. Tetapi kalau ia yang dinaikkan pangkat! Wah, jalannya seperti tidak terkena tanah, hidung seperti tergantung dilangit, mulutnya tersenyum sinis.
Inilah pencinta dunia, jarang menemui saat-saat indah dan bahagia dalam hidupnya. Struktur wajahnya pun nampak jelik dan hilang kejernihan.
Hari-harinya selalu tidak bahagia. Belum ke pejabat hatinya sudah mula menderita “Ahh, tentu banyak kerja di pejabat hari ini, tentunya boss bising-bising lagi…”. Baru pegang stering kereta, hatinya mula mencaci “Tentu jalan jem hari ni, tentu tak ada tempat parking ni…”. Hatinya selalu menderita untuk sesuatu yang belum ditempuhi, selalu takut dengan perkara yang belum berlaku dan selalu risau dengan perkara-perkara yang masih belum diketahuinya.
Kalau bercerita semuanya yang negatif…. Kenakalan dan kedegilan anaknya, bumbung rumah bocor, paip rosak, kereta rosak dan bermacam-macam lagi. Kebaikan anaknya tidak pernah pula diceritakan.
Jadilah pencinta Akhirat yang kekal abadi, bukan pencinta dunia yang sementara. Ikutlah resmi tukang jaga parking. “Walaupun keretanya banyak tapi ia tidak pernah sombong, walaupun keretanya bertukar-tukar saban hari tetapi ia tidak pernah takbur, walaupun keretanya diambil semuanya tetapi hatinya pasrah dan tenang. Kenapa? Kerana ia tidak pernah merasa MEMILIKI, semuanya itu hanyalah pinjaman. Ya, inilah hidup dan dunia yang sedang kita hidupi … semuanya hanyalah pinjaman.”
Jadi, hati bagaimana yang kita inginkan? Hidup yang bagaimana ingin kita tempuhi? Hari bagaimana yang ingin kita lalui? Dan yang paling penting tempat bagaimana yang kita inginkan di Akhirat nanti? Kita perlu buat pilihan dan setiap pilihan itu ada harganya, perlu ada usahanya dan menuntut pengorbanan berdasarkan nilainya. Kalau barang murahan tentu harganya pun murah tetapi kalau barang baik dan berkualiti maka harganya pun baik juga. Jadi jangan sekadar buat pilihan tetapi bersedia juga untuk buat perubahan.

Friday, May 20, 2011

Ia Hanya Melunturkan Semangatmu




Oleh : BroHamzah


Jika kita lihat, disekeliling kita sama ada kanan atau kiri kita – tidakkah kita menyaksikan bahawa berapa ramai manusia yang kini sedang ditimpa dengan pelbagai musibah dan bencana?

Dan jika kita amati dan selusuri dengan mata hati, di setiap rumah, disetiap kediaman, disetiap tempat pasti akan ada yang merintih kehibaan, dan setiap pipi yang kering akan pasti basah dengan air mata.
Berapa ramai manusia yang kini sedang hebat diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan dugaan sehingga segala ujian yang menghimpit dada mereka telah menyebabkan segala jiwa dan hati mereka yang dahulunya kuat dan tabah kian luntur dan menjadi lemah.
Dan akhirnya, kebanyakan manusia memilih untuk bersedih, berduka dan akhirnya ada yang berputus asa. Ya, berputus asa sehingga memilih jalan yang salah untuk terus menamatkan riwayat hidup mereka sendiri.
Tatkala saya menulis perkongsian ini, saya sendiri umpama tiada upaya dan semangat seperti hari-hari yang sebelumnya. Jika dahulu terasa begitu kuat, bertenaga dan begitu bersemangat – saat ini entah mengapa seolah-olah saya kehilangan semua itu.
Saya sepatutnya menulis artikel Himmah ini dengan penuh rasa kekuatan dan penuh motivasi yang membara. Tetapi semua itu hilang dan tersirna pergi dibawa arus masa.  Sepanjang hari saya melihat dan menjalani waktu-waktu yang ada dengan seadanya.
Saya tidak dapat membohongi dan menidakan semua ini.
Saya cuba dan cuba membangkitkan semangat dan kemahuan dalam jiwa. Dan mengimbas semula segala apa yang saya lakukan dan laksanakan. Di manakah silapnya?
Lama saya merenungnya, dan saya mendapat satu signal yang jelas.
“ Saya adalah manusia dan insan yang lemah. Tiada upaya melainkan Allah SWT yang memberikannya.”
Saat ini, saya tiada upaya untuk menukilkan daripada hati dan jiwa. Saya ingin memohom maaf buat semua kerana inilah saya. Insan dan manusia yang sangat kerdil, hina lagi dhaif. Saya sedar bahawa sebelum ini yang memberikan kekuatan  adalah Allah SWT.
Usahlah berduka dan bersedih
Sebentar tadi saya mencapai buku karya Dr ‘Aid Abdullah al-Qarni, saya membelek-beleknya dan membacanya lagi. Saat ini, saya ingin ubat dan penawar duga buat diri. Saya terbaca sesuatu untuk diri saya :
“ Bersedih hati hanya akan memadamkan semangat, melemahkan keazaman dan membeku jiwa.”
“ Kesedihan adalah kawan rapat kecemasan.”
“ Kesedihan dapat membuatkan hidup menjadi keruh. Ia tidak ubah seperti racun berbisa bagi jiwa yang dapat menyebabkan ia lemah semangat, hilang ghairah dan kacau dalam menghadapi hidup ini.”
Bersedih hati  itu tidak disuruh dan ia tidak mendatangkan manfaat.
Bersedih itu dilarang. Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“ Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangalah kamu berduka cita (terhadap apa yang menimpa kamu).”
( Ali Imran (3) : 139)
Terasa kekuatan mulai menyapa relung-relung jiwa dan memberikan sentuhan rasa dalam hati ini.
” Ya Allah, lenyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami dan halaulah keresahan dari jiwa kami.”
Tersenyumlah

