Thursday, December 29, 2011

Perlukah Orang Lain Turut Membenci?


“Kan aku dah cakap, jangan mendekati dia. Kau kan kawan aku, bukan kawan dia. Buat apa nak berkawan dengan orang macam tu. Kalau kau nak kawan ngan dia, kita putus sahabat!”

Sengal, pasti kita tercengang mendengar kata-kata ini.
Kita mungkin pernah mengalami perkara seperti ini atau mungkin orang-orang di sekitar kita yang menanamkan rasa benci pada setiap orang yang ada di sekitarnya. Atau mungkin kita sendiri yang mengalami keegoisan atas kebencian pada seseorang. Sehingga kita lupa bahawa kita juga turut melibatkan orang lain dalam dendam kita itu.
Orang yang selalunya dibenci separuh mati biasanya orang yang pernah dekat dengan kita, kebencian itu datang akibat kita merasa dikhianati dan ditikam dari belakang,biasanya ini faktor utama.

Cuba persoalkan pada diri kita,

Apakah nikmatnya kebencian ?

Apa manfaatnya kebencian untuk kita ?

Apa untungnya rasa benci yang kita tanamkan?

Sebenarnya tiada manfaat kebencian selain memanjakan nafsu. Yang ada hanya mengeruhkan ukhuwah dan tentunya merimaskan orang dalam kehidupan sekeliling kita. Sahabat kita yang pada asalnya terbuka berkawan dengan sesiapa saja, akhirnya ikut membenci orang yang kamu benci, padahal dia tak tahu atas dasar apa kebencian kita itu. Dia ikut kerana takut dituduh tidak setia kawan.

Atau mungkin kita yang merasa ikut membenci seseorang itu kerana sahabat kita membenci orang itu.  Sebenarnya apa yang menyebabkan kita merosakkan ukhuwah dengan orang itu?  Padahal kebencian sahabat kita itu tiada kaitan dengan kita. Tiada manfaatnya untuk kita.


Jika kita merasakan perkara ini adalah sia-sia, cukuplah kita menyakiti diri kita dengan membenci orang lain. Belum tentu rasa benci kita terhadap seseorang itu akan menjejaskan hidup dia. Dia hidup tenang dan gembira, tetapi jiwa kita tidak tenang, membengkak dalam kebencian yang membara. Siapa juga yang rugi kan?

Indahnya hidup tanpa kebencian, tentunya disertai dengan  maaf dan ketabahan. Sudah semestinya hidup akan merasa tenang. Tentunya memberi kesan pada kesihatan jiwa dan raga juga. Jantung ketika marah dan membenci sesuatu, dia akan berdegup dengan lebih cepat tidak teratur sehingga mencetuskan stres yang berpanjangan.
Manusia akan selalu di uji, salah satunya dengan nafsu benci. Kalau kita sedari bahawa ujian ini adalah untuk ujian kesabaran,tentu kita akan enggan menanamkan benih benci dalam diri kita.

”…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22) ” 

Sunday, December 25, 2011

Jangan Jadi Tak Sedar Diri?


Assalamualaikum w.b.t~

Saya rasa hairan dengan orang-orang kerajaan saya yang sering berkata:

“Selama ini kami jaga anda, kami bagi anda duit untuk belajar. Jangan lupa semua itu. Jangan jadi tak sedar diri.”

Pertamanya, kerajaan saya kena sedar, itu semua memang tugas kerajaan. Nanti, bila orang lain pegang tampuk pemerintahan kerajaan, mereka perlu buat kerja yang sama juga.

Keduanya, kerajaan saya kena sedar bahawa kerajaan saya yang pergi amalkan demokrasi. Demokrasi adalah berasal daripada perkataan greek yang bermaksud “Kuasa Rakyat”. Maka, anda memang berhak ditukar sebenarnya. Sebab tukar kerajaan, memang antara amalan demokrasi.

Ketiganya, kerajaan saya kena sedar bahawa, kami sebagai rakyat ni ok je dengan kerajaan. Bila kerajaan kami silap, kami beri teguran dengan baik. Tetapi lihatlah apa yang kerajaan kami telah lakukan kepada kami selama ini. Sebab itu ada antara kami(dan bilangan ini semakin membesar dari hari ke hari), ingin menukar kerajaan yang kami ada sekarang.

Keempatnya, Janganlah samakan rakyat dengan parti lawan. Kami rakyat ni, tengok mana yang boleh persembahkan yang terbaik kepada kami. Maka kerajaan kami, kalau benar nak kami pilih, buatlah yang terbaik. Janganlah ungkit jasa. Kami bukan tak nampak. Jangan momokkan kami dengan itu ini. Kami bukan tak belajar.

Kelima, Jangan momokkan kami dengan keburukan parti lain. Kalau parti lain buruk, kami tukar juga nanti. Jangan risau. Jangan ingat kami bodoh. Kami bukan hidup kerana parti.

Jangan sampai kami list semua keratan akhbar, kenyataan kerajaan, peristiwa-peristiwa zalim kerajaan, ketirisan, korupsi kerajaan terhadap kami selama ini.

Susah ke sekadar tukar ke arah yang lebih baik?

Mudah sebenarnya.

Jadi susah hanya kerana nak jaga ramai kroni.
Jadi susah sebab banyak liabiliti.
Kalau kerajaan saya tidak mahu ditukar,
maka kerajaan saya kena tukar dirinya ke arah yang lebih baik.

— Hilal Asyraf 

Monday, December 19, 2011

Kenapa Dia Lebih Cantik Dari Saya? Jelesnya..


Pada mulanya memanglah terasa berat kerana hati akan selalu mengelak. Bahkan hati juga akan selalu cenderung untuk merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki dan menyebabkan hati terasa tercabar untuk menerima apa yang telah dikurniakan. Apatah lagi yang dikurniakan wajah yang tidak menepati keinginan diri seperti wajah yang dipenuhi dengan jerawat, sudah tentu akan menyebabkan hati terasa berat untuk menerima..
Mata akan memandang hijaunya rumput halaman jiran sebelah lebih cantik dan lebih sihat berbanding rumput di halaman sendiri. Memandang wanita yang lebih cantik dan lebih menawan hati membuatkan diri terasa terpinggir dan serba kekurangan. Diri terasa tidak setanding dengan mereka yang cantik, lantas merasakan kurniaan yang dimiliki tidak bererti apa-apa untuk hidupnya kerana tidak mampu menjadikan diri sehebat penampilan orang lain.
Inilah perasaan yang tidak sewajarnya hadir dalam hati kita. Inilah perasaan yang sepatutnya dilupuskan daripada lubuk hati, kerana perasaan ini akan menjadikan kita tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah.
Percayalah bahawa Allah SWT selalu mempunyai rencana yang baik kerana memberi wajah ini kepada kita. Allah selalu mempunyai cara terbaik untuk mendidik hambaNya agar dapat menjalani hidup yang  sepatutnya. Agar lebih bersikap terbuka terhadap kelebihan orang lain dan dapat bersikap tenang terhadap kekurangan orang lain juga.
Kita tidak perlu merasa iri hati atau gundah gelana melihat wanita lain lebih cantik rupa parasnya. Ini kerana setiap orang sudah mempunyai kurniaan rezeki masing-masing yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Dan setiap kurniaan itu ada hikmah tersendiri, yang mungkin sahaja tidak pernah terfikir oleh akal kita.
Sepatutnya, katakan pada hati kita bahawa dia memang lebih cantik, tetapi saya lebih bersyukur dengan apa yang ada. Itulah sebaik-sebaiknya tanda kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.
“Inilah saya, beginilah saya dan inilah apa adanya saya”


Sumber: akuislam.com

Saturday, December 10, 2011

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua? Iman di hati pula sihat? Alhamdulillah kalau semua sihat. Jom perbaiki diri jd lebih baik dr semalam. Rase-rasenye solat kita 5 kali sehari tu diterima atau tidak oleh Allah? kene tau jugk kn solat kita macam mne. haaaa... memandngkan semua dah thu tajuknye di atas so, kita straight to the point je lah.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”(Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1.     Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2.     Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3.     Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4.     Orang lelaki yang melarikan diri.

5.     Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6.     Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7.     Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8.     Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9.     Orang-orang yang suka makan riba’.

10.     Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”


wassalam~ (^_^)