Di dalam saat begitu, antara perkara yang sukar dilakukan ialah tersenyum. Saat ditimpa bencana, masalah dan diulit kekecewaan – terasa tawar untuk mengukirkan sekuntum senyuman yang indah. Jika tersenyum, ianya hanyalah lakonan yang dipenuh wajah kepura-puraan.
Keruh, muncung dan masam durjana!
Ketika ini, Rasulullah SAW mendidik kita.
“ Tersenyumlah, kerana ianya adalah sedekah.”
“ Sekalipun engkau hanya menjumpai saudaramu dengan wajah berseri.”
Dalam sebuah kitab, Faidhul Khathir, Ahmad Amin menjelaskan seperti berikut : “ Orang yang murah tersenyum dalam mengharungi hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang yang paling mampu berbuat kebaikan, orang yang paling mampu memikul tanggungjawab, orang yang paling tabah menghadapi kesusahan dan menyelesaikan masalah dan orang yang paling dapat mewujudkan hal-hal yang mendatangkan manfaat bagi dirinya sendiri dan orang lain.”
Saya tersedar. Kenapa perlu cepat mengalah dan terus membiarkan diri saya sebegini. Bukankah kehidupan ini perlu diteruskan dan dilalui dengan ketabahan dan kecekalan. Malah ia harus diwarnai dengan senyuman yang indah dan menawan.
Terubat hati.
Bibir saya bagaikan tersenyum sendirian dengan ungkapan ini.
“ Sebenarnya semua orang sangat memerlukan senyuman, wajah yang selalu berseri, hati yang lapang, akhlak yang menawan, jiwa yang lembut dan pembawaan yang tidak kasar.”
Saya bagaikan disentap sesuatu. Hati saya tergerak untuk berkongsi sesuatu dengan para pembaca Langit Ilahi,
Ya tugasan mingguan  saya harus diselesaikan saat ini juga.
Saya mulakan dengan hati yang kuat.
” Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan dan padamkanlah bara di jiwa dengan air keimanan.”
Saya membuka laptop dan jejari saya mulai bergerak pantas di keyboard, lantas saya menaip :
“ Ia hanya melunturkan semangatmu!.”

Wednesday, May 18, 2011

Seronok Jadi Perempuan !

BETUL KE..WAHAI WANITA..???

siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stokin pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit tetap yg Allah bagi,

nak pergi kelas pon susah, nak pergi jalan2 pun susah,

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit 'bulanan',
  
ada setengah yg sampai pengsan2 sebab sakit,

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

 kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit,

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek,

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

well, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati wanita ni, Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif , mudah tersentuh, hati lembut, penyayang,

walaupun kadang2 tak nmpk, tp sebenarnya ADA !

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan? lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang? ish3

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak nikmat untuk jadi seindah hiasan kan?


Wednesday, May 11, 2011

Ucapan Salam yang betul ...

Sahabat ......dalam kehidupan seharian kita memang tak akan lari dalam menggunakan perkataan SALAM .....tika di sekolah atau tempat kerja anda beri SALAM pada rakan ,guru ,sekalipun bos di tempat kerja betul tak ?
tapi ..kita pasti akan terkeliru dalam menggunakan perkataan SALAM di Facebook ,Yahoo Messenger ,Twitter atau mana-mana laman sesawang yang lain ......apa yang terkeliru tu ?OK~ sekarang saya bagitahu sahabat supaya anda tidak terkeliru .....

***********************

Satu artikel ditulis dan disebarkan secara meluas di dalam laman sosial Facebook, bertajuk:
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM” & “A’KUM”? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: “Salam (selamat tinggal)”. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).
(QS. 43:89)


Baik gunakan…ASSALAMUALAIKUM or 
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.



Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fM). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan; Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”. Dan jangan pula memandai-mandai tambah
perkataan seperti “Ko tolong kirim salam maut kat dia yer”.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam SMS atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As-Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna short form “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.


Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.” Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.” Gunakan perkataan “As-Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya